|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
Mfrstudio Ibnmukhtar·Friday, 18 November 2016

Keputusan UPSR dengan standard baharu KSSR dan KBAT baru sahaja diumumkan.

Pada tahun 2010, Timbalan Perdana Menteri ketika itu telah menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia terlalu berorientasikan peperiksaan. Saya orang yang paling bersyukur mendengar pengakuan ini dari mulut Menteri.
“Di Malaysia, kita terlalu berorientasikan peperiksaan. Umumnya sepanjang 11 tahun murid masuk ke sekolah ada tiga peperiksaan awam. Ada pihak berpendapat ini menyebabkan cara pembelajaran lebih menjurus usaha mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan awam. “Maka sebab itu di Malaysia selain di sekolah, ibu bapa hantar anak ke tuisyen sebab hendak keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM. “Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti di peringkat SPM sahaja,”-Tan Sri Muhyiddin Yassin, tahun 2010.

Saya lalu menulis artikel panjang lebar meraikan berita ini di blog dengan tajuk “ UPSR, PMR MANSUH , SATU KEJAYAAN BUAT PEJUANG ANTI-EXAM “ https://alhikmah-diari.blogspot.my/2010/06/upsr-pmr-mansuh-satu-kejayaan-buat.html

Persoalannya, setelah Pelan Pendidikan melaksanakan KSSR dan KBAT, adakah cara pembelajaran kita tidak menjurus usaha mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan awam, sedangkan saya lihat komen-komen guru-guru, murid-murid, dan ibu bapa apabila keluar keputusan UPSR baru-baru ini masih menjurus kepada KEPUTUSAN YANG BAIK DALAM PEPERIKSAAN!

Izinkan saya cerita sikit kisah ketika saya berumur 12 tahun merangkap calon UPSR tahun 1997.

Ketika itu, saya adalah seorang Ketua Murid/Ketua Pengawas, dan saya berasa diri saya amat sibuk sampai tak menang tangan segala hal. Saya diberikan Anugerah Pelajar Harapan sebelum UPSR bermula, kononnya untuk merangsang saya mencapai straight As dalam UPSR. Saya gagal dapat straight As, Bahasa Melayu Penulisan saya B, padahal penulisan saya sering dipuji guru. Saya sudah jangka hal itu. Saya menulis idea di luar kotak yang tak memenuhi KEHENDAK soalan.

Mari saya cerita sikit bagaimana saya mendapat idea bahawa saya perlu berfikir di luar kotak mengenai segala hal bermula ketika saya sebagai Ketua Murid perlu mengawal sekolah dengan beratus-ratus murid setiap kali guru-guru bermesyuarat.

Memang saya meletakkan setiap pengawas di bawah saya menjaga setiap kelas, tetapi saya amat sedar sebahagian besar para pengawas tak berjaya mengawal kebisingan dan tingkah laku pelajar. Memang boleh dicatatkan nama siapa yang bising atau yang mengganggu gugat keamanan kelas, tetapi ada sebahagian samseng sekolah yang tidak makan saman dengan semua itu.

Jadi, saya akan meronda bertubi-tubi pada setiap kelas dari kelas murid tahun 4 hingga 6, menghentak pintu kelas dengan begitu garang, dan berkata “SEMUA SENYAP!”.

Lalu waktu itu, saya terfikir mengapa pada situasi itu pelajar lain perlu senyap sedangkan Ketua Muridnya tidak senyap malah paling lantang memekak ke setiap kelas? Suara saya bergema ke seluruh sekolah agaknya.

Apa idea dan produk yang dapat dihasilkan apabila semua pelajar senyap?

Adakah mereka akan membaca mengulangkaji pelajaran sendiri-sendiri walhal jika diadakan perbincangan lebih membantu pemikiran kritis dan kefahaman mereka dalam subjek yang mereka baca. Perbincangan tak boleh senyap. Perbincangan akan jadi bising. Idea akan melimpah ruah.

Atau hakikatnya pelajar yang stress dengan suasana perlawanan antara pelajar bising dan pengawas yang menyuruh senyap akan memilih untuk tidur. Tidakkah itu melahirkan tidakpedulisme di kalangan pelajar, jadi malas, melayan emosi, terdedah kepada kemurungan dan sebagainya? Mereka sepatutnya dibenarkan bermain game atau kuiz yang dikendali oleh kelompok sendiri, bukan setakat mereka akan jadi aktif daripada pasif, malah sifat kepimpinan, muhibbah di kalangan mereka, dan daya kreativiti dapat ditingkatkan?

Tapi sekolah memilih untuk mengadakan sistem kawal yang mendiamkan para pelajar dan merasakan itu lebih baik.

Saya menyuarakan IDEA tersebut pada seorang guru yang rapat dengan saya, tetapi maklum balas guru mencabar saya, “Adakah kamu mampu jamin apa yang kamu harapkan akan berlaku sedangkan kawan-kawan kamu tak berfikir seperti kamu?”

Maka apabila saya bincang dengan teman-teman rapat saya berkaitan IDEA ini, mereka setuju tetapi mereka tidak faham. Mereka tidak faham apa yang perlu dibincangkan jika diadakan perbincangan semasa guru bermesyuarat. Mereka tidak faham bagaimana mahu mengadakan game atau kuiz dalam kelas. Mereka tidak faham kaedahnya. Mereka tidak dapat fikirkan IDEA. Tiada KREATIVITI. Berfikir di luar kotak baru kita mampu ada IDEA dan KREATIVITI.

IDEA dan KREATIVITI. Itulah sepatutnya diajar dan diasuh dalam dunia pendidikan.

Dan apabila Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dirangka untuk mencapai murid yang boleh berfikir IDEA dan punya daya KREATIVITI, pihak kerajaan memilih untuk dibuat penilaian ke atas perkara itu menerusi PEPERIKSAAN! Dan inilah silapnya.

Tonton filem “PAY IT FORWARD” selepas dibicarakan di blog Hamka Kereta Mayat pada tahun 2008, saya lalu menulis artikel di blog berkaitan persoalan IDEA ini, “SUMBANG IDEA YANG TIDAK SUMBANG” -https://alhikmah-diari.blogspot.my/2008/02/sumbang-idea-yang-tidak-sumbang.html

Baru-baru ini saya tonton video yang dipost di FB berkaitan konsep sama dengan idea Pay It Forward ini: https://www.facebook.com/Upworthy/videos/1476865982354255/

Apa yang saya nak tekankan, semua orang sebenarnya ada IDEA untuk memperbaiki dunia ini. Walaupun idea itu kecil, semua IDEA adalah sebuah sumbangan kepada kemanusiaan dan tamadun dunia asalkan idea itu menjurus kepada memperbaiki dunia ini. Kita tak perlukan IQ setinggi langit untuk keluarkan idea Pay It Forward ini. Ia datang dari HATI yang berkehendakkan solusi kepada permasalahan.

Kita nak tanam IDEA dan KREATIVITI pada anak-anak sepatutnya bermula dengan kita meluruskan HATI mereka untuk merasakan mereka LAHIR KE DUNIA UNTUK SELESAIKAN MASALAH (JADI HERO) DAN BUKAN BUAT MASALAH. Dari situ, kita KENA JUJUR MENYATAKAN APA MASALAH YANG DIHADAPI DI DUNIA MASA KINI. Kita tak jujur pada anak-anak. Kita tak cerita permasalahan pada mereka.

Saya lihat buktinya apabila anak-anak orang miskin yang kecil seumur 8-10 tahun mampu berdikari mencari wang menggunakan IDEA dan KREATIVITI yang kadang kala tak terfikir oleh kita. Mengapa mereka mampu menjana IDEA dan KREATIVI? Adakah mereka dilatih Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan mengambil peperiksaan IQ? Tidak. Kerana HATI mereka mahu SELESAIKAN PERMASALAHAN yang melanda hidup mereka.

Kita masih terbelenggu pada PERMASALAHAN “Bagaimana mahu MENILAI anak-anak kita?”, padahal persoalan sebenar adalah “Bagaimana anak-anak kita MENILAI permasalahan dunia dan MENYUMBANG IDEA SOLUSI untuknya?” Kita tak mahu tahu dan tak mahu kenal pemikiran anak-anak kita, bakat-bakat yang Allah kurniakan pada mereka sebagai Hero Masa Depan Tamadun Manusia. Kita tak anggap anak-anak kita penyelesai masalah.

Dengan menimbang hal ini, barulah para guru dan cikgu dapat membimbing pelajar-pelajarnya, mengasah bakat anak-anak untuk mencapai IDEA SOLUSI yang diutarakan sendiri oleh anak-anak. Dan kita tak perlukan peperiksaan untuk itu. Apa yang kita perlu buat adalah BUATKAN ANAK-ANAK KITA BERCAKAP IDEA MEREKA.
BERCAKAP BERDASARKAN SKEMA PEMIKIRAN MEREKA UNTUK KITA NILAI BUKAN SENYAP DALAM PEPERIKSAAN YANG PENILAIAN SUDAH DITETAP PADA SKEMA KITA.

Jika ditakdirkan semua peperiksaan dimansuhkan, dan anak-anak dilatih untuk menyuarakan IDEA sejak kecil semasa sesi penilaian, barulah input, panduan, ilmu, teknik, asah bakat dapat dibuat oleh guru-guru secara tepat pada setiap diri anak-anak yang mempunyai standard berbeza dan UNIK pada diri masing-masing. Kita semua dilahirkan UNIK. APA YANG KITA AKAN DAPAT DI MALAYSIA SELEPAS ANAK-ANAK INI DIDIDIK UNTUK MATANG IDEANYA?

MEREKA AKAN JADI:
PARA HERO YANG KREATIF, PEREKACIPTA, INOVATOR, PEMIMPIN DUNIA, PEMBINA PERADABAN DAN PEMBAIKI-PEMBAIKI KEROSAKAN YANG ADA.

Kita tak mahu hal ini? Kerana kita sendiri tak fikir dunia ini perlu diselamatkan dan dibaiki, kita sendiri tak rasa peradaban baharu perlu dibina, malah kita tak berani pun nak berubah kepada sebuah SISTEM DUNIA di luar kotak yang langsung tak sama dengan apa yang ada depan mata kita sekarang, kerana kita agaknya selesa dengan semua ini.

Itu sebabnya saya terus menjadi Pejuang Anti-Exam dan mereka masih tak faham tujuan pendidikan wajar melahirkan MANUSIA YANG MENYUMBANG IDEA SOLUSI bukan MANUSIA PENJAWAB PEPERIKSAAN semata-mata.

mfr studio
Mfrstudio Ibnmukhtar·Thursday, 3 November 2016

Pada tahun 2005, ketika zaman saya aktif berforum maya dan berperang siber berkaitan politik, empat perkara ini sering jadi tajuk diskusi: Sistem Subsidi, Cukai, Harga Barang dan Pendapatan Negara.

Ringkasnya, pandangan saya sudah tuntas ketika itu lagi iaitu:
1. Subsidi patut dihapuskan kesemua sekali, biar pasaran yang tentukan harga.
2. Cukai patut dihapuskan kesemua sekali kecuali dalam bentuk Zakat untuk Muslim dan Jizyah untuk Non Muslim.
3. Harga barang biar ditentukan oleh pasaran dan kuasa pengguna, pemerintah hanya menghukum perniagaan yang menjual produk merosakkan peradaban dan berunsur penipuan.
4. Pendapatan negara 100% datang dari Infak ikhlas rakyat jelata.

Bagi menghurai lebih panjang, saya tulis di bahagian bawah perenggan ini dan saya tahu anda tak sanggup membacanya kerana majoriti memang tak suka dan tak setuju dengan saya atas kesimpulan saya di atas, yang saya nilai dari hujah-hujah pelbagai pihak zaman berzaman.

SUBSIDI

Ringkasnya ada dua pendapat berkaitan subsidi ini.
Pertama, pihak yang mahu item-item tertentu yang dianggap sebagai keperluan diberikan subsidi secara umum. Inilah yang dilaksanakan dahulu untuk minyak petrol, gula, minyak masak dan lain-lain yang sudah dikurangkan atau ditarik sama sekali subsidinya hari ini.

Kedua, pihak yang mahu subsidi diberikan secara langsung pada golongan sasar, maka tidak semua pihak mendapat manfaatnya. Ini yang kita alami sekarang seperti BR1M, Baucar buku pelajar, rumah PR1MA dan lain-lain.

Pihak yang pertama sebenarnya cuba menutup mata pada persoalan “manfaat pada semua” yang sebenarnya bukan sahaja golongan Marhaen mendapat manfaat, tetapi juga Elit Kaya, Tauke Besar dan Penyamun. Mereka rasa ia tak ada masalah kerana semua itu rakyat Malaysia jua. Untuk Elit Kaya dan Tauke Besar, mereka harap dapat dicukaikan semula kekayaan hasil manfaat dari subsidi tadi. Untuk Penyamun, mereka optimis boleh banteras sebarang salah guna subsidi. Hakikatnya pihak pemerintah perlu keluarkan lebih banyak peruntukan untuk penguatkuasaan cukai dan salah guna subsidi. Tolak campur tolak campur, kerugian jua lebih banyak berlaku.

Pihak yang kedua harapkan jika diubah konsep subsidi pada golongan sasar, maka pemerintah dapat jimat dari segi peruntukan subsidi. Tetapi sebenarnya elemen yang tidak diambil perhatian adalah kecenderungan amat besar rakyat untuk duduk dalam kelompok golongan sasar kerana itulah zon selesa untuk survive. Jadi melihat statistik juga, kelompok golongan sasar ini akan bertambah dari tahun ke tahun, dan ini bukanlah peradaban yang kita mahukan. Apatahlagi mengalih subsidi ke golongan sasar tak menghapuskan Penyamun yang masih wujud dalam masyarakat, yang suka ambil kesempatan untuk keuntungan sendiri.

Disebabkan itulah saya fikir, solusi terbaik adalah tiada langsung subsidi untuk apa-apa item sekalipun. Ada orang ambil kesempatan? Ada Penyamun nak salah guna lagi? Ada kerugian? Langsung tak ada kerana tiada langsung peruntukan subsidi. Persoalan yang timbul kemudiannya, bagaimana rakyat yang susah dapat dibantu? Solusi itu ada pada perbincangan Pendapatan Negara di bawah sekali nanti.

CUKAI

Apabila bincang bab subsidi, saya kena sebut tentang cukai. Masalah harga barang perlu diberikan subsidi kerana masalah harga tak terkawal. Harga tak terkawal ini boleh selesai jika hanya ada satu faktor yang menentukan harga barang iaitu Pasaran. Pasaran pula boleh dikawal dengan mudah dan dijinakkan oleh Kuasa Pengguna. Namun masalah harga barang menjadi rumit apabila faktor-faktor tambahan memonopoli dunia perniagaan dan antara faktor itu adalah Cukai.

Baik sistem SST atau GST, kedua-duanya terdedah kepada manipulasi ahli perniagaan untuk menaikkan harga barang, dan ia sangat susah untuk dikawal oleh pemerintah melainkan meletakkan harga siling atau berikan subsidi.

Apabila dilaksanakan GST, terdedah pula pada kezaliman mengutip cukai daripada golongan miskin. Walaupun disasarkan subsidi kemudiannya baik dalam bentuk BR1M atau bagaimana, ia tak menjamin kezaliman tak berlaku kerana subsidi golongan sasar itu juga hakikatnya dalam bentuk umum yang tak mengambilkira situasi spesifik keluarga miskin tersebut. Setiap keluarga mempunyai keperluan berbeza, maka boleh sahaja berlaku ketidakcukupan subsidi yang diberikan berbanding cukai yang diperas kembali.

