|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH


Kalau dahulu saya melihat berjuang kepartian ini suatu yang tidak membina malah tiada fokus jitu. Saya lebih melihat memenuhi keperluan umat yang kosong perlu difokus dan diusahakan lebih dari kita buang masa promosi-promosi-dan promosi jenama parti kita untuk diundi pada pilihanraya. Saya melihat senario itu di depan mata kepala saya sendiri ketika saya kanak-kanak. Orang-orang tua yang aktif politik, mereka sanggup hadapi pahit maung, pukul terajang politik, berpuluh-puluh tahun tanpa akhirnya satu jasa mereka pun tidak ada dalam memenuhi keperluan umat. Selayaknya mereka boleh lakukan sesuatu, tapi mereka mati ke dalam kubur atas nama politikus semata-mata.

Sewaktu itu, saya betul-betul terkilan dengan orang tua. Umat kita tiada penternak ayam yang cukup untuk membekalkan ayam, sehingga akhirnya peniaga ayam islam juga mendapatkan bekalan ayam dari peniaga cina. Bila tiba cina menaikkan harga untuk bekalan ayam, peniaga islam yang membeli bekalan itupun terpaksa menjual dengan harga mahal. Ketika pembeli muslim ingin membeli ayam, harga ayam sudahpun mahal dengan alasan pembekal menaikkan harga. Itu salah satu contoh mudah untuk difahami, apa akan jadi bila keperluan umat dibiarkan diuruskan oleh orang nonmuslim.

Atau sewaktu masa dulu, tiada seorang muslim di negara kita dapat menghasilkan ubat-ubatan untuk pesakit yang ke hospital. Kandungan ubat yang terkandung bahan haram terpaksa digunakan kerana tiada ubat yang halal yang ada di hospital untuk mengubati penyakit itu. Adakah keperluan umat untuk ada seorang ahli farmasi muslim suatu yang remeh? Adakah membiarkan umat bergelumang dengan bahan haram suatu yang lazat dan indah? sangat enjoy dengan situasi itu?

Pastinya tidak!

Sebab itu saya terkilan dengan orang tua yang mati, yang masuk ke liang lahad, hanya meninggalkan nostalgia dan kenangan mereka sebagai politikus, yang berperang sesama sendiri demi memujuk rakyat mengundi dan mengangkat mereka dan parti mereka sebagai pemimpin negara. Orang tua itu tak tinggalkan perniagaan ayam untuk membekalkan ayam bagi peniaga islam untuk keperluan ayam umat. Orang tua itu tak tinggalkan ubat-ubatan halal untuk menyelamatkan umat yang sakit dari diubati dengan ubat haram.

Mungkin ubat dan ayam dilihat sebagai contoh bodoh dari saya. Tapi tahukah kalian, dulunya mee kuning,bihun, kicap dan sos pun tidak pernah dihasilkan orang Islam di Malaysia, malah mereka senang saja membeli mee,bihun, kicap dan sos dari buatan orang kafir tanpa endah haram atau tidak kandungannya. Mungkin kini, sudah ada orang Islam yang menghasilkan bahan makanan itu, namun masih lagi segelintir produk seperti roti mahupun kek dewasa ini dikuasai oleh perniagaan nonmuslim, hingga buat umat Islam tidak kisah menempah roti mahupun kek kerana melihat ramainya umat membeli dari produk itu.

Soal haram-halal satu hal, soal penguasaan dan pergantungan ekonomi umat pada orang kafir sebenarnya hal yang sama penting, kerana situasi ini ibarat meletakkan tengkuk pada pedang musuh. Bila-bila umat Islam boleh dipancung. Lihat saja bila kekurangan bahan makanan, pada siapa umat Islam harap untuk ditingkatkan pengeluaran, kalau bukan syarikat mahupun kilang kafirun untuk membekalkan makanan untuk kita. Sehingga begini situasi kita tanpa segan mahupun malu, bila membaca kalamAllah mengangkat kita sebagai khalifah mentadbir alam, juga mengangkat kita umat Nabi Muhammad yang dipanggil sebaik-baik umat yang diutuskan Allah kepada manusia ini.

Itu baru keperluan umat mengenai makanan dan ubat-ubatan pun belum dipenuhi, belum lagi kita bicara lebih panjang mengenai keperluan teknologi, tenaga pakar, mahupun keperluan umat kepada hiburan islami pun dikuasai genre maksiat bermaharajalela.

Terkilan pada orang-orang tua yang patut meninggalkan sesuatu untuk generasi baru ini wajarkah kita sebagai ORANG MUDA MENGULANGINYA?

Itu yang sering saya ingatkan diri saya. Jika di waktu sekolah rendah, saya sering terkilan dan terluka dengan orang tua, sudahlah mereka tak ambil langkah bertindak kecuali segelintir saja, malah bila saya kemukakan cadangan, mereka sambut dengan gelak tawa dan ejekan saja. Kerisauan pada situasi yang melanda umat wajar dimeriahkan dengan cadangan-cadangan bernas yang patut dikumpul dan ditimbangkan dengan serius, hatta jika idea itu dikeluarkan oleh kanak-kanak berusia 10 tahun pun! Tapi mereka boleh gelakkan saya ketika itu. Memang tak wajar saya ingat kejadian itu sampai saya sudah berumur 23 tahun sekarang, patut saya maafkan saja. Tapi saya tak mampu. Saya tak mampu lupakan bagaimana manusia orang tua yang patut menjadi barisan depan berjuang memenuhi keperluan umat, hanya menyambut dengan gelak tawa pada cadangan yang diberi. Ini bukan masa untuk gurau senda, tapi ini suatu hal yang patut dirisau oleh setiap golongan umat.

Saya membesar dengan perasaan terluka pada generasi tua itu. Mereka bukan saja langsung tak hargai idea dan cadangan, malah mereka sendiri tak ada idea dan pelan rancangan untuk memenuhi keperluan umat! Hasilnya kebanyakan mereka sudah masuk kubur, dan umat Islam malaysia masih lagi hadapi masalah tidak dipenuhi keperluan umat oleh umat Islam sendiri.

