|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH


Saya mengenalinya ketika saya di Tingkatan 4 ketika menuntut di Sek. Men.Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) Taiping Perak tahun 2001. Setiap minggu kami pelajar-pelajar Seratas akan ke masjid di kawasan Telekom untuk bersolat Jumaat. Disebabkan saya gemar berjalan kaki pergi dan balik dari masjid pada hari Jumaat berbeza dengan pelajar lain yang menaiki bas, maka saya tidak perlu tergesa-gesa supaya tak ketinggalan bas.

Pada satu hari, saya melihat Cikgu Halim atau Abdul Halim Bistamam kali pertama muncul di masjid itu dan sedang berceramah sambil tangannya ligat menulis nombor-nombor di papan putih di sisinya. Saya mula menyelit-nyelitkan diri di celah-celah kerumunan orang yang menyaksikan ceramah Cikgu Halim. Apabila saya berada di hadapan tubuh Cikgu Halim, dan saya amat kenal pakaian beliau itu, jubah dan serbannya memang adalah pakaian Darul Arqam, membuatkan rindu saya pada imej orang Arqam sedikit lepas sejak Arqam telah diharamkan ketika saya darjah 5 dahulu.

Namun, bukan pakaian dan imej yang saya rindukan itu yang buat saya terpaku di depan Cikgu Halim, tetapi buah butir perbicaraannya. Dia menerangkan beberapa konsep mengira matematik, dan saya cuba memahami apa bezanya konsep yang Cikgu Halim bawa dan yang saya belajar di sekolah. Terus terang saya katakan, konsep yang dibawa Cikgu Halim nampak menarik dan saya sukakan orang-orang yang berusaha mencipta konsep sendiri tanpa duduk dalam kotak sillabus semata-mata.

Saya mengamati keratan-keratan akhbar yang Cikgu Halim bawa bersama beliau di dalam begnya yang ada gambar beliau dan beberapa ulasan wartawan akhbar melayu dan inggeris. Ternyata beliau telah banyak berusaha untuk menjelaskan akan ilmu yang beliau kaji dan dapat simpulkan, dan saya secara tuntas, telah mengiktiraf Cikgu Halim adalah antara ilmuwan yang bersifat ilmuwan dengan sebenar-benarnya. Beliau mengajar di perkarangan masjid, rumah Allah, beliau berpakaian sunnah dan beliau mengajar akan ilmu yang beliau kaji sendiri tanpa kopi pasta dan bukan juga ilmu "burung kakak tua" bak kata Prof Khoo Kay Kim yang bermaksud hanya mengulang semula ilmu yang disuap.

Saya pulang ke sekolah pada hari itu dengan rasa minat kepada konsep matematik dengan lebih tinggi. Saya sentiasa mengimpikan diri saya menjadi seperti Cikgu Halim merantau seluruh pelosok dunia mengajar akan ilmu yang saya dapati boleh beri manfaat kepada manusia sejagat. Pada hari itu, saya sedang belajar Logaritma dalam subjek Matematik, dan saya cuba sehari semalam mencipta rumus matematik saya sendiri dari pelbagai sifat logaritma sehinggalah saya berjaya ringkaskan rumus logaritma bagi menukar bentuk log 2 bahagi log 3 dalam bentuk log 5 dengan hanya satu persamaan.

Saya tunjukkan rumus ringkas saya itu kepada Cikgu matematik saya, dan beliau katakan rumus saya perlu diuji dahulu. Dan kemudian beliau iktiraf rumus saya sebagai betul, tetapi tak boleh digunakan dalam SPM kertas subjektif kerana rumus itu tak menunjukkan bagaimana saya boleh tukar log 2 bahagi log 3 dalam bentuk log 5 secara jelas. Ia seolah-olah saya menghafal jawapan saja. Maka cikgu saya menasihati saya jangan cipta rumus ringkas lagi, dan selalu amalkan cara kerja mengikut sillabus. Dan saat itu, bertambah bencilah saya dengan pendidikan berorientasikan peperiksaan di Malaysia.

Oeh itu, pengaruh Cikgu Halim yang mengajar matematik dan fizik di perkarangan masjid benar-benar kuat dalam membentuk pendirian dan keyakinan saya untuk menjadi pejuang anti-exam pada hari ini. Saya mengikuti sistem ini dalam beberapa bulan saja lagi sebelum saya akan bebas dan boleh memproses diri saya dengan sistem pendidikan saya sendiri. Saya boleh mencipta rumus matematik, fizik, boleh keluarkan pelbagai teori-teori sains dan boleh cipta pelbagai gadget saya sendiri tanpa ada sesiapa akan kata "ini salah , tak ikut sillabus" lagi.

