Mula tulis: 8 Jun 2016/3 Ramadhan 1437H
Tamat tulis: 12 Jun 2016/ 7 Ramadhan 1437H
1.0 TUJUAN
Tujuan analisis ini dibuat untuk bertabayyun atau melihat sejauh manakah persamaan kandungan cerita dalam Novel Tunangku Tidak Tampan (3T) karya Muhammad Rusydi dan Novel Kerna Syurga Bukan Percuma (KSBP) karya Najmi Fetih serta menilai kebarangkalian salah seorang pengkarya telah merujuk karya yang satu lagi dalam menghasilkan karyanya.
2.0 OBJEKTIF
Objektif analisis ini untuk bertabayyun atau melihat persamaan kandungan cerita dalam 3T dan KSBP bagi menilai kebarangkalian salah seorang pengkarya telah merujuk karya yang satu lagi dalam menghasilkan karyanya untuk bersikap adil ke atas kedua-dua pengkarya.
3.0 LATAR BELAKANG
Muhammad Rusydi atau nama samaran Syabab Musafir Kasih, Tengku Muhammad Rusydi Mohamed, Encik Sederhana, Abang Bikai, Penulis Misteri, Rusydee Artz telah mula menulis bahagian pertama (part 1) 3T pada 24 Jun 2013 sehingga bahagian terakhir (part 35 season 3) pada 13 Ogos 2014 di facebook.com.
Berikut adalah perbandingan timeline penghasilan 3T dan KSBP:
Tiada maklumat diperolehi bilakah KSBP tamat ditulis
3T (kiri) dan KSBP (kanan)
4.1 Persamaan sifat watak utama
4.1.1 Masalah rokok
3T: muka surat 2, KSBP: muka surat 1
4.1.2 Liat bangun subuh
3T: muka surat 33, KSBP: muka surat 6
4.1.3 Memiliki motor 125cc milik arwah abang
3T: muka surat 17, KSBP: muka surat 8
4.1.4 Berbadan sasa
3T: muka surat 8, KSBP: muka surat 29
4.1.5 Pandai memasak
3T: muka surat 65, KSBP: muka surat 34
4.1.6 Bersifat pukul orang
3T: muka surat 122, KSBP: muka surat 40
4.1.7 Dianggap sampah masyarakat
3T: muka surat 179, KSBP: muka surat 40
4.1.8 Susah senyum
3T: muka surat 120, KSBP: muka surat 52
4.1.9 Bercita-cita nak ke syurga
3T: muka surat 48, KSBP: muka surat 54
4.1.10 Mempunyai ibu yang mahu dirinya cepat menikah
3T: muka surat 204, KSBP: muka surat 57
4.1.11 Manja dengan ibunya
3T: muka surat 130, KSBP: muka surat 58
4.1.12 Keluar kelas secara suka hati semasa pembelajaran
3T: muka surat 45, KSBP: muka surat 67
4.1.13 Digelar "the legend"
3T: muka surat 70, KSBP: muka surat 79
4.1.14 Dicemburui pelajar lelaki lain kerana ada pelajar junior perempuan suka padanya
3T: mukasurat 278, KSBP: muka surat 131
4.1.15 Mengenali guru perempuan bujang yang mengambil berat dirinya
3T: muka surat 84, KSBP: muka surat 70, 149
4.2 Persamaan plot cerita
4.2.1 Watak utama dinasihatkan dengan sifat syurga oleh watak abang yang baru dikenali, lalu malamnya berfikir lama tentang nasihat sifat syurga itu.
3T: muka surat 16, KSBP: muka surat 4
4.2.2 Watak utama masukkan motor ke garaj dan mata para pelajar tertumpu padanya.
3T: muka surat 36, KSBP: muka surat: 9
4.2.3 Watak utama mengangkat tangan dan berdiri menyatakan tidak faham apa yang diajar guru perempuannya, kemudian menjawab balik jawapan gurunya dengan kasar.
3T: muka surat 57-58, KSBP: muka surat 10-11
4.2.4 Guru perempuan menampar watak utama dengan bunyi "PANG" dan watak utama luka berdarah.
3T: muka surat 60, KSBP: muka surat 11
4.2.5 Guru perempuan ke rumah watak utama bertemu ibunya dan minta maaf atas kesalahannya mencederakan watak utama serta mengakui bukan salah watak utama.