Mungkin sebahagian bidang, umat Islam sudah berjaya capai dan sebahagian sudah capai tahap pakar, seperti doktor-doktor Islam di Institut Jantung Negara. Atau di bahagian perbankan Islam juga, sudah ada modal insan dari umat Islam sendiri. Namun, di bidang yang lebih besar dan penting seperti industri halal negara, umat Islam masih lagi bergantung pada kafirun untuk hasilkan makanan halal kita. Ini suatu yang memalukan.

Benar, akhirnya umat Islam merumuskan segala keperluan umat yang gagal dipenuhi itu adalah disebabkan oleh pimpinan umat yang tak berkualiti. Dengan harapan, menggantikan pimpinan umat kepada pihak pejuang Islam yang lebih tulen maka segala masalah umat boleh selesai. Pemikiran ini bukan saja melanda golongan tua yang saya pernah jumpa sewaktu sekolah rendah dulu, malah DITERUSKAN OLEH ORANG MUDA SEGENERASI DENGAN SAYA!

Walaupun saya tak percaya jika pimpinan umat ditukar saja semua masalah boleh selesai, jika umat sendiri tak ada risau dan faham akan situasi yang memalukan umat Islam ini. Saya tak fikir jika TG Nik Aziz jadi Perdana Menteri saja, maka umat Islam boleh menternak ayam untuk membekalkan ayam pada peniaga Islam, padahal usaha itu sudah terbuka sebelum pimpinan bertukar lagi. Jika belum bertukar pun, umat Islam selesa jadi peniaga yang ambil ayam dari kafirun dan selesa jadi tukang beli semata-mata, maka adakah kerisauan umat mengenai keperluan umat yang dikuasai kafirun boleh diambilalih hanya semata-mata bertukar pimpinan, tanpa umat Islam sendiri tiada yang tampil berjuang fokus pada bidang keperluan umat?

Kita bukan hanya perlu ada 2, 3 pejuang Islam. Kita ada beratus bidang yang kronik, dan kita perlukan berjuta pejuang!

Siapa yang boleh memenuhi berjuta pejuang yang FOKUS pada kekuatan diri masing-masing untuk memenuhi keperluan umat jika tidak mereka adalah GENERASI MUDA! Nak harap orang tua lagi jadi pejuang memenuhi keperluan umat? Orang muda hanya perlu rempit, zina, kahwin, beranak, ambil dadah, tengok wayang, konsert, minum arak, bergaduh, bertumbuk, menari, main game, dan jadi kuli pasang poster pilihanraya saja? Tidak, wahai sahabat-sahabatku! Orang muda ada berbelas juta jika kita tolak kanak-kanak walaupun saya yakin di kalangan kanak-kanak itu berjuta yang punya idea bernas untuk menyelamatkan umat, cuma mereka tak dihargai. Jika saya terkilan dengan orang tua ketika saya kanak-kanak dulu, maka saya tak mahu terkilan dengan generasi saya sendiri yang sudah WAJIB mendepani masalah umat!

Pada hari ini saya menyedari bukan setakat bidang-bidang tertentu yang disebut di atas saja yang sudah kronik untuk dipenuhi keperluan umat, malah bidang POLITIK SENDIRI SUDAH KRONIK! Kalau dulu saya tak kisah sangat tentang bidang ini, sebab berpuluh juta orang tua minat pada politik, maka biar saja mereka sendiri fokus pada bidang yang mereka minat sangat ini. NAMUN, hakikatnya bidang yang mereka uruskan ini pun tak mampu memenuhi keperluan politik umat.

Pihak BN mahupun BA, kedua-duanya dipenuhi penipu yang tidak jujur. Masakan umat patut bergantung pada pilihan tak jujur, tak tegas dengan iman dan perjuangan untuk diangkat jadi pemimpin? Bila pihak mahasiswa sendiri tampil ke depan untuk beri alternatif baru dalam pilihan kepimpinan negara, MAHASISWA ITUPUN TAK TEGAS DENGAN KEPERLUAN POLITIK UMAT! Setakat semangat 'student power' jenama gerakan Anwar tahun 70an tak kemana. Setakat nak tunjuk memahami ideologi "rakyat Malaysia" kemudian berlakon bermuka-muka dengan retorik untuk memikat rakyat menyokong kononnya nanti rakyat akan dibela, akan diselamatkan, akan ditolong.

Rakyat yang lemah memang patut dibantu, tapi jika janji manis membantu rakyat akhirnya menjadikan hubungan pemimpin dan rakyat adalah seperti peminta sedekah dan orang kaya, itu bukan memimpin negara! Rakyat mahu harga barang murah, nak pendidikan percuma, nak jalan tak ada tol, nak dapat bantuan rumah percuma, nak tanah, nak macam-macam.Calon wakil rakyat pula janji itu ini boleh beri rakyat semua yang diminta. Yang minta itu rakyat, yang nak bagi itu rakyat juga, pasal takkan ada bantuan jika kerajaan tak ada duit, takkan ada duit kalau tak ada cukai, tak ada cukai kalau rakyat tak bayar cukai, rakyat takkan boleh bayar cukai kalau semua rakyat tak berniaga pun! Saya tak bimbang kebanyakan orang cina suka berniaga walaupun tak dapat bantuan apa-apa. Pelik juga 50 tahun merdeka dengan kerajaan Melayu yang kononnya zalim seperti kata DAP, orang cina menguasai perniagaan.

Orang Melayu UMNO yang kuasai perniagaan pula lari ke negara luar, tak risau dan faham pun perjuangan memenuhi keperluan umat di tanahair sendiri kecuali sebahagian saja seperti Tan Sri Mokhtar al Bukhari.Kita tak mahu orang-orang tua boroi yang fikir untuk senang keluarga dia saja, oleh itu kita wajar jadi orang muda yang fikirkan masalah umat, jadi pejuang, dan bantu umat. Biar kita mati tinggalkan sesuatu untuk umat. Biar selamat satu bidang yang kita kuasai, supaya umat dalam bidang itu tak letak tengkuk atas pedang kafirun. Jadi kaya raya, perut boroi, lepas tu kita masuk kubur juga. Kekayaan tak bawa, perut boroi yang masuk liang lahad pula akan terburai dengan ulat, nak buat apa?

