"cubalah tengok APA JENIS IKLAN yang muncul di saifulislam melalui NUFFNANG""ketahuilah betapa kapitalis BOLEH BUAT PESERTANYA JADI TAK KERUAN"

"apa IKLAN yang muncul di saifulislam.com melalui NUFFNANG?"
"ana ada senarainya bagi setiap satu"

----------------
tolonglah faham apa itu JENIS IKLAN dan apa itu IKLAN.
salah satu JENIS IKLAN NUFFNANG adalah format bergambar. adakah anda mampu mengawal gambar apa yang bakal muncul dalam IKLAN tersebut?
nah, ambil ni!

ambik ni!
tak, tak salah. ada gambar maya karin memang tak salah. bukan kita yang nak tayang. malah pengunjung juga boleh kontrol untuk disablekan java supaya semua iklan-iklan nuffnang itu tak muncul depan mata kita. memang betul.tapi cuba fahami dalam sikit.
tengok ni.
tolong fahami apa itu nuffnang.ia adalah sejenis perniagaan. Tak, ia bukan perniagaan goyang kaki semata-mata. kena ada USAHA juga. Usaha apakah yang dapat buat kita memperolehi KEUNTUNGAN dari perniagaan ini? Usaha untuk dapatkan unique views atau klik paparan tertinggi. Lagi tinggi klik lagi banyak untung.
Tak, kita untung dari pengunjung-pengunjung yang masuk ke 'rumah' kita untuk membaca bahan agama santapan rohani. Bukan nak 'tengok' maya karin. Maya karin itu 'SALAH PENGIKLAN'. siapa suruh jadikan maya karin model. kami hanya 'letak' NUFFNANG bukan letak 'MAYA KARIN'.
Kami letak NUFFNANG sebab? sebab nak untung? Bukan. sebab nak memberi.

ada beza antara MEMBERI dan MEMINTA. begitu jugalah ada beza samaada kita meng'alat'kan dunia atau menjadi 'alat' dunia. sama jugalah sama ada meng'alat'kan nuffnang, atau menjadi alat 'nuffnang'. sama juga sama ada meng'alat' kapitalis atau menjadi 'alat' kapitalis'.
sama jugalah meng'alat'kan blogspot atau menjadi 'alat' blogspot.bagaimana kita meng'alat'kan sesuatu?
kita meng'alat'kan sesuatu dengan kita menjadi pengawal sesuatu itu.
kita kawal apa? kita kawal MATLAMAT dan OBJEKTIF nya.
kita kawal PROSESnya.
kita kawal SUMBANGAN dan FAEDAHnya.
---------------------------
matlamat Nuffnang? duit.
prosesnya? pengiklan kawal.
sumbangan dan faedahnya? kita dapat duit, pengunjung dapat malu tengok web islam keluar maya karin baik punya posing.
bila kita nak banteras SEKULARISME ARTISnya?
http://mfrstudio.board-realtors.com/arkib-f22/sekularisme-artis-t39.htm
mari saya tunjuk bagaimana saya kawal blogspot dari hanya memaparkan isi kandungan tulisan saya TANPA IKLAN MAYA KARIN POSING. cuba anda tengok persekitaran 'alhikmah-diari' ini. Bak kata ustaz hasrizal,"buka mata seluas-luasnya.."
bukan setakat BLOGSPOT KAPIR ini boleh kita meng'alat'kan dengan kita kawal MATLAMAT, PROSES, FAEDAHnya, malah BUMI KAPIR JEPUN juga kita boleh meng'alat'kan.nah, tengok.
rumah JEPUN boleh di'alat'kan menjadi MUSOLLA. ya, sebagaimana saya menumpang tanah 'blogspot', begitu jugalah musolla itu menumpang tanah orang kaper jepun.
di bumi jepun ini memang semua orang asing adalah ALIEN. kami diberikan 'Kad Alien' sebagai ID seorang warga asing yang tinggal di Jepun. Bukan Karpal Singh saja alien. Anda juga Alien jika datang ke Jepun, melainkan anda adalah warganegara jepun.
Oh,saya seorang pesakit 'psycho'. Tak apa. Kekarutan itu suatu yang 'sihat' di sisi mereka. 'Lantang pada kekarutan' itu suatu yang psychotic problem. Apa sangatlah nasihat kita ini untuk kebaikan mereka, nasihat yang tak membina agaknya.Nasihat saya, jadikan dunia ini ALAT. Dengan mengawal MATLAMAT , PROSES ,dan FAEDAHnya . Jika salah satu darinya dikawal oleh dunia ke atas kita, maka kita sudah pun menjadi ALAT.
------------------------------------------------------------------------
[ beberapa contoh blog islami mula mengikut jejak tokoh yang dikaguminya dalam melanggan nuffnang- matlamat nuffnang melebar pengaruh tercapai hasil 'support' pelanggan islaminya yang serve nuffnang dengan rasa sungguh bangga]

______________________________________
UPDATE 2011:
saifulislam.com sudah tidak lagi meletak iklan nuffnang di dalam websitenya. namun perbincangan entri ini masih boleh dikembangkan pada konsep umumnya iaitu "memahami untuk mengalat atau menjadi alat"







