|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH


Bismillah.

Isu ini timbul kerana ISMA menyebut nama Melayu dan Cina dan bukan Muslim dan Non Muslim. Mungkin kebetulan yang diwar-war penentangan hudud di akhbar adalah kumpulan Cina seperti MCA GERAKAN DAP. Saya berbeza sikap dalam memilih nama yang patut ditekankan dalam isu ini dengan apa yang disebut ISMA. Pada saya sepatutnya sikapnya bukan "Cina jangan menghalang Melayu untuk melaksana syariat Islam di Malaysia" tapi "Non Muslim jangan menghalang Muslim melaksana syariat Islam di Malaysia".

Dengan itu, setiap Muslim wajib menyokong ISMA kerana Muslim yang tak menyokong akan secara tak langsung berpendirian, "Non Muslim BERHAK menghalang Muslim melaksana syariat Islam di Malaysia". Itu dah sah-sah Muslim jahat yang dimurkai Allah sebab cuba menghalang agama Allah dari tertegak. Maka kita jelas itu Muslim yang memusuhi Islam.

Sebab itu sejak dari awal saya dah nasihat slogan "Melayu sepakat Islam berdaulat" dari ISMA akan bermasalah nanti. Saya dah cadangkan slogan yang tak mampu dinafikan sesiapa yang tepat adalah "Muslim sepakat Islam berdaulat".

Saya adalah penyokong kuat Arus Baru dengan slogan "kami undi muslim berwibawa". Mengapa slogan "kami undi melayu berwibawa" tak dikeluarkan ISMA pada PRU13? Kerana slogan berteraskan bangsa tak ada dalil dan hujah agama. ISMA faham itu.

Maka saya nasihatkan ISMA supaya semak semula propaganda untuk angkat identiti Melayu di Malaysia. Ia akan bermasalah. Saya faham sangat tujuan ISMA yang utama nak angkat identiti syariat lebih dari bangsa dan hanya guna bangsa sebagai platform disebabkan nama bangsa itu disebut dalam perlembagaan dan ia adalah bangsa majoriti yang patut menang jika dikira dari hujah demokrasi. Tapi saya sebut dengan jelas, ia akan bermasalah kerana bangsa tak boleh dijadikan hujah agama. Malah ISMA akan terperangkap dengan sentimen racist walaupun ISMA tak berniat jadi racist dan bukan itu tujuan propaganda ini.

Saya harap isu adakah Cina penceroboh atau bukan dalam sejarah negara ini ditamatkan. Sejarah boleh dibaca secara pelbagai. Jika sejarah dibaca sebagai Raja Melayu sendiri setuju British menasihatkan dalam kegiatan ekonomi lalu British atas nasihatnya membawa pendatang Cina ke negara ini, maka itu bukan penceroboh, kerana tuan tanah sendiri bersetuju dan membuka kemasukan mereka. ISMA akan kalah dalam isu ini. Berdebat tentangnya hanya melambatkan sokongan Muslim untuk bangkit.

Isu sebenar patut kita debatkan adalah seperti yang saya sebut di awal tadi: Non Muslim BERHAK atau TIDAK BERHAK menghalang Muslim melaksanakan syariat Islam di Malaysia?

Kemudian slogan untuk ini adalah "Muslim sepakat Islam berdaulat".

ISMA pasti disokong Muslim berwibawa sejati. Muslim korup pengagung hak asasi manusia dan non muslim pejuang sekular akan menentang tapi mereka akan kalah.

Mohon ISMA timbang nasihat saya ini.

MFR
Malaysia Futuwwah Revolution