|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
Selembar analisis fenomena Dr Asri

Sahibul samahah mufti perlis Dr Asri Zainul Abidin merupakan tokoh teras laman al ahkam.net dan menjadi peneraju gerakan 'salafiyyah' atau 'pro-tajdid' yang dikatakan sedang melanda institusi pengajian tinggi terutamanya golongan mahasiswa seperti yang disentuh oleh Ustaz Maszlee Malik dalam ulasannya tentang fenomena Asrisme yang kononnya persis kebangkitan fenomena Anwarisme pada era 70 an dahulu.

Pada hari ini, masyarakat awam tentunya maklum akan perihal mufti perlis ini,apabila media arus perdana memberikan ruang luas buat segala kontroversi yang timbul meliputi saluran Bernama, Utusan Malaysia, Berita Harian, News Strait Times,atau media elektronik swasta tv3 mahupun media kerajaan rtm, atau media barisan alternatif seperti Harakah mahupun media terbuka malaysia kini dan sebagainya.

Persis seperti fenomena tsuMawi dahulu,yang saya tidak tahu sama ada masih bergerak atau tidak yang turut membuka hati Tuan Guru Nik Aziz menteri besar Kelantan untuk menjemput Mawi memeriahkan sambutan Kota Bharu Bandaraya islami tidak lama dulu, Dr Asri juga tidak kurang membuka hati bukan saja pimpinan UMNO seperti menteri besar Perlis Shahidan Kassim untuk dilantik menjadi mufti malah tokoh Sisters In Islam seperti Marina Mahathir untuk memuji Dr Asri dan dipilih sebagai tokoh yang dikaguminya selepas ayahnya iaitu Tun Mahathir sendiri.

Kalau dulu, pendekatan Islam Hadhari banyak mengambil nasihat dari ulama-ulama Jakim atau Yadim seperti Dr Uthman El Muhammady atau Ustaz Nakhaei Hj Ahmad, kini Dr Asri juga turut menawarkan nasihat-nasihatnya untuk dijadikan panduan pendekatan Islam Hadhari impian PM Pak Lah itu,seperti yang kita maklum dalam Perkampungan Hadhari yang diadakan baru-baru ini.

Mungkin ini satu berita gembira buat gerakan-gerakan liberal ala-ala SIS, Astora Jabat, mahupun anti hadis Kasim Ahmad yang telah lama panas hati dengan para ulama Jakim, jabatan agama atau institusi mufti sendiri untuk meneruskan bedilan mereka pada jakim, jabatan agama atau institusi mufti atas kerana banyaknya sasaran Dr Asri ditujukan kepada 3 pihak itu. Atau boleh saja saya takrifkan bahawa gerakan liberal SIS, Astora jabat, mahupun anti hadis Kasim Ahmad menyerahkan bulat-bulat untuk gerakan salafiyyah,pro tajdid Dr Asri untuk meneruskan misi mereka yang agak gagal suatu masa dulu.Walaupun hakikatnya gerakan salafiyyah wahhabiyyah sebelum di 'arus perdana'kan bersengketa keras dengan puak liberalis dan anti hadis ini.

Sekularis dalam kerajaan atau kapitalis dalam korporat juga boleh berpuas hati dan lega walaupun sekularis dan kapitalis ini bukanlah pendokong aliran salafiyyah, namun sedikit sebanyak agenda mereka dengan menjadikan puak hedonis di kalangan artis dan muda mudi yang suatu masa dulu ada juga terkesan dengan beberapa langkah Jakim, jabatan agama mahupun institusi mufti dengan muzakarah para ulamanya, berasa bahawa suasana negara telah terseimbang apabila Dr Asri muncul.Kini mereka tak risau lagi awam terpengaruh dengan Jakim,jabatan agama mahupun institusi mufti atas kerana awam sedikit sebanyak sudah memandang rendah ketiga-tiga pihak itu atas usaha 'murni' Dr Asri yang kononnya ingin 'membersihkan' jumudnya pemikiran para ulama negara.Puak Hedonis boleh terus mengumpul dan menghasilkan 'tentera-tentera' baru hedonis di kalangan pelakon, penyanyi atau pelawak.

Begitu juga dengan puak politikusarap yang bercampur-campur dalam pendirian mereka. Puak politikusarap di dalam kerajaan pastinya bersorak keriangan kerana menganggap Dr Asri berada di pihak mereka dengan mengambilkira Dr Asri terhutang budi pada Shahidan Kasim salah seorang pemimpin UMNO, apatah lagi kenyataan Dr Asri yang banyak menyindir gerakan pembangkang dan pernah mengundang kontroversi apabila mendakwa PAS dipengaruhi fahaman Syiah. Namun politikusarap dalam PAS sendiri dengan penuh kelucuannya bangkit menentang gerakan salafiyyah, sambil meneruskan aksi-aksi lazim mereka dalam mengabaikan akhlak dengan memanggil seorang mufti dengan panggilan 'barua' dan ada juga tidak segan silu bangkit keras menentang gerakan salafiyyah atau wahabi tanpa mengambilkira pimpinan mereka seperti tuan presiden dan mursyidul am mereka juga adalah pendokong aliran salafiyyah atau dipanggil kaum muda suatu ketika dulu.

