|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
Pilihan yang diberi oleh produksi teater:


Nadia Putri kata,
"Sebenarnya saya bertudung, tapi atas tuntutan profesi maka saya lepas tudung sebentar.
Bertudung itukan tidak harus selalu dipakai, kalau misalnya ada keperluan sebentar, boleh (dibuka). Itu menurut sayalah.
Saya rasa tudung tidak seperti itu (harus pakai sentiasa). Seperti itu jilbab (yang perlu dipakai sentiasa).
Yang jelas-jelas jilbabnya itu bukan pakai celana peker.Bagi panjang dan pakai jilbab panjang"-(Nadia Putri diwawancara "Terjah" Ep.7)


Wardina kata,

"Saya menyeru supaya artis-artis kita menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat. Contohnya, bagi yang bercinta atau bukan mahram jangan berpegang tangan di depan khalayak termasuklah melalui media massa."

"Kalau berlakon pun elakkan bersentuhan dengan pelakon bukan mahram. Semua itu akan menjadi tontonan dan boleh menjadi ikutan golongan remaja. Ia adalah antara punca awal yang boleh mendorong kepada perbuatan zina."

"Adegan-adegan berpegangan tangan atau berpelukan dalam drama televisyen serta filem di kalangan pelakonnya boleh menggalakkan perhubungan bebas antara lelaki dan wanita. Ia boleh mempengaruhi golongan muda."

"Sebab itu, saya sarankan supaya diharamkan adegan-adegan seperti itu di mana ia boleh digantikan dengan adegan-adegan lain yang lebih kreatif. Kita jangan terlalu mahu meniru budaya dari Barat yang tidak ada batas sempadan."(Wardina-sumber)


“Bukannya kita ikut dan menerima bulat-bulat gaya hidup Hollywood. Saya juga tidak nampak ulama atau ustaz yang menegur artis-artis ini." (Wardina-sumber)



Saya kata,

  1. TADARRUJ DALAM FILEM ISLAMIK
  2. LAGI BUKTI PEMBIKIN DRAMA "MENYURUH" MEMBUKA AURAT
  3. FILEM TASTE OF CHERRY (1997)-REALISME CARA KIAROSTAMI
  4. IMAN TAK KISAH?
  5. SURUHAN MEMBUKA AURAT: LEBIH KUFFAR DARI KAFIR
  6. REVIEW TELEDRAMA MUSAFIR
  7. MENGGERAK REVOLUSI LAKONAN ISLAMI
  8. BEBERAPA IDEA LAKONAN ISLAMI
  9. FILEM LAKONAN ISLAMI
  10. SEBENARNYA WUJUDKAH PEJUANG ISLAM SEBENAR DALAM INDUSTRI HIBURAN?
  11. BERDAKWAH MELALUI FILEM
  12. RUPANYA MASALAH TAK ADA IDEA
  13. JERAT HEDONIS SUDAH MENGENA KEBODOHAN
  14. DUNIA HEDONISME YANG JARANG DIPANTAU
  15. STRATEGI SEMASA 1: SEKULARISME ARTIS


Saya menunggu bilakah respon saya akan tersiar di ruang komen entri Faisal Tehrani yang bertajuk, "Bulan Maulud Memang Lebih Besar Dari Bulan Ramadhan".Harapan saya agar Faisal Tehrani boleh memberikan jawapan balas dari apa yang saya responkan.Namun apabila terlihatkan ruang komen itu bertambah dengan balas membalas dari Faisal Tehrani terhadap satu dua pembaca yang sama berulang-ulang, maka saya seakan yakin, komen saya yang sudah dihantar sebelum balas-membalas itu tak akan disiarkan nampaknya. Maka secara automatik, menjawab entri orang yang menyekat pandangan saya di ruang beliau haruslah ditulis kembali di blog ini seperti lazim prinsip alhikmah-diari diwujudkan sejak awal.

PERTAMA: KENYATAAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Entri itu pada asasnya dilihat jelas ditulis untuk membidas apa yang dilaporkan media sebagai kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan merangkap mursyidul am PAS.

Faisal Tehrani menulis,

Khabarnya, Datuk Nik Abdul Aziz mengeluarkan satu kenyataan berbau wahabi yang amat "bahaya" iaitu: “Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa.” Demikian menurut laporan (di sini)

Datuk Nik Aziz dilaporkan menambah: "Kita jangan sekali-kali terpengaruh dengan keadaan semasa. Kadang-kadang benda yang berlaku semasa ini tidak serupa dengan kehendak agama. Tetapi dengan sebab benda itu berlaku semasa bercanggah dengan agama, kadang-kadang menjadi masalah. Contohnya, Maulud Nabi." (Baca: Maulid ini konon bid'ah).