Jika saya berkesempatan dan diberikan Allah akan kekuatan untuk mendirikan sekolah sains swasta dan boleh menerapkan sistem pendidikan saya sendiri iaitu sistem penggilapan dan pengasahan bakat dan minat, anti-exam,pro-kuiz saya itu pastilah Cikgu Halim antara individu awal yang akan saya jemput untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah saya. Saya akan menjejaki lagi beberapa teman-teman saya, adik-adik junior saya yang genius dan yang giat mengkaji dan mencipta konsep-konsep baru yang dianggap di luar kotak arus perdana dunia sains hari ini untuk bersama-sama saya dalam merealisasi salah satu agenda pendidikan Yayasan al-Razi yang ingin saya tubuhkan dan merupakan salah satu dari 3 cita-cita saya itu.

Saya menulis perihal Cikgu Halim kerana terbaca tulisan pengirim di Utusan Online pagi ini yang menunjukkan sudah ada kesedaran dan penghargaan di kalangan awam di Malaysia akan kelibat-kelibat ilmuwan genius yang mereka sampahkan dulu. Terbukti, ilmuwan genius memang hanya akan dihargai setelah dianggap beratus kali sebagai "gila", "bodoh" dan "tak realiti" atau "tak berpijak di bumi nyata" oleh masyarakat. Ini memang tamparan hebat buat kaum "realisme" dan kaum "common sense" yang hanya suka mengikut arus dan gelombang biasa sahaja. Dan juga buat para pentaksub "sillabus" dan "tauliah" yang hanya akan mengiktiraf seseorang jika dia punya sijil dan ijazah dari sistem universiti dunia sahaja dan tidak memandang pada intipati keilmuan sebenar. Padahal ramai di kalangan saintis dunia era lampau malah cendikiawan islam zaman kegemilangan islam,mereka bukanlah pakar-pakar keluaran universiti atau pemegang sijil-sijil tauliah segala macam bagai.

UTUSAN: Kisah 'orang tak betul' mengenai pesawat angkasa

SAYA hendak sampaikan satu cerita berkenaan seorang lelaki yang dianggap 'tak betul' yang telah menghadiri ceramah yang saya sampaikan di USM Tronoh, 10 tahun yang lalu pada bulan Julai 1999.

Semasa seminar itu saya menyampaikan ceramah bertajuk Pelancongan Angkasa - dan percaya saya adalah orang pertama yang menyampaikan ceramah mengenai pelancongan angkasa di Malaysia.

Ceramah saya itu dihadiri oleh seorang lelaki (yang tidak diundang dalam seminar itu), yang berada di situ bersama-sama pelajar Sekolah Kejuruteraan Aeroangkasa USM dan beberapa orang pensyarah mereka serta pelajar-pelajar sekolah menengah tingkatan 4 dan 5 di sekitar Ipoh iaitu seramai 500 orang.

Lelaki ini memang dikenali ramai oleh orang Ipoh kerana sering berada di halaman masjid pada hari Jumaat dan dia akan berceramah mengenai bidang matematik dan fizik. Dia memakai jubah dan serban dan meninggikan suara ketika berceramah serta kerap memberikan komen terhadap pembelajaran matematik dan fizik semasa.

Dia turut menyampaikan ceramahnya di pasar barang terpakai di Ipoh. Malah saya pernah terserempak dengannya di Seksyen 2 Shah Alam pada suatu hari Jumaat ketika dia sedang mencetak nota-nota ceramahnya - mungkin untuk ceramahnya di masjid di Shah Alam.

Ceramahnya kerap menyentuh mengenai space travel. Saya sendiri pernah beberapa kali mendengar ceramahnya. Tetapi, disebabkan cara penyampaian ceramahnya, dia dianggap sebagai 'tidak betul' oleh masyarakat.

Saya memang menyedari kehadirannya ketika saya berceramah di USM pada masa itu.

Ketika saya minum dan makan bersama beberapa orang pegawai dan pensyarah pada waktu rehat, seorang daripada mereka memberi amaran kepada saya agar jangan melayan sebarang pertanyaan dari 'orang tak betul' tu. Saya tanya, kenapa, dan dia jelaskan bahawa 'orang tak betul' itu mempunyai kefahaman yang berbeza dari biasa terhadap konsep space travel.