3T: muka surat 82-83, KSBP: muka surat 33
4.2.6 Watak utama bangun awal pagi dari kebiasaan pada hari pertama tekad berhijrah menjadi baik.
3T:muka surat 33, KSBP: muka surat 46
4.2.7 Watak utama dipukul di kepala lalu pitam ketika pergaduhan, kemudian dipanggil namanya oleh guru perempuan berkali-kali.
3T: muka surat 294-296, KSBP: muka surat 95
4.2.8 Watak utama bermimpi panjang ketika dalam keadaan koma setelah dipukul.
3T: muka surat 305-325 , KSBP: muka surat 96-103
4.2.9 Watak abang yang rapat dengan watak utama sering ke kedai perempuan yang diminatinya
3T: muka surat 399, KSBP: muka surat 138
4.2.10 Watak abang yang rapat dengan watak utama meluahkan perasaan kepada perempuan pemilik kedai yang diminatinya melalui surat.
3T: muka surat 409-410, KSBP: muka surat 172-173
4.2.11 Watak utama bermimpi ketika realitinya dia sedang berada dalam kebakaran
3T: muka surat 385-396, KSBP: muka surat 149-155
4.2.12 Watak utama terperangkap dalam kebakaran
3T: muka surat 382, KSBP: muka surat 155
4.2.13 Watak abang yang rapat dengan watak utama terkorban ketika cuba menyelamatkan watak utama
3T: muka surat 397-398, KSBP: muka surat 157-161
4.2.14 Watak utama tidak lagi bersemangat setelah kehilangan abang yang rapat dengannya dalam kebakaran
3T: muka surat 414, KSBP: muka surat 162
4.2.15 Perempuan yang diminati watak abang yang rapat dengan watak utama berasa sedih apabila mendapat tahu kematian watak abang tersebut.
3T: muka surat 412, KSBP: muka surat 176
4.2.16 Watak utama berasa marah dan memukul watak antagonis yang mengaku merancang kebakaran
3T: muka surat 371-372, KSBP: muka surat 207-208
4.3 Persamaan isu dan tema pengisian
4.3.1 Berkaitan persoalan syurga atau neraka telah ditetapkan atau tidak
3T: muka surat 152, KSBP: muka surat 41
4.3.2 Berkaitan persoalan menjaga lidah dan mulut
3T: muka surat 53, KSBP: muka surat 73
4.3.3 Persoalan adab
3T: muka surat 100, KSBP: muka surat 88
5.0 KEBARANGKALIAN MERUJUK KARYA
5.1 Kebarangkalian Muhammad Rusydi merujuk karya KSBP
Disebabkan Muhammad Rusydi menulis dan menamatkan karya 3T sebelum Najmi Fetih memulakan karya KSBP (seperti yang diterangkan dalam bahagian Latar Belakang analisis ini), maka tidak wujud langsung kebarangkalian ini. Peratus kebarangkalian 0%.
5.2 Kebarangkalian karya 3T adalah asli tanpa merujuk KSBP
Oleh kerana tiada langsung kebarangkalian Muhammad Rusydi merujuk karya KSBP (seperti diterangkan pada perkara 5.1), maka peratus kebarangkalian karya 3T adalah asli tanpa merujuk KSBP adalah 100%.
5.3 Kebarangkalian Najmi Fetih merujuk karya 3T
5.3.1 Kebarangkalian Najmi Fetih merujuk karya 3T wujud secara automatik apabila Najmi Fetih hanya memulakan karya KSBP setelah tamat penulisan karya 3T oleh Muhammad Rusydi iaitu seperti yang terpapar dalam timeline berikut:
Timeline penghasilan karya 3T dan KSBP
Episod yang dikesan mengandungi poin persamaan dari segi sifat watak, plot cerita dan pengisian ditandakan merah
Manakala dalam karya asal, nama Nafisah adalah Yaya. Rujuk petikan di bawah:
Miss Aisyah atau teacher dalam karya asal adalah watak perempuan guru bujang yang mengambil berat kepada watak utama sejak pernah menampar watak utama sehingga luka. Watak dengan sifat ini terlebih dahulu ada dalam karya 3T. Ironinya, nama watak tersebut dalam karya 3T adalah Teacher sama seperti dalam karya asal KSBP.