KEDUA: HUJAH FAISAL TEHRANI BAHAWA BULAN MAULUD LEBIH BESAR DARIPADA BULAN RAMADHAN

Faisal Tehrani cuba membuktikan bahawa Bulan Maulud lebih besar daripada bulan Ramadhan dengan menghujahkan:

1. Rasulullah diturunkan untuk rahmat ke seluruh alam. Maka kelahiran baginda menjadi besar untuk seluruh alam. Faisal Tehrani menulis,

Sila baca ayat 107 surah al-Anbiya: Dan tiadalah Kami mengutus kamu (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam. Oleh kerana itu (rahmat) baginda adalah bukan untuk orang tertentu sahaja, bukan untuk sahabat sahaja tetapi untuk setiap manusia dan makhluk (apa sahaja). Bahkan untuk seluruh alam semesta, gunung ganang, dan sekian petala bumi dan langit. Melangkaui zaman dan batas sempadan. Untuk manusia dengan apa jua warna kulit dan agama. Ia merentasi setiap entiti yang tidak terfikirkan dek akal.

2.Kelahiran Rasulullah s.a.w lebih besar dari turunnya para malaikat dan pengampunan yang diberikan pada malam Lailatul Qadr. Malah, syafaat Nabi mengatasi pengampunan seribu lebih bulan.Faisal Tehrani menulis,

Lailatul Qadr pada bulan Ramadhan adalah malam turunnya malaikat, dan pemberian pengampunan yang besar tetapi tuan-tuan, kelahiran Rasulullah saw, kekasih Allah adalah jauh lebih besar daripada peristiwa tersebut. Kehadiran Nabi Muhammad jauh lebih penting daripada kejadian turunnya para malaikat. Bulan maulid adalah bulan anugerah Allah yang mempersembahkan Rasulullah untuk seluruh alam. Syafaat baginda mengatasi keampunan seribu lebih bulan. Ia valid dan relevan melebihi batas waktu.


3.Bulan Ramadhan adalah bulan turunnya Al Quran untuk umat manusia, tetapi bulan Maulud lebih besar kerana lahirnya Nabi Muhammad s.a.w untuk seluruh alam semesta.Faisal Tehrani menulis,

Bulan Ramadhan adalah bulan turunnya al-Quran, pewahyuan al-Quran amat bermakna buat umat Islam tetapi maulid adalah bermakna untuk seluruh alam semesta.


4.Beramal di bulan Ramadhan diganjari banyak pahala berlipatganda, namun mencintai Rasulullah yang ditunjukkan di bulan Maulud lebih besar kerana cinta Allah (mendapat ganjaran dari Allah) tidak akan dapat diraih tanpa cinta Rasul.Faisal Tehrani menulis,

Memang beramal ibadat di bulan Ramadhan berlipat ganda pahalanya, tetapi mencintai Rasulullah saw (walau sekecil-kecil cara) terpandang di sisi Allah kerana baginda adalah kekasih-Nya. Kalau ada orang menyangka boleh meraih cinta Allah tanpa cinta Rasul maka ini pandangan batil.


KETIGA:RESPON SAYA KE ATAS HUJAH FAISAL TEHRANI


Kesilapan saya ketika menghantar respon ke atas entri Faisal Tehrani itu adalah tidak menyimpannya (save as document) kerana pengalaman saya yang lepas-lepas ketika menghantar komen ke atas entri Faisal Tehrani, sama ada pro atau kontra, tetap dilulus oleh pihak pengurusan blog tersebut.

Tapi mungkin situasi sudah berbeza kini. Saya mungkin perlu meletakkan Faisal Tehrani sebaris dengan laman seperti web Ustaz Hasrizal, yang menyaring komen untuk membina imej cantik dan kemas pada webnya (yang didakwa demi kebahagiaan anak-anak beliau yang akan membacanya di masa hadapan).Walaupun saya berasa hairan juga, apabila komen-komen yang kontra dengan entri Faisal yang diluluskan itu, bukanlah hujah kontra yang kemas sangat pun. Jika tidak lebih baik pun, komen saya masih selayak komen yang diluluskan itu.