Saya bertanya, apakah konsepnya, dan dia memaklumkan bahawa, 'orang tak betul itu' percaya bahawa cara terbaik untuk melancarkan pesawat angkasa adalah dengan menggunakan konsep kapal terbang iaitu berlepas secara mendatar sebelum terbang menegak ke angkasa!

Tapi pada hari ini, 10 tahun selepas peristiwa itu, konsep 'orang tak betul' inilah menjadi perhatian pereka sistem pengangkutan angkasa canggih, kerana itulah konsep pesawat angkasa (spaceplane).

Jadi saya merumuskan, 'orang tak betul' itu adalah antara orang Malaysia yang paling awal yang dapat memahami konsep spaceplane.

Pada hari ini, 'orang tak betul' itu masih lagi menyampaikan ceramahnya di pekarangan masjid pada hari Jumaat dan pasar barang terpakai pada hari Ahad di sekitar Ipoh.

STS-MC bercadang untuk memberikan beliau sedikit 'penghargaan' bersempena dengan Ulang Tahun Ke-10 Pelancongan Angkasa di Malaysia.

NORUL RIDZUAN
Institut Kajian Aero Angkasa Malaysia (STS-MC )



MAHAGURU58: Guru Halim -Mathematical Genius on our streets or ?

Those of you who frequent the Jalan Masjid India or Masjid Jamek KL areas would have come across this man with his loud hailer and portable whiteboard and a marker in his hand, calling out to passerbys and ask them to wait for a while as he scribbles some solutions to mathematical problems using the left brain /right brain theory he puts forth as his discovery!

Former Maths teacher Abdul Halim Bistamam, 52, is quite a sight with his flowing jubah and sporting a kopiah and wispy beard, standing in the blistering sun, trying to seek attention from Malaysians and foreigners passing past his chosen spot of the day! A real character to behold!

Many hurry past the self-acclaimed 'Chief Scientist of the World'! Hehehehehe!..

What more after taking in the sight of his battered remnants of a loudhailer that squeaks forth his 'maths lecture' to them no matter whether there are people willing to stop for a while and be his audience!

His sunburnt, weather beaten darkened face, breaks into a smile and greets me as I approach him and ask him why he's exposing himself to the scorching heat of Ramadhan's blistering midday sun?

He speaks eloquently contrary to the image of a man who has been too long in the sun so to speak!

He doesn't come across as a wacko or mentally inbalanced as one would usually assume about someone who does what he is doing ; spending time out there in the streets of KL, teaching mathematical solutions to society who usually do not give a hoot about such knowledge except if it is some artiste or glam icon out to waste their time listening to hedonistic pursuits such as song and dance!

Despite his being sort of looked at as some sort of cracko out there on the streets, Cikgu Halim takes it all in his stride and exhibits a resolve, we would normally not see amidst us in society!

Is he a mathematical genius or among those we call as gone cuckoo?

Even Mastika, a popular local Malay version of Readers Digest saw fit to publish an article about this phenomenon on our KL streets in their December 2003 edition!

He keeps talking about using the right side of the brain to solve such mathematical problems easily and so on. Many stop for a while to look at him in action but as predicted, they'd sort of ponder for a few seconds at the spectacle before them and then move on dismissing him as another 'weirdo' on the streets of Masjid India and Masjid Jamek areas of KL.

Is he a genius or another of those identifiable as among the 'confirmed cases' roaming our streets of Kuala Lumpur? Wallahu 'alam bissawab!


AMIN AL-KALANTANI: Halim Bistamam


Semalam di Cabot, Shah Alam aku terjumpa dengan seorang insan yang berjubah dan bekopiah. Dia sedang mengajar sesuatu. Di bajunya di sangkutkan satu kertas, Saya ketua saintis dunia. Dalam kepalaku “Betul ke pakcik ni?”.

Asalnya aku tidak berminat mendengar celotehnya. Aku pergi ke tempat lain. Bila aku datang lagi sekali, wah semakin ramai penonton dan merangkap pelajarnya. AKu berhenti sekejap. Cuba memberi masa untuk mendengar.

Ohh…pakcik ni namanya Halim Bistamam. Sebelum ini tidak pernah aku berjumpa lelaki seunik dengannya. Mengajar di jalanan. Walaupun yang diajak hanya teknik mengenal sifir. Tetapi jauh yang aku belajar ialah ” perbezaan antara kreatif dan logik”.