Isu yang paling saya cukup tak selesa bab Cukai, adalah kerana pembayar terbesar Cukai sebenarnya adalah syarikat-syarikat besar atau golongan-golongan Elit Kaya. Apabila mereka adalah minoriti yang sangat diperlukan dalam Bajet Negara, maka unsur-unsur ‘balas budi’ oleh politikus amat kuat hingga pengurusan negara mengambilkira keselesaan para pembayar cukai terbesar ini berbanding rakyat marhaen. Jadi kita akan terus mendengar rengekan bahawa projek-projek mega, pembangunan mapan, pertumbuhan ekonomi negara tak dirasai oleh rakyat. Memanglah susah untuk dirasai kerana kepentingan diberikan kepada para pembayar cukai utama negara, mereka inilah yang rasa kekayaan melampau-lampau.
Oleh sebab itulah, saya berpendapat Cukai apa pun di negara ini dari sekecil-kecil cukai pintu, cukai tanah, cukai pendapatan, cukai barang dan perkhidmatan, cukai korporat, semuanya wajar dihapuskan. Kita tak mahu ada majikan yang mengemudi di balik tabir para ahli dewan rakyat, malah lebih dahsyat menaja dan manipulasi politikus dan drama politik negara. Cukai perlu dihapuskan semua sekali. Dan untuk menambah efisyennya mandiri politik negara, kita runtuhkan politik kepartian sekali, rakyat bergerak ke arah politik gotong royong, Musyawarah Umat, dan itu saya bicarakan dalam karangan yang lain.

HARGA BARANG

Disebabkan dua perkara, Subsidi dan Cukai saya minta dihapuskan, persoalan yang timbul seterusnya apa akan jadi pada harga barang. Ia akan jadi sepertimana sabda Nabi s.a.w:

“Harga melambung pada zaman Rasulullah SAW. Orang-orang ketika itu mengajukan saran kepada Rasulullah dengan berkata: “ya Rasulullah hendaklah engkau menentukan harga”. Rasulullah SAW. berkata:”Sesungguhnya Allah-lah yang menentukan harga, yang menahan dan melapangkan dan memberi rezeki. Sangat aku harapkan bahwa kelak aku menemui Allah dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntutku tentang kezaliman dalam darah maupun harta.” (Riwayat Abu Dawud, At Tirmidzi-sahih)

Dan berkaitan harga juga, Rasulullah s.a.w tak menghalang pun sahabat buat untung sehingga 100% dari jumlah modalnya.

Dari Urwah al Bariqi Radhiyallahu anhu, bahwasanya Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberinya satu dinar uang untuk membeli seekor kambing. Dengan uang satu dinar tersebut, dia membeli dua ekor kambing dan kemudian menjual kembali seekor kambing seharga satu dinar. Selanjutnya dia datang menemui Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan membawa seekor kambing dan uang satu dinar. (Melihat hal ini) Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam mendoakan keberkahan pada perniagaan sahabat Urwah, sehingga seandainya ia membeli debu, niscaya ia mendapatkan laba darinya. (Riwayat Bukhari-sahih)

Maka, dua faktor (tidak menentukan harga, malah merestui peniaga buat untung hingga 100% dari jumlah modal) menginsafkan saya akan hasrat Rasulullah s.a.w untuk melihat perniagaan ditentukan oleh Pasaran itu sendiri dan bukan apa-apa faktor pemaksaan dari luar. Dan kita sedia maklum Pasaran di sini bermaksud Persetujuan antara Peniaga dan Pembeli dalam keadaan Suka Sama Suka. Di sinilah kata kunci bagaimana Pembeli boleh mengawal ketamakan haloba Peniaga, dengan berani katakan “Tak Suka” jika harga itu buat pembeli tak suka.

Itulah kuasa pengguna. Dan persoalan kuasa pengguna ini menjadi dilema apabila timbul situasi Pembeli sudah berani katakan “Tak Suka” tetapi Pembeli tak akan jumpa produk yang sama di tempat lain pula. Situasi sebegini amat menekan, apabila produk yang diingini itu adalah keperluan. Contoh di zaman ini, persoalan harga rumah, harga petrol, harga barang makanan dan sebagainya. Dilema ini langsung tak terjadi jika situasi perniagaan hanya tertumpu pada produk Kehendak dan bukannya produk Keperluan. Oleh itu saya letakkan solusi masalah produk keperluan ini pada perbincangan terakhir berkaitan Pendapatan Negara di bawah.

PENDAPATAN NEGARA

Persoalan yang timbul apabila dimansuhkan subsidi tadi, adalah bagaimana nak membantu rakyat yang susah jika tidak wujud subsidi? Dan persoalan sama apabila berbicara soal Harga Barang tadi, bagaimana aspek produk keperluan dapat diatasi apabila berhadapan monopoli oleh peniaga yag meletakkan harga “Tak Suka”?

Jawapannya adalah GOTONG ROYONG. Solusi yang sama saya bangkit dalam persoalan politik Musyawarah Umat. Rakyat perlu hidupkan semula budaya Gotong Royong.Dan budaya Gotong Royong ini bertepatan dengan hadith perumpamaan orang mukmin seperti bangunan:

“Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain seperti sebuah bangunan, sebagian menguatkan sebagian yang lain.” (Riwayat Muslim- Sahih)

Kita perlu hidup berkongsi. Perlu banyak memberi. Perlu banyak berkorban. Perlu banyak ikhlas tanpa minta pulangan dunia. Banyak gratis. Banyak kesukarelawanan. Percayalah, setiap rezeki apabila dikongsi sentiasa cukup. Tak akan ada yang tertinggal.

Dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu, beliau menyatakan bahwa beliau mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Makan satu orang itu cukup untuk dua orang. Makanan dua orang itu cukup untuk empat orang. Makanan empat orang itu cukup untuk delapan orang.” (Riwayat Muslim-Sahih)

Kita telah hilang konsep Gotong Royong dan Semangat Berkongsi itu sedikit demi sedikit sebagaimana konsep keindahan Poligami juga telah hilang di zaman ini di kalangan wanita kita. Padahal Poligami itu sebahagian semangat Gotong Royong dan Perkongsian tadi.
Apabila para peniaga memonopoli harga rumah, kita berani katakan “Tak Suka” kerana komuniti kita sedia untuk bergotong royong membina rumah untuk kita, dan berkongsi tanah yang ada. Gotong royong, semangat berkongsi, kesukarelawanan memberi tanpa upah ini semua adalah pembunuh-pembunuh ekonomi kapitalis yang tamak.

Begitu jugalah halnya dalam aspek makanan, pakaian, pendidikan dan lain-lain hal yang semua itu mampu diusahakan secara bersama dengan SYARAT pemerintah tidak menyekat atau meletakkan apa-apa undang-undang untuk rakyat jelata meneroka dan membangunkan tanah dengan panduan pemeliharaan alam sekitar yang terkawal.

Lalu, untuk apa lagi bantuan pemerintah diperlukan? Untuk apa lagi subsidi? Apabila masyarakat dan rakyat mampu bantu membantu sesama sendiri, hidup bersama, berkongsi dan membangun bersama.

Apatahlagi cukai juga telah saya minta dimansuhkan, maka negara tiada langsung wang untuk membantu. Persoalan timbul, bagaimana dengan institusi perkhidmatan awam terutama bidang kritikal seperti Tentera, Polis, Bomba, Guru, Hakim, Doktor, Ahli Parlimen dan sebagainya, dari mana gaji untuk mereka?

Di sinilah saya harapkan sistem Infak dapat berlangsung. Saya harapkan apabila para peniaga mampu berniaga membuat untung hingga 100% pun tak apa, tanpa dicukai apa-apa, akan sudi menginfakkan sebahagian harta untuk Bajet Negara. Begitu juga ahli masyarakat yang sudah mampu membangunkan diri dengan bergotong royong tadi, akan dapat menghasilkan pula produk-produk inovasi lalu dieksport ke negara luar dan menjadi pelabur dan usahawan yang kaya raya dapat menginfakkan juga sebahagian harta pada negara.
Berkaitan infak ini, suka saya nak kongsi pandangan salah seorang ahli jemaah masjid berketurunan Pakistani ketika saya mengikuti program musafir sambil berdakwah di Jepun dahulu. Saya ada bangkitkan padanya situasi masjid yang dibina di Malaysia sukar untuk diimarahkan. Beliau bertanya dari mana datangnya kos bina masjid di Malaysia? Saya katakan, dari Cukai. Beliau lalu berkongsi, di Pakistan, mereka infak harta sesama mereka untuk bina masjid. Kerana nilai pengorbanan dalam menginfak itu, mereka jadi sayang pada masjid yang mereka sendiri bina. Begitulah harapan saya, jika kita sesama rakyat menginfak harta sendiri pada negara, nescaya semangat cinta untuk mempertahankan negara ini lebih tinggi daripada apa yang ada sekarang.

Perbelanjaan kerajaan sekarang pun banyak boleh diperbaiki lagi. Banyak jawatan dalam kerajaan yang fungsinya bertindih, banyak yang dapat gaji besar tetapi produktiviti zero atau tak relevan. Saya tak nampak sangat ketua-ketua jabatan atau pengarah-pengarah atau penolong pengarah berfungsi sangat dalam perkhidmatan awam. Pekerja kaunter dan ahli teknikal sahaja saya nampak betul-betul kritikal di samping anggota Tentera, Polis, Bomba, Guru, Hakim, Doktor, Ahli Parlimen dan sewaktu dengannya. Jika kira betul-betul kos perkhidmatan awam tak sebesar hari ini.

Memang sistem infak ini sangat-sangat bergantung pada keikhlasan hati, semangat memberi dan berkongsi, yang disemai pada ahli masyarakat. Inilah peradaban yang saya idamkan, dan inilah "Baldatun Thayyibatun wa Rabbun Ghafur" yang saya fahami. Inilah juga titik tolak politik Musyawarah Umat dapat berjalan dengan jayanya di Malaysia.

Sekian.

mfr studio



Mfrstudio Ibnmukhtar·Thursday, 20 October 2016

Isu yang panas sehari dua ini ada orang pertikaikan peraturan Jakim yang menggariskan nama produk yang sinonim dengan produk tidak halal atau nama produk yang mengelirukan adalah TIDAK LAYAK MEMOHON PENSIJILAN HALAL MALAYSIA.

Ini sebagaimana boleh dibaca di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Semakan Ketiga) Tahun 2014, muka surat 16 dan 17, perkara 4.8 seperti berikut:

4.8 permohonan yang tidak layak memohon adalah seperti berikut:
...... x.produk yang menggunakan nama atau nama yang sinonim dengan produk tidak halal atau istilah yang mengelirukan seperti ham, bak kut teh, bacon, beer, rum, hotdog, charsiew dan seumpama dengannya.
http://www.halal.gov.my/v4/images/pdf/MPPHM2014.pdf

Peraturan ini telah dikuatkuasa tahun 2014, 2 tahun yang lalu, tetapi ada pihak yang baru nak bising sekarang.

Persis kes haramnya tugu berbentuk haiwan dan manusia yang dibantah oleh orang pada September 2016 lalu, padahal fatwa telah lama muktamadkan haramnya pembinaan tugu berupa haiwan dan manusia dalam Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali ke-86 tahun 2009 (7 tahun yang lalu).

Kita fokus semula pada isu penamaan makanan ini.

Isunya, sebahagian orang tidak setuju nama makanan “Pretzel Dog” keluaran Auntie Anne ditukar kerana istilah “Dog” itu bukan bermaksud makanan itu mengandungi daging anjing. Kita tahu Auntie Anne masih belum dapat sijil Halal kerana proses audit Jakim belum sempurna dijalankan. Tetapi mari kita fokus berkaitan nama produk sahaja dalam tulisan ini dan bantahan mereka yang anti Jakim.

Mereka katakan “Kenapa Pretzel Dog sahaja yang perlu tukar, bagaimana makanan yang lain?”. Lalu, mereka berikan contoh “Coney Dog”dan “Root Beer” keluaran A&W. Padahal A&W telah lama menukar namanya kepada “Chicken Coney”,”Beef Coney”dan “RB”. Mereka berikan pula contoh “Hot Dog” keluaran Ramly Burger, padahal baik di kiosk atau Ramly Halal Mart, tiada “hotdog”, yang ada “Frankfurter Ayam”,”Frankfurter Lembu”.

Mereka tidak puas hati, jadi bagaimana dengan kuih tradisional Melayu, Kuih Tahi Itik, Kuih Badak Berendam, Cucur Kodok, atau buah Mata Kucing? Tetapi mereka tidak dapat buktikan produk-produk dengan nama itu mendapat Sijil Halal Malaysia.

Isu mereka, ada sijil atau tidak, yang mereka nak tahu adakah Halal atau Haram makanan itu menurut Islam? Jika Halal, mengapa Jakim sibuk-sibuk suruh tukar nama. Jika Haram, apa selama ini umat Islam makan makanan haram kerana namanya tak mengikut klasifikasi Jakim termasuk kuih tradisional Melayu.

Baik, mari kita jangan campur aduk isu ini. Jika mahu tahu halal atau haram suatu makanan, cukup untuk kita baca takrif Halal yang dikeluarkan Jakim sendiri dalam MPPHM2014 muka surat 10-11, perkara 2.3:

2.3 Halal
2.3.1 Halal berasal daripada kalimah Arab iaitu halla, yahillu, hillan, wahalalan yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.
2.3.2 Takrif halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) (Pindaan) 2012 adalah seperti berikut:
i. Apabila suatu makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam, ungkapan tersebut bererti makanan atau barang-barang itu:
a. bukanlah dan tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak bagi orang Islam untuk memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak dan Fatwa;
b. tidak mengandungi apa-apa benda yang najis mengikut Hukum Syarak dan Fatwa;
c. tidak memabukkan mengikut Hukum Syarak dan Fatwa;
d. tidak mengandungi mana-mana bahagian atau anggota manusia atau hasilan daripadanya yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak dan Fatwa;
e. tidak beracun atau memudaratkan kesihatan;
f. tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan apa-apa peralatan yang dicemari najis mengikut Hukum Syarak dan Fatwa; dan
g. tidaklah dalam masa menyediakan, memproses atau menyimpannya bersentuhan, bercampur atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang gagal memenuhi sub-sub perenggan (a) dan (b).
ii. Apabila perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan perkhidmatan itu boleh digunakan oleh orang Islam, ungkapan tersebut bererti perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu dijalankan mengikut Hukum Syarak.
Ringkasnya, Halal suatu makanan dilihat pada bahan yang digunakan, penyediaannya dan perkhidmatan yang berhubung dengannya mengikut Hukum Syarak. Jadi di mana elemen “nama makanan”?

“Nama makanan” tidak termasuk dalam penentuan halal atau haram makanan itu, tapi tentunya perbuatan menamakan makanan dengan nama jelik termasuk dalam bab “Akhlak” dan berkait pula dengan “Taqwa”. Hukum yang paling ringan tentunya Makruh. Dan hal makruh ini jika dibebaskan tentunya membawa kepada kelunturan iman yang akhirnya membawa kepada Haram jua.

Ini sesuai dengan ulasan islamqa.info kelolaan Syaikh Muhammad Saalih alMunajjid tentang jenama “Saudi Champagne” yang merupakan minuman yang halal di Saudi tetapi mempunyai nama yang sinonim dengan produk arak yang haram,

إطلاق أسماء الأشياء التي يبغضها الله تعالى على الأشياء التي أباحها ؛ فهو فعل يحتوي على استهانة بشرع الله تعالى وعدم التعظيم لأحكامه ، وهذا مناف لتقوى الله تعالى

"Menyebut sesuatu yang Allah halalkan dengan menggunakan istilah sesuatu yang Allah benci, perbuatan semacam ini termasuk meremehkan aturan Allah dan tidak mengagungkan hukum-hukum-Nya. Dan ini bertentangan dengan sikap taqwa kepada Allah."
https://islamqa.info/ar/234755

Jika sudah berkait dengan Taqwa, adakah perkara Makruh yang boleh membawa kepada Haram ini boleh dibiarkan untuk mendapatkan sijil Halal Malaysia?