Parti Islam yang kita harap selama ini untuk berjuang negara Islam dan angkat hudud pun sudah main segan-segan. Nak malu apa berjuang negara Islam? Nak malu apa angkat hudud? Kenapa mesti sorok impian dan sudi tak bertanding semua kerusi parlimen atau sekurang-kurangnya melebihi 2/3 supaya nanti jika menang boleh jadi kerajaan Islam kuat. Memanglah kononnya tak bersekutu dengan DAP, tapi dalam tak bersekutu itupun, kerusi kafirun DAP itu dibiarkan tanpa ada calon Parti Islam sebab apa? Pakatan itu tetap ada walaupun PKR yang jadi orang tengah. Kenapa PKR mulia sangat sampai kita biar dia runding hal dan perjuangan kita? PKR terang-terang tak sokong negara Islam dan hudud, dah tu kita biar impian ini jadi bahan ceramah dan bukan tindakan?

Tak cukup duitkah nak letak calon semua kerusi? Tuan Presiden menang kes dapat berjuta, kalau tak cukup duit, duit menang kes itu boleh diinfakkan. Takkan Tuan Presiden tak mahu infak harta ke jalan Allah? Takkan Tuan Presiden yang menyeru nak tubuh negara kebajikan , tak mahu buat kebajikan? Ini bukan soal tak ada duit. Ini soal tak tegas dengan iman dan perjuangan, ini soal tak yakin yang perjuangan ini indah di dalam dan luar.

Siapa kata Islam itu indah bila orang dah masuk islam baru nampak indah? Tak, orang tak masuk Islam pun bila pandang islam, Islam itu nampak indah. Kecuali kalau nampak muslim yang tak amalkan Islam. Memang akan nampak Islam tak indah. Pasal yang tak indah itu muslim yang jahil itu, bukan Islam itu! Rasulullah itu suri tauladan yang baik.Islam yang Rasulullah bawa itu indah, dan Rasulullah itu sendiri indah dengan Islam. Jangan takut pada kafirun yang benci keindahan islam. Memang kafirun yang gelap hatinya akan mengeji Islam. Rasulullah berdakwah di thoif, semua penduduk thoif hina malah baling batu pada Rasulullah yang indah itu. Penduduk thoif hina ajaran yang indah. Sebab apa? Sebab mereka kafirun yang Allah tak beri hidayah. Habis tu, Rasulullah marah? Rasulullah pura-pura ajak pada dmeokrasi? Sebab kalau ajak pada Islam, nanti kena baling batu, jadi Rasulullah ubah taktik lalu ajak pada demokrasi dan liberal? Mana ada! Mengarut!

Rasulullah dari awal dapat amanah dari Allah sampai akhir hayat, maintain ajak pada Islam dan Iman. Mana ada nak sorok-sorok, kecuali masa peringkat awal di Mekah. Tapi Rasulullah sembunyikan seruan Islam, tak bererti Rasulullah patut pura-pura seru pada benda lain! Ini Malaysia dah diumum jadi negara Islam oleh Tun Mahathir yang dipanggil sekular. Tiba-tiba Anwar yang islami tolak untuk berjuang angkat Malaysia sebagai negara Islam. Ini apa pelik punya politik umat ini? Lepas tu Parti Islam pun tersengih-sengih menyendeng belakang tubuh pejuang Islami Anwar yang menolak perjuangan negara Islam dan hudud. Sanggup pula sediakan pejuang-pejuang islami untuk penuhkan jalan-jalan menuntut mengikut suara para pendokong demokrasi liberal, yang akhirnya Anwar yang agung itu yang jadi hero dalam usaha jalanan itu sehingga patuh dan akur setiap butir bicaranya. Dia suruh kumpul, kita kumpul. Dia suruh bersurai, kita bersurai. Kita suruh angkat negara Islam dan hudud, dia kata tak payah! Apa kebenda ini?

Sebab itu keperluan umat pada bidang politik juga sudah kronik. Sudah ramai orang tua dan aktivis politik sudah tak tahu nak bawa malaysia ini pada daulah islam atau tidak. Mereka masih malu-malu kucing tak yakin yang Islam hari ini suatu yang amat diminati untuk dikaji. Di Amerika saudara baru islam bertambah dari sehari ke sehari. Sebahagian mereka lebih islami dari pejuang islam negara kita sendiri, malah ada yang sudah bergelar sheikh walaupun baru menganut Islam pada umur 20 an. Kita orang muda malaysia bagaimana? Masih belum terlambat kita membetulkan langkah untuk tukar jadi pejuang Islam. Islam itu indah, bila kita jadi muslim yang tegas dengan iman dan perjuangan, kita akan nampak indah sama. Kafirun akan hormat, malah mereka yang akan tersengih-sengih malu dengan kita. Adakah menjadi muslim sejati akan buat kita jadi muslim yang ganas macam hantu? Tidak! Akhlak muslim itulah buah paling ranum dalam dunia ini. Bermakna menjadi muslim sejati akan buat kita jadi buah ranum yang sangat disukai oleh sekalian manusia termasuk kafirun.

Kita bukan saja perlukan pada pejuang untuk bidang-bidang kritikal ekonomi dan sosial, malah di bidang politik, kita sudah wajib mendirikan parti islam yang benar-benar islam untuk dijadikan contoh teladan. Bila berkempen, kita sajalah yang berkempen tentang keindahan islam dan promosi kebesaran Allah, kita tak malu berdakwah atas pentas politik bukan untuk seru undi dan angkat parti kita, tapi kita seru umat islam untuk risau akan keperluan umat, kita seru umat Islam wajar kembali pada Allah, kita seru masjid-masjid kita yang kosong penuh diimarah, kita seru kafirun memahami cara hidup dan perspektif islam yang sebenar, jangan terpengaruh dnegan fitnah musuh islam, kita ajar islam, kita tunjuk islam, dan kita biar mereka rasa Islam yang indah. Kita bantu orang susah tak kira masa, kita jujur dan amanah, biar sampai masyarakat akui kitalah generasi al-amin. Tak rugi jadi ahli politik yang baik, jujur dan tegas dengan iman, islam dan perjuangan. Biar orang tua lain bermuka-muka, berlakon dan berpura-pura, mereka mungkin menang, tapi mereka terseksa kerana tak jujur dari mula hingga akhir. Mereka sangka berjuang boleh tipu-tipu, mereka menipu diri sendiri.

