|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH

Berbuih-buih kita sarankan jaga segala hukum syara' ketika berlakon dalam filem atau drama, tidak ada daruratnya sampai kena muslimat buka aurat, bersentuh lelaki perempuan bukan mahram, atau aksi kotor yang di luar batas akhlak, rupa-rupanya barulah tahu mengapa semua itu tak dapat dijalankan, TAK ADA IDEA RUPANYA!

Ada orang mengumpamakan industri drama dan filem hari ini seumpama bank konvensional di waktu tiada bank islam. Oleh itu, bagaimana mahu bermuamalat tanpa riba jika semua bank yang ada mengguna riba. Contoh itu sangat dangkal, saya nasihatkan adik-adik jangan percaya kepada contoh ini. Industri filem dan drama kita bukan lagi kering dengan pelakon muslimat yang menutup aurat, bukan lagi kering dengan skrip dakwah yang baik, bukan lagi kering dengan pengarahan yang menjaga tata susila. Tapi apa yang tidak ada cuma kesungguhan gerakan REDHA ALLAH CENTRIC menggantikan gerakan HEDONISME.

Hari ini, seorang muslimat yang free hair boleh dipakaikan tudung dan berlakon dengan penuh akhlak dalam filem atau drama tanpa ada apa-apa kejanggalan. Jadi, alasan apa lagi yang menghalang seorang penulis skrip menetapkan pakaian wataknya, penghalang apa lagi yang ada buat pengarah tidak membenarkan ada sentuhan antara pelakon lelaki dan perempuan yang bukan mahram, dan penghalang apa lagi yang ada buat seorang penerbit mahukan sebuah filem yang diredhai Allah, tak nak makan rezeki halalkah woi?

Ada orang kata, "cakap senanglah, cuba kau buat drama Islami sikit, nak tengok jadi apa?"

Bengong. Niat asal buat drama itu untuk apa? JIka niat asal mahu berdakwah, maka wajib dakwah itu menurut semua hukum hakam Islam. Jika niat asal mahu mencari rezeki sesuap nasi, wajib mencari rezeki yang halal bukan dari jualan produksi yang mengandungi maksiat di dalamnya. Jika niat asal mahu mentarbiyah dunia lakonan dan para pelakon mengenal Islam, maka kenalkanlah Islam yang sebenar bukan Islam sekular. Masuk ke dalam Islam keseluruhannya, mana boleh pilih-pilih lainlah baru masuk Islam.

Adakah hampir mustahil menutupkan aurat seorang muslimat dalam drama atau filem? Tidak, langsung tidak. Adakah memerlukan 30 tahun untuk menutupkan aurat seorang muslimat dalam drama atau filem? Langsung tidak. Adakah memerlukan kudrat yang banyak, idea canggih manggih, brain storming yang keras untuk menjayakan hal itu? Tidak langsung tidak. Semua itu sudah pun berlakulah bang!


Sari Yanti dipakaikan tudung dalam Kisah Kaisara

Ayu Raudhah dipakaikan tudung dalam Manjalara

Julia Ziegler dipakaikan tudung dalam Susuk

Ummi Nazeera dipakaikan tudung dalam Nur Kasih

dan terbaru Faezah Elai dipakaikan tudung dalam Cinta Sempurna.

Soalnya, mudah bukan para pelakon muslimat ini diselamatkan aurat mereka menjelang lakonan. Walaupun mereka seksi di luar set, sekurang-kurangnya mereka telah diselamatkan beberapa tempoh sepanjang lakonan dari dosa membuka aurat. Tak besarkah pahala menjadi penulis skrip, pengarah dan penerbit yang boleh menyelamatkan aurat muslimat-muslimat yang kita sayangi ini?

Namun, mengapa anda sebagai penulis skrip, pengarah dan penerbit tidak mahu menudungkan keseluruhan para pelakon muslimatmu? Tepuk dada tanya iman. Ini bukan zaman darurat, jangan bohonglah. Jangan bohonglah kata, tak apa kita buka aurat mereka semasa melakonkan watak dalam drama dan filem kita, tak apa tak dosa, sekarang semua masih "bank konvensional" (baca: industri haram). Kepala otak udang sungguh dimakan bersama mee goreng kau.

Betulkah menjadi sangat perit dan payah untuk mendapat sebuah drama dakwah yang menjaga semua hukum hakam dalam Islam, betulkah? Dahulu pernah tersiar di kaca televisyen sebuah drama sempena ramadhan, purbakala berlatarkan tanah arab yang pelakonnya semua melayu Malaysia, boleh berlakon menutup aurat dan menjaga tata susila yang dilakonkan oleh Jalaluddin Hasan dan beberapa pelakon lagi, menuturkan hadis nabi dalam skripnya, ha, sudah ada lama dah drama yang berjaya dihasilkan tanpa perlu aksi haram dan maksiat menjelang produksinya. (saya lupa tajuk drama itu).

Dan memang banyak sudah drama dakwah yang bukan saja skripnya menarik dan jalan cerita juga bagus termasuk juga drama bertajuk Musafir yang disiarkan oleh astro oasis ini:

http://www.youtube.com/view_play_list?p=C8866B5578D85380


Cuma, ada juga adegan dua tiga perempuan tak menutup aurat di dalam ceritanya yang kesemua watak perempuan itu tidak utama. Maka, dapat kita lihat, jika si pengarah mengarahkan watak perempuan iaitu watak tambahan ini dipakaikan tudung, drama Musafir ini langsung tak terjejas malah lebih baik dan mantap.

Sekarang, semua sudah faham apa yang penulis skrip, pengarah dan penerbit perlukan? Pelakon muslimat menutup aurat sudah ada, skrip dakwah sudah ada, kemahuan untuk berdakwah dalam drama sudah ada, apa yang tak ada adalah ustaz-ustaz yang boleh memberikan mereka semangat untuk masuk dalam Islam keseluruhannya.

Ustaz-ustaz yang beri semangat, "You can do it, yes, yes, go, go, Allah will love you, maintain istiqamah your niat insyaAllah, yes, please cover your aurat, yes, don't touch your non mahram sister please, yes, like that, yes alhamdulillah, Allah will love all of us" yang begitu mahu dicari, mahu diletakkan.

Bukannya ustaz yang lemah lagi lembik, "ya, tak pakai tudung pun takpe, janji mesej islami, ya, tak apa, sentuh pun boleh,lagu tema penyanyi wanita pun takpe, ya darurat, bank konvensional, ya, ana bagi idea syurga saja, anta buatlah neraka dakwah itu pelan-pelan, ya, akademi wayang, ya realiti tv bagus juga, ya, begitulah" bukan yang sebegini nak dibanyakkan.

Apatah lagi jika sebuah drama ditulis skripnya oleh seorang pendakwah, pengarahnya berbincang pula dengan pendakwah, ada panel syariah pula, penerbit pun berniat nak buat drama dakwah ramadhan, tapi masih terkial-kial para alim nak betulkan? Mana ada, para alim komited dan buka pintu seluas-luasnya nak beri semangat malah teguran, tapi kehadiran beberapa alim yang aneh yang duduk dalam era 60an, yang industri filem dan drama Malaysia belum ada suntikan islamisasi itu yang terus dijerat dan digunakan hedonis untuk ditipu pada masyarakat dengan retorik bahawa "belum masanya lagi ada filem dan drama yang ikut hukum islam sepenuhnya, belum bersedia, darurat" adalah bohong besar yang meracun masyarakat dan umat.

Saya harap jangan ada yang percaya bahawa filem dan drama kita belum lagi boleh bikin produksi ikut islam sepenuhnya. Itu kata-kata orang dalam gua.

nota kaki:
http://zabidiskrip.blogspot.com/2009/05/gambar-shooting-cinta-sempurna.html

3 komentar:

Anonymous said...

Saya nak buat skrip drama pasal seorang wanita India yg dapat hidayah dan masuk Islam, ...jadi saya kena tnjk jugak sikit flashback pasal kehidupan keluarga dia pre Islam dan keadaan dia sendiri,so saya kena urgekan watak tersebut pakai tudung dari kecik??? Masa adengan dia and family ketika pre islam pun saya kena pakaikan tudung pada mak dia jugak??? Bapak dia saya kena pakaikan kopiah??? Tapi skrip saya cerita pasal penentangan keluarga dia dan kejahilan pengetahuan mereka pasal islam....mcm mana ye????

Dan cerita yg berlatar belakangkan seorang pelajar muslim di Jepun, shoot di Jepun, saya kena paksa jugak ke extra2 tu pakai tudung, walaupun watak dia hanya lalu di belakang watak utama??? hOW???

Tolong bagi idea pada saya yg cetek fikiran ni ye.

Anonymous said...

Kritikan membina tetapi kenapa tidak diusulkan cadangan atau usaha untuk menerbitkan filem@drama yang benar-benar islamic dan tidak bercampur yang hak dan yang batil?jangan hanya mengkritik sahaja di blog tapi mesti ada usaha lain juga untuk mencegah kemungkaran...

Ini pandangan saya, salah dan silap saya mohon kemaafan, ilmu masih cetek...Allahua'lam.

Syafarah said...

assalamualaiku..

sekadar cadangan dan pendapat:

@ Anon 1:

saye cadangkan ambil pelakon2 non-muslim untuk watak2 itu. Allahu a'lam

@ Anon 2:

mungkin penulis blog ini bukan pengarah drama tapi SALAH SEORANG HAMBA ALLAH YANG WAJIB BERDAKWAH. dia tiada kuasa, tetapi ada internet, alat untuk berdakwah. SESIAPA ADA KUASA, boleh la mengubah industri hiburan malaysia lebih kepada islam secare kaffah, bukan liberal. Allahu a'alam.

saye cadangkan juga, untuk gunakan NAMA PENUH DAN EMEL pengomen supaya menunjukkan anda BERANI dan JUJUR dalam mengomen. ye la, kalau dan anon, camne nak tahu ape feedback blogger kan? kite mesti jujur menegur kan? bukan sekadar nak menjatuhkan air mukanya kan?