Mungkin itulah bahayanya membela penyokong dan pendokong jenis politikusarap, kerana mereka menyokong dan mendokong suatu parti tanpa kenal betul-betul memahami dasar dan ajaran partinya hingga begitu banyak sekali kes melibatkan pengikut jenis politikusarap merosakkan imej parti mana-mana pun seperti politikusarap UMNO yang mencemuh mufti perak atau bercakap soal islam ala-ala liberalis,politikusarap Keadilan yang menyebarkan amalan surat fitnah dan keganasan vandalisme dalam merusuh, juga politikusarap PAS yang cabul akhlak dalam berkata-kata mahupun bertindak.

Bidaah hasanah dari tajdid Dr Asri

Bagi yang mengikuti perkembangan Dr Asri dan perjalanan usaha para ulama negara pastinya tidak akan lupa dan lalai bahawa Dr Asri adalah antara pendokong salafiyyah sepertimana pendokong aliran ini di mana-mana sudut duniapun menafikan adanya bidaah hasanah sekeras-kerasnya.(walaupun mazhab syafii atau ulama syafiiyah mengharuskannya). Mungkin kita boleh menganggap Dr Asri ini 'lembut' sikit dalam hal 'bidaah' ini berbanding gerakan salafiyyah lain di dunia yang terang-terang tanpa malu mengkafirkan siapa saja hatta golongan ulama yang tidak sealiran dengan mereka termasuk para ulama yang diiktiraf oleh penyokong fenomena salafi wahabi di malaysia seperti Dr Yusuf Al Qardawi sendiri. (atau boleh diletakkan juga imam hassan al banna yang turut dikafir dan disesatkan mereka).

Atau kita maklum, Dr Asri tidak membidaahkan kamera (kerana banyaknya gambar beliau telah ditangkap oleh wartawan), televisyen, atau mengharamkan wanita memandu kereta dan sebagainya, walaupun aliran salafiyyah utama dunia menolaknya.

Atau boleh kita rumuskan kamera, televisyen,atau pemanduan kereta oleh wanita adalah BIDAAH HASANAH bagi aliran salafiyyah Dr Asri berikutan penegasan beliau dalam menerangkan bidaah hasanah atau bidaah yang dibolehkan itu hanya dalam soal selain IBADAH.(ingat kalimah ini,tolong ingat).

LALU,seiring dengan isu-isu mengintip, ulama jumud,isu masjid cina,kayu kokka atau mualaf wajib bin ayah kandung dan tak boleh bin abdullah,yang merupakan isu-isu tajdid arus perdana Dr Asri rentetan dari tajdid sebelum arus perdana seperti isu tahlil, yasin, zikir jamaah,kenduri arwah, tawassul dan lain-lain, pastinya ramai pihak perasan yang Dr Asri juga cuba menonjolkan idea tajdidnya dalam isu-isu yang saya kategorikan bidang kritikal renassaince hikmah dalam dua siri wawancara dalam al kuliyyah tv3 dan sembang semasa bersama johan jaafar rtm tidak lama dulu.

Saya tertarik dengan kata-kata Dr Asri dalam mengulas arena dakwah melalui lagu dan filem.

Dr Asri ada menyebut nama kopratasa,malah Dr Asri memuji mesej-mesej lagu kopratasa secara tak langsung Dr Asri juga bakal disesatkan oleh pendokong salafiyyah sedunia sepertimana Dr Yusuf Al Qardawi yang telah menghalalkan gitar untuk dimainkan dalam arena dakwah.

Dr Asri juga bercakap soal filem dakwah, dan kata-katanya boleh dibersamakan dengan tokoh penulis muda Faisal Tehrani yang telah di'syiah'kan oleh para pengikutnya yang banyak memperjuangkan estetika makna dalam filem.Mungkin kita boleh kembali menyorot tulisan Astora Jabat mengulas akan dunia filem sebagai senjata dakwah terkini yang mengambil ulasan Dr Yusuf Al Qardawi yang memuji penggiat filem iran yang menghasilkan filem berkualiti dan betapa penting filem islam dibangunkan untuk membentengi propaganda arena filem barat hingga Dr Yusuf Al Qardawi menyebut lebih baik ahli jutawan arab membangunkan filem dari memperbanyakkan masjid yang telah cukup di arab.

