|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
Setiap rakyat Malaysia boleh mempunyai pendirian politik yang merangkumi halatuju-halatuju pengurusan negara dan umat selagi ia tak bertentangan dengan Perlembagaan Negara, maka pendirian itu bukan suatu jenayah, bukan satu hasutan yang buruk, dan boleh dimenang dan ditegakkan jika majoriti merasakan itulah yang sepatutnya diambil oleh Malaysia.

Hakikatnya, setiap kebenaran yang datang dari Allah itu adalah suatu yang bukan jenayah, setiap perintah yang Allah mahu kita laksanakan sebagai khalifah di muka bumi Allah ini bukan suatu jenayah, setiap yang membawa manfaat pada manusia sejagat dengan acuan Allah itu bukan suatu jenayah, dan setiap cita-cita memenangkan Islam dengan cara yang diakui sunnah Nabi s.a.w itu bukan suatu jenayah jikapun tiada termaktub dalam perlembagaan atau bertentangan dengan perlembagaan.

Berikut pendirian, perjuangan dan halatuju aku untuk Malaysia. Ia dipanggil "Malaysia Futuwwah Revolution" atau MFR.

Projek Pendidikan Pejuang

1.Menghapus semua Peperiksaan sebagai piawai penilaian
2.Meraikan kuiz sebagai teknik pengajaran
3.Sumbangan idea dan aplikasi ilmu sebagai penilaian
4.Menggilap bakat dan kecenderungan
5.Menghapus batch, tempoh belajar tanpa had
6.Menjadi pejuang dan matlamat akhirat
7. Makrifatullah permulaan pendidikan
8. Semua sekolah adalah sekolah terbuka dan percuma
9. Pelajar memilih sekolah, mencari guru, dan menetapkan jalan sendiri.
10. Semua guru menetapkan sillabus sendiri atas kepakaran diri.
11. Ilmu, buku, bahan pengajaran, nota kuliah adalah gratis.
12. Pemimpin dan masyarakat bertanggungjawab menyediakan para guru dalam satu daerah kehidupan asas untuk hidup.

Projek Revolusi Hiburan Islamik

1. Kekreatifan berbataskan syariat,zero batil dan maksiat
2. Karya membentuk masyarakat, bukan mengikut kehendak masyarakat
3. Karya percuma, non profit industry
4. Dakwah asas karya
5. Menyelamatkan maruah artis supaya keaiban tidak ditontonkan dalam karya (bab aurat, ikhtilat, tabarruj)
6. Menghapuskan kapitalis seni,penggiat liberal,penentang syariat
7. Biar karya jadi ibadah yang diterima Allah

Projek Penyatuan Ulama

1. Menyatukan ulama dalam usaha dakwah yang disepakati (da'a ilAllah).
2. Bersetuju untuk tidak bersetuju dalam hal-hal yang tiada titik temu.
3. Membentangkan mad'u dengan semua ulama pelbagai aliran.
4. Mengambil manfaat dari ilmu ulama pelbagai aliran.
5. Melazimi ziarah para ulama dan mengambil nasihat dengan bertemu muka.
6. Bertalaqqi dalam menuntut ilmu
7. Menghormati ahli ilmu dan mendoakan agar Allah sentiasa menunjukkan jalan lurus yang diredhai olehNya.

Projek Politik 1ummah

1. Musyawarah menggantikan pilihanraya dan kempen politik
2. Mengangkat ilmuwan bidang khusus memimpin portfolio kementerian
3. Pemimpin yang dipilih bukan yang meminta-minta jawatan
4. Tiada lagi kepartian, semua rakyat Malaysia adalah 1 parti
5. Meraikan perbezaan pendapat, idea, dan pandangan dalam 1 parti Malaysia, semua idea akan ditimbang dengan barisan ilmuwan bidang khusus mengenai idea itu.
6. Raja dan Sultan ditaati selagi taat perintah Allah dan sunnah Rasul.
7. Para ulama bertanggungjawab menasihati Raja dan Sultan jika melanggar batas agama.
8.Pemimpin bertanggungjawab memimpin rakyat untuk taat perintah Allah dan tinggalkan larangan Allah.
9. Sentiasa menyampaikan seruan Allah pada semua non muslim Malaysia, jika mereka enggan untuk mengakui kebenaran Islam tapi tidak menentang Islam, lindungi hak mereka dan biarkan mereka sembah apa yang mereka sembah.
10. Tiada konsep menghormati semua agama, atau meraikan semua agama dalam Malaysia (pluralisme, liberalisme).

