2. Saya malas nak komentar pasal apa yang dibincangkan, kerana soalan asas moderator langsung tak jawab dengan tuntas, "Apa structural reform yang anda mahu bawa dalam politik Malaysia?". Sebab mereka semua masih mahu kekalkan status quo, paling jelas tak ada seorang berani jawab "Saya mahu PINDA PERLEMBAGAAN MALAYSIA".
3. Saya sedar Sayed Munawar suka kalau ada panelis yang bercakap benda baru yang tak pernah dibincangkan. Saya seronok kalau ada sesiapa boleh khabarkan pada Sayed Munawar, dulu ada seorang anak muda pernah bercakap tentang suatu yang ramai rakyat Malaysia tak pernah dengar, sama ada diketawakan sebagai tak realistik, kartun, tak berpijak di bumi nyata atau disampahkan saja ideanya.
4. Saya membayangkan jika saya duduk di atas platform itu, jika ditanya "Jadi apa structural reform yang kamu ingin bawa untuk Malaysia?". Begini saya jawab:
i. Structure yang paling perlu reform di Malaysia adalah PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Bab yang paling jelas perlu diubah atau diperbaiki/reform adalah memberikan PENJELASAN TUNTAS KE ATAS ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN DALAM PERLEMBAGAAN, iaitu meletakkan halatuju negara kepada APA YANG ALLAH SEBAGAI PENCIPTA MANUSIA MAHUKAN ADA DI MALAYSIA. Orang akan berhujah tentang masyarakat majmuk, perbincangannya akan panjang tapi semua akan bersetuju bahawa Apa Yang Allah Pencipta Manusia Mahukan Tentulah Sangat Baik Untuk Seluruh Manusia Majmuk.
ii. Status quo dan doktrin politik yang paling perlu dipecahkan, bukan sekadar tukar kerajaan, TAPI HAPUSKAN TERUS POLITIK BERPARTI. BIAR MARHAEN BERTANDING DENGAN IDEA MARHAEN DALAM SEMUA PILIHANRAYA DUN ATAU PARLIMEN. MARHAEN YANG BEBAS DOKTRIN PARTI SAHAJA MAMPU MEMECAHKAN KESELURUHAN STATUS QUO POLITIK MALAYSIA. Ini juga menyelesaikan masalah tradisi keluarga atau legasi politik individu dalam politik Malaysia.
iii. Aktifkan partisipasi rakyat dalam politik dengan MUSYAWARAH UMAT. Inilah kaedah paling terbaik untuk menjawab "adakah kamu mewakili anak muda?" atau soalan "adakah kamu benar-benar mewakili rakyat?". Sebab semua orang pun faham, wakil rakyat yang dicalonkan oleh parti politik adalah mengutamakan DOKTRIN, AGENDA, POLISI DAN HALATUJU PARTI POLITIK masing-masing. Beza ketara dengan idea Musyawarah Umat yang menghimpun marhaen seluruhnya tanpa apa-apa label doktrin hanya berpaksi isu masalah dan solusi tuntas, yang fokus pada permasalahan setempat dan solusi berfokus setempat bagi calon DUN dan fokus kepada membuat dasar-dasar dan polisi bidang khusus oleh kelompok khusus berteras kepakaran tertinggi yang dimiliki negara untuk calon PARLIMEN. Nak hurai lagi lanjut, kena syarah panjang lebar lagi macam mana nak wujudkan Musyawarah Umat ini.