Nafisah atau Yaya dalam karya asal adalah watak perempuan junior yang menyukai watak utama. Watak dengan sifat ini terlebih dahulu ada dalam karya 3T, dan nama watak ini dalam 3T adalah Cik Yuyu yang hampir sama dengan nama Yaya dalam KSBP karya asal.
Ini mewujudkan kebarangkalian karya asal dirujuk tetapi tidak disalin bulat-bulat dengan ada usaha mengubahsuai nama dan bahagian lain untuk mengelakkan ia dilihat sama.
5.3.4 Watak Abang Surau adalah watak abang yang baru dikenali watak utama yang sering menitipkan nasihat hingga kedua-dua mereka menjadi rapat yang akhirnya mati dalam kebakaran ketika mahu menyelamatkan watak utama. Watak dengan sifat yang sama terlebih dahulu ada dalam karya 3T dengan nama Abang Jaga. Penjelasan akan siapa sebenar watak Abang Jaga digarap kemas oleh Muhammad Rusydi pada bab akhir novel 3T yang hanya ada di dalam edisi buku. Manakala watak Abang Surau kekal misteri hingga dimatikan dalam babak kebakaran, tidak digarap sebab-akibat dan menjelaskan siapa sebenar Abang Surau yang berada di surau sekolah menyusun sejadah, lalu diangkat menjadi ustaz di sekolah yang sama.
Ini mewujudkan kebarangkalian watak Abang Jaga juga dirujuk oleh Najmi Fetih dan hanya pada novel 3T yang tersiar pada facebook seperti watak Teacher dan Cik Yuyu sebelumnya dan tidak mengetahui Muhammad Rusydi merancang plot twist pada watak Abang Jaga tersebut dalam edisi bukunya.
5.3.4 Najmi Fetih atau Pendakwah Cute dalam akaun twitternya pernah berkongsi karya Rusydee Artz, karya lukisan yang diusahakan oleh Muhammad Rusydi yang akaun sama berkongsi link karya 3T di facebook. Berikut antara karya Rusydee Artz yang dikongsikannya di twitter:
Tarikh karya lukisan itu dikongsikan masing-masing Januari dan Februari 2014, ini mewujudkan kebarangkalian Najmi Fetih sudah mengenali Muhammad Rusydi di facebook sebelum karya KSBP dimulakan atau setidak-tidaknya mampu mengakses perkongsian Muhammad Rusydi daripada teman-temannya yang juga telah sah subscribe perkongsian Muhammad Rusydi. Ini tidak memungkinkan Najmi Fetih mempunyai saksi alibi.
5.3.5 Atas pertimbangan kebarangkalian-kebarangkalian yang saling mengukuhkan seperti perkara 5.3.1 hingga 5.3.4 di atas, maka peratus kebarangkalian Najmi Fetih merujuk karya 3T adalah menjurus kepada 100%. Walaupun rujukan itu tidak disalin bulat-bulat tetapi dengan hanya meniru rangka, konsep, dan struktur cerita lalu mengolah dan menambah serba sedikit dari ideanya sendiri tetap tak dapat dinafikan kebarangkalian ini.
Walaupun peratus kebarangkalian Najmi Fetih merujuk karya 3T menjurus kepada 100%, saya lebih cenderung dalam analisis ini meletakkan peratus kebarangkalian adalah 99% dan mohon dipertimbangkan 1% untuk perkara 5.4.
5.4 Kebarangkalian KSBP adalah asli tanpa merujuk 3T
5.4.1 Najmi Fetih telah berulang kali menafikan beliau ada membaca karya 3T baik dalam bentuk buku atau media lain seperti blog dan facebook. Beliau juga menafikannya dengan bersumpah dengan nama Allah S.W.T seperti berikut:
Atas kerana sumpahnya dibuat pada bulan Ramadhan dan beliau adalah seorang pendakwah agama dengan anggapan beliau tahu risiko bersumpah bohong di bulan Ramadhan maka wujud kebarangkalian karya KSBP adalah asli tanpa merujuk 3T.