Aku membeli buku yang diphotosatnya. RM5. Bertajuk “

“Otak Kanan Melayu, Hebat!!” oleh : Ketua Saintis Dunia Abdul Halim bin Bistamam.

Hebat Orangnya!

KOSMO: Saintis Kaki Lima

Oleh NUR AISHAH MOHD AMIN

Sudah lapan tahun Abdul Halim memberi ceramah mengenai sains dan matematik di jalanan.


SEKALI imbas jika terserempak dengannya di ibu kota, kita pasti menyangka dia tidak lebih daripada seorang penjual ubat jalanan.

Lebih ekstrem, ramai mendakwa dia mungkin gila apabila melihat tulisan yang digayut di dadanya ‘Saya Ketua Saintis Dunia’.

Tapi bagi Abdul Halim Bistamam, biar apa pun gelaran diberi orang ramai, dia tetap dengan caranya yang mengemukakan idea sains dan matematik ciptaannya di jalanan.

Dengan berketayap dan berjubah, lelaki berusia 54 tahun itu sebenarnya hampir lapan tahun memberi penerangan kepada orang ramai mengenai kajian dalam bidang sains dan matematik yang didakwanya sering dipandang serong oleh masyarakat di negara ini.


“Saya bukan gila. Tujuan saya lakukan semua ini hanya untuk mendatangkan minat kepada orang ramai mengenai ilmu matematik dan sains.

“Saya sudah lali dengan pandangan masyarakat yang memandang rendah pada ilmu yang saya peroleh ini,” kata bapa kepada lapan orang anak berasal dari Ipoh, Perak ini.

Menurut Abdul Halim, dia sebelum ini pernah berkhidmat sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran matematik selama 10 tahun dan kemudiannya berhenti menjadi guru dan mula membuat kajian terhadap sistem pengajaran matematik. Sistem logik yang pernah dipopularkan oleh Edward de Bono dari Universiti Oxford.

“Teknik dan kepakaran saya dalam bidang matematik diakui golongan cerdik pandai tempatan mahupun luar negara. Malah, beri peluang pada saya membentangkan kertas kerja di institusi pengajian tinggi dan bertukar-tukar fikiran dengan mereka,” katanya.

Ujar penceramah ini lagi, kerjaya sebagai penceramah jalanan telah dilakukan sejak lapan tahun lalu dan selama tempoh itu, Abdul Halim juga mendakwa sudah mengelilingi semua daerah dalam negara untuk menyampaikan hasil kajiannya itu.

“Saya akan berceramah di kaki lima antara 40 minit ke satu jam, kemudian balik rumah anak-anak atau balik Ipoh terus. Sepanjang tempoh itu juga, lebih 10,000 buah buku hasil kajiannya telah dijual,” katanya.

Apabila ditanya apakah impian yang ingin dicapai sebagai penceramah jalanan pada tahun baru ini, beliau dengan pantas membalas:

“Tahun depan saya beri ceramah di kota London. Pada masa ini saya cuma menunggu untuk mendapat kebenaran berceramah di sana sahaja lagi,” katanya.

Selain berazam ingin melahirkan lebih ramai pemikir Islam, Abdul Halim juga berhasrat bersemuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk bercerita sendiri pengalaman dirinya menjadi penceramah jalanan dan kajian dilakukan.

Pada satu pertemuan di Kuala Lumpur, Abdul Halim sempat menunjukkan beberapa helai sijil penyertaan dan penglibatan dalam beberapa siri lawatan dan gambar ketika berjumpa dengan tokoh akademik yang disimpan dalam kotak di atas troli yang digunanya membawa papan putih ketika memberi ceramah.


JIWA NAGA: Saya Ketua Saintis Dunia


Hari ini saya dalam perjalanan menuju ke Bangi. Kebetulan saya bertemu dengan seorang pak cik berserban dan berjubah seperti seorang pendakwah sedang bersungguh-sungguh mengajar ilmu matematik di jalanan. Namanya Abdul Halim Bistamam. Di dadanya tergantung kertas bersaiz A4 yang tertulis (cetakan tulisan komputer), "Saya Ketua Saintis Dunia". Pada troli yang dibawanya pula tertampal satu lagi kertas bersaiz A4 bertulis "Saya Beruntung Kerana Tidak Masuk Ke Universiti."

Tertarik mendengar kuliahnya, saya berhenti seketika dan melihat logik dan rasionalnya. Bukan sebarangan orang, nampaknya pak cik ini adalah contoh aktivis intelektual yang lahir tanpa pengiktirafan Master atau Doktor Falsafah dari mana-mana universiti.