Hal yang sama sebenarnya terlalu banyak berlaku di Indonesia, seperti Rawon Setan, Es Pocong, Bakso Tuyul, Bakso Laknat, Pentol Granat, Sambel Neraka dan lain-lain.
Ustadz Ammi Nur Baits mengulas isu ini di Indonesia dengan hujah berikut:

“Beliau menghalalkan yang thayyibat untuk mereka, dan beliau mengharamkan al-Khabaits.” (QS. al-A’raf: 157)

Thayib secara bahasa artinya baik. Khabaits, bentuk jamak dari khabits, yang artinya sesuatu yang menjijikkan. Semua yang halal adalah thayyib, dan adalah, dan semua yang haram adalah Khabits.Artinya, Allah memberikan nama yang baik untuk yang halal dan Allah memberikan nama yang buruk untuk sesuatu yang haram.Karena, memberi nama yang baik untuk sesuatu yang baik, dan memberi nama yang buruk untuk sesuatu yang buruk, bagian dari mengikuti petunjuk Allah. Sebaliknya memberi nama yang buruk untuk sesuatu yang Allah halalkan, bisa termasuk menghinakan rizki yang Allah berikan.
https://konsultasisyariah.com/25980-memberi-nama-makanan-dengan-setan.html

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam status FB bertarikh semalam (19/10/2016) juga tidak menafikan pemberian nama yang baik kepada makanan dituntut walaupun bagi beliau, penentuan hukum Halal atau Haram makanan tidak mengambil kira namanya:

“ Buah mata kucing halal walaupun mata kucing sebenar haram. Kuih tahi itik di Kelantan halal walaupun tahi itik tidak dimakan dan najis pada majoriti ulama. Kodok diharamkan tapi cucur kodok halal. Telinga keling tidak boleh dimakan tapi kuih telinga keling halal. Maka, halal dan haram dalam makanan merujuk kepada bahan ataupun kandungan makanan bukan namanya. Memang kita disuruh memberikan nama yang elok kepada diri, anak-anak dan orang lain. Pasti juga kepada nama produk kita jika kita yang menamakannya. Namun, jika nama itu sudah terpakai dan bukan kita yang memilihnya, makanan tidak haram hanya kerana namanya tapi yang dinilai ialah kandungannya.”

Jadi, adakah ada mana-mana khilaf akan tuntutan pemberian nama makanan dengan nama yang baik-baik, halal dan thayyibah? Tidak ada. Hampir sepakat semua Muslim setuju makanan Halal wajar diberi nama yang baik-baik.

Jadi, berbalik pada persoalan di awal tadi, bagaimana dengan kuih tradisional Melayu, Kuih Tahi Itik, Kuih Badak Berendam, Cucur Kodok, atau buah Mata Kucing?

Kuih Tahi Itik, apa kata dipanggil Kuih Putih Telor?
Kuih Badak Berendam, apa kata kita panggil Kuih Sopang Pantai Timur?
Cucur Kodok, apa kata kita panggil Jemput-jemput Pisang?
Buah Mata Kucing, apa kata kita panggil Buah Longan?

Ada sahaja alternatif jika kita mahu dan tak kisah dengan nostalgia asal usul pemberian namanya. Mengapa kita mahu teruskan budaya Melayu yang tidak sesuai dan selari dengan anjuran Islam? Mengapa?

Saya tak mahu bangkitkan hal ini, tapi memang ada makanan yang dipanggil oleh kaum Melayu berbunyi rasis.

Contohnya,
Kuih Telinga Keling, padahal ada namanya yang lain Peniram dan Denderam.
Asam Taik Idung Cina, sebenarnya adalah Asam Buah Mo Fa Kor.
Jadi, wahai warga keturunan Cina, India dan Melayu yang anti-Jakim, adakah budaya rasis dalam panggilan nama makanan boleh di-Halalkan?

Makanya, sepakat saja, nama yang jelik kita tolak, apa yang boleh diubah, kita ubah!

Tuntas.

mfr studio


 
 Mfrstudio Ibnmukhtar, 5 September 2016


“Bilakah wujud negara Palestin merdeka?”

Itu soalan saya yang amat dibenci oleh segelintir pihak.
Sebelum ada orang tuduh saya bukan-bukan, saya ingin jelaskan di sini, saya juga mahu menyelamatkan tanah Palestin.

Saya pernah adakan sedikit ceramah kesedaran sewaktu menjadi tok siak tak bertauliah di Gofuku Musolla semasa belajar di Toyama, Jepun dahulu. Video masih ada di youtube:
https://www.youtube.com/view_play_list?p=9A0E94AEC8D1B55E

Saya juga ada ilustrasikan cadangan saya kaedah menyelamatkan Palestin dengan tiga cara iaitu guna senjata doa, harta/jiwa dan ketenteraaan:
https://mfrstudio.blogspot.my/2012/08/bagaimana-nak-selamatkan-bumi-palestin.html

Jadi berbalik kepada soalan tadi:
“Bilakah wujud negara Palestin merdeka?”

Berkali-kali saya lihat orang mengulang-ulang gambar Palestin pada zaman 1920-1948. Di pihak ISMA, pernah ada aktivisnya meletak gambar matawang Palestin zaman itu dan mendakwa itulah buktinya Palestin pernah wujud sebagai negara merdeka. Kemudian aktivis itu menarik semula gambar tersebut setelah saya menegur. Seniornya mesej saya memohon maaf atas kesilapan. Kini, sekali lagi di pihak ISMA mengulang kesilapan sama, kali ini pimpinannya sendiri, Dr Zainur Rashid:


Gambar-gambar Palestin tahun 1920-1948 didakwa sebagai zaman Palestin merdeka oleh Dr Zainur Rashid

Ini pula jawapan dari Dr Zainur Rashid selepas teguran saya:


Walaupun saya masih tak tahu apa hujah Dr Zainur Rashid mendakwa Palestin merdeka pada 1920-1948 menurut buku-buku yang dikarangnya itu namun hakikat sejarah sememangnya tahun 1920-1948, Palestin dijajah British. Bagaimana tanah yang dijajah oleh pihak luar kita panggil sebagai “Merdeka”?

Saya tulis note ini supaya lepas ini harapnya tidaklah lagi berulang hal yang sama baik di pihak ISMA atau lain-lain pihak lagi. Moga ia menjadi rekod rujukan.

----------------------------------------------------
Samalah macam tak habis-habis orang perli hoax berkaitan maksud pokemon itu “saya yahudi”. Dr Yusuf al Qaradhawi ketika mengharamkan pokemon pada tahun 2001 sudah lama selesaikan hal tersebut seperti yang diterjemah dalam buku terbitan PTS, Fiqh Hiburan dan Rekreasi menyatakan pada muka surat 221-222:

“Selain itu, ada yang mendakwa perkataan-perkataan dalam permainan itu ada yang bermaksud ‘saya seorang yahudi’, ‘jadilah seorang yahudi’, ‘Allah lemah’ dan lain-lain tidak dapat kami pastikan kesahihannya dan sudah dinafikan oleh sebahagian rakyat Jepun yang berada di Arab Saudi dan selainnya. Maka, tidak wajar bagi menghukum sesuatu perkara tanpa bukti yang kukuh dalam disiplin ilmu”-Dr Yusuf al Qaradhawi, Fiqh Hiburan dan Rekreasi terbitan PTS, muka surat 221-222.

Dr Yusuf al Qaradhawi yang mengharamkan pokemon pun menolak hoax itu pada tahun 2001, tapi masih lagi dimainkan kononnya ulama mengharamkan pokemon kerana maksud pokemon adalah “aku yahudi”.

Sama juga dengan isu pengharaman patung dan tugu berbentuk manusia dan haiwan yang sudah diputuskan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-86 pada tahun 2009, tetapi pada baru-baru ini pada tahun 2016 apabila timbul isu haram membuat patung berbentuk helang, orang berkali-kali bertanya, “bila mufti nak bincang hukum tugu negara?”. Bincang apa? Dah putuskan hukumnya pada tahun 2009 lagi. Masih nak ulang-ulang tanya lagi.

Penat kita melihat orang mengulang-ulang kesilapan, persoalan dan isu yang sudah lama diselesaikan dan dituntaskan. Isu sebenar adalah menyelesaikan masalah. Isu Palestin tak akan selesai jika kita bawa fakta salah bahawa Palestin merdeka pada tahun 1920-1948 waktu dijajah British. Masalah pokemon adalah masalah pendidikan anak-anak kita kepada hiburan islami yang ketinggalan. Masalah patung dan tugu, kita tak dapat kesepakatan dan kerjasama melaksanakan fatwa dengan pihak berkuasa sama ada PBT atau kerajaan memerintah. Kita tak amalkan bergerak ke arah solusi. Sudahlah itu, kita masih ulang-ulang berbincang hal yang sudah muktamad kerana kemalasan mengkaji.
----------------------------------------------------------

Baik, berbalik kepada persoalan:
“Bilakah wujud negara Palestin merdeka?”

Saya sudah menjawab persoalan itu dalam blog post saya pada tahun 2009 bertajuk, “Benarkah Wujud Negara Palestin?”:https://alhikmah-diari.blogspot.my/2009/01/benarkah-wujud-negara-palestin.html

Ringkasnya, saya sebut:

Dan kita tahu bumi Palestin tak pernah wujud sebagai sebuah negara seperti yang difahami hari ini. Sejak pembebasan dari Rom, Palestin bernaung bawah pemerintahan empat kerajaan islam, kerajaan Khalifah arRashidin, kerajaan Umayyah, kerajaan Abbasiah, dan kerajaan Fatimiyah. Selepas itu bumi itu ditakluk tentera Salib, seterusnya dibebaskan oleh kerajaan Mamluk,dan berada di bawah Uthmaniyyah ketika kebangkitan khilafah itu.

Hari ini apabila berbicara mengenai mendapatkan "negara Palestin" ada pula pemimpin muslim yang menandatangani wilayah 1967 pembahagian Israel-Palestin, dan ada pula sibuk mahukan wilayah 1947,padahal mereka tak sedarkah wilayah baki yang dipanggil Israel samaada tahun 1948 atau 1967 semuanya adalah tanah umat islam yang diceroboh yang wajib dipertahankan bukan diberimilik pada musuh.

Pada 1947, fatwa Al-Azhar menyatakan haram membahagikan tanah antara Arab dan Yahudi di Palestin dan haram mengiktiraf kewujudan negara Israel di Palestin. Pada 1956 fatwa Syaikhul Azhar dan Mufti Mesir ketika itu, al-Imam al-Akbar al-Syaikh Hassan Makmum menyatakan menjadi fardu ain ke atas Muslimin semua untuk membebaskan bumi Palestin kerana Islam tidak mengenal persempadanan antara negara.

Dan tengok saja bendera Palestin hari inipun, saya rasa sedih. Kalau tengok gambar cover note ini, itu semacam bendera Palestin hari ini. Ya, itu bukan bendera Palestin tetapi bendera yang dikibarkan mewakili gerakan Nasionalisme Arab menentang Empayar Turki Uthmaniyyah sejak Jun 1916. Lebih menyedihkan Sharif Hussein yang antara awal menggunakan bendera ini bekerjasama dengan Sir Mark Sykes ,diplomat British yang merupakan sekutunya untuk hasilkan desain bendera ini. Dr Mahdi Abdul Hadi menerangkan sejarah bendera ini,menyatakan orang-orang Palestin yang pro kepada Sharif Hussein juga mengangkat bendera ini pada tahun 1917 menentang Empayar Uthmaniyyah yang berlaku tidak lama sebelum akhirnya pada tahun 1920 hingga 1948, orang-orang Palestin dijajah oleh British.

Sedih saya kisah perjuangan menuntut negara Palestin ini, ia berkaitan dengan isu tertipu dengan nasionalisme Arab yang akhirnya negara-negara umat terpecah malah berbangga pula dengan permainan percaturan “nation state” yang akhirnya buat tiada lagi umat sebagai binaan.

Saya petik ulasan saya sendiri tentang hal ini dalam blog post yang saya beri sebelum ini, saya menyatakan:

Ranumnya "demokrasi" atas kalimah "kuasa rakyat" atau "power of the people" akan sentiasa membuatkan manusia-manusia yang Allah jadikan bersuku puak (berbangsa-bangsa) ini akan berbangga dengan bangsa seterusnya negara bangsa mereka. Inilah yang dinamakan semangat kebangsaan atau "nasionalisme".

Dan atas nilai ini, walaupun seorang manusia itu memanggil dirinya muslim, sampai bila-bilapun mereka tak akan ada sifat bersaudara sesama muslim (ikhwanul muslimin) jika nasionalisme sangat menebal. Ingatlah kata-kata Kamal Attarturk ketika menjatuhkan khilafah terakhir di bumi Turki, mahu "menjadikan Turki sebagai negara demokrasi".Sehingga Mustafa Kamal itu mengubah azan dalam bahasa Turki untuk meletakkan semangat Nasionalisme dan kebanggaan menjadi seorang Turki lebih daripada menjadi seorang Muslim.

Hari ini kita mendengar ungkapan "bangla", "indon","pak arab" sebagai manifestasi sindiran ke atas bangsa menjarakkan lagi perasaan sayang pada saudara muslim di bangladesh, indonesia atau negara arab. Malah ungkapan "melayu layu", "jawa totok", atau "mamak" juga kini mula didendang supaya ungkapan "anak malaysia" menjadi kuat. Padahal ungkapan "saya muslim" atau "I'm muslim" itulah yang menyatukan manusia-manusia beriman seluruh dunia.

Kesimpulannya, marilah kita berbangga sebagai muslim, marilah kita sayang sesama muslim, marilah kita menitikberatkan maqasid syariah atas peliharaan 5 asas yang perlu dijaga untuk umat, agama, jiwa, akal,keturunan dan harta. Marilah kita merasakan seluruh harta umat menjadi tanggungjawab umat untuk menjaganya, sepertimana agama umat (islam) menjadi tanggungjawab seluruh umat menjaganya.

Marilah kita merasakan seluruh wilayah umat Islam adalah tanah-tanah umat islam keseluruhannya. Marilah kita runtuhkan benteng kebangsaan kerana kita umat islam seluruhnya adalah SATU binaan bukan dua,tiga atau berpecah-pecah. Marilah kita hancurkan cerita-cerita kartun yang cuba ditanam oleh para musuh bahawa nasionalisme itu suci, demokrasi itu agung. Marilah kita kembang dan sebarkan bahawa iman itu terasnya, ukhuwwah itu penyatunya, taqwa itu titikpuncaknya, dan syariah itu sistem yang sebetulnya bukan lain-lain ideologi.

“MUSLIM SEPAKAT, ISLAM BERDAULAT”

Sekian, tulisan panjang saya. Lama dah tak berblog macam dulu.
Mfrstudio Ibnmukhtar·Sunday, 4 September 2016

Semalam saya mengikuti dan menyertai komentar pada posting Saudara Wan Ahmad Fayhsal (WAF), berkaitan isu cadangan merobohkan tugu berbentuk helang di Langkawi yang didakwanya bermotifkan politik (menghapuskan legasi Tun Mahathir atau mengalihkan perhatian umum daripada isu 1MDB).