Secara tak langsung usaha Dr Asri ini telah memperlihatkan mungkin ikon ikutannya dan contoh perjuangannya bukan muhammad ibn abd wahab iaitu tokoh utama gerakan salafiyyah yang berkembang di timur tengah atau ibn taimiyyah itu sendiri (atau ingin kita sebut rashid redha juga dalam senarai ini), akan tetapi adalah fenomena Dr Yusuf Al Qardawi.

atau kita boleh katakan Dr Asri mahu jadi Dr Yusuf al qardawi versi malaysia?

sejauh mana kebenaran soalan saya itu bergantung pada persepsi kefahaman Dr Asri dan para penyokongnya sendiri berkenaan dengan Dr Yusuf al qardawi.

Cuma apa yang saya kenal dengan gaya pendekatan Dr Yusuf berbanding para pendokong Dr Asri, Dr Yusuf bukan saja tidak pernah memperlekehkan mana-mana ulama mazhab samaada hanafiah, malikiah, syafiiyah, hambaliah, atau asyariyah ,maturidiah, malah dengan ulama syiah juga Dr yusuf mementingkan pengiktirafan bersama sebagai salah satu kaedah meleraikan persengketaan berdarah sunni-syiah dalam ucapannya yang menjelaskan betapa perlu ulama syiah tidak mempromosi syiah dan memprovokasi sunni di wilayah sunni,dan begitu juga sunni tidak perlu pun promosi atau provokasi syiah di wilayah syiah khususnya di iran.

Saya tidak pasti daya analisis para penyokong aliran salafiyyah versi dr asri ini yang saya percaya kumpulan penyokong terkuatnya berada di dalam laman al ahkam.net, samaada mereka memahami implikasi ucapan dan ulasan Dr Asri di dalam dua temubual al kuliyyah dan bicara semasa itu atau tidak, akan tetapi JELAS perjuangan kopratasa dalam arena hiburan bukan suatu bidaah dholalah akan tetapi dikategorikan bidaah hasanah satu bidaah terpuji dalam menyebarkan nilai kemanusiaan dalam lagu, berbeza dengan majlis zikir, kenduri arwah atau tahlil dan yasin yang diusahakan oleh para ulama pondok di dalam mentarbiyah masyarakat yang perlu dihapus dan dilenyapkan.

Dakwah yang terkandung di dalam kaifiat al ma'thurat Ikhwanul Muslimin pastinya tidak dibidaahkan oleh para pendokong Dr Asri al ahkam.net, namun memang agak lucu hingga pedih perut apabila dakwah yang terkandung dalam amalan zikir, tahlil atau yasin yang sedikit sebanyak berjaya meletakkan amalan membaca quran, berdoa pada Allah dan peningkatan iman di dalam suasana masyarakat melayu dianggap suatu yang jijik dan jelik berbeza dengan kaifiat kopratasa memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan dalam lagu dengan alunan muzik yang disegani oleh Dr Asri malah sesuai dengan DAKWAH ISLAM katanya.(DAKWAH bukan bidang IBADAH seperti kalimah ibadah yang saya suruh ingatkan tadi?)

Saya tidaklah mahu mempersendakan kopratasa, malah saya juga sukakan lagu-lagu mereka,begitu juga kebanyakan lagu M.Nasir atau Ramli Sarip atau lagu-lagu puisi lain malah yang undergroundnya pun seperti Airmasz yang melagukan sajak-sajak Abdullah Jones dan rakan-rakan lain yang terkandung dalam album Sentimen mereka pun telah saya beli, walaupun idea-idea politik mereka berbeza dengan saya.

Namun, yang saya ingin bawakan adalah sebuah analisis buat para pendokong salafiyyah Dr asri untuk renung seketika. Akhirnya ke mana halatuju anda semua dalam berdakwah islam sambil tidak segan memperlekehkan para ulama atau amalan masyarakat yang tak perlu dihapuskan pun cuma perlu dibaiki sedikit sahaja. Dan usaha membaiki masyarakat memang sentiasa terbuka di pihak tradisionalis untuk kita bangkitkan usaha dakwah berbondong-bondong bertemu masyarakat yang songsang secara berdepan dan proaktif.

Renungkanlah usaha bidaah hasanah tajdid Dr Asri itu nampak gaya tidak harus memperlekehkan para ulama kerana kopratasa pun disegani,jadi apa salah kita beradab dan bersikap seperti ilmuwan ahlus sunnah wal jamaah lain di kalangan ulama bermazhab yang tidak pernah membidaahkan pihak yang khilaf dalam hal furuk, jika dibuat juga, maka apa bezanya pendekatan Islam Liberal puak liberalis dengan salafiyyah fesyen mereka?








6 komentar:

Anonymous said...

Salam.