Bagaikan tidak sah blog "Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir" jika tidak diletakkan entri khas untuk En. Abdul Halim Bistamam ini. Ternyata apa yang diajarkannya ada benarnya. Namun ia lebih khusus kepada Matematik tahap asas. Saya tidak melihat ajarannya itu melibatkan proses-proses pemikiran logik Matematik peringkat universiti.

Walau bagaimana pun teknik yang dikemukakan oleh En. Abdul Halim Bistamam adalah sangat menarik. Kaedah-kaedah beliau membuktikan bagaimana praktiknya otak kanan - kreativiti, yang secara umumnya menjadi milik orang-orang sastera, dalam bidang matematik.

Saya juga tertarik dengan penemuannya mengenai pendaraban nombor sehingga berdigit-digit dengan menggunakan kaedah pengiraan yang diperolehi menerusi pengkajiannya terhadap corak rangka yang terdapat pada daun.

Saya berharap agar dapat menemuinya lagi pada masa akan datang. Mungkin bukan sekadar pendengar kuliahnya, tetapi sebagai rakan untuk berbincang. Saya ingin melihat bagaimana aplikasi otak kanak untuk subjek-subjek Matematik peringkat tinggi seperti Penyelidikan Operasi, Statistik, Kalkulus, Vektor, Analisis Nyata, Analisis Berangka, Teori Set dan Mantik.

AFIQSAYS: Ketua Saintis Dunia is a Fraud?

Oh yes, no doubt about it. First of all, there is no such thing as a Ketua Saintis Dunia. That position does not exist.
He has Attention Deficit Disoder and Grandiose Delusion Disoder. Take a look at one of his 'genius' math technique:

1 = 2?

If I were to speculate, this ex-math teacher had a circuit in his brain accidentally cut off when marking hundreds of his students' math exam papers. I mean, 1 = 2?
If there's one thing I know about math, it's the only 'certain' and logical thing in the world. In the philosophical aspect of Mathematics, one is of oneness, of having one God, one earth, one person. Two deals with the concept of duality, of having good and evil, big and small, black and white.
Down to the very core of mathematics, 2 is not the equivelant of 1.
It is only possible before the big bang, before the root of creation as we know it. Before there was any movement that governs time, numbers, speed and measurement perceptible to human beings.

Mr Abdul Halim Bistamam needs help. With his math and his brain. If you think his genius math techniques are relevant in this world and would like to have him as your children's math teacher, call him up: 013-6655254. If not, don't tell me that he's not crazy because otherwise you'll contradict yourself.

And that (self-contradiction) is the first sign of being Mental!





RAUSYANFIKIR: rempah ratus cuti hujung minggu

Ah terlupa nak cerita pengalaman menarik. Sebelum saya berhenti membeli majalah di tepi MYDIN, sempat saya bertenggek sebentar di hadapan Masjid India mendengar ceramah akademik yang disampaikan oleh pakcik berjubah biru.

Sudah maklum bahawa ruang kosong kaki lima di hadapan Masjid India selalu menghidangkan pelbagai ragam manusia yang berceramah mengenai pelbagai hal. Kali ini saya terserempak dengan pakcik yang menggelar dirinya sebagai ‘KETUA SAINTIS DUNIA’. Sekilas pandang rasa macam pakcik ini orang kurang siuman. Tapi ternyata tidak. Ternyata beliau unik.


“Orang melayu kena guna otak kanan dalam belajar Matematik!” Jelasnya kepada para pendengar.


Beliau melakukan demonstrasi matematik yang unik dan kreatif di hadapan khalayak ramai. Setelah selesai menerangkan satu contoh soalan berserta penyelesaian, beliau menawarkan kepada mana-mana pihak yang ingin memiliki set naskah ringkas catatan yang beliau tulis untuk memahami teknik yang beliau paparkan sebentar tadi. Saya membelinya dengan harga RM5.


Ternyata pakcik yang bernama Abdul Halim Bistamam ini bukanlah orang gila. Beliau merupakan bekas guru matematik di beberapa buah sekolah beberapa ketika dahulu seperti yang tercatat dalam dokumen RM 5 yang saya beli. Lampiran gambar bersama beberapa tokoh akademik luar negara turut dimuatkan dalam dokumen tersebut dalam warna hitam putih fotostat.