Saya amat terkilan kerana hujah dan persoalan yang saya timbulkan untuk Saudara WAF hanya dianggap sebuah troll ( offensive or provocative online post), sedangkan maklumat yang saya lampirkan dalam komentar berhubung keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-86 tahun 2009 beserta ulasan Mufti Wilayah dalam Irsyad Fatwa ke-27 Hukum Pembinaan Monumen atau Memorial Sebagai Peringatan itu, merupakan jawapan paling tuntas sama ada tugu burung helang di Langkawi itu dipersetujui atau tidak oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Jawapannya, Majlis Fatwa Kebangsaan berpegang islam melarangnya secara mutlak. http://muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-fatwa/773-27

Walaupun akhirnya saya mendapat jawapan daripada Saudara WAF bahawa beliau lebih memegang fatwa dari Dar al Ifta Mesir yang mengambil pandangan tokoh Sheikh Muhammad Abduh dan Rasyid Redha berkaitan dengan hukum pembinaan tugu atau patung iaitu dibenarkan selagi tiada unsur syirik dan pemujaan pada tujuan pembinaannya. http://www.dar-alifta.org/Foreign/ViewFatwa.aspx?ID=8377



Irsyad Fatwa Mufti Wilayah dalam mengharamkan pembinaan tugu berbentuk manusia dan haiwan pula berpegang kepada pandangan Imam Nawawi dan Ibn Hajar yang kedua-duanya ulama besar mazhab syafi’i yang meletakkan membina patung adalah satu dosa besar. Dan diketahui umum oleh segenap tokoh bermazhab syafi’i di Malaysia berpegang pada pandangan hukum yang sama. Maka Saudara WAF tidak boleh mendakwa pengharaman patung adalah pandangan kelompok salafi wahabi semata-mata.

Bagi Saudara WAF, Tugu Negara bukan sekadar tugu peringatan malah pendidikan dan tugu helang Langkawi adalah hiasan yang tidak termasuk dalam kemewahan atau pembaziran (kerana mungkin padanya memberikan pulangan kepada ekonomi perlancongan negara). Dengan alasan ada tujuan pendidikan dan sekadar hiasan yang memberikan pulangan ekonomi, maka bagi Saudara WAF, kedua-dua tugu itu tak termasuk dalam hukum yang diharamkan apatah lagi perlu diroboh.
Berbeza pula pandangan umum yang selalu ditekankan bahawa Tugu Negara dan tugu helang di Langkawi kedua-duanya adalah tugu peringatan kepada peristiwa sejarah.

Pandangan ini jelas berbeza dengan keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-86 yang dipetik dalam Irsyad Fatwa ke-27 Mufti Wilayah yang menyatakan:

“Muzakarah telah memutuskan bahawa Islam menegah umatnya melakukan apa jua perbuatan dan amalan yang mempunyai unsur-unsur syirik dan menyerupai amalan jahiliyah serta berlebihan-lebihan dan membazir.”
“Oleh itu, Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung sama ada manusia atau haiwan untuk tujuan pemujaan, peringatan atau sebagainya.”

Oleh kerana perbincangan akhirnya tak menjurus kepada perbahasan hukum dan dalil, maslahah dan mafsadah, dan lebih fokus kepada dakwaan bahawa fatwa mengharamkan patung dan cadangan merobohkan patung helang di Langkawi itu berorientasikan politik, maka ramai pihak mengulang-ulang hujah yang sama di mana-mana jua laman yang berbincang hal ini dengan soalan, “Bagaimana dengan Tugu Negara? Bila mahu roboh? Beranikah bersuara?”

Bersempena perasmian Taman Tugu yang berlangsung sebentar tadi, saya di sini mengusulkan supaya cadangan Tugu Negara yang berbentuk manusia perlu diroboh atau diubah kepada bentuk abstrak yang bukan objek makhluk hidup dibincangkan seberapa segera. Ini bagi menepati keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-86 yang telah menggariskan pendirian bahawa adalah dilarang pembinaan patung manusia atau haiwan bagi tujuan peringatan apatah lagi ia menyamai perbuatan jahiliyyah, berlebih-lebihan dan membazir yang bukan dari ajaran Nabi s.a.w.

Ini juga bagi menyelesaikan polemik masyarakat awam (baca:netizen) yang berulang kali mendesak jawapan para mufti berkaitan Tugu Negara. Bagi mereka, para mufti tidak sesekali akan berani bercakap sebutir pun berkaitan hukum Tugu Negara walaupun pada tahun 2009 telah lama diputuskan pendirian Majlis Fatwa berkaitan hal ini. Di manakah netizen ini pada hampir 7 tahun yang lalu?

Ini juga bagi menjunjung dan mengukuh agenda Islam sebagai Agama Persekutuan.

Apatah lagi adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu Muslim dalam agensi kerajaan yang menguruskan Taman Tugu untuk melanggari fatwa yang sedang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 Seksyen 12 yang menyatakan:

Mana-mana orang yang memberikan, mengembangkan atau menyebarkan apa-apa pendapat tentang ajaran Islam, Hukum Syarak atau apa-apa isu yang bertentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Saya mohon mencadang.

Muhammad Fakhrul Razi/mfr studio
Disebabkan YB Rafizi kembali mengenang video kiraan matematik GST yang saya telah buktikan salah, sukacita saya juga mahu copy paste semula apa yang ada di sini: https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/videos/955475367820304/?comment_id=985434814824359&ref=notif&notif_t=like&notif_id=1481604068438302

Saya telah memulakan komen seperti berikut pada video YB Rafizi Ramli yang salah kiraan matematiknya itu seperti di bawah.

APA YANG DISEMBUNYIKAN OLEH YB RAFIZI DALAM VIDEO INI?

1. YB Rafizi kata semua barang dikenakan GST. Apa yang disembunyikan oleh YB Rafizi? ADA BERATUS BARANG DIKECUALIKAN GST TAK DISEBUT OLEH YB RAFIZI. Mengapa?

2. YB Rafizi memberi contoh Pekedai menjual RM180 + RM10.80 (gst) dan Pengguna kena bayar RM190.80 harga lebih mahal dari SST. Apa yang YB Rafizi sembunyikan? HANYA JIKA RANTAIAN ITU BERAKHIR DENGAN PEKEDAI BESAR YANG PUNYA JUALAN TAHUNAN RM500K YANG BERDAFTAR DENGAN KASTAM ATAU MEREKA YANG SUKARELA DAFTAR SAJA BOLEH CAJ GST PADA PENGGUNA, TAPI JIKA PEKEDAI ITU TAK ADA JUALAN TAHUNAN RM500K DAN TAK SUKARELA BERDAFTAR, MAKA TIADA CAJ GST DAN HARGA BARANG YANG DIBELI PENGGUNA ADALAH RM187.80 (kerana Pekedai tak dapat claim GST 6%) DAN TETAP LEBIH MURAH DARI SST! DAN YB RAFIZI JUGA TELAH MEMBUKTIKAN PADA SETIAP PERINGKAT APABILA CLAIM GST BOLEH DIBUAT, KOS BARANG BOLEH TURUN!!

Begini kiraan RM187.80 itu:

RM130 (harga barang dari pemborong)+RM7.80(GST dari pemborong)+RM50 (keuntungan)=RM187.80

3.YB Rafizi menetapkan Pemborong mendapat untung RM30 untuk setiap jam yang dijualnya baik sebelum SST mahupun GST. Dan YB Rafizi juga menetapkan Pekedai mendapat untung RM50 untuk setiap jam yang dijualnya. Ini kiraan untung YANG SALAH!

Untung adalah peratusan lebihan hasil jualan dari kos yang dikeluarkan. Jika sebelum ini Pemborong ambil RM30 dari kos RM110, maka peratus keuntungannya adalah 27.3%. Maka untuk mengekalkan keuntungan 27.3% dari jualan, maka sepatutnya untung yang diraih Pemborong dari kos lepas GST, hanya RM27.30 sudah cukup mengekalkan peratus keuntungan dari modal yang dikeluarkan RM100, bukannya RM30. Dan Pekedai pula sebelumnya mengambil untung RM50 dari modal RM140 menjadikan peratus keuntungannya 35.7%. Maka Pekedai sepatutnya mengekalkan peratus keuntungan 35.7% itu dari kos RM127.30, cukup dengan keuntungan RM45.45 bukan RM50!!

Apa yang YB Rafizi sembunyikan? YB Rafizi buat BUKAN mengekalkan peratus keuntungan dari modal yang dikeluarkan tapi MENINGKATKAN peratus keuntungan selepas GST!! Contoh Pemborong dan Pekedai yang digunakan YB Rafizi jenis peniaga TAMAK kerana meningkatkan peratus keuntungan selepas pelaksanaan GST!!

MAKA JIKA SAYA PERBETULKAN CONTOH YB RAFIZI:

Pengilang menjual RM106 kepada Pemborong. RM100 adalah kos Pemborong dan RM6 GST yang boleh tuntut semula. Pemborong menjual dengan keuntungan 27.3% maka harga jualan menjadi RM127.30+ RM7.64(GST). Maka kos Pekedai adalah RM127.30. Keuntungan jualan Pekedai adalah 35.7%, maka harga jualan menjadi RM172.75 + RM10.40 (GST). Maka Pembeli membeli dengan jumlah RM183.15, tetap lebih murah dari SST!!

ATAU UNTUK LEBIH JELAS:

Pemborong

Semasa SST
Kos: RM110 , Untung: RM30 , Harga jam: RM140, Peratusan untung: 27.3%
Semasa GST kiraan YB Rafizi
Kos: RM100, Untung: RM30, Harga jam: RM130, Peratusan untung: 30%

Sepatutnya Semasa GST dikekalkan peratusan keuntungan semasa SST
Kos: RM100, Untung: RM27.30, Harga jam: RM127.30, Peratusan untung: 27.3%

Jika Pemborong ada modal RM1000,
semasa SST dia boleh beli 9.1 jam berharga RM110, dia jana untung (RM30x9.1)=RM273

semasa GST dengan kiraan YB Rafizi, dengan modal RM1000 dia boleh beli 10 jam berharga RM100, dia jana untung (RM30x10)=RM300 (untung dia lebih dari semasa SST maka nanti akan hasilkan harga jualan lagi tinggi pada Pekedai)

sepatutnya semasa GST ambil untung RM27.30 saja supaya kekalkan peratus untung 27.3%

maka, dengan modal RM1000 dia beli 10 jam berharga RM100, dia jana untung (RM27.30x10)=RM273 (dengan ini untungnya hampir sama dan tak berkurang pun dengan semasa SST dan bolehlah harga dijual pada Pekedai menjadi lebih murah)

Pekedai

Semasa SST
Kos: RM140 , Untung: RM50 , Harga jam: RM190, Peratusan untung: 35.7%
Semasa GST kiraan YB Rafizi
Kos: RM130, Untung: RM50, Harga jam: RM180+RM10.80: RM190.80, Peratusan untung: 38.5%

Sepatutnya Semasa GST dikekalkan peratusan keuntungan semasa SST
Kos: RM127.30, Untung: RM45.45, Harga jam: RM172.75+RM10.40: RM183.15, Peratusan untung: 35.7%
Harga Pembeli bayar: RM183.15 (murah RM6.85 dari harga SST RM190)

Jika Pekedai ada modal RM1000,
semasa SST dia boleh beli 7.1 jam berharga RM140, dia jana untung (RM50x7.1)=RM355

semasa GST dengan kiraan YB Rafizi, dengan modal RM1000 dia boleh beli 7.7 jam berharga RM130, dia jana untung (RM50x7.7)=RM385 (untung dia lebih dari semasa SST maka nanti akan hasilkan harga jualan lagi tinggi pada Pengguna)

sepatutnya semasa GST ambil untung RM45.45 saja supaya kekalkan peratus untung 35.7%

maka, dengan modal RM1000 dia beli 7.9 jam berharga RM127.30 dari pemborong, dia jana untung (RM45.45x7.9)=RM359 (dengan ini untungnya hampir sama dan tak berkurang pun dengan semasa SST dan bolehlah harga dijual pada Pengguna menjadi lebih murah, dan dia tak kurang untung pun)

Ini membuktikan YB Rafizi mendapat harga jualan yang lebih tinggi dari semasa SST dalam kiraannya kerana beliau telah menaikkan peratus keuntungan kedua-dua pemborong dan pekedai dalam contohnya itu dan bukan kerana caj GST, oleh itu video ini GAGAL mencapai motifnya.

Soalan saya kepada YB Rafizi:

1. Mengapa YB Rafizi tak nyatakan bahawa ada beratus barang dikecualikan GST?

2. Mengapa YB Rafizi tak nyatakan result harga jika Pekedai adalah tak berdaftar GST, buktinya harga lebih rendah dari SST.

3. Mengapa YB Rafizi menggunakan contoh Pemborong dan Pekedai yang tamak yang menaikkan peratus keuntungan selepas pelaksanaan GST, padahal jika YB kekalkan peratus keuntungannya, result harga akan lebih rendah dari SST.

3 soalan untuk YB jawab dengan jujur dalam video pertama. Saya tunggu video seterusnya, harap lebih kukuh hujahnya tanpa penyembunyian fakta.

Selamat maju jaya YB, jadilah jujur, jgn cuba mainkan intelektual rakyat marhaen!
--------TAMAT KOMEN FOKUS VIDEO---------

***Nota untuk pembaca selain YB Rafizi:*****

Saya ulas video di atas yang berhujah guna teori matematik, dan saya buktikan kiraan sebenar tak menaikkan harga. YB Rafizi wajar faham jika teori matematik tak mampu menegakkan hujah realiti harga barang naik, maka jangan berhujah guna teori matematik. Jangan berhujah menyembunyikan fakta.

Kalau mahu memaparkan realiti, tunjukkan realiti interview bersama peniaga-peniaga yang ada di realiti. Biar mereka tunjukkan akaun mereka pada rakyat. Biar mereka jelaskan kos dan untung yang mereka jalankan. Kita akan nilai benarkah GST yang menyebabkan mereka naikkan harga atau mereka sendiri tamak untuk naikkan harga.

Saya tak pernah kata realiti harga barang turun. Harga barang memang banyak naik sebab saya sendiri tahu realitinya dunia perniagaan Malaysia dikuasai oleh kapitalis-kapitalis yang langsung tak ada kesedaran sosial, mereka tamakkan keuntungan, langsung tak fikir dosa pahala dalam timbangan barang dan menjual, langsung tak kisah pasal hukum gharar dan sebagainya. Mereka ini memulakan domino effect pada harga pasaran. Hanya segelintir peniaga yang beriman dan faham hukum, tahu tanggungjawab sosial ke atas permainan harga. Kita support peniaga baik, kita bankrapkan peniaga jahat. Gunakan kuasa pengguna sebelum PRU, masa PRU gunalah sepuas hati kuasa pengundi pula. Apa nak jadi pada Malaysia ini bergantung pada kebijaksanaan kita rakyat marhaen.

Bab kiraan matematik YB Rafizi dalam video salah tetap salah. Beliau nak buktikan harga barang naik kerana GST tapi semasa mengira matematik naikkan margin keuntungan peniaga, dah sah harga naik. Nak adil mengira, kekalkan peratus keuntungan, lepas tu baru tengok result kiraan GST akan naikkan harga barang atau tidak. Saya fokus pada video, saya bukan fokus pada situasi permasalahan realiti. Saya ada pendirian tersendiri mengenai permasalahan cukai. Saya harap Malaysia hapuskan semua cukai (total free tax bussiness) dan qanaah serta infak dijadikan cara hidup pemimpin hingga rakyat bagi memenuhkan perbendaharaan negara. Tapi nak berbicara idea baru sebegini, mungkin di lain pentas. Di sini saya harap kita bangunkan hujah yang betul-betul konkrit dalam mencari root cause masalah harga barang naik. Guna teori kiraan matematik seperti YB Rafizi jelas tak membantu menegakkan hujah bahawa caj GST semata-mata menaikkan harga jualan barangan.

