|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
diambil dari sini


Sebenarnya tidak salah menjadi bodoh, cuma yang salah adalah apabila tidak mahu memperbaiki kebodohan itu atau tidak mahu berusaha menambah ilmu untuk merawat kebodohan itu, tidak mahu berusaha ke arah alim, atau dengan kata yang lebih mudah jangan jadi bodoh sombong!

Saya insaf apabila di dalam kitab Fadhail Amal yang dikarang oleh Maulana Zakaria alKandahlawi disebut sebuah hadis mengenai ganjaran pahala bagi orang yang merangkak-rangkak membaca al Quran yang mendapat dua pahala,

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang yang pandai membaca Al-Quran itu akan bersama para Rasul yang mulia. Adapun orang yang lemah dan terlekat-lekat ketika membaca Al-Quran dan dia memang berkeinginan untuk membaca Al-Quran, maka dia berhak mendapat dua pahala.”(Riwayat Muslim)

Allah s.w.t sendiri menghargai orang bodoh yang berusaha, malah bukan saja amalnya diberi pahala, juga atas kerana usahanya itu juga mendapat pahala.

SIAPA ORANG BODOH SOMBONG?

Saya ada beberapa kaedah untuk mengenali sikap dan diri seseorang. Namun kaedah ini bukanlah suatu yang baik kerana dengan menetapkan suatu kaedah dalam menghakimi sikap, diri dan peribadi seseorang merupakan salah satu KEBODOHAN juga.

Saya berikan suatu contoh akan kaedah saya untuk mengenali "orang bodoh sombong".

Apabila datang suatu berita yang dia belum pasti keadaannya atau situasi sebenar, maka dia cepat ketawa dan anggap berita itu lucu dan bodoh, walaupun pada pengetahuan saya, berita itu boleh saja suatu berita benar yang menginsafkan. Maka saya akan anggap dia adalah salah seorang dari "orang bodoh sombong".

Baik, saya ceritakan kisah yang lebih jelas. Apabila suatu hari datang seorang wanita kepada seorang ustaz lalu meminta doa dari ustaz tersebut untuk menyembuhkan kucingnya yang menghidap AIDS, ustaz itu terdetik rasa geli hati. Kemudian kisah itu diceritakan pula oleh ustaz itu kepada teman-teman dan para pengikutnya, lalu teruslah terbahak-bahak para pengikutnya mentertawakan kisah itu atau dengan lebih jelas mentertawakan watak perempuan yang kucingnya sakit AIDS itu.

Antara mereka berkata, "Kucing pun ada sakit AIDSkah? Kah,Kah,Kah! Kucing tu buat seks bebas atau seks di luar tabie? Kah,Kah,Kah".

Kepala otak kau seks bebas. Inilah contoh jelas orang yang menepati kaedah saya untuk mengenali orang bodoh sombong, baik orang yang geli hati mahupun orang ketawa terbahak-bahak.Namun kaedah ini tidak adil dan pastinya jika saya ada dalam situasi berikut sewaktu lelaki dan ustaz itu sedang bergeli hati dengan kisah tersebut akan saya katakan pada mereka, "bodohnya kamuuuuu..." merupakan suatu tindakan yang tidak bijak dan tidak adil.

Begitu jugalah jika sang ustaz menggunakan kaedah apa entah untuk menghakimi wanita yang menangisi akan musibah yang berlaku pada kucingnya itu sebagai wanita yang bermasalah mental merupakan suatu kaedah yang bangang super gaban juga adanya.

Mengapa saya katakan begitu?

Ini disebabkan menangisi atau berlaku belas kasihan akan musibah yang berlaku pada makhluk Allah yang lain selain manusia merupakan sifat insan-insan mulia seperti banyak kisah-kisah yang terukir di dalam hadis,

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Dalam masa seorang lelaki (pengembara) sedang berjalan di sebatang jalan terasa makin bertambah dahaganya lalu didapatinya sebuah perigi, dia pun turun ke dalamnya lalu minum kemudian naik semula. “Tiba-tiba dilihatnya seekor anjing sedang termengah-mengah terjelir lidahnya sambil menjilat tanah basah kerana dahaganya.
(Melihatkan yang demikian) lelaki itu berkata: “Sesungguhnya anjing ini sedang menderita dahaga seperti yang telah aku rasakan.” “Dia pun turun ke dalam perigi, lalu mengisi penuh sarung kakinya (yang diperbuat dari kulit kambing) dengan air, kemudian dia membawanya naik dengan menggunakan giginya hingga naik semula. Lalu diberinya minum anjing itu.
Maka, Allah menerima amalnya yang baik itu, lalu mengampuni dosanya." Sahabat Baginda bertanya: "Ya Rasulullah adakah kami akan mendapat pahala juga jika berbuat baik kepada haiwan itu?" Baginda menjawab: "Pada tiap-tiap (makhluk yang hidup) yang lembut basah (daging) hatinya ada pahala (bagi orang yang berbuat baik kepadanya)"(Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW "Siapa tidak menyayangi, ia tidak akan disayangi." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW: "Sayangilah sesiapa sahaja yang ada di bumi, nescaya kalian disayangi sesiapa sahaja yang ada di langit." (Riwayat Thabrani dan Al-Hakim)