Projek Ekonomi Umat

1. Perniagaan adalah menghasilkan produk yang membantu kehidupan umat.
2. Produk yang sia-sia, mengambil kesempatan atas nafsu pengguna untuk keuntungan adalah produk dilarang.
3. Produk atau karya yang berteraskan dakwah adalah 200% gratis kerana mahu produk tersebar-sebar.
4. Zakat perniagaan adalah wajib
5. Bank Islam adalah Baitulmal yang menyediakan dana umat untuk meminjam dan membayar hutang tanpa riba.
6. Semua pemberi pinjam yang berniat mahu membuat untung adalah syaitan riba yang perlu dihapuskan.
7. Bank adalah tempat simpan duit dan badan pengantara untuk transaksi, bukan lagi entiti perniagaan.
8. Sesiapa nak berniaga, buat cara perniagaan betul-betul, tunjuk barang yang diniaga, tidak mengurangkan timbangan,tidak menipu kualiti, tidak berlebih-lebihan mengiklan, terus terang bagitahu niat mendapatkan untung untuk apa.
9. Menghapuskan semua kapitalis.
10. Umat mestilah berusaha menghasilkan semua produk keperluan kehidupan dari bahan mentah hingga produk siap.

2 komentar:

Anonymous said...

Allahuakhbar.

Projek Pendidikan Pejuang yang diutarakan sangat diperlukan bagi mengukuhkan identiti pelajar itu sendiri bagi menggantikan sistem yang sedia ada.

Para pelajar ketika ini mengalami krisis identiti.

Anonymous said...

plan2 ni bagus. cuma kena susun semula supaya lebih teratur dan mudah difahami oleh masyarakat dari semua level. supaya org uneducated, mat2 rempit pun paham.

contohi kaedah hasan albanna dalam meringkaskan konsep2 utk aplikasi islam dalam kehidupan ke dalam rumusan2 seperti muasofat tarbiyyah, dan ranking dari BM ke uztaziyatul alam (tak ingat apa nama ranking yg ni, bleh rujuk balik).

plan2 ni juga mestilah executable, maknanya mesti boleh dilakukan, bukan hanya sekadar plan. plan ini mesti didekatkan dengan realiti semasa, dengan menggunakan kaedah2 teknikal sbg contoh (ambil contoh dari teknik engineering) risk assessment, sustainability, topologi, taburan kependudukan,tahap sosioekonomi dan keadaan politik semasa. cuz it looks somewhat idealistic and too theoretic to me, at least.

saya juga menonton ucapan saudara di youtube. saya rasa saudara perlu lebih bertenang dalam memberi ucapan. bertuturlah perlahan-lahan (jgn pula terlalu perlahan).

utarakan konsep demi konsep satu persatu. cubalah belajar dan berlatih berucap dengan 'bercakap kepada penonton', bukan 'kepada diri sendiri'. elakkan berucap dengan rehearsal terlebih dahulu di bilik (elakkan rehearsal), amalkan ucapan spontan berpandukan nota-nota ringkas yg highlight point2 penting. ingat, matlamat utama ucapan kita ialah untuk communicate our ideas to people, not telling our ideas to people.

pemimpin yg baik ialah yg berjaya melakukan komunikasi berkesan, di mana pendengar faham akan idea yang diutarakan oleh pemberi ucapan. komunikasi berkesan dibina dengan ucapan yang ikhlas dan dekat dengan pendengar. Ini dibina dari jiwa kita, sama ada matlamat yg ingin dicapai itu lebih kepada matlamat peribadi, atau matlamat ummah.

sekian