----TAMBAHAN: komen mengenai realiti pula----
Saya sedar orang akan tanya jadi kenapa harga barang naik secara realiti jika caj GST ke atas produk sepatutnya tak menaikkan harga jualan? Ini menunjukkan caj GST SEMATA-MATA ke atas produk tidak menaikkan harga jualan produk itu TETAPI, YB Rafizi sendiri membuktikan bahawa harga jualan HANYA boleh jadi tinggi dalam contohnya JIKA PERATUS KEUNTUNGAN DINAIKKAN.

Saya sedar, akan ada nanti orang tanya, bagaimana dengan peniaga yang terpaksa menaikkan peratus keuntungan untuk menampung kos-kos lain seperti bil, pekerja, mesin sistem GST dalam pelaksanaan GST dan lain-lain supaya setelah tolak kos tersebut mereka boleh dapat untung yang sama dengan semasa SST? Maka penyataan ini sudah membuktikan,PERATUS KEUNTUNGAN DARI JUALAN YANG TERPAKSA DINAIKKAN OLEH PENIAGA TERSEBUT, BAGI MENAMPUNG KOS-KOS TAMBAHAN PELAKSANAAN GST YANG MENYEBABKAN HARGA BARANG NAIK.

Ya, kalau kerajaan tak wartakan GST semua ini takkan terjadi. Saya secara peribadi setuju bukan saja GST wajar dimansuhkan malah semua cukai wajar dimansuhkan supaya ekonomi benar-benar berjalan secara bebas dengan teori penawaran dan permintaanlah akan tentukan harga pasaran.

TETAPI untuk bergerak ke arah pemansuhan, perlu tunggu majoriti ahli parlimen baru yang menyetujui untuk mansuhkan semua cukai itu dilantik dahulu. Mereka hanya akan dilantik jika majoriti rakyat pilih mereka semasa PRU.

Maka, bagaimana nak mengekang harga barang naik SEBELUM PRU (kerana kerajaan takkan mansuhkan GST sehingga kerajaan lain ambil alih)?

PENIAGA boleh membantu dengan cara mereka TIDAK MENAIKKAN HARGA BARANG WALAU DENGAN APA CARA SEKALIPUN. Antara caranya adalah dengan mengecilkan margin keuntungan dan berusaha mengoptimum kapasiti sedia ada supaya kos-kos tambahan dapat ditampung tanpa perlu menaikkan harga barang. KENAPA PENTING PENIAGA BERSIKAP BEGINI? supaya, domino effect tak terjadi yang menyebabkan jika dia menaikkan harga barang, maka barang-barang berkaitannya juga akan TERPAKSA DINAIKKAN, yang akhirnya peniaga itu sendiri susah untuk beli barang keperluan kerana semua terkesan.

Saya sedar, 99.9% PENIAGA tak kan setuju dengan perkara ini. Maka, harga barang naik akan berlaku. DAN SAYA AMAT SEDAR 99.9% dari peniaga yang menaikkan harga barang AKAN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENAMBAH UNTUNG LEBIH DARI SEMASA SST dengan cara antara lainnya campur terus harga semasa SST dengan GST hingga harga barang NAIK BERKALI GANDA. INILAH YANG SAYA SEBUT KAPITALIS TAMAK DI MALAYSIA. Mereka ini menguasai dan mendominasi perniagaan di Malaysia. Mereka ini yang memburukkan lagi keadaan.

Maka, yang tinggal adalah KUASA PENGGUNA SAJA. Jika peniaga tak nak berkorban sikit dalam menstabilkan pasaran, dan ditambah buruk dengan kehadiran peniaga kapitalis tamak yang mendominasi perniagaan Malaysia, maka PENGGUNA TERPAKSA BERUSAHA MELAHIRKAN PENIAGA-PENIAGA BAIK YANG SANGGUP BERSUSAH PAYAH BERSAMA PENGGUNA DENGAN BOIKOT PENIAGA JAHAT, KAYAKAN PENIAGA BAIK.

Teruskan hal ini sehingga akhirnya perniagaan di Malaysia dipenuhi peniaga-peniaga baik dan semua kapitalis tamak menjadi bankrap.

SEHINGGA PRU TIBA, lantiklah pemimpin yang bawa aspirasi rakyat. Jika saya, saya akan undi pemimpin yang akan berjuang menghapuskan cukai di Malaysia dan akan berusaha adakan program hingga rakyat dan seluruh pemimpin hidup secara qanaah dan berinfak harta pada perbendaharaan negara untuk membangunkan Malaysia.

Saya yakin jika kita mencapai kehidupan qanaah yang diredhai Allah, infak-infak kita akan diberkati dan Allah pelihara kita dengan memandu pemimpin-pemimpin qanaah yang kita lantik untuk urus harta negara ke arah paling bersih, optimum dan bebas rasuah.

Dengan ini moga Allah kurniakan ketaqwaan pada seluruh rakyat, dan kita yakin rezeki orang-orang bertaqwa akan dipelihara Allah. Biar qanaah, biar sikit, inshaAllah cukup dan diberkati. Dan dapatlah kita dihisab dengan mudah di akhirat kelak.

Tulusly,
muhammad fakhrul razi
(grad jepun yang tak ada CGPA)

Berikut adalah koleksi komen-komen terpilih dan jawapan saya kepada setiap pengomen untuk saya abadikan di blog ini.

1. Maharaja Malaya APA YANG DISEMBUNYIKAN OLEH YB RAFIZI DALAM VIDEO INI?

1. YB Rafizi kata semua barang dikenakan GST. Apa yang disembunyikan oleh YB Rafizi? ADA BERATUS BARANG DIKECUALIKAN GST TAK DISEBUT OLEH

YB RAFIZI. Mengapa?...........................

J : Tak perlu dijawab kerana semua org tahu. Kenapa ada barangan atau perkhidmatan yg sebelum ini tidak dikenakan SST tetapi dikenakan GST??? Sebagai contoh, apa rasionalnya utk mengenakan GST pada caj perkhidmatan restoran yg menjadikan harganya meningkat 2 kali ganda atau dlm kata lain double GST??

( Harga makanan x GST + Caj Perkhidmatan x GST = harga yang perlu dibayar pengguna )

2. YB Rafizi memberi contoh Pekedai menjual RM180 + RM10.80 (gst) dan Pengguna kena bayar RM190.80 harga lebih mahal dari SST. Apa yang YB Rafizi sembunyikan? HANYA JIKA RANTAIAN ITU BERAKHIR DENGAN PEKEDAI BESAR YANG PUNYA ASET RM500K..........

J : Peniaga dh nmpak kelebihan yang akan mereka dpt pabila melaksanakan GST. Ada peniaga tidak memaparkan harga sebenar tetapi mereka memaparkan harga yg termasuk dgn GST (baca : tanda harga), dan apabila ditulis didalam resit nilai kos GST kononnya diserap oleh peniaga walhal kos GST tersebut telah diserap oleh pengguna melalui harga produk tersebut. Itulah yg dilakukan oleh mydin, jackel dan beberapa syarikat yg kononnya menyerap harga GST !!!!

3.YB Rafizi menetapkan Pemborong mendapat untung RM30 untuk setiap jam yang dijualnya baik sebelum SST mahupun GST. Dan YB Rafizi juga menetapkan ...................

J : KEUNTUNGAN TIDAK HANYA BERDASARKAN PADA PERATUSAN, IANYA BOLEH DI TETAPKAN BERDASARKAN PADA NILAI ANGKA (NOMBOR)

Apa yang YB Rafizi sembunyikan? YB Rafizi buat BUKAN mengekalkan peratus keuntungan dari modal yang dikeluarkan tapi MENINGKATKAN peratus keuntungan selepas GST!! Contoh Pemborong dan Pekedai yang digunakan YB Rafizi jenis peniaga TAMAK kerana meningkatkan peratus keuntungan selepas pelaksanaan GST!!

MAKA JIKA SAYA PERBETULKAN CONTOH YB RAFIZI:........

J : Pengiraan keuntungan berdasarkan peratusan mmang akan hasilkan jumlah yg berbeza berbanding pengiraan yang berdasarkan untung pada nilai nombor bulat dan pengiraan ini tiada siapa boleh mengawalnya kerana ia adalah hak peniaga. Dan kebiasaannya didalam perniagaan peratusan keuntungan akan dinilai sebagai pengiraan terakhir. Maksudnya disini, peratusan keuntungan akan didapati selepas peniaga menetapkan nilai jumlah yang ingin mereka untung. Ini juga dilakukan bagi pengiraan keuntungan sesebuah syarikat dimana peratusan keuntungan dikira selepas mengambil kira kos + cukai yang akan dikira selepas hujung tahun.

Jika diselidik balik pengiraan YB, mengapa harga GST lebih mahal berbanding SST??? Kerana GST adalah cukai berperingkat-peringkat berbanding SST dimana cukai

dikenakan pada Pengilang - Pemborong sahaja !!! GST dikenakan kepada pengguna berbanding dgn SST !!

Ini adalah ringkasan pengiraan YB

SST

pengilang - pemborong
RM100 + 10% = RM110

Pemborong - pekedai
RM110 + RM30(U) = RM 140

Pekedai - pengguna
RM140 + RM50 (U) = RM 190

GST

Pengilang - pemborong
rm100 + 6% = RM106

Pemborong - pekedai

RM100 (GST 6% telah dituntut) + RM30(U) = RM 130
GST 6 % x RM130 = RM 137.80

Pekedai - pengguna

RM130 (GST 6% telah dituntut) + RM50(U) = RM 180
GST 6% x RM 180 = RM190.80

(GST 6% hendak dituntut dgn siapa ??? )

Soalan saya kepada YB Rafizi:

1. Mengapa YB Rafizi tak nyatakan bahawa ada beratus barang dikecualikan GST?

J : J : Tak perlu dinyatakan kerana semua org tahu. Kenapa ada barangan atau perkhidmatan yg sebelum ini tidak dikenakan SST tetapi dikenakan GST??? Sebagai

contoh, apa rasionalnya utk mengenakan GST pada caj perkhidmatan restoran yg menjadikan harganya meningkat 2 kali ganda atau dlm kata lain double GST??

2. Mengapa YB Rafizi tak nyatakan result harga jika Pekedai adalah tak berdaftar GST, buktinya harga lebih rendah dari SST.

J: Jika pekedai tidak berdaftar dgn GST maka pekedai itu juga ditakrifkan sbgai pengguna akhir. Maka rantaian tersebut akan putus sehingga pemborong. Dan harga akan menjadi lebih rendah berbanding peniaga yg daftar GST. Jika mengambil contoh jam ini, berapa bnyak kedai jam yg tdk berdaftar dgn GST, walhal konsep GST adalah bagi syarikat dan orang perseorangan yang menjalankan perniagaan dan telah mencapai nilai pembekalan bercukai bagi tempoh 12 bulan melebihi RM500,000. Ini bukanlah berdasarkan keuntungan syarikat tetapi nilai jualan tahunan pembekalan yang bercukai dimana jika diselidik kepada kemampuan akaun kedai jam, nilai keseluruhan akhir sebelum menutup buku adalah lebih RM500,000 dan lebih haru lagi, perniagaan yang tidak mencapai nilai tersebut masih boleh mendaftar secara sukarela.

3. Mengapa YB Rafizi menggunakan contoh Pemborong dan Pekedai yang tamak yang menaikkan peratus keuntungan selepas pelaksanaan GST, padahal jika YB

kekalkan peratus keuntungannya, result harga akan lebih rendah dari SST.

J : -rujuk penjelasan diatas-

Tujuan utama GST ialah untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara. Satu dari kaedah untuk mencapai tujuan tersebut ialah mengurangkan pengantungan kepada cukai-cukai langsung (direct taxes) seperti cukai korporat. Ini mengukuhkan persepsi bahawa Kerajaan kita mesra kapitalis dan korporat tetapi mengabaikan majoriti rakyat yang akan sengasara kerana GST. SST hanya cukai barang mewah. GST adalah perluasan skop cukai dimana ia akan memberi impak kepada rakyat biasa. Kenapa pengecualian dibuat berdasarkan klasifikasi “crustaceans “ dan makanan yang diproses? Bukankah klasifikasinya barangan keperluan untuk pengecualian GST?

Cukai progressive akan mencukai orang kaya lebih daripada yang miskin. Manakala GST mengalihkan beban cukai kepada mereka yang berpendapatan rendah. Maka cukai ini adalah regressive. Pengecualian beberapa barangan tidak akan menjadikan GST progresif kerana impak negatif tinggi walaupun ada pengecualian. Kerajaan sendiri telah mengatakan bahawa keluarga yang berpendapatan RM 3000 akan membayar GST 2.6% dimana sebelum ini mereka tidak perlu bayar cukai pendapatan. Apatah lagi cukai korporat dikurangkan dari 25% -24% .Jelas dapat dilihat beban cukai dipindahkan keatas rakyat biasa manakala cukai terhadap korporat dikurangkan. Ini adalah regresif . GST akan menambahkan kos bagi peniaga.Ini adalah kerana peniaga kecil yang perlu daftar GSTselalunya tidak mempunyai sistem perakaunanatau juru akaun . Maka dengan GST , mereka harus menyediakan system ini semua dan ini akan meningkatkan kos operasi mereka.Selain daripada itu, penjaja makanan tidak boleh tuntut input tax kerana tidak mendaftar . Maka kos mereka meningkat dan mereka tidak boleh bersaing dengan restoran besar yang boleh tuntut input tax. Kalau penjaja kecil daftar GST maka mereka perlu bayar kos perakaunan.

Jawab:
Terima kasih Maharaja Malaya cuba menjawab, tapi banyak meleret dari menjawab ni.

1. Mengapa YB Rafizi tak nyatakan bahawa ada beratus barang dikecualikan GST?


J : J : Tak perlu dinyatakan kerana semua org tahu. Kenapa ada barangan atau perkhidmatan yg sebelum ini tidak dikenakan SST tetapi dikenakan GST??? Sebagai contoh, apa rasionalnya utk mengenakan GST pada caj perkhidmatan restoran yg menjadikan harganya meningkat 2 kali ganda atau dlm kata lain double GST??

Ulasan: Kalau lihat jawapan begini, escapism saja ini. Dalam video kata " semua barang dikenakan GST", tapi faktanya "bukan semua barang dikenakan GST, ada beratus barang dikecualikan GST". Kenapa ubah fakta? Jawapannya, sebab semua orang tahu. Lawak pulak. Bolehkah kita mengubah fakta "semua rakyat Malaysia sokong BN" padahal fakta sebenar "bukan semua rakyat Malaysia sokong BN". Halalkah kita ubah fakta hanya kerana semua orang tahu?

2. Mengapa YB Rafizi tak nyatakan result harga jika Pekedai adalah tak berdaftar GST, buktinya harga lebih rendah dari SST.

J: Jika pekedai tidak berdaftar dgn GST maka pekedai itu juga ditakrifkan sbgai pengguna akhir. Maka rantaian tersebut akan putus sehingga pemborong. Dan harga akan menjadi lebih rendah berbanding peniaga yg daftar GST. Jika mengambil contoh jam ini, berapa bnyak kedai jam yg tdk berdaftar dgn GST, walhal konsep GST adalah bagi syarikat dan orang perseorangan yang menjalankan perniagaan dan telah mencapai nilai pembekalan bercukai bagi tempoh 12 bulan melebihi RM500,000...

Ulasan: Maka jawapan begini tak menafikan dan mengiyakan pengiraan saya bahawa jika Pekedai itu tak daftar GST, harganya akan lebih rendah dengan pengiraan di bawah:

Pengilang - pemborong
rm100 + 6% = RM106

Pemborong - pekedai
RM100 (GST 6% telah dituntut) + RM30(U) = RM 130
GST 6 % x RM130 = RM 137.80

Pekedai - pengguna
RM137.80 (GST 6% tak dituntut kerana tak daftar) + RM50(U) = RM187.80 (lebih rendah dari harga semasa SST RM190.00)

3. Mengapa YB Rafizi menggunakan contoh Pemborong dan Pekedai yang tamak yang menaikkan peratus keuntungan selepas pelaksanaan GST, padahal jika YB kekalkan peratus keuntungannya, result harga akan lebih rendah dari SST.