Beliau menegaskan dalam ceramah ringkas yang disampaikan bahawa kita Orang Melayu kurang menggunakan bahagian otak kanan dalam kehidupan seharian. Demonstrasi penyelesaian masalah matematik yang ditulis pada papan putih itu diselesaikan menggunakan cara yang kreatif yang saya kira, menggunakan kekuatan yang lebih di bahagian otak kanan beliau.


Jikalau direnung secara mendalam, memang betul apa yang dicakap oleh Pakcik Halim itu. Sistem pendidikan kita dari sekolah hinggalah di universiti didominasi dengan bahagian otak kiri dalam penyampaian ilmu serta penyelesaian masalah. Maka tidak hairanlah anak-anak muda kita tidak kritikal dalam menilai masalah yang ada kerana sudah terbiasa disuap dan mengikut aturan yang ada. Bagi yang jenis memberontak dan kreatif, selalunya akan dianggap ganjil dan tidak pandai.



Jauh sekali jikalau hendak dibandingkan dengan pendidikan yang dicorakkan di Barat yang begitu menekankan pendekatan yang lebih holisitik. Sampai sekarang saya masih tidak berpuas hati melihat kualiti mahasiswa UTP yang kononnya dicanang sebagai well rounded hakikatnya indah khabar dari rupa. Rata-rata mahasiswa UTP tidak ubah seperti mesin peperiksaan yang saban hari menghitung GPA dan CGPA dalam kotak minda akademik masing-masing.


Ternyata saya tidak dan tak akan meletakkan diri saya sama seperti rakan-rakan yang senantiasa mendapat anugerah dekan. Serius, bukan saya cemburu cuma rasa proses pendidikan yang saya cari jauh lebih penting daripada sekadar ingin memuaskan hati pihak sponsor dan pihak universiti secara taqlid. Bagi saya, falsafah pendidikan yang saya pasakkan sepanjang 2 tahun lepas selepas mengalami kesedaran intelek adalah ‘belajar untuk mencari Kebenaran’.


Moga-moga Pakcik Halim diberkati Allah atas usahanya yang mungkin nampak remeh di mata orang awam tetapi jikalau direnung dalam lembaran sejarah, kegiatan sebegini merupakan satu budaya di zaman tamadun Abassiah di mana para intelektual dan ilmuan berkumpul bersama orang awam di tempat terbuka bagi menjalankan diskusi berkaitan penemuan baru dalam kajian mereka ataupun sekadar mencetus pemikiran dan budaya cintakan ilmu dalam jiwa masyarakat am.






14 komentar:

jamz said...

kat mesjid Taiping la fakhrul, kite jumpe

FRESHIE said...

Yayasan Ar-Razi lah sepatutnye. alif lam syamsiah.. cita2 kamu, saya doakan moga berjaya

Anonymous said...

Salam fakhrul,

Awak boleh emel kaedah mengira tu kepada saya? Boleh saya plbgaikan kaedah pengajaran saya.

Ketika awal pengalaman mengajar, saya kagum dgn kepintaran seorang guru yg telah lama mengajar w/pun hnya berkelulusan maktab shj. Beliau byk kaedah pantas yg tak diguna dlm buku teks yg saya tak jumpa w/p belajar di U. 2 tahun lps saya mengikuti seminar seorang guru cemerlang dari Johor slma 3 hari di UKM, Bangi. Beliau juga byk idea guna kaedah pantas yang tiada dlm buku teks. Itulah kali pertama saya melihat sesi pengajaran matematik yang nmpk menyeronokkan, bukan yang nampak serius spt selalu guru2 amalkan. Beliau main bhs dan cipta byk keywords. Seminar itu seminar PMR. Tetapi kerana saya dan ketua bidang yg sntiasa duduk di blkang nak menuntut ilmu teknik baru ni mengajar form 5, beliau sentiasa mengambil kesmptn terluang beliau mendekati kami dan menyarankan idea2 utk form 5. Begitulah sifat orang cemerlang. Tak lokek ilmu dan sntiasa ingin berkongsi ilmu.

Sebenarnya, saya sendiri kekadang mengguna sistem yang saya cipta sendiri untuk memudahkan pelajar faham dan menguasai matematik terutama kelas-kelas hujung. Malah saya sarankan kepada ketua bidang matematik saya supaya adakan sesi kongsi ilmu dlm setiap mesyuarat. Alhamdulillah, kami dah mulakan dan dapatlah bertukar/kongsi idea dgn guru lain. Dan guru2 lain pun tidak lokek mula mempamer kaedah yang diguna masing2.