Dalam Al-Kuliyyah dan rancangan dengan Johan Jaafar tu juga, boleh kelihatan yang Dr Asri seolah kureng seneng dengan kumpulan nasyid, tetapi memuji pula penyanyi lain yang adakalanya membawa lagu bermesej baik, dengan mengatakan bahawa lagu sedemikian LEBIH BAIK daripada lagu nasyid (huh?). Beliau juga kata tak semestinya nak sampai lagu bermesej baik perlu berpakaian seperti penasyid tanah air (huh? cara mereka berpakaian pun dia tak seneng juga?). Malah dia juga memetik peristiwa di mana Rasul SAW menyukai penyair Yahudi tertentu kerana kandungan syairnya bagus. Hmm.. bila sampai peringkat ini, bahagian logika otakku seolah berkata, apakah Mufti ini mahu menyatakan penyair Yahudi tersebut lebih bagus daripada kesemua penasyid tanah air? Hmmm...

swordofdeen said...

Okey..dahulu saudara MAZA mengtakan MANHAJ itu penting..KAEDAH dan CARA juga penting..kenapa dalam berpakaian ini pula dia MENGKONTRA HUJJAH2nya yang dahulu?

Abu S.H said...

Siapakah Sayyid Qutub? Dan kenapa puaktradisionalist (bukan salafiyyah) tidak bersetuju dengan Sayyd Qutub dan Hassan Al Bana?
Boleh tolong cerita? Saya nak tahu..Kalau ada masa dan data..Tima Kasih

mfrstudio said...

saya tak tahu pula ada tradisionalis yang tak suka hassan al banna, tapi jika ada yang tak suka syed qutb mungkin tak suka beberapa pendekatan dan hujah sahaja kot.

ikhwanul muslimin di awal zamannya iaitu semasa dipimpin oleh hassan al banna sendiri banyak mengambil pendekatan tarbiyah sufi dan susunan gerakan dakwah yang amat tersusun dengan sistem usrah mereka malah turut menggerakkan dakwah berbondong-bondong bertemu langsung dengan masyarakat seperti yang dibuat oleh tarbiyah jamaah tabligh juga, malah lebih syumul dan kemas dengan gaya renassaince hikmah iaitu membawa seluruh sudut kehidupan masyarakat kepada sistem yang lebih hampir dengan islam melalui hospital,sekolah, perniagaan, malah latihan ketenteraan juga.

gaya dakwah ikhwanul muslimin banyak memberi inspirasi kepada banyak gerakan dakwah di dunia termasuk di malaysia seperti yang diterima oleh abim, jim atau pas sendiri.

namun, perlu diingat, ikhwanul muslimin berkembang drastik pada akhir-akhir riwayat hassan al banna dan telah diserapi fahaman ekstrimisme di kalangan ahli bawahan mereka yang akhirnya melakukan tindakan yang bersalahan dengan tarbiyah hassan al banna.

imej-imej rosak itu telah diperbesarkan oleh musuh politik ikhwanul muslimin,yang akhirnya menjejaskan pengaruh gerakan itu yang akhirnya menenggelamkan kegemilangan dakwah mereka yang pernah dicipta suatu masa dulu.

jamaah tabligh kalau contohi ikhwanul muslimin pun bagus, dan saya cadangkan para ulama jamaah tabligh memantaulah keilmuan para ahli mereka dan jalinkanlah banyak kerjasama dengan para ulama lain supaya usaha dakwah akan lebih syumul dan berkesan.

kalau perasan di blog ini juga ada wajah imam hassan al banna, kalau cekap, anda akan nampak.

saya tak tolak ada imam hassan al banna punya pandangan dan hujahnya yang bersalahan dari keilmuan para ulama tradisionalis, namun imam hassan al banna tak pernah mengambil pendekatan seperti 'salafi wahabi' iaitu dengan iktikad 'manhaj kami tiada khilaf baginya melainkan inilah manhaj paling tepat dalam dunia dan selain dari manhaj ini tidak lain bidaah belaka'.

saya nampak gaya dr yusuf al qardawi banyak mencontohi imam hassan al banna,dan pendekatan demikian disambut dengan penuh mesra dari kesepakatan ulama ahlus sunnah wal jamaah.

masalah berlaku apabila punya pendapat yang berlainan dan cuba merendahkan pendapat orang lain padahal itu hal khilaf yang furuk malah kedua-dua belah pihak punya dalil dan hujah yang wajar dihormati dan berlapang dada.

boleh baca ini untuk lebih faham pendekatan berbeza dalam memperjuangkan islam:
pendekatan politik di kalangan aktivis muslim

wallahua'lam.
(saya yang bercakap berdasarkan ilmu seorang awam yang sedang belajar)

Abu S.H said...

ada email? nak hantar something..
-aku tgh mtg lagi!!!-

mfrstudio said...

anta je la kat emel yg tertera kat profile aku..

ni aku letak sini pulak

mfakhrulrazi@yahoo.com