29 komentar:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

post ni agak membuka minda sy..
sy pun xbrp paham perjuangan politik skrg ni. baik yg BA atau BM yg mana satu yg benar2 telus.kita benar2 ketandusan pejuang2 yg benar.

umur saya belum layak mengundi...

mungkin umur saudara sdh layak. agaknya yg siapakah yg akan diundi?

p/s:sy click id mfr dkt web saifulislam.com.tertarik hingga ke sini.MFR mcm familiar jek..sy hny dpt mengagak Muhd FakhrulRazi ke?

Unknown said...

oh mmg sah org nye..

mfrstudio said...

buat zala,

tunggu result spm atau sudah masuk mana-mana kolej,ipt?

pertamanya tahniah sebab muncul jadi orang muda yang sedar.Orang tua je yang tak tahu ada ramai orang muda yang sedar dan boleh berfikir.Padahal orang muda yang sedar ada yang berumur 8 tahun! tapi apa orang tua kisah?

setakat ni saya masih boikot pilihanraya seperti sebelum boleh mengundi hingga sekarang. saya akan timbang untuk mendaftar jika bilangan generasi tua yang merendah-rendahkan saya berkurang bila kebanyakan mereka kembali menemui Ilahi.

mungkin saya akan mati tak lama lagi, jadi saya tak mahu mati dalam keadaan orang tak ambil tahu apa yang ingin saya sampaikan. bila saya boikot, orang akan lebih cuba bagi perhatian sebab orang politik memang boleh jadi gila kalau orang tak mengundi.

saya ada karangkan pasal boikot ni dalam arkib tulisan saya. ada saya letakkan link kat footer blog.

saya memang muhammad fakhrul razi.

Anonymous said...

salam,adakah anda tergolong ke dalam golongan yang hanya tahu komen dan mempertikaikan tindakan orang lain tetapi tidak mengambil apa apa tindakan sendiri?

kenapa anda tidak terlibat sama dan membetulkan mereka dari dalam berbanding anda hanya komen, komen dan komen dan seperti kata anda; tiada siapa yang ambil peduli. [mungkin ada segelintir]

maaf kalau saya salah bicara. ;) hanya ingin bertanya.

mfrstudio said...

bagus anoni.. anda kaji lagi apa yang saya buat selama ini.

jangan baca komen saya saja, baca juga idea saya, baca juga tindakan saya.

anda boleh hubungi siapa saja yang mengenali mfr samada di sekolah mahupun di jepun tempat saya belajar sekarang.

tapi soalan anda tu bagus. saya suka bagi soalan pada orang, tanpa tunggu orang tu jawab, saya dah cari jawapan dengan bertindak sendiri. kira bagi soalan minta orang fikir saja, yang nak bertindak ialah kita.

saya komen pun sama. saya tahu orang yg baca komen saya takkan hargai komen saya, oleh itu saya malas nak tunggu tindakan org yg baca komen saya, saya bertindak dulu sambil melambai pada org yg baru nak terfikir sesuatu padahal byk masa ada taknak fikir.

Anonymous said...

saya rasa anda perlu ke kelantan dulu(jika anda bkn org kelantan) melihat, merenung, berbincang dgn mereka2 yg terlibat dlm perjuangan islam dlm lapangan politik. mungkin boleh hayati jgk bberapa contoh @ pengajaran dr sirah Rasulullah SAW dlm menelusuri perjuangan..kenapa Rasulullah buang namanya sbg Rasul dlm perjanjian hudaibiyyah?kenapa Nabi seolah2 byk bertolak ansur dgn org kafir dlm perjanjian hudaibiyyah?apa pendirian sahabat2 baginda bila berhadapan dgn situasi ini? utk makluman saudara saya juga tgh berjuang dlm lapangan kesihatan yg begitu kritikal..tp saya juga pendukung perjuangan islam dlm landasan politik. mungkin ini satu pandangan drp byk2 pandangan, tanpa menafikan ukhuwwah islamiyyah antara saya dgn anda :-)

mfrstudio said...

sebab tu saya suruh anda kaji tindakan saya. kalau anda anoni kenal sekutu rapat saya dee@art (salah seorang ahli parti islam), pastilah anda tahu saya akan ke kelantan 15hb mac ini insyaAllah. sebab tu orang bukan kisah pun apa saya cakap, saya nak buat, dan akan buat. org tak kisah. tak da sapa peduli, saya dah maklum masa saya darjah 4 lagi. mmg takda sapa peduli. depa pikir depa bagus sangat. cakap pasal orang muda, tapi bila muncul orang muda depan depa, depa lari. nak cakap pasal orang muda dengan orang mudalah.

dan kalau nak kaitkan tindakan anwar ibrahim pejuang islami ini menolak negara islam atas panduan sirah Nabi s.a.w membuang gelaran rasulullah masa perjanjian hudaibiyah, memang satu kesilapan!

saudara ingat kalau anwar pejuang islami sudah jadi PM, dia boleh ka menelan ludah dia semula dengan isytiharkan malaysia sebuah negara islam? awal-awal belum jadi PM dah tolak.

ya, saya berukhuwwah dan promosikan ukhuwwah. saya tak suka gaduh-gaduh. tapi orang tak faham. dia ingat bila kita kemukakan idea kontra maknanya nak gaduh. ntah pe hape. tak logik manusia ada idea sejenis, sedangkan sahabatpun masa berbincang ngan nabi keluarkan idea kontra antara satu sama lain.

bacalah surat terbuka saya dalam blog ni. tengok kat achieve.

Anonymous said...

Assalamualaikum..boleh tau ahli ilmuan mana mengatakan parti Islam (perlu ke saya menambah "yang benar-benar Islam) tidak boleh dan tidak boleh berganding dengan parti yang bukan Islam?. saya ni bukan pengkaji, tapi seorang yang membaca sahaja. saya pernah terbaca dalam satu buku kepunyaan kawan saya yang diterjemah di dalam BM,takjuknya Fiq Politik (seingat saya)oleh Dr. Yusuf al-Qordowi. Dalam buku ini ada ulasan membolekan gandingan parti Islam+parti bukan Islam.waalahuaklam..

mfrstudio said...

aduhh.. saya tak kata pula tak boleh. boleh. mereka umpama dzimmi yang tunduk pada kekuasaan islam.

tapi kes pas-pkr-dap ni, pas yang tunduk. pasal dap memang dah bertahun-tahun nak angkat malaysia sebagai sekular. pkr pulak ni haa, anwar dah terang-terang tolak negara islam. ini bukannya tunduk. berpakat dengan depa tak ada makna.

mca, mic, atau gerakan yg tak iktiraf malaysia negara islam tapi tak lawan bila tun mahathir isytihar malaysia negara islam, boleh juga nak tafsir sebagai dzimmi yg tunduk pada kekuasaan islam.

kena faham betul-betul artikel saya ni. rajin-rajinlah baca artikel lain kat arkib saya, ada link kat footer blog. fahamkan saya risaukan apa sebenarnya.

Anonymous said...

assalamualaikum wahai mfr
saya rasa sampai ke mati anda tidak mendaftar dalam pilihanraya...sebab apa...anda seorang yang pentingkan diri sendiri..sedarlah...tuhan menjadikan tua dan muda dan cina melayu india bukan untuk mengharap sapa yang mampus dahulu...Dia menyuruh agar dapat memahami antara satu sama lain...jika anda tak reti nk ubah pendirian anda...mungkin segala pendapat anda yg adakalanya bernas akan terkubur disaat kematian anda...sebab apa..sebab kaum muda tidak menerima pendapat anda sebagai kaum tua suatu hari nanti...anda tk perlu melalak di sana sini, kerana itu merupakan resam...kemukakan pendapat anda dgn lebih berhemah dan lembut kerana kaum tua lebih suka pemuda yang lembut dan sopan perkataan tetapi keras nad tegas di dalam....

mfrstudio said...

itulah kadang kala orang tak faham lembutnya saya.

saya selalu ajak kawan saya jadi lembut dengan nama hikmah. kemudian kawan saya balas semula, "apa yang kau faham pasal hikmah?"

dia pun kata, hikmah itu bukan berlembut saja. keras pun hikmah.(dia nak maksudkan tegas lah kot).

salah satu sebab orang akan faham, kita ada idea atau pendirian, bila kita bertegas dengan suatu yang kita nak sampaikan. itu tak bererti saya perlu kasar atau tak sopan. mahupun menolak untuk berlapang dada dengan pandangan kontra. tidak.

orang tak faham ketegasan saya, sebab mereka dah biasa baca tulisan orang lain yang tegas=kasar=tak sopan=jahat.jangan samakan saya dengan mereka. sebab saya tegas dengan apa yang saya perjuangkan sejak kanak-kanak, begitu juga tegas untuk jadi sopan.

kalau saya ni tak sopan, dah lama orang tua yang gelak dan sekeh-sekeh kepala saya, merendah-rendahkan saya dulu saya terajang flying kick. tapi saya tak buat. saya diam dan akur.

ramai orang tua dalam internet begitu juga. mereka dah biasa bergelumang dengan manusia kurang ajar, maka mereka cenderung membaca apa-apa ayat yang tegas sebagai ayat kasar dan kurang ajar. padahal saya ni pendokong sastera sasterawan negara. bertegas dengan ayat dan tulisan sudah dilatih pada setiap mereka yang mendokong sastera sasterawan negara. saya memilih juga untuk hadiahkan ayat-ayat tegas. pada siapa yang kuat analisisnya tak ada masalah dalam bersangka baik dengan intonasi ayat saya.

mungkin boleh salahkan pengkarya seni sastera negara kita. macam shahnon ahmad, a samad said atau faisal tehrani. saya banyak belajar bahasa melayu dari karya mereka.

Unknown said...

erm, mmg ada benarnye..karya2..faisal tehrani..sopan tapi tegas.

yg membaca,
mungkin mnyangka penulis menghentam2..

tp entah la.mungkin nampak mcm tu, tp padahal bg nak smpaikan mesej agar org respon..

sy rase mcm tu la..

buat mfr, sy tgh tunggu result.huhu dgr kata kua awal..sbb pilihan raya awal..
ntah r..WALLAHU'ALAM..


apa yg sy fahamla..
skrg ni, buat mfr sy cuma nk pesan satu benda..jgn lepaskan hak mengundi..undilah.tp tgk org yg kita undi mendukung ISlam ke x..xkesah r dier parti aper...

skrg ni, bercita2 dan berjuanglah.. wahai kaum muslimin!!!

JANGAN KISAHKAN APA PARTI2..
TAPI KITA DAMAIKAN ANTARA DUA PARTI/PIHAK YANG BERTELAGAH..KITA SATUKAN DIBAWAH SATU CAHAYA PARTI ISLAM YANG BENAR!

UMNO atau PAS jgn ambil peduli..parti ape.jgn fikir kepentingan parti tapi fikirkan kepentingan ummah..

huhu..Wallahumusta'an....

SEkadar LonTaRan KoMenTar...

mfrstudio said...

buat zala, semoga berjaya dapat keputusan yg cemerlang.

saya salah seorang pejuang anti-peperiksaan sebagai piawai pendidikan.

apa yang zala cakap tu betul dan bagus. saya menggalakkan semangat itu tersebar di kalangan muda mudi. gunakanlah peluang dan hak mengundi. jangan lepaskan.

cuma harus diingat. ada sesetengah medan, pejuangnya harus ambil langkah yang berbeza kerana punya mesej berbeza yang ingin disampaikan. PAS pernah boikot di batu talam, Hamas pernah boikot di palestin. Jika saya boikot pilihanraya bukanlah jatuh haram atau tercela. Atas sebab saya bukan setakat kritik, saya gariskan pelan tindakan dan dasar yang cukup jelas.

sedangkan parti politik hari ini, mereka ada dasar, tapi tindakan mereka tak jelas dengan dasar mereka. seperti islam hadhari umno mahupun daulah islamiyah pas yang ditolak mentah oleh pkr. ini bukan rahsia.

orang politik main politik untuk berpolitik. saya bertindak politikal dalam pendirian politik saya. boikot adalah salah satu tindakan politikal. orang tua fikir orang muda tidakpedulisme adalah memang tidakpeduli politik, itu salah, malah sesetengah mereka ada pendirian politik tapi mereka telah tidakdipedulisme kan oleh orang tua di sana.

sebar-sebarkan supaya orang tua yg musykil takkan musykil lagi.

Unknown said...

pejuang anti-peperiksaan..
hoho..bagus2..
xpernah lak dengar title tu..

huhu..tp kalo kita xmengundi apa nasib negara kita nanti?
kalau ramai yg xmengundi, sape nak mengundi??
huhu...
satu undi tu bkn bawa makna yg sgt penting ke??


alah..tapi skrg apa heran..
sy xheran r poliTIKUS ni...

mmg TIKUSSsssssssssssssssss

huhu (rumah sy mmg bnyk tikus..geram tol)
tabiat tikus ni PENGECUT!!!

walau pun sy agk penakut...
(penakut ngan binatang)
alangkan dgn cicak pun cicak tu siap bley main cak2 da jerit..hehe..


berbalik pada poliTIKUS..dorang ni hishh sy xrase telus..
MEDIA sume depa control!
rasanye hantu undi SPR tu pun kerajaan gk control..

ntah r...
aper la makne undi tu ek..

ntah ler..

p/s:huhu..semenjak2 usia meningkat ke-18tahun..diriku makin berdamping dgn isu2 serius...

setelah meninggalkan alam persekolahan ..mak aihh dunia luar ni rupanye mcm2..ape la sgt dunia sekolah tu rupenye..stakat ngan pekse2...buku teks menebal.tp xde phayatan hidup, xder guna nye jadi org bijak pandai..

ntah tol ntah x..
rasanye mcm tu r..

kalo x tol,komen la ek..diri ni kerdil n jumud ilmu..huhu

Unknown said...

hehe...org tua, tetap org tua..

mfrstudio said...

tak betul tu zala.. kita tak boleh cakap benda yang kita sangka-sangka.

contoh paklah kata nak semua rakyat malaysia bersopan, tapi ramai artis tak bersopan malah kes artis tak bersopan makin meningkat dan dibiarkan ahli politik kerajaan termasuk menteri yang hadir ke majlis mereka. jadi kita boleh kritik benda tu. sebab itu bukan benda yg disangka-sangka tapi tragedi yang berlaku depan mata.

termasuk juga pasal media dikontrol. kita boleh sangka media dikontrol, berdasarkan liputan depa berat sebelah. tapi mungkin juga media kaki mengampu. pasal logiklah media mengampu kerajaan sebab memang saham orang kuat depa pun ada kaitan ngan politikus. jadi kita tak boleh nak pasti sangkaan mana betul, maka jangan kritik pada sangkaan.

begitulah juga dengan spr.

macam kes anwar tolak negara islam ni, boleh tengok 2 video saya sebelum video di atas dalam playlist kat channel youtube saya pasal anwar ibrahim. masa dalam 2 video sebelum tu, saya masih belum pasti lagi anwar tolak atau tidak negara islam. saya masih banyak keluarkan persoalan dan jemput orang berdiskusi dengan saya kat forum saya. tapi bila keluar video yang kat atas tu, bukan sangkaan lagi. sebab anwar sebut sendiri.

maka kerisauan saya memuncak hingga saya terus tulis tulisan entri ini. walaupun sudah banyak persoalan kecelaruan politik ni saya tulis dalam tulisan sebelum ini.

kesimpulannya, jangan kita kritik atas sangkaan. jangan kita sokong atas sangkaan juga.kita mesti tahu dengan pasti dulu setiap sesuatu.

Unknown said...

jgn kritik ataas sangkaan, jgn sokong atas sangkaan?

huhu..mcamana tu?

erm, betol la..pasal benda yg kita kena pasti dulu..

tp ade la benda tu sy ckp sbb sy rs agak pasti..tp kalau yg sy pasti tu xbetul, wallahu'alam le..

yg sy ckp pasal media tu..
ayah sy la yg kata.
Media ni dicontrol.(atau nak ngampu, tu sy xtau la kes tu lak)
satu kes yang jelas..

mcm perhimpunan demo BERSIH hari tu..
dlm majalah MILENIA
siyess..ditunjuk beribu(kalau xsilap r)
tapi dalam s/khabar...haprak..
ader dikhabarkan..tp xdilaporkan perkara sebenar..
walhal media luar negara BBC ke CNN
siap dtg buat liputan..

kat ctu r persoalan dier..mcamana kalau berita luar negara dilaporkan secara tepatnya bilangan yg hadir.tapi media malaysia laporkan benda yg xsama?
dimana kebenaran media tu?
adakah disekat atau ada korupsi..
huhu..

jgn sampai nanti org da xcaye da ngan suratkhabar..jadi mcm cite kambing hitam ngan serigala..

p.s/:xder nak tegakkan ape2..cuma lontarkan ape yg sy rs n pk...kalo salah , mintak tunjuk ajar...onegai..

mfrstudio said...

ha ah.. memang berita bersih digelapkan sebagai cara media malaysia untuk tunjuk tak sokong apa yg rancang oleh bersih.

pemberita luar negara sengaja dijemput oleh pihak bersih untuk rakam dan gambarkan yang malaysia sudah haru-biru dan suasana dah tak stabil, supaya nanti pihak luar boleh campur tangan macam amerika hantar utusan depa jumpa musharraf kat pakistan bila beribu-ribu penyokong benazir dan nawaz sharif berhimpun dulu.

anwar sendiri ketika ditemuramah aljazeera menggambarkan malaysia sudah tak aman, dan tak stabil dari politik dan ekonomi. begitu juga dengan kenyataan seorang pegawai duta eropah kat malaysia yang gambarkan malaysia dalam keadaan darurat berdasarkan situasi bersih itu.

klik berita

ini perang imej, propaganda dan publisiti.

di pihak bersih menipu untuk propaganda (malaysia sebagai darurat), di pihak media malaysia menipu untuk propaganda (tak bagi muka pada publisiti bersih)

Unknown said...

huhu..bertambah dalam ni..

ayah sy kata..
xpayah sibuk2 ngan politik ..
belajar dulu..

itula pesan dia..

tapi xsalah kan kalo nk amik tau..?
huhu.tapi kalau sekadar tau tp xpaham xper ke??

tau, tp situasi sebenar sy xder r paham beno..
rase mcm tinggi n jauh jek...

pale pun da nek pening..

mfrstudio said...

oh takpe.. ambik peduli juga mesti seiring dengan ambik tahu. ambik peduli dan ambik tahu tak semestinya akan capai faham dan pasti.

politik kalau setakat teori, kita boleh baca buku, surat kaba, blog atau ucapan pemimpin politik saja.

tapi politik bukan teori, politik adalah situasi yang bergerak dengan politikus. membaca politik, macam menonton bola sepak. bukan kita yang kawal politikus (sebagai pemain bola) sebab kita hanya pemerhati (atau penonton saja). bila gol (parti kita sokong menang undi), maka kita pun jerit gembira.

jadi, menjadi penganalisis politik akan makan masa, sedangkan kadang-kadang orang muda tak reti bahagi masa,maka orang tua ingatkan kita supaya jangan abaikan belajar. lihat entri blog saya ini, saya tak cerita pasal politik pada awal 7 perenggan, saya cerita pasal bidang lain yang sedang dikawal oleh nonmuslim yang wajib beralih tangan untuk kita muslim uruskannya.

kalau baca tulisan saya dalam arkib, pelan tindakan politik islam ada saya tulis:

"Perjuangan generasi baru juga perlu fokus. Bagaimana tugasan dan fokus dapat dikenalpasti, tentunya dua kaedah perlu dilaksanakan di peringkat awal lagi, iaitu mengenal Allah dan mengenal diri.Mengenal Allah akhirnya dapat mempersiapkan iman, dapat mempersiapkan niat, dapat mempersiapkan semangat dan dasar perjuangan. Mengenal diri membawa kepada persiapan menjalankan peranan atas fokus yang ada pada diri. seorang yang Allah kurniakan kelebihan bercakap, boleh fokus pada peranan bercakap. Kelebihan menulis, boleh fokus pada peranan menulis.Kelebihan berfikir, boleh fokus kepada peranan berfikir. Itu sebahagian contoh fokus yang umum dan rata-rata manusia memiliki kelebihan dan fokus itu dalam pakej yang luas seperti seorang yang boleh bercakap itu juga punya kelebihan menulis dan berfikir.Akan tetapi, fokus yang lebih teliti jika berjaya digali dalam diri, maka manusia itu dapat meletakkan dirinya pada perjuangan yang lebih jelas. Seperti atas semua pakej fokus yang dikenalpasti, akhirnya seoarng manusia itu cenderung menjadi doktor, maka profession doktor diambil sebagai fokus dan medan perjuangan hidupnya. Begitu juga fokus yang akhirnya dikenalpasti membawa seseorang menjadi seorang jurutera, maka berjuruteralah semampu daya. Begitu juga pada kecenderungan peniaga, petukang, petani, nelayan, guru, polis mahupun bomba."

Anonymous said...

Salam...
maaf akhi mfr... aku rasakan hang ni dalam 'kecelaruan minda'...cakap putar2 tak bpijak pd dasar...semua org dipersalahkan...hmm pelik, satu jari tuju kat org 4 jari lg mnunding arah diri sdiri, lainlah klu anda kudung...
afuan

Anonymous said...

islam tidak pernah ketandusan ideologi pejuang.hamas,al-fatah, hezbollah dsb, tapi semuanya gagal.

kegagalan kita bukan kerana ketiadaan keazaman politik, tetapi salah PENDEKATAN.

Kita banyak melihat kesilapan pada orangg lain, padaha perubahan paling penting harus bermula dalam diri sendiri.

Buktinya, ada orang melihat perubahan patut dilakukan menerusi jalan politik, tetapi tidak pun diterjemahkan, tidak mendaftar dgn SPR dsbg.

ada orang melihat hanya dgn ilmu dapat mengubah nasib ummat, tapi kesungguhan itu tidak diterjemahkan dengan jalan yang sebaiknya.
( ponteng kelas, tidak hadir peperiksaan dsbg)

Ada orang melihat perpaduan islam dapat ditegakkan hanya melalui perpaduan jamaah, tapi memilih jalan bersendiri dlm kehidupan bersosial.perkembangan jiran sekitar pun tidak arif, masakan kita nak mengenal masalah umat.

wassalam.

mfrstudio said...

anoni, sebab itu kaji lebih luas lagi, jangan sekat dengan stereotype.
-nak politik kena menang pilihanraya
-nak belajar kena lulus periksa
-nak sosial kena tahu hal jiran.

betul, memang stereotype di atas betul dan boleh dilakukan.

tapi bukan semata-mata itu saja.

sebagai contoh:

nak politikal guna jalan ekonomi pun boleh. mereka tak mengundi pilihanraya, mereka tak ada parti, tapi sebab mereka kuasai pasaran maka dasar negara boleh berubah sebab pasaran mendesak. ini kena strategilah. macam cadangan Tun M dulu, dan cadangan PAS di klate iaitu guna dinar emas untuk jaga ekonomi umat. dulu pernah dicadangkan agar arab saudi menyekat pengeluaran minyak supaya boleh tundukkan amerika. banyak lagi kaedah politikal yang bukan jalan pilihanraya. termasuklah usaha mufti perlis atau usaha penulis sastera macam faisal tehrani. mereka semua ada political will.

atau bab belajar. jangan cepat puas bila menuntut ilmu hanya dah hadir kelas atau ambik periksa. betul, itu disiplin. tapi kalau lulus periksa jadi sandaran, ramai je orang tak hadir kelas boleh lulus periksa. ramai juga yang hadir setiap kelas tapi tak ambik periksa. bila dia tak ambik periksa lalu dia gagal, adakah bukti dia tak belajar? itu silapnya. jangan ukur belajar atau tak belajar berdasarkan sistem sekolah. dulu ada adik kecik tu tak pergi langsung sekolah, tapi dia khatam quran di rumah je. adakah dia budak yang tak belajar? itu sebab, kenalpasti diri dan buat perancangan. hidup mesti ada taktik.jangan stereotype semua benda pada setiap orang.

anda nak jadi stereotype silakan.

termasuk juga bila seseorang tak arif hal jirannya. adakah kerana dia tak ambil tahu hal jiran, atau jiran itu yang banyak aktiviti tak sesuai dengan islam? tapi kalau ada masjid atau surau berdekatan, insyaAllah tak ada masalah untuk taaruf dan berkongsi cerita. sebab itu islam dah atur semuanya kalau umatnya ikut jalur sunnah Rasulullah. paling kurangpun berjemaah solat jumaat.

mari dengar ceramah ustaz shamsuri.

lihat sifat ahli syurga. jangan perlekeh sebarang orang. mentang-mentang dia selalu bersendirian, tak ada kawan, nampak lekeh, jangan cepat menilai dia buruk. mungkin dia rendah diri. dia lebih baik dari orang yang angkuh dengan sosialnya.

ceramah

Anonymous said...

Salam.... Saudara MfrStudio...

saya rasa anda dh tersilap dalam apa yang hendak disampaikan oleh Saudara Anwarr Ibrahim.....

sila tengok keseluruhan videonya...

Anwar bukannya menolak negara Islam... dia menyatakan bahawa dia tidak hanya sokong matlamat pembangkang masyarakat Islam (melayu) dan cina sahaja (tidak terpumpu pd satu kaum). Tapi Perjuangan yang dilakukan adalah untuk semua kaum yang berada di malaysia... tidak kira bangsa apa.....

harap tuan tidak tersalah...
saya takut tuan menjadi penyebar finah

mfrstudio said...

salam saudara wan..

aduhh.. tolonglah kenali anwar ibrahim.

saya bukan semata-mata dengar ucapan dalam satu video.

nah, ambil video ini pula:
http://www.youtube.com/watch?v=RkIAUmZDQPk

pergilah cari video asal.saya malas nak cari balik.

anwar memang takkan benarkan malaysia menjadi negara selain dari negara demokratik dan liberal.

kalau sebut demokratik saja, boleh juga kita sangka baik, nak kata anwar nak jadikan malaysia negara islam berteraskan alquran dan sunnah menjadi perlembagaan yang dismpulkan sebagai demokrasi islam (walaupun itu istilah putar belit yg menyusahkan dakwah islam secara terang).tapi ini dah sebut sekali demokratik dan liberal.

kepala siapa yang boleh fikirkan putar belit lain pula, dengan nak wujudkan liberal islam misalnya seperti demokrasi islam? aduhh liberal islam itu dah macam islam liberal lah bang. aku islam, tapi kamu islam nak kapir aku tak halang, kita bebas.

pergi jumpa anwar lah sendiri. susah sangat nak tangkap.

p/s- video di atas tak ada fitnahnya. anwar memang tak akan benarkan dan menyokong penubuhan negara islam malaysia. itu anwar dah janji dengan dap. siap kata, pas juga bersetuju untuk mansuhkan cita-cita menubuhkan negara islam kat dap. nah, anwar dah fitnah pas. atau pas memang dah mansuh? celaka sungguh politik kanak-kanak ini.

Anonymous said...

Penulisan yang hebat bro .

Kita dah jelik dan bosan dengan ajaran2 sesat seperti "Islam sekular" yang dibawa oleh Mahathir, "Islam Hadhari" yang dibawa oleh Dollah dan "Islam liberal" yang dibawa oleh Anwar . Kita nakkan "Islam" sahaja.

Dulu pun aku tak memahami dan buta tentang apa saudara Fakhrul cuba sampaikan tetapi setelah aku gali dan gali laman2 web saudara & setelah luangkan masa beberapa bulan pada awal tahun lepas ( 2007 )dalam menambah pengetahuan fardu ain dengan mengkaji al Quran dan mendengar ceramah beberapa imam terkemuka ( Deedat, Zakir Naik dll ) dalam youtube maka alhamdulilah sekarang aku dah nampak segalanya .

Mengapa saudara Fakhrul tak jadi PM saja ? Kalau saudara jadi PM kami semua akan berdiri di belakang saudara. Inshllah Malaysia akan menjadi negara terhebat di dunia maju dalam apa saja bidang , takkan ada lagi remaja isap dadah minum arak sana sini , artis tergedik2 malalak terjerit2 sana sini , takkan ada lagi sistem pendidikan yng menghasilkan manusia robot & Islam hanya pada nama; inshllah Islam akan sentiasa dipandang indah oleh semua golongan Muslim & nonMuslim, rakyat akan dapat menikmati taraf hidup yang tinggi . Malaysia akan menjadi pusat pemikiran intelektual yang agung seperti mana Baghdad pada zaman Khalifan dulu ; segala dasar negara hanya perlu bertaskan prinsip Al-Quran & Sunnah sahaja, buang je semua perlembagaan yang diwarisi dari British ;)

Anonymous said...

assalamualaikum mfr...

setiap idea, langkah, coretan diikuti sejak dari sekolah lagi...sy mengagumi saudara...

hmmm...mngenai entri ni...saudara melihat "parti islam" itu dari kacamata luaran shaja...

pernah tak saudara mengenali mereka yang bergerak kerja didalmnya...pimpinan atasan tu usah cerita laa...kafirun pun sudah kenal mereka...cuba saudara selami mereka yang berada dibawah...

adakah mereka ni smata2 mengangkat sepanduk bergema takbir sehingga takde suara, adakah mereka ni semata2 menampal poster, tunggu di pondok panas sehngga diri mereka pun panas berpeluh...

ade beberapa aspek yg saudara mgkn tak nampak / selami mereka yang selaku pendokong gerakan islam...nnt saudar pulang ke Malaysia joinlah usrah dgn mereka...binalah ukhwah dengan mereka...

mgkn saudara tak sedar parti islam ni sudah pun mempunyai pelbagai bentuk perniagaan yang berorientasikan produk halal...hpa, permata hijrah dan sebgainya...saudara perlu kaji aspek2 ni barulah saudara hadir dengan kritikan membina...

pulang dulu ke malaysia, merasai perjuangan jihad mereka, barulah nukilkan idea kritikan bernas saudara...

saya sentiasa berada di belakang saudara...