J : Pengiraan keuntungan berdasarkan peratusan mmang akan hasilkan jumlah yg berbeza berbanding pengiraan yang berdasarkan untung pada nilai nombor bulat dan pengiraan ini tiada siapa boleh mengawalnya kerana ia adalah hak peniaga. ...

Ulasan: Kita nak buat perbandingan apabila peniaga mengekalkan margin keuntungan, adakah harga jualan semasa GST akan lebih tinggi dari harga jualan semasa SST. YB Rafizi pergi meningkatkan margin keuntungan peniaga dalam contoh beliau, maka memanglah harga jualan jadi tinggi. Harga jadi tinggi dalam contoh beliau bukan kerana GST tapi kerana margin keuntungan ditinggikan. Lihat kiraan di bawah:

Pemborong

Semasa SST
Kos: RM110 , Untung: RM30 , Peratusan untung: 27.3%
Semasa GST
Kos: RM100, Untung: RM30, Peratusan untung: 30%
Soalannya, kenapa pemborong yang dicontohkan YB Rafizi meningkatkan keuntungan selepas pelaksanaan GST, untuk apa? Padahal itu akan menaikkan harga jualan? Jawapan yang diberi oleh Maharaja Malaya, sebab itu hak peniaga! Secara tak langsung ini membuktikan YB Rafizi menyokong peniaga meningkatkan keuntungan selepas GST dan menaikkan harga yang membebankan rakyat atas alasan ITU HAK PENIAGA!

Checkmate!

Saya harap sangat YB Rafizi tak menjawab gaya Maharaja Malaya ini. Saya harap beliau tersilap dalam memberikan contoh dan inshaAllah akan melihat kembali hujah dan kiraan matematiknya.


2.  Masheer Din Pada pendapat sy la..peniaga menaikkan harga terlebih dahulu utk bill pertama gst....
Knp - sbb selepas ni mereka x boleh naik sesuka hati sbb kerajaan dh boleh start monitor harga dr invoice yg dihantar setiap bulan/2bulan..

Jawab:
Ya, Masheer Din. Itulah antara jawapan realiti yang ramai peniaga sebutkan sesama mereka. Malah disokong oleh pihak kastam sendiri yang mengaku TAK AKAN AMBIL TINDAKAN MENGHUKUM PENIAGA YANG MENGAMBIL UNTUNG LEBIH DAN HANYA AKAN MENASIHATKAN SAJA DALAM 4 BULAN INI. Harga barang naik kerana peniaga berani ambil untung lebih kerana yakin kerajaan tak akan hukum mereka. Peniaga dan kerajaan ada saham dalam kezaliman ini, bukan kerana GST.

3.  Najwa Hassan Sy tak faham kenapa fakhrul tue tak nk admit jer barang sekarang naik.. Dan bukan sesenang it kerajaan dan cari root cause harga barang naik lepas gst walaupon sepatotnya turun.. Sbb rm 27 billion yang hilang entah ke mana pon PM tak jawab... Apatah lg GST kenapa harga barang jadi mahal.. Bila macai, mmg macai kat situ la..

Jawab:
Najwa Hassan terlepas baca komen saya agaknya. Ini saya paste semula:

Dah bagitau, realiti kena selesai dengan realiti. Saya ulas video di atas yang berhujah guna teori matematik, dan saya buktikan kiraan sebenar tak menaikkan harga. YB Rafizi wajar f
aham jika teori matematik tak mampu menegakkan hujah realiti harga barang naik, maka jangan berhujah guna teori matematik. Jangan berhujah menyembunyikan fakta.

Kalau mahu memaparkan realiti, tunjukkan realiti interview bersama peniaga-peniaga yang ada di realiti. Biar mereka tunjukkan akaun mereka pada rakyat. Biar mereka jelaskan kos dan untung yang mereka jalankan. Kita akan nilai benarkah GST yang menyebabkan mereka naikkan harga atau mereka sendiri tamak untuk naikkan harga.

Saya tak pernah kata realiti harga barang turun. Sebab saya sendiri tahu realitinya dunia perniagaan Malaysia dikuasai oleh kapitalis-kapitalis yang langsung tak ada kesedaran sosial, mereka tamakkan keuntungan, langsung tak fikir dosa pahala dalam timbangan barang dan menjual, langsung tak kisah pasal hukum gharar dan sebagainya. Hanya segelintir peniaga yang beriman dan faham hukum, tahu tanggungjawab sosial ke atas permainan harga. Kita support peniaga baik, kita bankrapkan peniaga jahat. Gunakan kuasa pengguna sebelum PRU, masa PRU gunalah sepuas hati kuasa pengundi pula. Apa nak jadi pada Malaysia ini bergantung pada kebijaksanaan kita rakyat marhaen.

Bab kiraan matematik YB Rafizi dalam video salah tetap salah. Beliau nak buktikan harga barang naik kerana GST tapi semasa mengira matematik naikkan margin keuntungan peniaga, dah sah harga naik. Nak adil mengira, kekalkan peratus keuntungan, lepas tu baru tengok result kiraan GST akan naikkan harga barang atau tidak. Saya fokus pada video, saya bukan fokus pada situasi permasalahan realiti. Saya ada pendirian mengenai cukai, saya ada pendirian mengenai politik. Link-link saya dah bagi sebelum ini:

http://alhikmah-diari.blogspot.com/.../cukai-harus-atau...

Nak berbeza pendapat atau nak bidas hujah saya tak ada masalah, tapi bincanglah ikut konteks komen saya.

Teruskan komen dan ajar saya khususnya mengenai ulasan saya kepada video YB Rafizi dan hujah YB Rafizi dalam videonya. Saya akan baca satu persatu dengan teliti dan ambil manfaat dari komen tuan/puan.


4.   Faiz Darwis Zen Fucker la mana yg nak amek jalan mudah nak salahkan peniaga.. Nak boikot la bagai.. Cuba korang dekat tempat peniaga apa korang rasa kalau kena macam tu.. Tak kena batang hidung pandai la nak sembang boikot semua puihhhhhh

Jawab:
 Tuan Faiz Darwis Zen, boikot adalah hak pengguna. Dan itulah pun hukum permainan harga yang ditetapkan kapitalis. Hanya jika kurang permintaan dan lebih penawaran, maka harga akan turun. Kami pengguna akan manfaatkan hukum kapitalis ini untuk tumbangkan kapitalis semua. Kuasa pengguna penentu harga, pengguna akan tundukkan peniaga. Pengguna bukan bahan boleh dizalimi sesuka hati. Kita bankrapkan peniaga jahat dan naikkan semua peniaga baik yang sudi berkorban dan bersusah payah sesama pengguna. Kita miskinkan peniaga jahat, kita kayakan peniaga baik.

5. Muhammad Anwar Margin 30% tu adalah normal bro sbb terdiri drpd material, labour n profit. Kalau 3 elemen asas ni pn kene 6% Gst,,mcm mana nk kekalkan keuntungn yg sedia ada oleh peniaga. Dah tentu jd 36%..org berniaga bkn buat charity. Mesti awk xpernah berniaga kan. Huhu

Muhammad Anwar Sbb tu rafizi explain ade cukai yg berperingkat..tetapi setiap peringkat ada hidden charge yg turut dikenakan. Simple

Jawab:
Muhammad Anwar, Rafizi cuba buktikan dengan caj GST harga jualan akan naik. Tapi apa yang berlaku, Rafizi besarkan margin keuntungan waktu kira harga jualan GST. Bila margin untung dah tak sama, bagaimana mungkin kita boleh membandingkan harga sebelum, SST dan selepas, GST. Dalam video ini, hujahnya nak kata caj GST semata-mata saja sudah mampu menaikkan harga jualan. Tapi saya dah buktikan bahawa caj GST semata-mata tak naikkan harga, hanya jika dibesarkan margin keuntungan macam Rafizi buat, baru harga boleh jadi lebih tinggi dari semasa SST. Itu konteks perbahasan sebenarnya.

6.  Muhammad Anwar Margin keuntungan naik sbb caj GST 6% itu sendiri wahai fahrul. Margin keuntungan peniaga terdiri drpd material, labour n profit turut terkesan dimana peniaga perlu mmbayar 6% kpd 3 elemen asas ini..sbg cth, materials mmpunyai "Goods Tax"..labour plak "service tax"..oleh sbb itu margin keuntungan turut memainkan peranan dlm hujah saudara rafizi..

 Muhammad Anwar Betul Mahathir Muhammad..itula root cause yg sebenar..fahrul ni ding dong byk sgt

Jawab:
  Muhammad Anwar, saya tak nampak YB Rafizi berhujah dengan mengambil kira margin keuntungan. Saya bersangka baik, beliau cuba untuk meletakkan angka keuntungan pada tahap tetap (pemalar) supaya rumus perbandingan dapat dicapai. Apa yang beliau silap adalah, beliau tak memalarkan keuntungan kerana tindakan fix harga itu dengan kos berubah, maka nilai keuntungan juga berubah. Saya rasa beliau tersilap. Dan jika beliau kira semula dengan margin keuntungan tak berubah (pemalar), maka tentu beliau akan dapati result harga semasa GST akan lebih rendah dari SST. Kesimpulannya, secara teori matematik, memang GST tak mampu menaikkan harga sekiranya barang tersebut ada SST sebelumnya. YB Rafizi perlu ubah hujah beliau.

7. Faiz Darwis Zen Saya mohon dan saya cabar Encik Fakrul buat video macam nie untuk buktikan gst nie tak membebankan.. Saya nakkan kepastian dan bukti bahawa gst nie bagus untuk rakyat.. Sebab berdasarkan komen2 Encik Fakrul, ternyata Encik Fakrul lebih berpengetahuan dalam semua nie berbanding kami semua.. Elok lah kiranya buat video macam nie untuk penerangan lebih lanjut berbanding text penerangan.. Kerana video mungkin lebih menarik minat seseorang berbanding text.. Terima kasih

Jawab:
  Faiz Darwis Zen, saya dah nyatakan sebelumnya. saya ada pendirian sendiri mengenai masalah percukaian. Saya harap Malaysia hapuskan semua cukai dan total free tax bussiness. Semua rakyat amalkan hidup qanaah dan infak untuk penuhkan perbendaharaan negara. Saya dah ulas dalam blog bab pendirian tersebut: http://alhikmah-diari.blogspot.com/.../cukai-harus-atau...

8. Si Sabun Mandi Lalu ke nk boikot je..apa tindakan kerajaan?report dh bertubi tubi

Jawab:
 Si Sabun Mandi, saya ada komen sebelumnya, pihak kerajaan tak kan hukum peniaga dalam masa bulan-bulan awal ini. maka saya nampak kuasa pengguna saja mampu mengawal harga di pasaran.

9. Mahathir Muhammad Bg fahrul apa root cause nya dan jalan penyelesaiannya?bg sy boikot tu x kemana sbb brg keperluan/harian terang2 kena beli.nk mengadu?kastam sendiri pn xphm gst.tgk sdiri la najib,dia berpuas hati dgn gst.cth pemimpin yg bagus sbb xfikir rakyat tp lbih fikirkn gst.

Jawab:
 Mahathir Muhammad, saya yakin root causenya datang dari peniaga yang tak ada kesedaran sosial. Penyelesaiannya saya tak nampak selain, miskin dan bankrapkan peniaga jahat dan kayakan peniaga baik yang sudi berkorban sedikit untuk menurunkan harga barang serta sama-sama memboikot pemborong dan pengilang jahat.

10. Mohd Zahari Bin Tarni Sepandai mana pun ko kira bro...Aku beli barang la ni semua naik

Jawab:
 Mohd Zahari Bin Tarni, saya dah katakan bukan kiraan itu yang menyebabkan kenaikan. Maka kiraan tu tak boleh jadi hujah utk mengatakan caj gst menaikkan harga. Realiti harga semua naik, memang ada peniaga jahat memulakan domino effect. Ini kita kena miskin dan bankrapkan peniaga jahat.

11. Siew Teng Tan Bodohnya, kalau GST dikira atas setiap transaksi, maka tiap Untung kasar dikenakan 6%, Cukai tambahan atas Barang, SST cuma semasa diimport atau pengilang! jadi tiada TAMBAHAN Cukai! GST dapat menurunkan harga cuma bila kita beli Terus Dari Pengilang! Masakan itu terjadi, kita terpaksa beli banyak sekali! kelakar otak udang ini!

Jawab:
  Siew Teng Tan, walaupun GST kena setiap transaksi, bagi pemborong dan pekedai yang berdaftar boleh tuntut semula GST itu. Maka nilai GST itu tak menjadi kos mereka. Ini diterangkan oleh YB Rafizi sendiri dalam video di atas. Melainkan anda mengatakan YB Rafizi itu otak udang?

12. Mohd Farliq Ko buat la video pula..kiteorng nk tgok penerangan ko..

Jawab:
  Mohd Farliq, saya mengulas bahawa kiraan matematik YB Rafizi salah. Saya dah nyatakan angka-angkanya. Boleh semak dengan kalkulator masing-masing. itu fokus komen saya. Komen saya adalah bab mengira harga akhir jualan apabila dikenakan caj gst pada contoh harga jam dan keuntungan yang dijadikan pemalar. Maka apa relevannye saya nak buat video untuk terangkan cara mengira? Tutorial kelas matematik? Ini permintaan yang sangat aneh.

13. Jassont Los Key Apa yang dia dapat sebenarnya yang support sangat gst? Ini soalan dia. Kita bantah sbb tak nak bayar cukai itu. Jawap la. @mohd farliq bagus idea you
Jawab:
 Jassont Los Key, saya tak support pun pelaksanaan gst. Saya ada pendirian sendiri mengenai masalah percukaian. Saya berpendirian Malaysia patut menghapuskan semua cukai dan rakyat hingga pemimpin wajar hidup secara qanaah dan infak untuk penuhkan perbendaharaan negara. Saya dah terangkan dalam komen-komen sebelumnya jika anda terlepas.

14. Maharaja Malaya Terima kasih saudara kerana cuba menjawab, nmpaknya saudara masih tdk memahami atau buat2 tdk faham tntang penjelasan sya? wallahualam....

1. Mengapa YB Rafizi tak nyatakan bahawa ada beratus barang dikecualikan GST?


Ulasan: Kalau lihat jawapan begini, escapism saja ini. Dalam video kata " semua barang dikenakan GST", tapi faktanya "bukan semua .....

J : Soalan anda terlalu general apabila anda bertanyakan bahawa ada beratus barang dikecualikan GST tetapi tidak disebur oleh YB, maka saya menjawabnya mengapa perlu diulas setiap satu barangan walhal senarai tersebut telah ada dan boleh di akses oleh sesiapa. Saudara mengatakan beratus2 barangan tidak dikenakan GST. Tetapi berdasarkan senarai barangan yang dikeluarkan oleh KPDNKK, barangan yang dikenakan GST adalah lebih bnyk dibandingkan barangan yg tdk dikenakan GST@zero rated sperti yg diberitahu YB. Itu belum termasuk dlm industri perkhidmatan. Bilangan barangan yang tidak akan dikenakan cukai di bawah GST hanyalah 21 muka surat. Jumlah barangan yang dikecualikan di bawah Akta Cukai Jualan (Kadar-kadar Cukai No 2) 2012, mempunyai 250 muka surat. Maknanya, skop jenis barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai GST jauh lebih luas berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebelum ini. Walaupun kerajaan mengatakan bahawa akan mengecualikan cukai GST atau menetapkan kadar 0% untuk barangan keperluan asas, tetapi cukai GST akan menyebabkan harga input untuk barangan tersebut turut meningkat sehingga menaikkan harga barangan tersebut. Tambahan pula, memang kerajaan tidak dapat menjamin bahawa pelaksanaan GST tidak akan menyebabkan harga barangan terus naik.

