|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH




Ketika menulis posting ini, aku sudah pun sampai ke Toyama setelah bercuti lebih sebulan di Malaysia sejak 1 Mac lepas.Aku ada 2 tahun lagi untuk menamatkan pengajian. Sebenarnya perjanjian dengan JPA, aku perlu habiskan pengajianku dalam 4 tahun saja.Akan tetapi tahun lepas aku mengulang setahun untuk tahun 2.Ini bermakna aku telah mungkir perjanjian atau dengan kata lain telah melanggar kontrak.

Walaupun aku sudah maklumkan situasi aku pada pihak kedutaan iaitu bahagian kaunseling pelajar, namun memohon melanjutkan biasiswa untuk tambahan tahun mengulang bermakna aku berhutang dengan rakyat Malaysia hampir setengah juta kerana tidak termasuk biasiswa tambahan untuk pelajar mengulang.

Sebagai pencopek wang rakyat, aku tak pernah tenang, namun aku perlu habiskan jua pengajian ini.Jika tidak, keseluruhan biasiswa dan wang rakyat yang aku terima sejak kanak-kanak hingga sekarang berjumlah hampir ratusan juta. Memang 7 keturunan aku belum tentu dapat bayar keseluruhan duit dan bantuan yang aku terima selama ini. Mahu atau tidak, aku kena bina diri menjadi senjata buat umat manusia supaya wang dan bantuan yang aku terima dari duit pelbagai lapisan masyarakat Malaysia tidak sia-sia.

Orang bising tentang sikap aku yang tak mahu berbelanja secara bebas seperti mereka.Aku juga pernah berbelanja bebas ketika awal-awal sampai ke Jepun. Ya lah, biasiswa yang cukup mewah bagi aku, ditambah pula aku buat kerja part time menghantar surat khabar dengan gaji lumayan, jadilah aku manusia yang rakus menerbangkan wang tunai ke tempat-tempat sia-sia.

Namun, ketika aku kemalangan buat pertama kali, ditangkap polis jepun, masuk mahkamah buat pertama kali, aku mula kenal apa itu kehidupan yang sia-sia. Aku baru sedar apa itu kesejahteraan hidup.Aku mula memperbanyakkan sedekah dan mula belajar jimat dan hidup zuhud dan sederhana. Duduk di Jepun tapi semangat kampung meresap dalam hidup aku. Baru aku rasa hidup yang bermakna.

Orang bising tentang betapa sia-sianya aku tinggal di Jepun tapi tak menikmati keseronokan yang bertebaran di bumi Jepun ini. Maaflah, mungkin persepsi 'seronok' itu berbeza dari satu individu ke individu yang satu lagi. Aku tak kan seronok jika wang rakyat yang diserah pada aku hanya terbang sia-sia tanpa manfaat buat rakyat kembali. Bukan aku nak suruh semua penerima biasiswa yang belajar di oversea hidup zuhud dan meninggalkan semua aktiviti lagha yang mereka anggap berfaedah untuk sosial itu. Bukan. Cuma aku nak jelaskan bahawa matlamat sosial dan ukhuwwah bukan semata-mata terkandung dalam aktiviti lagha seperti main bowling, makan-makan di restoran, atau jalan-jalan untuk bergambar semata-mata. Memang aktiviti lagha boleh dihilangkan lagha nya itu dengan inisiatif kita yang mengurus niat dan perjalanan aktiviti. Namun, aku lebih nampak aktiviti lain yang lebih jelas sosial dan ukhuwwah islami nya. Tak setuju dengan aku tak apa, cuma sebab aku rasa aktiviti itu baik untuk aku, maka aku menyertainya dengan penuh keyakinan dan pengharapan.

Aktiviti dakwah yang diusahakan jamaah tabligh di bumi Jepun nampak lebih memberi aku kekuatan, malah ilham-ilham baru untuk memperkemaskan strategi perjuangan aku di masa depan juga aku dapati dalam penglibatan aku dengan jamaah tabligh. Aku bukan karkun, jangan salah faham. Seperti juga orang tak iktiraf aku sebagai naqib usrah, fikrah ikhwan, begitu juga tak perlu nak label aku sebagai karkun. Cuma sejak aku bekerjasama dengan Faruq, karkun tabligh di bumi Toyama ini, aku mula belajar darinya tentang apa itu 'plan', apa itu 'gerak kerja' dan apa itu 'komitmen' dan 'istiqamah' yang buktinya jelas di depan mataku sendiri.

