|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH


saya tak main-main dalam hal ini. saya serius ingin mengubah dunia ini.





MASALAH SISTEM


Sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan semakin dikritik oleh ramai pihak. Ini bukan suatu yang aneh, rata-rata semakin ramai menyedari semakin sistem ini berjalan semakin banyak perkara yang tak selari dengan jiwa dan fitrah manusiawi tercetus.

Banyak isu yang berkaitan dalam dunia pendidikan yang akhirnya menjejaskan institusi sosial,politik,ekonomi malah norma-norma hidup juga sudah semakin terhakis nilai dan keseimbangannya.

Kita sudah berkali-kali mendengar isu masalah sosial remaja yang anti-sekolah, disiplin merosot bukan saja terhad pada kes ponteng dan rokok, malah kes buli yang melibatkan kematian, kes rogol,cabul, sindrom seks bebas, dadah dan arak, rempit dan rompak, juvana,maksiat, dan entah apa lagi hasil-hasil produk remaja dan generasi muda aset negara yang rosak bukan kerana tercicir pengajian akan tetapi kes melibatkan pelajar kelas A asrama penuh, yang dah sampai menara gading pun begitu rupa bentuk kecelaruannya yang diperlihatkan. Bukankah ini menunjukkan kegagalan sistem apabila kes dan angka statistik sudah menunjukkan kenaikan peratusnya?

Kita juga mendengar rungutan dari pihak penggerak sistem sendiri, guru yang terbeban tugas, guru yang hilang jatidiri dan jiwa pendidik, guru yang bermasalah juga wujud, guru yang berkonfrantasi dengan murid, guru yang mendera murid dan guru didera oleh murid, guru yang tak bertanggungjawab, guru yang terpaksa dan dipaksa mengajar dengan cara yang tak direlakan hati, dasar pembelajaran yang bertentangan dengan kecenderungan guru, guru yang tak kreatif, guru makan gaji buta dan pelbagai lagi masalah yang timbul dari guru-guru yang terhasil dari sistem yang sama juga.

Bahkan, bukanlah suatu yang aneh jika masalah juga timbul kepada para ibubapa yang melihat sistem ini tidak membangunkan anak-anak mereka dengan mereka lihat anak mereka menjadi tertekan mental dan fizikal, hingga kadangkala buat para ibubapa menjadi kecewa dengan anak-anak yang sebenarnya dikecewakan oleh piawai sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan ini.
baca contoh kes bapa ini: http://saifulislam.com/?p=5744

JANGAN KRITIK SAJA, APA ALTERNATIFNYA

Saya tak melihat tiada langsung usaha mencadangkan alternatif, mahupun usaha memberikan alternatif dan cuba menjalankannya. Rata-rata mereka berfikir sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan ini boleh diseimbangkan dengan mempelbagaikan aktiviti sekolah dan mempelbagaikan kaedah memberi gred dan penilaian ke atas kecemerlangan pelajar.

Maka sistem ko-kurikulum mula diaktif dan diperkasakan, sistem merit dari aktiviti ini diambil kira sebagai tambahan dan sokongan beberapa peratus dalam penilaian pelajar disamping kelulusan bersama gred dalam peperiksaan umum kebangsaan.

Apa yang berlaku tanpa mereka sedar atau tidak, tapi telah terasa oleh sekalian pelajar "sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan bersama ko-kurikulum" ini adalah sistem yang menambahgandakan tekanan dan kerja diluar kemampuan baik pelajar mahupun guru dan sekolah. Akhirnya, kita dapat lihat sistem yang diberi kononnya sebagai penambahbaikan atau alternatif telah menjadi mala petaka yang lebih teruk dari asalnya.

Mengapa boleh jadi begitu?

Saya dimaklumkan oleh beberapa pelajar bahawa sistem berorientasikan peperiksaan dan sistem keaktifan ko-kurikulum ini berjalan serentak secara terpisah dan bertindih keutamaan dan waktunya.

Sebagai contoh, seorang pelajar yang kononnya dikenalpasti oleh sekolah sebagai pelajar yang cerdas dan cergas telah diberi tanggungjawab untuk mewakili sekolah dalam satu pertandingan forum. Untuk persediaan menjadi wakil sekolah, pelajar itu dikehendaki memperuntukkan sebahagian masa di sekolah atau selepas habis sekolah. Merit akan diberi kepada pelajar itu jika dia berjaya dalam amanahnya itu. Ini bahagian keaktifan ko-kurikulum yang ditambah tadi.

Dalam masa yang sama, pelajar yang sama masih tertakluk kepada kerja sekolah, ujian dan peperiksaan yang dikehendaki oleh sistem berorientasikan peperiksaan yang asal. Maka, adakalanya pelajar itu terpaksa tidak ke kelas bagi peruntukan masa latihan ko-kurikulumnya, ataupun ketika beliau pergi ke tempat pertandingan pastilah beliau tertinggal kelas-kelas tertentu. Akhirnya, sistem berorientasikan peperiksaan dan sistem keaktifan ko-kurikulum bermain tarik tali dalam diri pelajar itu, sehingga ini memberikan pelajar itu satu beban yang amat berat hingga nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Begitu jugalah dengan halnya bagi guru dan sekolah. Guru yang terlibat untuk sistem keaktifan ko-kurikulum adakalanya tidak dapat beri komitmen pula pada pembelajaran mereka di kelas. maka situasi sama berlaku dalam diri guru, 2 kerja berat perlu dilakukan, mempastikan A untuk peperiksaan pelajar mereka, dan mempastikan merit baik pada ko-kurikulum pelajar yang sama.

Sekolah juga begitu, membuat pelbagai aktiviti, sambutan, dan acara selain akademik, memerlukan pihak tenaga sekolah memberikan masa dan komitmen, juga mewajibkan pelajar duduk dalam program, dalam masa yang sama perlu memastikan kelas-kelas tidak tertunda untuk menghabiskan sillabus bagi persediaan peperiksaan yang pelbagai macam pula. Usaha mempercepatkan pengajaran sillabus menjadi salah satu perkara yang terpaksa dilakukan dan akhirnya nanti jadilah cerita kartun untuk sistem ini yang kononnya semua kefahaman oleh pelajar boleh sampai hanya dengan sekali hembus, memperlihatkan lagi betapa sistem ini memang digarap untuk robot dan bukannya manusia.

Sebenarnya mereka bukannya berikan alternatif, tetapi mereka telah berikan tambahan unsur yang menekan tanpa menukar atau mengubah masalah asal sistem iaitulah piawai,seragam dan tekanan.

PIAWAI, SERAGAM DAN TEKANAN

Saya menggariskan masalah sistem ini bukan disebabkan oleh adanya kecenderungan akademik semata-mata , maka perlunya pula ditambah lagi unsur ko-kurikulum.Masuklah pelbagai macam lagi unsur, dan terbaru nak dimasukkan unsur ketuhanan dalam setiap sillabus, penilaian akhlak dan nilai peribadi dan pelbagai macam lagi unsur yang pada asalnya baik akan jadi huru-hara buat pelajar jika masih sistem ini memakai piawai, seragam dan tekanan sebagai tema.

Pendidikan itu bukannya penghakiman. Masalah berlaku apabila pencipta-pencipta dasar pendidikan, mahupun pencadang-pencadang akademik hanya bertumpu kepada "bagaimana mahu menghakimi seorang pelajar itu sudah cemerlang pendidikannya". Oleh kerana itu mereka sibuk dengan mencipta piawai-piawai yang boleh menjadi tanda ukur seorang pelajar itu layak digelar cemerlang. Maka asal sistem ini adanya gred dalam UPSR,PMR,SPM,STPM dan pelbagai peperiksaan lain sebagai piawai intelektual pelajar, adanya merit dalam aktiviti persatuan,unit beruniform,sukan untuk piawai bakat pelajar, dan lain-lain sistem yang meletakkan piawai demi piawai yang sebenarnya menyalahi fitrah sebuah pendidikan.

Mengapa menyalahi?

Kerana apa yang berlaku nanti adalah keseragaman produk yang mengikut piawai, padahal itu bukannya sifat manusiawi tapi sifat mesin dan robotik. Sebuah kilang yang meletakkan piawai produknya mestilah menepati ciri-ciri standard, maka mesin dan robot di kilang akan bekerja dan membikin produk itu menjadi sama semuanya walaupun asal bahan itu dari pelbagai latar belakang yang tentunya tak sama. Produk di kilang boleh dibentuk dengan sistem mesin dan robot, tapi tidak produk MODAL INSAN yang ingin dilahirkan oleh sistem pendidikan yang merangkumi falsafah manusiawi.

Dan piawai yang berkehendakkan keseragaman inilah nanti menimbulkan tekanan dan konfrantasi jiwa dari peserta sistem pendidikan kerana mahu dipaksa falsafah robot kepada sebuah norma dan falsahan manusia. Dan setiap masalah yang timbul di awal perbincangan tadi semuanya kerana tekanan ini yang cuba mewujudkan sebuah arus, sedangkan sifat pesertanya yang berlainan arus menghasilkan kes-kes melawan arus yang sebahagian besarnya adalah arus songsang yang menghancurkan.

INI ZAMAN IDEA BARU DAN PENILAIAN HASIL

Pada pendapat saya sebagai orang yang sudah mengisytiharkan perang habis-habisan ke atas sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan sejak di bangku sekolah lagi , dengan menamakan diri sebagai pejuang anti-exam, meletakkan pendidikan adalah bagaimana manusia boleh dibentuk sebagai manusia, boleh menggilap dan mengasah ilmu, bakat dan idea, sehingga memberikan hasil-hasil yang bermanfaat untuk manusia dan alam seluruhnya.

Pembentukan sebagai manusia itu biar sifatnya seluruhnya sepertimana kehendak Tuhan yang menciptakan manusia itu mahukan, sifat manusia yang mengabdi pada Tuhan, sifat manusia yang mengenali asal diri dan arah tujuannya, dari mana wujud kekekuatan dari mana wujud kelemahan, amanah sebagai khalifah di muka bumi, tugasan dan tanggungjawab, kewajipan dan perjuangan, mengenali dunia dan sifat isi makhluk di dalamnya, kejahatan-tipu daya-muslihat- perangkap musuh-musuh, sifat kawan-kawan yang boleh didekati yang patut dijauhi, semuanya itu perlu diambil tempoh untuk digarap dan ditanam sebelum boleh berbicara lanjut mengenai sistem pendidikan.

Sebab itu jika dulu dalam dasar KBSR untuk sekolah rendah Malaysia diazamkan untuk penguasaan 3M- Membaca,Menulis,Mengira diperkenalkan, saya rasa tidak ada masalah jika 3M yang ini juga diazamkan penguasaannya- Mengenal,Merenung, Memanfaat. Soal membaca,menulis,mengira itu hanya kategori mengenal. Juga mengenal yang lebih awal sepatutnya mengenal Allah, mengenal diri, mengenal persekitaran dan dunia. Manakala sifat manusia itu perlu merenung untuk berfikir untuk insaf, mengambil tauladan dari kisah-kisah silam, menanam azam untuk mencipta kisah-kisah hadapan. Dengan itu, cita-cita di sekolah rendah bukan saja "saya nak jadi doktor", "saya nak jadi cikgu", "saya nak jadi polis" tapi lebih dari itu adalah "saya nak masuk syurga", "saya nak ubah dunia jadi lebih baik", "saya nak selamatkan manusia" akan tercetus. Hanya dengan itu, barulah pendidikan akan beri manfaat dari mengenal dan merenung seterusnya anak-anak tahu bagaimana memanfaat didikan yang telah diberi.

Saya cukup cenderung proses awal didikan anak-anak, hal 3M di atas perlu diselesaikan dahulu. Tak usah nak sibuk kononnya nak jadikan anak-anak sekolah rendah pakar matematik dan sains, padahal nanti apa tujuan belajar sains dan matematik, apa maksud hidup dan ke mana mahu pergi akan terus jadi dilema anak-anak sehingga dah bergraduasi dari menara gading pun. Hari ini bukan rahsia lagi, bukan sedikit mereka yang sudah bergraduasi, malah yang sudah bekerjaya pun masih belum selesai mencari erti hidup dan mengenali diri dengan soalan, "siapa aku sebenarnya, mahu ke mana sebenarnya aku ini?".

Sebab itu susah untuk kita melahirkan modal insan yang benar-benar boleh membenteng ummah dan membangunkan ummah dengan sistem mengarut sistem berorientasikan peperiksaan-piawai-seragam-tekanan ini.

Bagaimana mahu memikirkan sebuah idea baru jika, maksud dan tujuan idea difikirkan pun tidak dapat diletakkan asasnya lagi? Hari ini kita bukan sekadar mahu orang-orang kreatif mengeluar dan mencipta idea baru, tetapi lebih dari itu kita mahu idea-idea dicipta yang menyelamatkan, yang membangunkan, yang menyelesaikan, yang membantu ke arah menyusun dunia menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Sebab itu pada saya pendidikan adalah penggilapan dan pengasahan. Setelah selesai 3M yang saya nyatakan di peringkat rendah, pendidikan sepatutnya terbuka dan percuma yang menggariskan beberapa sifat iaitu ilmu dicintai, guru dihormati, murid mencari guru, guru cinta menyebar ilmu,menggilap dan mengasah dalam mendidik dengan mengikut fleksibiliti diri pelajar, meraikan sifat manusiawi yang ada kuat ada lemah, ada cepat ada perlahan, yang semuanya meruntuhkan 3 sifat penting dalam sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan itu iaitu piawai, seragam, dan tekanan.

Seterusnya anda boleh mengikuti idea saya selanjutnya berkenaan apa itu sistem pendidikan penggilapan dan pengasahan, bakat dan minat, anti-exam pro-kuiz yang semuanya terangkum dalam cita-cita pendidikan pejuang yang saya idamkan boleh ke link berikut (saya adalah mfrstudio dalam thread itu):

http://www.al-fikrah.net/ForumsPro/viewtopic/t=4835/finish=15/start=0.html
LAGI BICARA MENGENAI AIDS PADA KUCING

Memang benar HIV tidak menghinggapi kucing dan hanya manusia saja, namun AIDS juga boleh menyerang kucing dengan virus yang hampir serupa dengan HIV yang dipanggil FIV.

Dalam NST bertarikh 9 April 2009 berikut diterangkan secara ringkas latar belakang mengenai AIDS pada kucing.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Features/20090409185639/Article/indexF_html

Jika anda malas membaca, saya poinkan beberapa isi penting untuk pengetahuan am kita bersama:

1. AIDS Kucing juga dipanggil sebagai Feline Immunodeficiency Virus (FIV).
(Feline maksudnya keluarga kucing)

2. FIV adalah sama dengan HIV iaitu virus yang menyerang imun sistem.

3. FIV tidak menghinggapi manusia.

4. Jika HIV menghinggapi manusia antara caranya adalah melalui seks, FIV pula berjangkit dengan cara gigitan, bergaduh melalui air liur kucing yang mengandungi leukocytes (sel darah putih).

5. Kebarangkalian FIV berjangkit melalui air mani kucing juga ada tetapi rendah
peratusnya.

6. Ujian pengesanan AIDS Kucing boleh dilakukan di klinik haiwan berdekatan dengan ujian darah.

7. Kos ujian darah itu berharga RM45 dan keputusan boleh diperolehi dalam masa 10 minit.

8. Ujian negatif FIV tidak bermakna kucing anda tidak berjangkit FIV kerana FIV menyerang dalam tempoh panjang.

9. Vaksin FIV sangat mahal dan sukar diperolehi di Malaysia.

10. Kucing yang telah terjangkit FIV boleh hidup sehingga 5 tahun jika diberikan penjagaan yang baik, pemakanan seimbang bersama vitamin dan gaya hidup sihat.

11. Kucing yang telah terjangkit FIV mestilah diletak dalam rumah supaya tidak menyebarkan virus pada kucing yang lain.

ADA APA DENGAN KETAWA ?

Kajian mengenai psikologi manusia yang menghasilkan ketawa dipanggil sebagai Getology.

Mengikut Getology, kononnya ketawa merupakan terapi yang baik untuk psikologi manusia yang bermasalah. Kononnya "laughter is the best medicine".

Sehingga terdapat senaman Yoga yang khusus merawat masalah psikologi dan mental dengan ketawa dipanggil sebagai Hasya Yoga yang dibangunkan oleh Dr Madan Kataria dari India.

Kononnya Hasya Yoga ini menggabungkan senaman ketawa dengan pernafasan Yoga. Mungkin dengan banyak ketawa maka oksigen-oksigen pun dapat masuk dengan mudah sesuai dengan teknik pernafasan yoga. Prinsip yang dipegang oleh Dr Madan, "siapa pun boleh ketawa tanpa apa-apa pasal".

Allah s.w.t berfirman,


"Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya) dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?" (Al Najm: 60)

Berkenaan dengan ketawa ini telah banyak diingatkan oleh Nabi s.a.w di dalam beberapa hadis,

Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda:

"Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut,

kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat".

Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini,

maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu).

Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu".

Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi,

kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)".

Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati. (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).

Suatu ketika, Rasulullah berjalan di depan sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu Baginda bersabda yang bermaksud: "Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa. (Riwayat Bukhari).

Dan banyak lagi boleh dibaca di sini:
http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/laranganketawa.htm



diambil di sini

ADA APA DENGAN SOALAN?

Soalan yang bertanya, "siapakah di malaysia ini yang membuat diagnosis bahawa kucing akak itu menghidap AIDS atau HIV (FIV) positif?"

Jawapannya, klinik haiwan berdekatan. Harganya RM45 boleh dapat keputusan dalam masa 10 minit.

Jangan pergi luar negara atau Singapura pula semata-mata untuk buat ujian darah FIV bagi kucing anda. Terima kasih.


baca juga: http://www.vet-klinik.com/Pets-Animals/AIDS-pada-kucing-Feline-Immunodeficiency-Virus.html

diambil dari sini


Sebenarnya tidak salah menjadi bodoh, cuma yang salah adalah apabila tidak mahu memperbaiki kebodohan itu atau tidak mahu berusaha menambah ilmu untuk merawat kebodohan itu, tidak mahu berusaha ke arah alim, atau dengan kata yang lebih mudah jangan jadi bodoh sombong!

Saya insaf apabila di dalam kitab Fadhail Amal yang dikarang oleh Maulana Zakaria alKandahlawi disebut sebuah hadis mengenai ganjaran pahala bagi orang yang merangkak-rangkak membaca al Quran yang mendapat dua pahala,

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang yang pandai membaca Al-Quran itu akan bersama para Rasul yang mulia. Adapun orang yang lemah dan terlekat-lekat ketika membaca Al-Quran dan dia memang berkeinginan untuk membaca Al-Quran, maka dia berhak mendapat dua pahala.”(Riwayat Muslim)

Allah s.w.t sendiri menghargai orang bodoh yang berusaha, malah bukan saja amalnya diberi pahala, juga atas kerana usahanya itu juga mendapat pahala.

SIAPA ORANG BODOH SOMBONG?

Saya ada beberapa kaedah untuk mengenali sikap dan diri seseorang. Namun kaedah ini bukanlah suatu yang baik kerana dengan menetapkan suatu kaedah dalam menghakimi sikap, diri dan peribadi seseorang merupakan salah satu KEBODOHAN juga.

Saya berikan suatu contoh akan kaedah saya untuk mengenali "orang bodoh sombong".

Apabila datang suatu berita yang dia belum pasti keadaannya atau situasi sebenar, maka dia cepat ketawa dan anggap berita itu lucu dan bodoh, walaupun pada pengetahuan saya, berita itu boleh saja suatu berita benar yang menginsafkan. Maka saya akan anggap dia adalah salah seorang dari "orang bodoh sombong".

Baik, saya ceritakan kisah yang lebih jelas. Apabila suatu hari datang seorang wanita kepada seorang ustaz lalu meminta doa dari ustaz tersebut untuk menyembuhkan kucingnya yang menghidap AIDS, ustaz itu terdetik rasa geli hati. Kemudian kisah itu diceritakan pula oleh ustaz itu kepada teman-teman dan para pengikutnya, lalu teruslah terbahak-bahak para pengikutnya mentertawakan kisah itu atau dengan lebih jelas mentertawakan watak perempuan yang kucingnya sakit AIDS itu.

Antara mereka berkata, "Kucing pun ada sakit AIDSkah? Kah,Kah,Kah! Kucing tu buat seks bebas atau seks di luar tabie? Kah,Kah,Kah".

Kepala otak kau seks bebas. Inilah contoh jelas orang yang menepati kaedah saya untuk mengenali orang bodoh sombong, baik orang yang geli hati mahupun orang ketawa terbahak-bahak.Namun kaedah ini tidak adil dan pastinya jika saya ada dalam situasi berikut sewaktu lelaki dan ustaz itu sedang bergeli hati dengan kisah tersebut akan saya katakan pada mereka, "bodohnya kamuuuuu..." merupakan suatu tindakan yang tidak bijak dan tidak adil.

Begitu jugalah jika sang ustaz menggunakan kaedah apa entah untuk menghakimi wanita yang menangisi akan musibah yang berlaku pada kucingnya itu sebagai wanita yang bermasalah mental merupakan suatu kaedah yang bangang super gaban juga adanya.

Mengapa saya katakan begitu?

Ini disebabkan menangisi atau berlaku belas kasihan akan musibah yang berlaku pada makhluk Allah yang lain selain manusia merupakan sifat insan-insan mulia seperti banyak kisah-kisah yang terukir di dalam hadis,

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Dalam masa seorang lelaki (pengembara) sedang berjalan di sebatang jalan terasa makin bertambah dahaganya lalu didapatinya sebuah perigi, dia pun turun ke dalamnya lalu minum kemudian naik semula. “Tiba-tiba dilihatnya seekor anjing sedang termengah-mengah terjelir lidahnya sambil menjilat tanah basah kerana dahaganya.
(Melihatkan yang demikian) lelaki itu berkata: “Sesungguhnya anjing ini sedang menderita dahaga seperti yang telah aku rasakan.” “Dia pun turun ke dalam perigi, lalu mengisi penuh sarung kakinya (yang diperbuat dari kulit kambing) dengan air, kemudian dia membawanya naik dengan menggunakan giginya hingga naik semula. Lalu diberinya minum anjing itu.
Maka, Allah menerima amalnya yang baik itu, lalu mengampuni dosanya." Sahabat Baginda bertanya: "Ya Rasulullah adakah kami akan mendapat pahala juga jika berbuat baik kepada haiwan itu?" Baginda menjawab: "Pada tiap-tiap (makhluk yang hidup) yang lembut basah (daging) hatinya ada pahala (bagi orang yang berbuat baik kepadanya)"(Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW "Siapa tidak menyayangi, ia tidak akan disayangi." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW: "Sayangilah sesiapa sahaja yang ada di bumi, nescaya kalian disayangi sesiapa sahaja yang ada di langit." (Riwayat Thabrani dan Al-Hakim)

Di dalam hadith lain daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah SAW (sabdanya):
"Bahawa seorang perempuan pelacur melihat seekor anjing pada suatu hari yang cukup terik panasnya sedang berpusing-pusing mengelilingi sebuah perigi sambil menjelirkan lidahnya disebabkan dahaganya. Perempuan itu segera mengambil air perigi dengan sarung kakinya (yang diperbuat dan kulit kambing) dan diberi minum kepadanya. Dengan (perbuatan yang baik) itu Allah mengampunkan dosanya." (Riwayat Muslim)

KUCING YANG KASIHAN

Sebenarnya kisah orang yang mengasihi kucing bukan suatu yang baru, tetapi telah ada beribu abad sebelum ini lagi, termasuklah juga ketika zaman Nabi s.a.w.

Ada seorang sahabat Nabi yang bernama Abdul Rahman bin Sakhr sedang berjalan menuju ke masjid, lalu kelihatan olehnya seekor anak kucing yang kehilangan ibunya sambil mengiau-ngiau kasihan.Lalu beliau berasa kasihan dan mengutip anak kucing tadi lalu memasukkannya ke dalam baju besar beliau.

Sampai saja di masjid, Nabi s.a.w terperasan akan sesuatu dalam baju sahabatnya itu. Lalu ditanya, apa di dalam baju itu. Abdul Rahman pun menjawab, itu kucing yang kehilangan ibunya dan beliau kasihan akan kucing itu. Nabi s.a.w pun menggelarkan sahabatnya itu Abu Hurairah yang bermaksud Bapa Kucing.