Di dalam hadith lain daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah SAW (sabdanya):
"Bahawa seorang perempuan pelacur melihat seekor anjing pada suatu hari yang cukup terik panasnya sedang berpusing-pusing mengelilingi sebuah perigi sambil menjelirkan lidahnya disebabkan dahaganya. Perempuan itu segera mengambil air perigi dengan sarung kakinya (yang diperbuat dan kulit kambing) dan diberi minum kepadanya. Dengan (perbuatan yang baik) itu Allah mengampunkan dosanya." (Riwayat Muslim)

KUCING YANG KASIHAN

Sebenarnya kisah orang yang mengasihi kucing bukan suatu yang baru, tetapi telah ada beribu abad sebelum ini lagi, termasuklah juga ketika zaman Nabi s.a.w.

Ada seorang sahabat Nabi yang bernama Abdul Rahman bin Sakhr sedang berjalan menuju ke masjid, lalu kelihatan olehnya seekor anak kucing yang kehilangan ibunya sambil mengiau-ngiau kasihan.Lalu beliau berasa kasihan dan mengutip anak kucing tadi lalu memasukkannya ke dalam baju besar beliau.

Sampai saja di masjid, Nabi s.a.w terperasan akan sesuatu dalam baju sahabatnya itu. Lalu ditanya, apa di dalam baju itu. Abdul Rahman pun menjawab, itu kucing yang kehilangan ibunya dan beliau kasihan akan kucing itu. Nabi s.a.w pun menggelarkan sahabatnya itu Abu Hurairah yang bermaksud Bapa Kucing.

Gelaran itu tak buat Abu Hurairah berasa terhina, malah berbangga dengan gelaran itu kerana diberi Nabi dan buat beliau teringat akan amal solehnya membantu anak kucing itu.

Malah Nabi s.a.w pernah mendoakan Abu Hurairah dengan doa,
"Ya Allah, cintailah hambamu ini dan ibunya ke dalam hamba-hambanya yang beriman dan jadikanlah orang-orang beriman mencintainya." (H.R Muslim).


Boleh baca juga kisah Puan Sumayyah @ alQasam bersama suaminya di saat kematian seekor kucing yang digeles oleh kereta di dalam blog beliau yang banyak iktibar dapat kita cerna,
http://alqasam.hadithuna.com/2009/05/22/iktibar-dari-kucing-yang-mati/

KUCING MENGHIDAP AIDS

Saya pernah kenal dengan seorang kawan maya yang mempunyai seekor kucing bernama bulbul. Suatu hari dia bercerita pada saya bahawa kucingnya sekarang sudah tidak bebas kerana dijaga di dalam sangkar.

Saya bertanya, mengapa kurung bulbul itu di dalam sangkar. Dia akhirnya memberitahu saya kucingnya ada AIDS. Jadi untuk mengelak kucing-kucing jiran lain yang bergaul dengan kucing itu mendapat virus yang sama, maka kucingnya disimpan di dalam sangkar.

Saya tidak tahu perkembangan kisah kucing itu bagaimana sehinggalah beberapa tahun kemudian saya melihat kucingnya si bulbul itu sihat walafiat di dalam blog kakaknya. Kucing itu kini dibela oleh saudaranya yang lebih kecil kerana dia sudah bukan kanak-kanak lagi untuk bermain dengan bulbul.

Syukur alhamdulillah, rupa-rupanya kucingnya hanya disyaki menghidap AIDS sahaja oleh klinik haiwan, dan akhirnya bulbul kembali sihat dan semakin gemuk dari sebelumnya.

BulBul (kredit rauda dan ruqi)

Bagi sesiapa yang tidak tahu bahawa kucing juga boleh menghidapi AIDS sepatutnya tidak perlu untuk berdekah-dekah ketawa tetapi bolehlah melakukan sedikit kajian yang berguna supaya tak nampak sangat betapa bodoh sombongnya kita.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Features/20090409185639/Article/indexF_html

Sekiranya kita bertekad untuk mengorbankan hidup kita di dunia ini dengan jalan dakwah dan perjuangan dakwah yang merupakan kewajipan semua umat Islam, eloklah kita menghayati semangat Nabi dan para sahabat baginda, haiwan pun mereka begitu kasih, apatah lagi insan-insan yang punya hati dan perasaan. Tidak kasihankah kamu melihat saudaramu tangis sedih hingga boleh terdetik geli hati dan tersengih-sengih kerang busuk payau hanyir hancing berak ptuihh itu? Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Jangan berhenti muhasabah, walau seratus kali entri muhasabah terpaksa kau karangkan. Tiada lain diari ini untuk pimpin bukan saja halatuju hidupmu, yang lebih penting halatuju kematian kita.

0 komentar: