|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
(jika ada kesilapan dalam tulisan ini, mana-mana ahli jamaah tabligh yang melawat blog ini boleh menegur di ruang komen).

4 sifat Daie:

1)unta: serupa seperti unta yang mempunyai kesanggupan untuk membuat pengorbanan yang besar.
2)langit: ia sentiasa mempunyai keazaman yang tinggi.
3)gunung: senantiasa kukuh dan tabah seperti gunung
4)bumi: ia sentiasa tawaduk seperti bumi

ada 4 amal yang dibuat secara tetap dan istiqamah samada sedang berada dalam jamaah atau di rumah:

1)takbir-ullah
2)tahajjud
3)tasbihat
4)tilawah quran

4 AMAL YANG DIPERBANYAKKAN

1)DAKWAH

dipecah kepada 4:

a)dakwah umumi
dakwah dibuat sebelum waktu solat yang mana kebanyakan jamaah yang datang untuk solat hadir.

b)dakwah khususi
ada 3 jenis:
-karkun lama
-orang-orang khawas
-ulama

c)dakwah ijtimai
dakwah secara kolektif

d)dakwah infiradi
dakwah secara individu

2)TAKLIM
ada 2 jenis:

a)taklim infiradi
menghafal perkataan-perkataan Nabi Muhammad s.a.w

b)taklim ijtima
-taklim yang dibuat di masjid
-taklim yang dibuat di rumah

3)IBADAH DAN ZIKIR

1.tasbihat
2.nawafil
3.takbir-ullah
4.doa
5.tilawah quran

4)KHIDMAT

ada 4 jenis:
1.khidmat kepada amir
2.khidmat kepada jamaah
3.khidmat kepada orang kampung
4.khidmat kepada diri sendiri

3 PERKARA SEBELUM BERDAKWAH MASUK KAMPUNG

demi menunaikan setiap perintah Allah s.w.t dan mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w semua jamaah perlu memikirkan bagaimana dari setiap rumah:

1)dapat mengeluarkan seseorang keluar pada jalan Allah (join usaha tabligh).
2)jika usaha agama (usaha macam jamaah tabligh) sudah ada dalam masjid yang didatangi, maka dengan usaha jamaah itu dapat meningatkan lagi tahap.
3)jika usaha agama belum wujud maka dengan hadirnya jamaah (tabligh) maka usaha agama dapat dimulakan.

KEYAKINAN 3 HARI

setiap orang berusaha melapangkan masa untuk keluar di jalan Allah (join tabligh) 3 hari setiap bulan. setiap amal kebajikan akan digandakan dengan "10".
dengan denikian 3 hari setiap bulan di jalan Allah sama dengan 30 hari.oleh kerana itu setiap bulan jika keluar 3 hari maka dalam setahun usahanya sama dengan keluar satu tahun di jalan Allah.

APA YANG DIKATAKAN USAHA AGAMA

1.-duduk dalam majlis IMAN DAN YAKIN dan menggalakkan orang lain berbuat perkara sama.
-dakwah atas IMAN DAN YAKIN.
-mencipta FIKIR atas IMAN DAN YAKIN dan berfikir bagaimana hal itu dapat masuk dalam kehidupan.
-berfikir tentang kebesaran Allah.
-keluar pada jalan Allah untuk belajar IMAN DAN YAKIN (join tabligh) dan menyediakan orang lain untuk lakukan perkara sama.
-berdiri di malam hari dan menangis di depan Allah.
-berdoa kepada Allah supaya beri hakikat IMAN DAN YAKIN.

2.-duduk dalam majlis taklim dan menggalakkan orang lain lakukan hal yang sama.
-sempurnakan ibadah dengan bertanya pada ulama (ulama di sini ialah ulama dalam jamaah tabligh)
-menyediakan waktu khusus untuk tilawah al quran
-menjaga istiqamah dalam tasbihat
-mempelajari doa-doa masnunah untuk berbagai kesempatan
-mencipta hubungan baik untuk kesempatan yang berbeza.

6 SIFAT

1) lakukan amal dengan yakin
2) lakukan kerja (dakwah tabligh) dengan cara dicontohi dari rasulullah s.a.w.
3) lakukan amal dengan sentiasa ingat pada Allah.
4) semata-mata mengharap redha Allah.
5) menghadirkan kelebihan setiap amal (fadilat amal) untuk datangkan keghairahan beramal.
6) semua amalan dibuat dengan menekan nafsu (mujahadah nafsu)

6 CARA MENJAGA KESATUAN

1. salam
kesatuan bertambah jika sentiasa ucapkan salam antara satu sama lain

2.kalam
berbicara dengan lemah lembut dan bersopan santun.

3.ikram
menunaikan hak orang lain

4.hadiah
biasa memberikan hadiah bagi menyatukan hati

5.doa
mendoakan seseorang ketika dia tidak tahu

6.tariit
menceritakan sifat-sifat baik seseorang bila dia tiada

5 HAL YANG DITEKANKAN DALAM GASHT (JAULAH)

1.kejayaan dalam dunia dan akhirat adalah mengikut agama. jika tidak mengikut agama maka tiada kejayaan.
2.agama (din) lebih dicintai oleh Allah,apabila tiada lagi din, maka kiamat akan didatangkan.din umpama roh dalam jasad. apabila roh tiada maka jasad mati.apabila ada din dalam dunia, maka dunia menjadi teratur, apabila hilang din maka dunia binasa.
3.Allah taala mencintai nabi-nabi. sebaik nabi adalah nabi Muhammad s.a.w. semua nabi diutus untuk usaha atas agama (din).jika ada usaha yang lebih baik dari usaha agama (merujuk apa yang diamalkan jamaah tabligh) maka tentu sekali Allah berikan usaha itu pada nabi-nabi.
4.sesiapa yang taat pada nabi (ikut sunnah macam orang tabligh) mereka akan berjaya dalam dunia dan akhirat.
5.asbab usaha atas agama maka rahmat dan pertolongan Allah akan mencurah-curah dan berbondong-bondong orang masuk islam. jika usaha atas agama berhenti maka orang beramai-ramai keluar dari Islam.

DAKWAH DARI PANDANGAN TABLIGH

Maksud
usaha dakwah bukan untuk bawa manusia ke dalam islam, tetapi menghidupkan kerja para nabi dengan cara yang ditunjukkan oleh nabi Muhammad s.a.w.

Kepentingan
segala sesuatu mempunyai 'sebab'. Bagi menyebabkan Dinullah, Allah s.w.t menjadikan nabi-nabi sebagai 'sebab'.
semua nabi guna masa mereka untuk usaha dakwah.sehingga kepada nabi muhammad tiada lagi nabi untuk manusia, maka amanah dakwah diwariskan kepada seluruh umat nabi Muhammad s.a.w.

Adab dakwah

bagi adab dalaman
1.memiliki yakin yang sempurna dalam usaha ini. (dakwah jamaah tabligh)
2.ikhlas mencari redha Allah sahaja.
3.lakukan usaha dengan tawajjuh dan ingat pada Allah.
4.memberi faham pada diri supaya fikir diri perlu pada usaha ini.
5.lakukan dengan rendah diri dan murah hati.
6.sangka baik terhadap sesama muslim.
7.apabila hadapi kesulitan, hasilkan sifat sabar.

adab luaran
1.berdoa mohon bantuan Allah.
2.3 orang memegang tanggungjawab
-amir
-dalil(rahba)
-jurubicara (mutakalim)
3.berjalan sebelah kanan
4.jaga pandangan
5.menghindari berdiri atas jalan yang dilintasi orang lain
6.tidak kurang dari 3 orang dan tidak lebih dari 10 orang dalam satu jamaah.
7.tidak mengintip ke dalam rumah-rumah saudara muslim
8.kembali dengan istighfar.

jadual jamaah 3 hari

SESUDAH FAJAR jika jamaah terdiri dari orang baru ( baru join tabligh) akan diadakan muzakarah 6 sifat.
SESUDAH SARAPAN halaqah tajwid
SEBELUM ASAR 10-15 minit diberikan dakwah infiradi sesudah bayan
SESUDAH ASAR tasbihat dan belajar hadis berkaitan 6 sifat
SESUDAH MAGHRIB muzakarah dibuat berkenaan taklim,dakwah,doa,tilawah quran,kesatuan hati.

ENAM SIFAT

sering ditekankan dalam jamaah tabligh. selalunya akan diterangkan dengan setiap sifat dipecahkan kepada 3 bahagian penerangan iaitu, maksud,fadhilat dan usaha untuk mendapatkan sifat itu.

6 sifat itu ialah:
1)yakin dalam kalimah
2)solat
3)ilmu-zikir
4)ikram
5)ikhlas
6)tabligh

(dalam bahagian kedua nanti akan diterangkan keenam-enam sifat itu termasuk maksud,fadhilat yang dipegang dan usaha untuk mendapatkannya)

2 komentar:

Anonymous said...

tujuan tabligh adalah untuk mengamalkan agama dalam kehidupan.

tetapi adalah silap bagi orang2 tabligh yang hanya menyangka bahawa kejayaan di dunia dan di akhirat hanya bergantung kepada jalan tabligh..

saya harap org AWAM tabligh yang merasakan dirinya sudah mencapai tahap 'karkun' akan mengambil berat tentang hal ini. jagalah hati saudara semuslim anda. jagalah ikram muslimin anda. apa maknanya kalau anda sibuk mengulang2 sifat ikram muslimin tetapi anda memperlekehkan pegangan orang lain?

muhasabahlah diri anda selalu. jangan memandang rendah kepada orang lain. adalah tidak patut seorang da'ie mempunyai perangai sebegitu.

saya tidak akan mengata orang alim tabligh kerana mereka lebih mengetahui apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh mereka.

bagi orang yang tidak puas hati dengan orang tabligh yang selalu membaca kitab 'fadhailul 'amal' sahaja, janganlah anda mahu memperlekehkan mereka. sekurang2nya mereka masih menghidupkan kalam nabi. dan kalau ya pun sudah jemu, sudah berapa banyakkah hadis yang kamu dengar telah kamu amalkan? janganlah pula mengkritik mereka hanya kerana sebab2 kecil begitu.

dan bagi orang tabligh juga, tidak patut merasakan dirinya dan jalannya sahaja yang betul.

betulkan niat anda mengenai tujuan sebenar anda. bukan niat untuk tabligh. niat untuk hidupkan kembali agama. dapat islahkan diri. dapat satukan hati.

apa2 pun, saya masih dapat merasakan tabligh ni adlh good people with good intention.. :)

sekian.

wallahu 'alim

Abu Zakariyya said...

sedikit komen berkenaan 4 perkara yg perlu diperbanyakkan terutamanya pembahagian taklim dan taklum (belajar & mengajar) & ibadat. Taklim dibahagi kpd 4 juga iaitu:
1. Taklim Kitabi
2. Halqah Al-Quran/Tajwid
3. Muzakarah 6 sifat Sahabah
4. Muzakarah Adab/Sunnah

Ibadat & doa juga dibahagi 4 iaitu:
1. Solat nawafil
2. Tilawah al-quran
3. Zikir & tasbihat
4. Doa-doa masnun

teruskan penulisan anda dan pada masa yg sama rujuklah kitab-kitab yg berkaitan bagi memperkukuhkan isikandungan.