Berkenaan orang yang anda tulis dlm artikel ini, samalah dgn cerita mat jenin. Dulu orang kata mat jenin hanyalah orang yang berangan kosong. Tetapi sebenarnya mat jenin adalah pemikir melayu yang dicantas ideanya supaya orang melayu tak boleh maju. Kita lihat sendiri, sekarang kerajaan giat usaha mahu rakyat tidak mmpu meneroka bidang usahawan yang besar, boleh mulakan secara kecil2an. Bila modal dan pnglaman brtmbh, besarkan perniagaan. Kerajaan bantu dari segi modal dan bimbingan kepakaran dr bdn yang dipertgggjawabkan.

Dulu semasa kecil, tugas saya menyapu halaman rumah yang banyak sampah dari daun pohon rambutan dan durian 3 kali seminggu. Ketika itu saya selalu terfikir tidakkah boleh dicipta mesin penyedut smph ni. Kalau idea tu saya kemukakan pada orang, tentu saya akan ditertawakan. Waktu tu, elektik baru ada. (separuh zaman knk2 merasa zaman pakai pelita dan lampu gasolin.Periuk nasi elektrik pun belum ada). Skrng, bukan vacum cleaner je yang telah dicipta, mcm2 jenis mesin telah dicipta oleh org yang menginovasikan teknologi untuk kemudahan manusia.

Nasib orang yang ada tulis ini adalah kerana sikap dan pandangan orang melayu sendiri. Sikap orang yang tak percaya bahawa orang melayu juga sebenarnya hebat.

Cikgu.
SMK RP

amri said...

semoga Allah mrahmati usaha cikgu Halim.......arini di alor setaq sy mula tdengar kuliah cikgu.. hati sy tertnya "np la seorg yg bijik mcm nie memberi kuliah mate di jalanan??? adakah negara ini kedekut untuk mberi ruang kepadanya sampai terpakse beliau beri kuliah dijalan". jika ia beterusan sudah pasti negara akan kerugian besarmkerana msampaika seorg ilmuwan yang sgt genius......

Anonymous said...

saya pernah jumpa dkt pasar tani sek 13 Shah Alam..

farok313 said...

jikalau anda ingin lebih kenali dekat dengan ayah saya ni,lawati laman websitenya di http://abdulhalimbistamam.com/

Anonymous said...

depan SOGO, KL

Anonymous said...

Hari ini 18 Mac 12 jam 1100, saya ke pasar tani di hadapan Stadium Shah Alam. Setelah membeli belah saya berjalan menuju ke tempat letak kereta. Dalam perjalanan saya nampak orang yang diceritakan di dalam ruang blog ini. Saya berhenti dan memerhati apa yang diwar warkan oleh beliau. Seorang demi seorang membeli naskah kompilasi beliau sehingga seorang perempuan yang ingin membelinya menunjukkan muka kekecewaan kerana naskah kompilasi tersebut telah habis. Saya masih menunggu di situ walaupun orang ramai telah beredar. En Abdul Halim menegur saya dan bertanya pendapat saya mengenai apa yang beliau war warkan itu. Ringkas jawapan saya BAGUS dan KREATIF. Kami seterusnya berbincang, bertukar pendapat dan nombor talipon. Apa yang saya boleh katakan walaupun ia mempamirkan penyelesaian Asas Rendah ialah : I SALUTE YOU! Komen-komen negatif yang saya baca mengenai dia menunjukkan penulis berkenaan iri hati kerana tidak dapat melakukan apa yang dilakukan oleh En Abdul Halim selain menjadi burung kakak tua sahaja dan menjadi Stylish Malaysian. Syabas En Halim!

Anonymous said...

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim hari ini baru sahaja selesai berkursus 2 hari dengan Cikgu Halim. Kursus 'Brain Power' namanya.

Honestly, mula2 dengar macam tak percaya setiap butiran ilmunya. Kadang2 macam tak logik pun ada.

Balik rumah, tetiba tergerak untuk carik maklumat tentang cikgu Halim.

Terkedu dan takjub akan usahanya...

Tahniah, Cikgu Halim! Tak pernah jemu mengajar w/pun dipandang sepi oleh para intelektual.