Gelaran itu tak buat Abu Hurairah berasa terhina, malah berbangga dengan gelaran itu kerana diberi Nabi dan buat beliau teringat akan amal solehnya membantu anak kucing itu.

Malah Nabi s.a.w pernah mendoakan Abu Hurairah dengan doa,
"Ya Allah, cintailah hambamu ini dan ibunya ke dalam hamba-hambanya yang beriman dan jadikanlah orang-orang beriman mencintainya." (H.R Muslim).


Boleh baca juga kisah Puan Sumayyah @ alQasam bersama suaminya di saat kematian seekor kucing yang digeles oleh kereta di dalam blog beliau yang banyak iktibar dapat kita cerna,
http://alqasam.hadithuna.com/2009/05/22/iktibar-dari-kucing-yang-mati/

KUCING MENGHIDAP AIDS

Saya pernah kenal dengan seorang kawan maya yang mempunyai seekor kucing bernama bulbul. Suatu hari dia bercerita pada saya bahawa kucingnya sekarang sudah tidak bebas kerana dijaga di dalam sangkar.

Saya bertanya, mengapa kurung bulbul itu di dalam sangkar. Dia akhirnya memberitahu saya kucingnya ada AIDS. Jadi untuk mengelak kucing-kucing jiran lain yang bergaul dengan kucing itu mendapat virus yang sama, maka kucingnya disimpan di dalam sangkar.

Saya tidak tahu perkembangan kisah kucing itu bagaimana sehinggalah beberapa tahun kemudian saya melihat kucingnya si bulbul itu sihat walafiat di dalam blog kakaknya. Kucing itu kini dibela oleh saudaranya yang lebih kecil kerana dia sudah bukan kanak-kanak lagi untuk bermain dengan bulbul.

Syukur alhamdulillah, rupa-rupanya kucingnya hanya disyaki menghidap AIDS sahaja oleh klinik haiwan, dan akhirnya bulbul kembali sihat dan semakin gemuk dari sebelumnya.

BulBul (kredit rauda dan ruqi)

Bagi sesiapa yang tidak tahu bahawa kucing juga boleh menghidapi AIDS sepatutnya tidak perlu untuk berdekah-dekah ketawa tetapi bolehlah melakukan sedikit kajian yang berguna supaya tak nampak sangat betapa bodoh sombongnya kita.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Features/20090409185639/Article/indexF_html

Sekiranya kita bertekad untuk mengorbankan hidup kita di dunia ini dengan jalan dakwah dan perjuangan dakwah yang merupakan kewajipan semua umat Islam, eloklah kita menghayati semangat Nabi dan para sahabat baginda, haiwan pun mereka begitu kasih, apatah lagi insan-insan yang punya hati dan perasaan. Tidak kasihankah kamu melihat saudaramu tangis sedih hingga boleh terdetik geli hati dan tersengih-sengih kerang busuk payau hanyir hancing berak ptuihh itu? Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Jangan berhenti muhasabah, walau seratus kali entri muhasabah terpaksa kau karangkan. Tiada lain diari ini untuk pimpin bukan saja halatuju hidupmu, yang lebih penting halatuju kematian kita.


Kitab Bidayah Wan Nihayah karya Ibnu Kathir ini menghimpunkan kisah-kisah 5 khalifah Islam dari Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali dan Saidina Hasan. Banyak kisah-kisah yang selalu kita lupa yang pernah kita belajar di bangku sekolah, juga banyak kisah yang kita tak berpeluang untuk tahu jika hanya belajar di bangku sekolah tanpa talaqqi, dan banyak kisah yang kita tidak pernah terbaca kerana selalu membaca bahan bacaan yang tak beri peluang untuk kita tahu mengenai sejarah Islam. Saya amat sayu membaca kitab ini terutama di bahagian akhir sejarah khalifah ar rasyidin yang banyak sekali fitnah dan kecelaruan berlaku. Kisah wafatnya Saidina Hasan amat menyayat hati saya.

Kitab Bidayah Wan Nihayah

untuk DOWNLOAD, tekan butang "more" kemudian "save document".