5.4.2 Kebarangkalian ini boleh dipertimbangkan jika ini adalah suatu keajaiban yang ditunjukkan Allah pada bulan Ramadhan, yang mana ilham yang Allah s.w.t telah berikan kepada Muhammad Rusydi dari Jun 2013 hingga Ogos 2014, diberikan ilham yang sama oleh Allah s.w.t semula kepada Najmi Fetih pada Oktober 2014. Hikmahnya mungkin untuk kita berasa takjub akan kebesaran Allah dengan melihat Najmi Fetih yang tak pernah membaca 3T dan tak tahu menahu tentang 3T boleh menulis KSBP dengan sifat watak utama, watak-watak yang beriringan, plot cerita dan pengisian yang sama dengan karya 3T bertaburan dalam majoriti episod novelnya.
5.4.3 Kebarangkalian ini juga boleh dipertimbangkan jika ilham itu diberikan Allah s.w.t serentak kepada kedua-dua insan pengkarya ini, namun Najmi Fetih tidak menterjemahkan ilham yang dikurniakan sehinggalah tamat sudah penulisan 3T oleh Muhammad Rusydi, baru tergerak hatinya untuk mula menulis KSBP. Hikmahnya mungkin sebagai ujian dan pengajaran buat kedua-dua pengkarya agar dapat menghadapi ujian ini persis seperti ingatan-ingatan yang mereka telah nukilkan dalam karya mereka sendiri, betapa perlu memaafkan, betapa perlu mengaku salah, betapa perlu bersabar dari marah dan dendam dan sebagainya.
5.4.4 Kebarangkalian ini juga boleh dipertimbangkan jika ilham itu dari Allah s.w.t kepada Muhammad Rusydi pada awalnya telah dibawa oleh syaitan kepada Najmi Fetih atas kerana perancangan syaitan mahu melaga-lagakan umat Islam yang berada dalam lingkungan kedua-dua pengkarya ini.
5.4.5 Saya cenderung untuk mempertimbangkan kebarangkalian ini dengan menganggap segalanya adalah ketentuan Allah dan hanya Allah sahaja yang tahu hikmah akan apa yang terjadi pada masa itu apabila Najmi Fetih memang tak pernah merujuk karya 3T dan karya KSBP dihasilkan dengan persamaan dari segi sifat watak utama, watak-watak yang beriringan, plot cerita dan pengisian. Maka kebarangkalian ini mencadangkan segala persamaan itu hanyalah sebuah kebetulan dengan peratus kebarangkalian berjumlah 1%.
6.0 KESIMPULAN
Daripada analisis yang telah dibuat dengan bertabayyun atau melihat sejauh manakah persamaan kandungan cerita di atara karya 3T dan KSBP dan penilaian kebarangkalian salah seorang pengkarya merujuk karya satu lagi dalam menghasilkan karyanya, berikut kesimpulan yang dapat saya gariskan, sekurang-kurangnya dari pandangan peribadi saya sendiri yang telah bertabayyun:
1. Muhammad Rusydi tidak mempunyai sebarang kebarangkalian merujuk karya KSBP dalam menghasilkan karya 3T, dan saya yakin 100% karya 3T adalah asli.
2. Najmi Fetih mempunyai kebarangkalian sebanyak 99% merujuk karya 3T dalam menghasilkan karya KSBP, dan kebarangkalian sebanyak 1% adalah asli tanpa merujuk karya 3T. Saya cenderung untuk meyakini 100% dengan kebarangkalian sebanyak 1% karya KSBP adalah asli tanpa merujuk karya 3T atas pertimbangan berikut:
i. Saya tidak mengenali peribadi Najmi Fetih. Walaupun begitu, Najmi Fetih ada mengakui watak utama dalam karya KSBP bernama Khai adalah terinspirasi dari dirinya sendiri. Melihatkan ada sifat watak Khai dalam KSBP yang berbeza dengan watak Zam dalam 3T khususnya pada sifat watak Khai yang berhijrah dari seorang yang melepak di ladang kelapa sawit untuk merokok, meminum air ketum, hisap gam dan lain-lain aktiviti haram sehingga menjadi seorang yang mampu berselawat sebanyak 13 ribu sehari dalam masa kurang 2 bulan (rujuk KSBP: muka surat 59, muka surat 134), maka saya bersangka baik Najmi Fetih tidak berbohong di bulan Ramadhan apabila mengatakan tidak pernah langsung baca novel 3T dalam apa saja media.