Anonymous said...

salam semua..sedang saya enak minum petang di gerai ekspo usahawan baru-baru ini, saya terpandang pada seorang pak cik yang berjubah..agak menarik perhatian saya atas kunjungannya ke gerai tersebut..pada sangkaan saya, dia ingin menumpang teduh rupa-rupanya dia terus mencatat beberapa pengiraan dan memulakan ceramah yang berkaitan dengan penggunaan otak kanan.yang menarik perhatian saya ialah formula sifir yang mudah dan ringkas yang telah ditunjukkan oleh beliau.selaku guru matematik, saya memang akui bahawa cara yang ditunjukkan oleh beliau memang dapat membantu pemahaman murid terutamanya murid yang sukar menghafal sifir.saya berpeluang membeli buku beliau.harap ilmuan ini akan terus berjaya

Anonymous said...

sekarang beliau berada di masjid airport,,, subang,,,

Anonymous said...

Kalau lah ada pihak yg sudi memberikan ruang utk dia menunjukkan ilmu sebegini..alangkah bagusnya..maksudnya, dah bertahun di jalanan shj..dgn keadaan sedemikian & suasana sebegitu, beliau hanya boleh menunjukkan sedikit sinopsis ataupon tip rumusan yg sedikit utk menarik perhatian & minat audience. Cubalah bg ruang & tempat lecture yg selesa..mungkin..& tidak mustahil..mindanya ada sesuatu yg hebat menunggu utk di fahami..Sebelum orang lain, bangsa lain yg tau menilai,mengambil kesempatan di atas kepandaian & genius level sepertinya..

Anonymous said...

Salam. Saya pernah mengikuti syarahan di kuliah terbuka beliau semenjak 10 tahun dahulu. Sehingga kini beliau masih gigih melakukan tugasan. Beliau gigih melaksanakan tanggung jawab suci membetulkan semula kaedah penerapan disiplin ilmu dari barat yang kolot itu. Ramai mempersoalkan mengapa beliau tidak pernah diberi peluang mengajar secara bersiri di media utama seperti tv contohnya. Ramai yang kecewa dan mempersoalkan mengapa pihak berkuasa media sanggup memperabih karan dan kewangan semata-mata untuk mencungkil bakat pelawak dan penyanyi semata-mata. Padahal program-program pencarian bakat genius dalam reka cipta atau sains sering diadakan oleh media Amriiika. Sepatutnya cikgu Abdul Halim dan insan-insan istemewa yang lain juga perlu diberi peluang bahkan dibantu agar mereka dapat menunjukkan bakat mencurahkan nilai-nilai ilmu yang berguna.Mengapa kita tidak mampu menilai yang mana intan yang mana kaca? Mengapa kita masih belum mengenali ciri-ciri atau komponen utama untuk menjadi sesebuah negara maju. Prasyarat untuk menjadi sebuah negara maju mestilah rakyatnya memiliki kekuatan ilmu, kecanggihan cara berfikir, mental yang kritis dan puitis serta mampu mengplikasikan rekaan sendiri. Hal ini mestilah sentiasa dititikberatkan jika ingin berjaya. Jadikan cikgu Abdul Halim sebagai mentor rakyat. Jadikan insan-insan lain yang berbakat dalam pelbagai disiplin ilmu sebagai idola bukannya ....(anda jawab sendiri)Bagi saya, saya bukan mensyaki tapi saya menyakini bahawa segala kepincangan dalam permasaalahan di atas sebenarnya telah dirancang dan diprogram. Pihak barat yang menjadi penjajah kita telah memaktubkan bahawa jangan sekali-kali anak jajahan menjadi pandai dan bangkit dengan teknologi sendiri. Biarkan mereka selama-lamanya hanya mengiktiraf kaedah dan cara barat. Biarlah ilmu itu menjadi caca merba dan akhirnya mengacau minda.Penghujung dari bergurukan mahaguru orang putih ini adalah anak murid menjadi kebaratan berjiwa kacau.Dari remaja jadi dewasa seterusnya bangka, apabila mereka patuh memegang tangkal hikmat tok guru barat akhirnya meraka bengap dan hilang jati diri. Mereka tidak mampu keluar dari kotak minda untuk mengolah sendiri teknik-teknik baru. Seolah-olah tiada jalan yang lebih betul melainkkan jalan yang ditunjukkan oleh barat itulah. Hakikatnya selama berabad abad, hal inilah yang kita lalui. Jelasnya hal ini memang telah dirancang dan diprogram khusus untuk kita anak-anak tanah jajahan..

ahmad said...

Sy jumpa beliau lps solat jumaat di masjid ibnu sina hospital sg buloh hari ini . Beli dvd beliau rm20. Belum tgk lagi. Pakaian masih sama. Ramai ajak minum tapi mengelak.