iv. Matikan semua yang memang dah sahih merosakkan struktur masyarakat iaitu HIBURAN HEDONISME perlu ditukar kepada hiburan berasaskan permainan ilmiah dan kesukanan sihat, EKONOMI KAPITALISME kepada sistem ekonomi Islam bebas riba, berkebajikan, pro sedekah, perniagaan tanpa cukai, tanpa subsidi, sejati dari konsep pasaran terbuka dengan harga ditentukan oleh tawaran dan permintaan yang jelas, hapus BANK PERNIAGAAN dan bangunkan SISTEM PINJAMAN KELOMPOK NON PROFIT TANPA RIBA dengan konsep koperasi, sumbangan dana, zakat dan wakaf, dan hapuskan SISTEM PENDIDIKAN BERINSTITUSI dan kembangkan SISTEM PENDIDIKAN TERBUKA DAN PERCUMA yang tak lagi menyentuh urusan-urusan pentadbiran dan dasar-dasar berubah pendidikan tapi biarkan pendidikan bebas berteraskan KAJIAN DAN PEMBANGUNAN PRODUK BARU TAMADUN. Amacam, jelas benda baru, nampak macam ekstrim, tapi ternyata alternatif yang patut dibahas dan dibincangkan. Saya ada jawapan jika ada yang minat nak faham.
5. Dan jika betullah forum ini mahu tahu "Apa Yang Anak Muda Mahu?", tanya anak-anak muda baik, pandai cover, retorik, matang, aktif berpolitikal dan lain-lain tentulah dapat jawapan yang sedap. Cuba tanya anak-anak muda yang bersepah di jalanan, yang memberontak, yang rakus, yang indie, yang underground, yang komen-komen di amran fans dan sewaktu dengannya. Tak mustahil jawapannya, "Anak Muda mahukan WANG, HARTA, SEKS, HIBURAN, BEBAS, ...". Yang saya peliknya, mereka ahli politik ini mahu selesaikankah NAFSU ORANG MUDA ini? Gila.
6. Kita sebagai anak muda yang tak berapa muda ini, memang banyak idea dan pendapat. Saya sendiri dah rangka structural reform untuk politik, ekonomi, sosial Malaysia sejak di bangku sekolah menengah lagi. Dulu saya marah sangat dengan orang-orang tua yang kononnya memperjuangkan hak-hak bersuara anak muda, apabila saya semuda belasan tahun bagi pendapat, diejek dan dikeji sahaja. Konon nak memperjuangkan apa yang orang muda mahukan, tapi saya yang terang-terang muda waktu itu dinafikan hak sekerasnya oleh semua aktivis politik belah mana pun.
7. Tapi akhirnya apabila umur saya meningkat ke 30 tahun tahun ini, saya rasa saya patut membuat jasa dulu sebelum nak memperkatakan apa-apa. Itulah yang anak muda patut mahu. BERJASA DULU. Rasulullah s.a.w pun diangkat jadi Nabi dan Rasul setelah berjasa pada masyarakat Mekah. Gelaran al-amin itu bukan datang dengan duduk berteluku komen sana sini, pendapat sana sini, bashing sini situ, tapi setelah rasulullah s.a.w BERJASA.
8. Pengalaman seawal mula bekerja setelah graduasi ini, saya benar-benar tercabar dengan satu soalan yang pernah dilontar oleh pengurusan tertinggi (yang kini sudah bersara) kepada saya, "APA PRODUK KAMU?" atau jika saya mahu kembangkan lebih besar soalan itu "APA JASA SAYA UNTUK MALAYSIA?". Memang ada orang muda gelojoh nak jawab dah berjasa bayar cukai, dah berjasa bekerja bangunkan ekonomi, dah berjasa mengundi, dan banyak lagilah jika mahu mereka sebut tentang jasa mereka. Tapi saya tak rasa saya dah cukup untuk bangkit mengatakan SAYA SUDAH BERJASA PADA MALAYSIA.
9. Anak muda perlu ada jasa. Jasa secara langsung. Jasa yang impaknya kuat. Jasa bukan setakat Malaysia, tapi seluruh tamadun manusia. Kita anak muda boleh jadi pencipta dan pembangun ilmu, teknologi dan ketamadunan masa depan untuk dunia. Langkahnya adalah JADIKAN DIRI KITA PAKAR TENTANG APA YANG KITA BAWA.
10. Sekali lagi saya ulang, apa yang anak muda patut mahu, ADALAH BERJASA, langkahnya JADIKAN DIRI KITA PAKAR.
Sekian, mohon mencadang.
Saya MFR. Saya rakyat marhaen.
Tuntas.
0 komentar:
Post a Comment