ii. Sangka baik walaupun dengan kebarangkalian 1% ini juga dikukuhkan sepertimana saranan Sheikh Dr. Abdul Bari ‘Awad Ath-Thubaiti (Imam Masjid An-Nabawi) dalam khutbahnya yang memetik kata-kata Saidina ‘Umar bin Al-Khattab ra: “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”. (http://www.abuanasmadani.com/husnuzzan-berbaik-sangka/)
7.0 SYOR
Daripada kesimpulan yang telah digariskan di atas, maka saya mengesyorkan perkara-perkara berikut:
1. Saya mohon sangat-sangat dengan penuh suci hati sempena bulan Ramadhan yang mulia ini kepada sahabat baik saya yang saya kasih dan cinta, Muhammad Rusydi untuk MENARIK SEMULA tuduhan beliau bahawa Najmi Fetih atau Pendakwah Cute telah menciplak, memplagiat karya 3T dalam penghasilan karya KSBP dan memilih BERSANGKA BAIK KEPADA SAUDARA MUKMIN KITA kerana Najmi Fetih telah bersumpah dengan nama Allah di bulan Ramadhan bahawa beliau TIDAK PERNAH LANGSUNG MEMBACA KARYA 3T, dan anggaplah semua persamaan dari segi sifat watak utama, watak yang beriringan, plot cerita dan pengisian itu semua HANYA SEMATA-MATA KEBETULAN YANG DIJADIKAN ALLAH DENGAN HIKMAH TERTENTU YANG KITA TAK KETAHUI.
2. Saya juga menasihatkan karya KSBP tidak dicetak semula oleh SENTAP PRESS kerana persamaan-persamaan kandungan cerita KSBP dan karya 3T tak dapat disangkal oleh sesiapa. Mencetak semula karya ini yang draf asalnya bermula selepas tamat manuskrip karya 3T hanya akan membuka lebih banyak perdebatan, sangka buruk, tuduh menuduh, yang merosakkan ukhuwwah islamiyah sesama kita dan merugikan umat untuk beragenda dalam isu yang lebih besar.
3. Saya menasihatkan kesemua pembeli karya 3T yang sudah mula bersangka buruk pada Najmi Fetih untuk membeli karya KSBP selagi stok masih ada supaya anda dapat bertabayyun seperti saya. Saya juga menasihatkan hal yang sama kepada kesemua pembeli KSBP yang sudah mula bersangka buruk pada Muhammad Rusydi untuk membeli karya 3T selagi stok masih ada untuk bertabayyun. Bagi pembeli kedua-dua karya yang tak mahu bertabayyun, kalian boleh terus berbaik sangka pada kedua-dua pengkarya dan teruslah mengambil ibrah daripada kedua-duanya.
4. Saya ingin menggalakkan Najmi Fetih untuk terus menyumbang pada dakwah dan hargailah setiap kurniaan dan keajaiban yang Allah S.W.T berikan pada anda, kerana keajaiban-keajaiban ini tak diberikan oleh Allah pada semua. Semoga anda dijauhkan daripada perbuatan bohong di bulan Ramadhan kerana kemurkaan Allah pada perbuatan dosa yang sengaja dibuat di bulan ini berganda-ganda berbanding kemurkaan Allah pada dosa yang sengaja dibuat di bulan yang lain.
8.0 PENUTUP
Sebagai penutup, saya berharap analisis ini akan membuahkan kedamaian di kalangan umat yang telah secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam pertikaian dan perdebatan isu ini. Saya berharap pihak yang terlibat dapat mempertimbangkan berat-berat syor yang saya utarakan. Dan semoga Allah kurniakan saya pahala di bulan Ramadhan ini seperti yang diperintahkannya dalam surah al hujurat ayat 10, "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
Sekian, terima kasih.
12 Jun 2016/ 7 Ramadhan 1437H