2. Mengapa YB Rafizi tak nyatakan result harga jika Pekedai adalah tak berdaftar GST, buktinya harga lebih rendah dari SST.

Ulasan: Maka jawapan begini tak menafikan dan mengiyakan pengiraan saya bahawa jika Pekedai itu tak daftar GST, harganya akan lebih ..........

J: Jika saudara melihat kepada jawaban saya sebelum ini saya tidak menafikan bahawa harga barangan akan turun sekiranya peniaga tdk berdaftar utk GST. Persoalannya dlm isu penjualan jam ini, bagaimana kita boleh mendapatkan peniaga yang tidak berdaftar utk GST dan menjual mengikut harga seperti pengiraan saudara? Logiknya disini, para peniaga yg tidak mempunyai jumlah pembekalan bercukai yg melebihi RM500k juga boleh mendaftar utk GST. Dan saudara perlu tahu, dengan perlaksanaan GST ini kos peniaga meningkat kerana mereka perlu mengupah konsultan perakaunan utk perniagaan mereka.

3. Mengapa YB Rafizi menggunakan contoh Pemborong dan Pekedai yang tamak yang menaikkan peratus keuntungan selepas pelaksanaan GST, padahal jika YB kekalkan peratus keuntungannya, result harga akan lebih rendah dari SST.

Ulasan: Kita nak buat perbandingan apabila peniaga mengekalkan margin keuntungan, adakah harga jualan semasa GST akan lebih tinggi dari harga..............

J: Sekiranya mengikut pengiraan saudara ini, peniaga bukan meningkatkan keuntungan mereka tetapi menurunkan keuntungan mereka.

"Sepatutnya Semasa GST dikekalkan peratusan keuntungan semasa SST
Kos: RM100, Untung: RM27.30, Harga jam: RM127.30, Peratusan untung: 27.3% "

Dengan pelaksanaan GST, walaupun kadar cukai adalah lebih rendah dan banyak barangan dan keperluan asas adalah dikecualikan dari cukai, namun skop GST adalah lebih besar kerana melibatkan banyak aktiviti urusniaga. Sebagai contoh kos menghasilkan alat keluaran seperti mesin, bahan pembungkusan, dan lain-lain semuanya akan dikenakan GST. Akibatnya pengilang terpaksa menaikkan harga untuk menampung kenaikan kos akibat GST ini walaupun ianya melibatkan pengeluaran barangan asas.

Dalam erti kata yang lain, walaupun kadar cukai 10% sekarang (iaitu cukai jualan) akan dikurangkan menjadi 6% dibawah GST, hakikatnya sekarang hanya 6-7 perkhidmatan harian yang dikenakan cukai dan hanya 10–15 barangan harian yang digunakan dikenakan cukai. Namun di bawah sistem GST nanti 90% dari barangan dan perkhidmatan harian dikenakan cukai, walaupun pada kadar yang lebih rendah. Jadi, bebanan rakyat seharian menjadi semakin tinggi kerana semakin banyak barangan dan perkhidmatan yang perlu dibayar cukai.

Kos melaksanakan GST (seperti mencetak invois baru, membayar akauntan, kursus dan lain-lain) dianggarkan mencecah RM15,000 setahun bagi setiap syarikat. Perbelanjaan ini akan dimasukkan di dalam kos yang akan menaikkan harga. Ini akan memberi kesan kepada peningkatan harga sesuatu barang. 89% dari keluarga di Malaysia yang sebelum ini dikira tidak perlu membayar cukai kerana pendapatannya rendah, perlu membayar cukai GST secara tidak langsung. Malah, mereka juga tidak menikmati faedah dari penurunan cukai pendapatan kerana pendapatan mereka rendah.Sebahagian besar rakyat Malaysia tergolong dalam kumpulan ini yang terpaksa menanggung cukai baru tetapi tidak pula mendapat faedah dari penurunan cukai sedia ada.

Soalannya, kenapa pemborong yang dicontohkan YB Rafizi meningkatkan keuntungan ..................

J : Nampaknya saudara masih tidak faham beza antara peratusan margin keuntungan dengan margin keuntungan dan bagaimana fungsinya dlm menetapkan keuntungan dlm sesuatu perniagaa,. Di sini saya harap saudara tidak mengelirukan orang ramai dengan mengatakan peniaga meningkatkan keuntungan selepas GST berdasarkan peningkatan peratusan margin keuntungan yang saudara lihat ianya zalim kepada rakyat. Cuba fahamkan bagaimana perbezaan antara peratusan margin keuntungan dengan margin keuntungan disamping penambahan kos-kos lain selepas GST. Saudara terlalu menyebut tentang penurunan harga selepas GST tetapi saudara seperti terlepas pandang akan kenaikan harga selepas GST. Saya berkata demikian bukan bermaksud saya menyokong kenaikan harga barang atas dasar hak peniaga, tetapi utk menerangkan kpada saudara tentang bagaimana sesuatu keuntungan itu ditentukan oleh peniaga. Sebagai contoh isu jam ini. Jika saudara melihat peniaga itu tamak kerana masih mengekalkan paras keuntungan kepada RM30 maka jelas sekali saudara masih tidak memahami bagaimana sesuatu perniagaan itu berjalan. Pengurangan kos RM10 kerana penghapusan cukai SST tidak bermaksud perniaga perlu menurunkan harga mereka kerana pengguna terakhir tetap dikenakan GST berbanding dengan SST, pencukaian itu cuma dikenakan pada satu atau dua peringkat sahaja.

Checkmate!

J: Fahamkan dlu beza antara peratusan margin keuntungan dengan margin keuntungan barulah saudara boleh checkmate

Saya harap sangat YB Rafizi tak menjawab gaya Maharaja Malaya ini. Saya harap beliau tersilap dalam memberikan contoh dan inshaAllah akan melihat kembali hujah dan kiraan matematiknya.

J: Jika saudara masih belum menjawab persoalan saya sebelum ini, maka saudara tdk perlulah menanti jawaban dri YB, siapalah sya jika hendak dibandingkan dengan YB kan? Jawapan saya yang simple masih saudara tdk mahu fahamkan, bagaimana saudara ingin fahamkan penjelasan YB selepas ini ya?

Jawab:
 Maharaja Malaya, saya tak faham dengan hujah balas tuan. Sila tunjukkan kiraan seperti yang saya telah tunjukkan sebelum ini:

Pemborong


Semasa SST
Kos: RM110 , Untung: RM30 , Harga jam: RM140, Peratusan untung: 27.3%
Semasa GST kiraan YB Rafizi
Kos: RM100, Untung: RM30, Harga jam: RM130, Peratusan untung: 30%

Sepatutnya Semasa GST dikekalkan peratusan keuntungan semasa SST
Kos: RM100, Untung: RM27.30, Harga jam: RM127.30, Peratusan untung: 27.3%

Pekedai

Semasa SST
Kos: RM140 , Untung: RM50 , Harga jam: RM190, Peratusan untung: 35.7%
Semasa GST kiraan YB Rafizi
Kos: RM130, Untung: RM50, Harga jam: RM180+RM10.80: RM190.80, Peratusan untung: 38.5%

Sepatutnya Semasa GST dikekalkan peratusan keuntungan semasa SST
Kos: RM127.30, Untung: RM45.45, Harga jam: RM172.75+RM10.40: RM183.15, Peratusan untung: 35.7%
Harga Pembeli bayar: RM183.15 (murah RM6.85 dari harga SST RM190)

Dalam video di atas, kita hanya fokus pada perbincangan kos produk. YB Rafizi sendiri belum sentuh bab kos lain. Apa yang YB Rafizi mahu buktikan adalah dengan semata-mata caj GST dan keuntungan yang tetap, harga jualan akan menjadi lebih tinggi dari zaman SST. Saya dah buktikan kiraan YB Rafizi salah. Dengan HANYA CAJ GST SEMATA-MATA tidak menaikkan harga jualan barang yang sebelumnya dikenakan SST.

Jika mahu berbicara soal kos-kos lain, saya rasa kita patut tunggu hujah YB Rafizi dalam video seterusnya. Tapi video pertama ini YB Rafizi telah gagal membuktikan kiraan matematik caj GST akan menaikkan harga jualan.


15.  Asri Ameer Rafizi bg contoh je margin keuntungan tu.tk kiralah untuk sikit ke banyak ke..yg akhir sekali pengguna yg tanggung gst..tu maksud dia..yang hang susah sgt nk paham tu apahal..ko ni sebiji mcm ahmad bin maslan..

Jawab:
 Asri Ameer, saya rasa YB Rafizi mahu membuktikan walaupun pemborong dan pekedai ambil UNTUNG YANG SAMA ketika SST mahupun GST, harga akan lebih tinggi pada GST. Jadi dia tunjuk macam mana dia kira boleh dapat tinggi. Saya pula buktikan kenapa dia boleh dapat tinggi sebab dia guna UNTUNG YANG TAK SAMA pada SST dan GST. Memanglah dia dapat hasil akhirnya tinggi sebab dia dah pun tinggikan keuntungan pada GST, kerana pada GST, KOS TELAH TURUN. Jadi saya buktikan jika UNTUNG YANG SAMA DIGUNAKAN dengan guna peratusan untung yang sama ketika SST, saya buktikan jualan akhir GST lebih rendah dari SST. Rujuk kembali angka-angka yang saya buktikan dari kiraan YB Rafizi dan dari kiraan saya.

16.  Nurul Hazlina Nak tanya pasal yg x berdaftar gst,, die x boleh kenakan cukai ke pengguna, die still akan dpt penambahan gst drpd pemborong kan.. lepas tuh die x boleh claim balik. So nk untung camne... trpakse lah die naikkan harga..

 Nurul Hazlina Tuh baru kira barang,, belum lg perkhidmatan, air, syarikat topup

Jawab:
 Nurul Hazlina, saya kira puan rujuk kepada poin no 2 saya di atas apabila pekedai tak berdaftar GST maka saya katakan dia akan jual RM187.80 yang masih lebih murah dari semasa SST RM190.

Begini kiraan RM187.80 itu:


RM130 (harga barang dari pemborong)+RM7.80(GST dari pemborong)+RM50 (keuntungan)=RM187.80

Jadi tak timbul Pekedai tak berdaftar tersebut tak untung dengan RM187.80 kerana keuntungan telah dimasukkan.


17.  Mohd Nor Yunus Hahahaha. Aku ingat dh hbs. Ader lagi. Masih xpuas hati pasal kira. Kah3, kan org dh ckp. 2 2 kiraan betul. Cumer pemahaman permasalahan yg saudara xpaham. Senang ckp. Klau hati dh ckp GST tu bagus. Kira mcmnr pun mesti kau ckp GST yg rendah. Tapi sayang. Kiraan tuan masih lagi tidak dipraktikel oleh mnr2 sebab brg dh naik sebelum GST. Zahirnyer harga barang dh melambung selepas GST dilancarkan.

Jawab:
 Mohd Nor Yunus, saya hanya tolong jelaskan lagi pada yang baru tiba. Kalau tuan dah hadam dan anggap kedua-dua kiraan saya dan YB rafizi adalah betul, maka itu pendapat saudara. Tiada siapa boleh paksa pendapat sesiapa pada sesiapa. Jadi kalau saudara mahu tunjukkan justifikasi kenapa kiraan dua-dua betul itu juga menjadi hak saudara sepertimana hak saya menjelaskan lagi dan lagi bagi mereka yang saya rasakan tidak jelas dengan apa yang saya buktikan.

18.  Amar Sky Maaf saudara. Dimalaysia keuntungan tidak ikut %. Pakat markup ikut sedap sendiri je untung. Lagipun dia bagi contoh jam. Kedai jam hampir kesemuanya layak gst.

Jawab:
  Amar Sky, apabila kita mahu menyemak apakah caj gst semata-mata akan menyebabkan harga barang menjadi tinggi dari zaman sst, maka keuntungan mesti dimalarkan (ditetapkan). Kalau kita naikkan keuntungan, maka bagaimana kita boleh buktikan harga yang tinggi itu disebabkan keuntungan berubah atau nilai cukai berubah. Maka salah satu menjadi pembolehubah dan satu lagi mesti jadi pemalar, kos dan harga jualan akhir akan jadi result.

19.  Faisal Abdullah Pandangan fakrur memang baik, penerangN rafizi jugak ada benarnya... Rafizi memberi contoh yg mudah bagi golongan pelbagai peringkat faham.. Kalu buat cara penerangan fakrur tu.... Payah skit org nak paham, yg ambik ekonomi paham ler.. Lagpun margin keuntungan ada pelbagai bentuk boleh di gunakan... Rafizi guna satu cara dan fakrur guna satu cara... So saya rasa penambhan bagi maklumat pambaca.. Pandangan sy, peniaga akan ambil kesempatan menggunakan cara pengiraan rafizi kerana dapat untuk lebh...

Jawab:
 Jadi Tuan Faisal Abdullah rasa video penerangan YB Rafizi di atas adakah membuktikan caj gst menyebabkan harga jualan jadi tinggi ATAU margin keuntungan yang dinaikkan menyebabkan harga jualan menjadi tinggi dari sst?

 Faisal Abdullah Iyer ler sbb guna margin cara mcm tu..

Jawab:
 Ok terima kasih atas maklum balas tuan Faisal Abdullah.

20.  Rozaini Janal Tkan nk bokoit brg makanan ,pampers yg memang keperluan dulu sebelum gst kata ada brg yg turun spai 40% mana......

Jawab:
  Mana tuan Rozaini Janal tak mampu boikot, tayahlah boikot. Bagi yang mampu kita akan cari peniaga baik yang turunkan harga dan tinggalkan peniaga jahat yang jual mahal. Kita akan aktif survey harga dan maklum pada saudara rakan dan ahli komuniti mana peniaga yang baik dan mana peniaga yang jahat. Jika ada kesanggupan untuk berkhidmat dan berkorban masa dan tenaga demi kuasa pengguna jadi kuat, kita akan lakukan. Ini zaman kuasa pengguna bangkit, zaman revolusi. zaman peniaga jadi tunduk tawadhuk dan menghormati pengguna.

21.  Dzadil Syakirin Bagus penerangan YB Rafizi dan saudara Fakhru Razi. Pengiraan keuntungan dengan kaedah yang berbeza memberikan kesan pada harga barang. Selama ni kalau kita lawat laman yang menerangkan GST oleh pihak kerajaan, cara pengiraan YB Rafizi yang digunakan. Jadi kemungkinan sebab tu YB menggunakan kaedah ini dan realitinya memang begitulah yang berlaku sekarang ini. Harga barang naik. Teorinya memang indah, realitinya tidak.

Jawab:
 Dzadil Syakirin, saya lihat laman kementerian kewangan menggunakan peratus margin keuntungan dan bukannya fix nilai untung dalam rm: http://www.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2785%3Apada-kadar-6-pengguna-akan-akhirnya-membayar-24-gst-ke-atas-harga-belian&catid=506&Itemid=2493&lang=ms

22.  Fuad Latip Itu TEORI. Rafizi guna yang realiti now.

Kalau teori... 6% atas keuntungan. Bukan harga barang.


SST:
Harga RM100.
Untung RM20.
10% daripada RM20 = RM2.
Harga barang RM122.

Teori GST:
Harga RM100.
Untung RM20.
6% daripada untung RM20 = RM1.20.
Harga barang RM121.20

REALITI GST:
Harga barang RM100.
Untung RM20.
6% daripada harga penuh barang RM120 = RM7.20.
Harga barang jadi RM127.20.