Di Universiti Toyama tidak pernah ada ruang solat yang benar-benar tersedia khas untuk pelajar islam mengerjakan solat. Kami sering guna ruang celah-celah almari di perpustakaan atau bilik-bilik kosong yang digunakan secara curi-curi. Namun, apabila plan untuk memohon bilik khas untuk solat dari pihak Universiti diutarakan Faruq, aku cuba membantu merangka gerak kerjanya. Hasrat untuk dapat bilik khas ini sudah pun diusahakan oleh beberapa pelajar senior sebelum ini, namun mungkin pihak universiti menganggap permohonan itu tak mengapa jika diketepikan saja kerana yang memohon dan berusaha nampak seperti seorang diri saja.

Gerak kerja untuk dapatkan bilik khas atau yang dipanggil surau sekarang ini, asalnya hanyalah gerak kerja aku dan Faruq. Namun kesudahannya pasti negatif jika setiap pelajar muslim di universiti Toyama tidak dilibatkan sama. Sebenarnya majoriti pelajar Muslim di universiti ini khasnya fakulti kejuruteraan ini adalah pelajar Malaysia.Oleh itu, Faruq memberikan pengharapan besar untuk idea ini dapat menerima sokongan seluruh pelajar Malaysia.Sebab Faruq seorang bangladeshi maka akulah yang perlu meyakinkan dan buat propaganda agar agenda untuk dapatkan surau menjadi agenda seluruh pelajar Malaysia.Alhamdulillah, semua rakan-rakanku termasuk junior yang lebih muda dari aku lebih berusaha dan banyak membantu dalam mencapai kejayaan memiliki sebuah surau di universiti ini.

Permohonan demi permohonan, mesyuarat demi mesyuarat dengan pihak universiti, akhirnya surau idaman itu dapat disediakan oleh pihak universiti. Bukan senang nak meyakinkan pengurusan Jepun untuk berlapangdada membantu pelajar Islam untuk selesa bersolat dalam masa yang sama menjanjikan prestasi pembelajaran tidak terjejas.Namun masalah komitmen dan istiqamah dalam memanfaatkan surau itu pula yang aku nampak ada kelemahan termasuk pada diri aku sendiri.

Setelah mengkaji dan berbincang dengan ramai karkun tabligh, aku mula bersedia untuk membantu satu lagi usaha dan agenda yang lebih besar susulan kejayaan mendapatkan surau di Universiti itu iaitu untuk mendirikan masjid atau musolla di kawasan perumahan berdekatan kampus aku. Disebabkan bilik khas itu cuma dibenarkan untuk diadakan solat semata-mata, aku tak nampak penambahbaikan dari segi komitmen dan nilai istiqamah dapat dilebarkan ke seluruh jiwa pelajar jika tiadanya usaha-usaha dakwah susulan.Berhari-hari aku berfikir untuk dapatkan penyelesaian usaha dakwah corak bagaimanakah yang patut diterap di bumi Toyama, kerana sepanjang aku bersama Faruq, aku nampak beberapa kelemahan dalam dakwah jamaah tabligh.Dari sudut kefahaman Faruq dalam mengenal erti dakwah dan perjuangan Islam juga amat terbatas dengan meletakkan usaha agama hanyalah apabila khuruj,dan tidak meletakkan perjuangan dirinya sendiri menuntut ilmu untuk menjadi profesor di bangladesh sebagai usaha agama sama.

Aku lebih gemar konsep "keluar di jalan Allah seluruh hidup" kerana seluruh hidup kita ini hanya bermatlamatkan ibadah, tiada lain selain itu, daripada kefahaman Faruq bahawa "keluar di jalan Allah" paling lama 3 bulan, 40 hari, 3 hari dan sebagainya. Faruq menganggap aku berfikrah sufi yang meletakkan seluruh hidup untuk beribadah kepada Allah semata-mata. Mungkin maksud agama, ibadah dan jalan Allah itu berbeza antara aku dan Faruq.

Akhirnya aku dapat juga merangka satu kertas kerja yang memperincikan usaha-usaha dakwah susulan supaya solat jemaah yang dilaung-laungkan untuk diimarahkan di Musolla yang bakal terdiri dengan menyewa sebuah rumah itu dapat tertegak dengan jiwa dan semangat pejuang-pejuang islam dan bukan sekadar aktiviti harian yang masuk keluar hanya asap.Aku meraikan usaha usrah IPIJ (ikatan persaudaraan Islam jepun) yang presiden dan ajk nya ada di Toyama begitu juga diraikan adalah usaha jamaah Tabligh dengan program kedua-dua usaha itu disilihganti dalam 2 minggu.Kertas kerja aku akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Komuniti Muslim yang julung-julung kali diadakan pada 2 hari selepas aku sampai di Jepun iaitu lusa ketika aku menaip ini.Kertas kerja aku itu sudah disiapkan sebelum aku pulang bercuti di Malaysia mac lepas.

Alhamdulillah, misi jelajah bertemu tokoh agama yang aku rangka pada Mac lepas juga berjalan dengan baik walaupun beberapa perubahan terpaksa aku buat. Perjalanan yang padat dengan isi dan pengalaman, begitu juga rakaman temubual yang begitu berharga berjaya dilaksanakan walaupun beberapa kelemahan teknikal berlaku.

Berikut adalah 6 tokoh yang berjaya aku wawancara dalam misi itu:

1) 21 Mac- Ustaz Kamaruddin Kassim - aktivis TERAS dan Pegawai Jabatan Agama Sg petani

2) 25 Mac- Dato seri Dr Harussani Zakaria - Mufti Perak

3) 28 Mac- Ustaz Rasul Dahri

4) 29 Mac- Prof Dr Sidek Baba

5) 31 Mac- Ustaz Abdul Ghani Samsudin - Pengerusi SHURA

6) 2 April- Ustaz Zamihan Md Zin

InsyaAllah aku akan segera tayangkan semua rakaman temubual itu di channel aku di youtube nanti.

Selepas saja meletak barang-barang aku di rumah baru yang akan dijadikan Musolla bermula 6 April ini, aku terus bergegas ke Fakulti Kejuruteraan yang dekat saja jaraknya dari rumah itu. Aku segera memeriksa keputusan peperiksaan semester lepas di makmal komputer sekolah, dan aku sungguh terkejut subjek yang aku sangka gagal telah diberi lulus oleh Yamada Sensei.Bertambah yakinlah lagi aku bahawa berkorban dan berusaha membantu agama Allah tak pernah sia-sia malah Allah akan membantu kita dan memberi rezeki dengan jalan yang tidak kita sangka-sangka! Oh!

Sebab itu nasihat aku buat rakan-rakanku yang ditolak pinangan mereka oleh wanita-wanita solehah yang menjadi rebutan lelaki-lelaki berjiwa warak , jangan bersedih. Sebab, kalian mesti akan faham bahawa bukan mendapat isteri solehah yang comel itu yang menjadi kemuncak bahagia dan gembira, tetapi bila kita rasa hidup kita diredhai Allah dengan usaha dan pengorbanan kita buat agama Allah dibalas dengan Allah membantu dalam kesulitan kita!Oh, subhanallah! Itulah kegembiraan yang sangat tinggi yang aku rasakan sekarang. Ya Allah, istiqamahkan aku dalam jalanMU, matikan aku sebagai syuhadaMu.. ameen.

8 komentar:

Anonymous said...

いい 話だと
がんばってね

mfrstudio said...

ありがとう

Anonymous said...

tahniah fakhrul.moga kau terus kuat di bumi sakura tu. aku seronok kau telah jumpa sesuatu, yang aku harap sangat selama ni kau jumpa. alhamdulillah. walaupun jalan yg kita semua lalui berbeza, iAllah matlamatnya sama - mardhatillah yg kt cari.keep up the gud work. Allah bless you and all of us.ameen

hayya bil jihad!

(sfr)

Unknown said...

hmm..best baca pengalaman org..hope so dpt jpa..leh fly n merasa bdakwah kat negeri org...^^


p/:hmm..mufti perlis xtermasuk dlm snarai tokoh ke? =P

Anonymous said...

ho. semangat anda sangat saya kagumi! :) dan sedikit sebanyak buat saya berfikir. hu. thanks!

Anonymous said...

Salam alaik,,,

MashaAllah,hebat smgt jihad kamu,,tahniah,,

em,ana nak mintak izin ntuk "ciplak" karya kamu di mfr,,ntuk artikel alexandria universiti,,boleh?hebat kamu b'karya,,teruskan,,

taujah ilal amam!salam alaik.

bacil said...

salam.masih kt jepun ke.mcm mn nk apply kja kt jepun ya.berminat lh kerja kat sana.sy bru blik dri osaka smlm.boleh tak bntu sy mcm mn nk kja kt sana.klau ada info kt saya.sy akan segera ke sana tp yg pnting kja tu ada sbb tkut xde nayah lah kn.terima kasih ya

mfrstudio said...

Suriansah Amit,

Salam.

Ssaya telah tinggalkan Jepun sejak tahun 2010, 7 tahun yang lalu. Kalau betul nak cari kerja di Jepun, boleh daftar ke Daijob.com: https://www.daijob.com/en/

Fungsinya seperti Jobstreet.

Semoga berjaya.