Comparelah REALITI dan TEORI.

SEMBANG REALITILAH. Takyah teori-teori.

Jawab:
 Tuan Fuad Latip, boleh saya tahu GST versi mana pula kira 6% dari keuntungan dan bukan dari nilai barang ni? Ada sumber?

23.  Hariz Kochie Kamara Yg terjejas masih pengguna terakhir tanpa kompromi miskin kaya..penyelesaian nye en razi kata kene mula boikot..pon akhirnya menyusahkan pengguna terakhir trpaksa bersusah pyh mencari keperluan harian yg xdibelenggu peniaga jahat..mslh yg sebenarnye apa tujuan gst?utk pengutipan cukai yg telus dan efisien..utk apa?kemajuan negara?negara maju rakyat susah buat ape?tanya dlm diri..berapa ramai rakyat 1st class mind dlm negara ni yg mampu main boikot2 sambil hadam teori yg mahathir pon xphm kononnya?akhirnya kapitalis juga makin untung..rakyat susah mkin susah dan disusahkan..bagi saya..perlu semak pentaksiran income tax utk glongan maha kaya di malaysia sambil memperkemaskan aliran duit keluar masuk negara dulu..baru sembang psl cukai..barulah negara dpt dimajukan tanpa membebankan majoriti rakyat malaysia iaitu golongan berpendapatan rendah..

Jawab:
  Hariz kocie, saya ada sebut dua perkara dalam komen-komen lepas. Kuasa pengguna dan kuasa pengundi. Jangan takut susah boikot, kerana peniaga paling gelabah apabila diboikot. Mereka akan tunduk. Tak suka cara kerajaan sekang, boleh tukar kerajaan yang kaliber dengan syarat org kaliber yang kita angkat bukan org yg tak jujur. Tak suka dua penyelesaian ini, boleh laksana penyelesaian sendiri kalau dah yakin cara sendiri itu lebih mujarab.

24.  Alvin Tey The fact still the same. After GST ALL harga barang naik. Even kos pengilang pun naik, electric gst, air gst, seribu pekerja complain gaji tak naik lepas gst, naik kan gaji, seorang tambah rm100 sebulan, seribu pekerja.. 1000xrm100 = rm100,000 sebulan.

Hairan lah kalau cam ni, kos jual dari pengilang tidak naik!!!! Warung jual air Bandung tu pun naik 20sen. Apahal kalau tak naik, apa macam nak menyara keluarga

Jawab:
Alvin Tey, kami pengguna akan tentukan harga pasaran. Jika harga pengilang turun, margin untung kecil pun tapi jika semua harga lain2 barang pun turun, dengan untung kecil pun dah boleh sara keluarga. Kami pengguna akan tundukkan semua peniaga. Peniaga yg degil akan bankrap, peniaga yang bersama bantu turun harga utk kami akan kami kayakan. Kuasa pengguna raja pasaran

25.   Hafizul Hisyam sembang pnjg lebar tak g kedai ke beli brg tgok perbezaan harga sebelum dan selepas gst?bongok!
Jawab:
 Hafizul Hisyam, kuasa pengguna waktu ini lagi kurang membeli lebih cepat buat peniaga berpeluh dan mula menurun harga. Slowkan perniagaan semua kapitalis dalam sebulan dua ini biar pendapatan bulanan mereka berkurang. Dan kayakan jika jumpa mana-mana peniaga mula menurunkan harga barang.

26. Rahman Saad Saad Mahmud .ini antara ayat tuan di atas

Nak adil mengira, kekalkan peratus keuntungan, lepas tu baru tengok result kiraan GST akan naikkan harga barang atau tidak. Saya fokus pada video, saya bukan fokus pada situasi permasalahan realiti.


Rahman Saad Saad Mahmud How come.?...kiraan rafizi bkn sbb naikkan margin profit...tp kiraan realiti sbb SST x ditarik...itu yg result kiraan GST naik

Jawab:
Tuan Rahman Saad, itu prinsip asas dalam algebra! mesti ada pembolehubah, pemalar dan result. pembolehubah adalah nilai cukai sebab kita nak bandingkan cukai sst dan gst yang berbeza nilai. pemalar adalah nilai keuntungan. YB rafizi gunakan rm30, rm50 sebagai pemalar keuntungan. malangnya nilai keuntungan itu tak jadi pemalar sebab kos adalah result yang berubah disebabkan berubahnya nilai cukai. kos menjadi rendah dengan nilai untung yang sama menjadikan nilai untung itu besar peratusannya. maka bila Yb rafizi cuba buktikan kenaikan result hasil jualan adalah akibat dari berubahnya sst kepada gst, ia tak dapat dibuktikan kerana peratusan keuntungan tak sama digunakan dalam kiraan sst dan gst. maka result yang terhasil mungkin kerana kenaikan margin keuntungan. oleh sebab kita nak tgk result jd tinggi atau rendah hanya dengan berubah cukai, maka keuntungan mesti dimalarkan, oleh itu kita guna peratusan yang sama semasa sst pada gst, nilainya berbeza kerana kosnya berbeza ketika sst dan gst. selepas itu barulah kita boleh lihat dalam kiraan gst adakah nilai jualan menjadi lebih tinggi atau rendah. Itulah kisahnya.

27.DareVil Roy Hahaha... Kalau kos tu boleh Kira Macam tu, harga gaji u pun kena susut ikut peratus dahulu la... Fikir dua kali sblm mengkritik penjual dan pemborong... Bayangkan jika untung dahulu untuk syarikat adalah 50k untuk quantiti 100 barangan... Cukup untuk menampung segala kos pekerja... Sekarang? Untung dah kurang akibat peratus yang you kira... 100 barangan dapat untung 47k... Macam mana boss nak dapatkan 3k extra untuk bayar pekerja? Tambahan dengan peningkatan kos pada benda yang tak Ada cukai dahulu??

Lain kali jangan fikir dengan matematik saja... Guna otak perniagaan sikit... Otak pekerja saja, hilang kerja u...
Saya tak nafikan ada barangan sudah dikecualikan gst... Sebab tu Dato menyatakan minta kerajaan membesarkan skop pengecualian gst untuk menurunkan beban dahulu...
Saya yakin pihak pembangkang sokong laksanakan gst seperti yang dinyatakan DSAI... Tetapi bukan cara seperti skrg yang amat menekan kepada hidup rakyat sekarang...
Dengan nilai matawang yang jatuh... Harga barangan import pun naik... Sebab pengimport perlu membayar hutang dengan US dollar... Tambahan negara kita masih mengimport makanan dari China dan negara jiran... Hasil sayur tempatan masih tak cukup menampung keperluan rakyat... So harga sayur import juga naik... Beban rakyat juga naik.. So please think before u comment as well...
  
Jawab:
DareVil Roy, saya sebut peratus keuntungan dimalar atau ditetapkan. Ertinya jika semasa sst beli barang dari kilang rm110 untung rm30, maka peratus keuntungan adalah 27.3%, maka selepas gst harga barang dari kilang berkurang jadi rm100, untuk kekal untung 27.3% hanya perlu untung dalam rm27.30 saja.

Seolah-olah dulu keluar duit rm110 menjana rm30, sekarang keluar duit rm100 menjana rm27.30. Adakah keuntungan berkurang? Jika anda ada modal rm1000 semasa sst, barang dari kilang harga rm110 anda boleh beli 9 barang saja dan jika 1 barang untung rm30, 9 barang anda untung rm270. Lepas gst dengan modal sama rm1000, anda sudah boleh beli 10 barang sebab harga barang dari kilang sudah kurang jadi rm100. Maka dengan untung rm27.30 satu barang, 10 barang anda untung rm273. Dengan modal yang sama semasa sst dan gst, walaupun keuntungan satu barang direndahkan dari rm30/1 barang kepada rm27.30/1 barang disebabkan peratus keuntungan berbanding kos barang dikekalkan 27.3% anda masih untung dalam jumlah hampir sama rm270 semasa sst dan rm273 semasa gst. Jadi tak timbul keuntungan berkurangan.


28.   Mohd Farhan dia kan duduk jepun..mana dia tahu barang kat malaysia ni mcm mana.. n dia ni peniaga ke? for u info peniaga yg xdftr gst tetap akan naikkan harga barg..sbb apa?sbb dulu beli stock 1k..skrga 1k+6%..siapa nk serap 6% tu?comfirm peniaga xnak serap..so naikkan la harga barang..tu org xpakar matematik pon pandai..siapa niaga nk rugi.kos modal naik=harga jualan pn naik. susu naik 1sen=teh tarik naik 10sen..tu la realiti kat malaysia..xsuka duk malaysia?dduduk negara lain..hahaha

Mohd Farhan peniaga pon banyak yg tutup kedai lepas gst..yg untung peniaga yg besar2an...sbb duit gst diorg boleh buat rolling utk modal..yg peniaga kecik bawah 500k semua sanggap..naikkan harga kena saman..n peratusan paling besar peniaga bawah 500k ni adalah peniaga melayu..haha..padan muka org melayu..pemimpim melayu tp kena pijak..kalau pemimpin bukan melayu aku xtau melayu jadi apa nnt...ini bukan isu politik tp isu kita semua..kalau buat gst tp negara maju macam negara singapore aku pon xkisah...

Jawab:
Tuan Mohd Farhan,

quote: "for u info peniaga yg xdftr gst tetap akan naikkan harga barg..sbb apa?sbb dulu beli stock 1k..skrga 1k+6%..siapa nk serap 6% tu?"

Kes yang tuan sebutkan itu bagi kes peniaga (tak daftar gst) yang membeli barang dari pembekal tamak kapitalis yang telah saya bahaskan. Dalam video di atas, YB Rafizi sendiri mengaku kos barang berkurang akibat GST. Cuma disebabkan YB Rafizi telah menaikkan peratus keuntungan pemborong dan pekedai, maka harga jualan menjadi lebih tinggi daripada sebelum GST (semasa SST).

Dalam contoh tuan beri pula, sebelum GST harga barang RM1k (dah mengandungi SST), bila GST dijual barang itu RM1k+6% (bermakna SST+GST). Inilah contoh kapitalis tamak.

Lihat apa yang sudah saya sebut dalam tambahan komen mengenai realiti, quote "DAN SAYA AMAT SEDAR 99.9% dari peniaga yang menaikkan harga barang AKAN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENAMBAH UNTUNG LEBIH DARI SEMASA SST dengan cara antara lainnya campur terus harga semasa SST dengan GST hingga harga barang NAIK BERKALI GANDA."

Jadi tuan telah mengesahkan realiti di Malaysia sekarang, peniaga memang telah melakukan jenayah mencampurkan harga SST dan GST sekaligus walaupun SST telah dihapuskan.

Tuan ada menyebut, quote "peniaga pon banyak yg tutup kedai lepas gst..yg untung peniaga yg besar2an...sbb duit gst diorg boleh buat rolling utk modal.."

Soalan saya, apa maksud tuan, "duit gst diorg boleh buat rolling utk modal", tahukah tuan duit gst adalah duit cukai yang perlu dibayar pada kerajaan?

Bagi pengomen-pengomen yang lain, saya minta maaf tak dapat nak respon pada tuan-tuan. Bagi komen yang masih lagi tanya, "jadi kenapa harga tak turun?", saya rasa mereka masih belum membaca komen tambahan saya pada bahagian akhir komen saya di atas.

Apa-apa pun dalam konteks video ini, YB Rafizi memang gagal membuktikan secara kiraan matematik bahawa caj GST semata-mata menyebabkan harga jualan lebih tinggi daripada semasa SST. Beliau telah meningkatkan peratus keuntungan Pemborong dan Pekedai semasa mengira kiraan jualan dengan GST.

Dalam video kedua YB Rafizi ada bercerita mengenai barang yang dikecualikan GST. Maka soalan pertama saya berkaitan mengapa YB Rafizi menyembunyikan ada barang yang dikecualikan GST, dan menyebut dengan jelas dalam video pertama di atas bahawa "semua barang dikenakan GST" sudah terjawab. Rupa-rupanya YB Rafizi SENGAJA sebut secara salah "semua barang dikenakan GST" dalam video pertama kerana mahu MEMBETULKAN dalam video kedua. Ada lagi fakta salah dilakukan dalam video kedua, tetapi saya tunggu hingga semua video berkaitan GST dikeluarkan, kerana saya bersangka baik, mungkin fakta salah itu akan DIBETULKAN dalam video seterusnya.

Saya benar-benar harap YB Rafizi jadi ahli politik jujur. Potensinya ada, tapi amat sedih jika sengaja jadi tak jujur, guna helah seperti dalam kiraan matematik dalam video di atas untuk menegakkan hujah, ia hanya akan buat harapan rakyat seperti pengomen-pengomen yang memuji YB Rafizi di sini hancur dan berkecai. Mereka beria-ia rasa YB Rafizi sangat bijak membuktikan secara kiraan matematik, caj gst semata-mata telah menaikkan harga, padahal saya telah buktikan kiraan itu salah. Ada pula yang memang mengaku YB Rafizi salah mengira, tapi tak kisah, asalkan YB Rafizi menentang GST. Saya tak fikir itu membantu dalam menegakkan hujah untuk GST dihapuskan.

Pada saya, rakyat yang mahu GST dihapuskan ini perlu membina pendirian untuk SEMUA CUKAI DIHAPUSKAN seperti yang saya cadangkan. Ertinya tiada langsung cukai perlu dibayar oleh sesiapa jua dari sektor korporat, barang-barang jualan, pendapatan rakyat, cukai tanah, cukai pintu semua zero.

Bagi memenuhi keperluan negara dalam membayar gaji penjawat awam, pembangunan infrastruktur, mahupun kebajikan rakyat, tabung BAITULMAL perlu dibuka, dan infak dari rakyat dan pemerintah akan dikutip berdasarkan tujuan itu. Rakyat berhak melihat jumlah kutipan infak setiap bulan. Sebagai contoh tabung untuk gaji penjawat awam dibuka, rakyat akan berinfak mengikut keikhlasan, dan status kutipan akan diumumkan. Jika semua rakyat Malaysia ikhlas mahu melihat Malaysia maju, maka tabung-tabung ini akan sentiasa penuh dan cukup untuk memenuhi keperluan negara dan rakyat. Jika semua RAKYAT MALAYSIA KEDEKUT BAKHIL NAK PENTINGKAN DIRI SENDIRI, maka tabung-tabung ini akan kosong, sektor awam akan dikecilkan atau langsung dibubar, rakyat sendiri akan menderita apabila tiada polis, tiada bomba, tiada guru, tiada doktor, tiada pembangunan dan sebagainya. Hasilnya Malaysia akan hancur, dan waktu itu negara akan dikuasai oleh penjajah asing semula.

Saya kira ini lebih adil, rakyat tidak akan marah-marah lagi jika Malaysia mundur kerana kali ini, rakyat penentu halatuju negara. Semakin rakyat ikhlas, bertaqwa, qanaah dan cintakan tanahair, maka semakin itulah infak-infak akan memenuhi tabung-tabung baitulmal negara. Semakin rakyat pentingkan diri sendiri, kedekut, bakhil, nak untung saja, cintakan dunia dan nafsu serakah, maka semakin itulah tiada infak dari rakyat, tabung-tabung baitulmal negara kosong, negara ranap, rakyat menderita dan terazab atas hati busuk sendiri. Saya rasa ini lebih menepati konsep negara dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. MARI SOKONG HAPUS SEMUA CUKAI, KE ARAH INFAK IKHLAS DALAM MEMBANGUNKAN NEGARA.

Sekian.

mfr
(grad jepun 2010, sudah ada di malaysia 5 tahun)
8 Ramadhan 1436