Berikut adalah beberapa hujah saya yang dapat saya ingati ditambah dengan apa yang saya terfikir selepasnya:

1. Tajuk entri Faisal Tehrani sahaja sudah bercanggah dengan apa yang difirmankan oleh Allah s.w.t.

Pertama,Faisal Tehrani mendakwa bulan Maulud lebih besar daripada bulan Ramadhan dengan menulis tajuk, "Bulan Maulud Memang Lebih Besar Dari Bulan Ramadhan!". Padahal malam mulia di bulan Ramadhan yang dipanggil Lailatul Qadr itu sahaja sudah lebih baik daripada seribu bulan. Hal ini difirmankan oleh Allah s.w.t sendiri:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. "(al Qadr: 1-3)


Kedua, Nabi s.a.w sendiri, ahlul bayt baginda,serta para sahabat semuanya berkejar-kejar mencari Laylatul Qadr di bulan Ramadhan, malah pemergian bulan Ramadhan ditangisi para sahabat kerana bimbang tidak dapat bertemu lagi Ramadhan seterusnya. Itu sahaja sudah cukup membuktikan bulan Ramadhan begitu besar berbanding bulan-bulan lain malah, tak pernah Nabi, ahlul bayt baginda, para sahabat membesar-besarkan bulan Maulud.

Apatah lagi, bulan Maulud itu sendiri khilaf akan tarikh dan bulannya. Jika benar wujud bulan Maulud yang memang punya kebesaran, tentu Nabi sendiri tak akan biarkan peluang membesarkan bulan maulud terlepas dari pengetahuan umatnya.

2. Hujah Faisal Tehrani hanya membuktikan utusan Nabi Muhammad s.a.w ke dunia lebih utama daripada bulan Ramadhan bukannya membuktikan bulan Maulud itu lebih besar.

Memang benar, segala kebesaran bulan Ramadhan, kurnia Laylatul Qadr, turunnya al Quran, pengampunan atau ganjaran Allah di bulan Ramadhan tidak akan dapat dikecapi fadilatnya jika kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w tidak wujud dalam diri. Sebab itulah 2 kalimah syahadah itu bukan sahaja mengandungi pengakuan keyakinan kita bahawa hanya Allah itu sebenar-benar Tuhan dan layak disembah, malah kita juga mengaku Nabi Muhammad s.a.w itu rasulNya.

Pertama, kita perlu faham apa makna Rasul dan apakah keutamaan Rasul itu. Kedua, kita kena tahu apa makna mencintai Nabi Muhammad s.a.w. Selesaikan dua perkara itu, maka kita tidak akan nampak apa perlunya menegakkan hujah bahawa bulan kelahiran Nabi (bulan Maulud) itu lebih besar daripada bulan Ramadhan.

Rasul itu hanyalah utusan Allah untuk membawa khabar dari Allah, kemudiannya dia dijadikan contoh tauladan untuk diikuti. Dia Rasul, manusia biasa yang diangkat darjat oleh Allah dengan diberikan taraf maksum.Tugasnya yang utama supaya manusia kembali membesarkan Allah dan menyembah Allah dengan selayak-layak sembah. Membesarkan makhluk hingga memberikan kedudukan hampir sama tuhan, atau taraf tuhan adalah dosa paling berat dan jijik iaitu syirik. Meluruskan akidah manusia untuk mengesakan Allah adalah bagi menghapus dosa syirik ini.

Lalu, mencintai Nabi Muhammad itu memang syarat penting untuk sama-sama masuk ke syurga bersama baginda. Tapi bagaimanakah rasa cinta itu diterjemahkan? Sabda Nabi kepada Anas bin Malik,

"Wahai anakku, jika kamu mampu pada waktu pagi dan petang tidak berdendam dengan sesiapa, lakukanlah. Wahai anakku, itu merupakan sunnahku. Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, sesungguhnya dia mencintaiku. Sesiapa yang mencintaiku sesungguhnya dia akan bersamaku di syurga. Wahai anakku, jika kamu pulang bertemu keluargamu, berikanlah salam kepada mereka. Kerana ia akan membawa keberkatan kepadamu juga keluargamu.

Jelas di sini, mencintai baginda adalah obses untuk menghidupkan sunnah baginda. Membesarkan bulan Ramadhan adalah contoh sunnah baginda yang qat'ie. Sedangkan membesarkan bulan Maulud tidak dipastikan sebagai sunnah Nabi s.a.w.

Buka pelbagai kitab dan bacalah mengenai sunnah baginda, dari doa-doa dan zikir-zikir baginda, dari amalan solat sunat baginda, dari peribadi baginda dengan akhlak sempurna, dari perjuangan baginda untuk dakwah tanpa rasa penat dan lelah, sudahkah kita benar-benar mencontohinya? Nak benar-benar hidupkan sunnah baginda sahaja baru terkedek-kedek, bagaimana boleh kita katakan cintakan baginda dengan hanya meneriak rasa cinta semata-mata? Patutkah kita menjadi seorang teman lelaki yang mengucapkan kata-kata manis kasih dan sayang cuma, atau menjadi suami dan bapa yang sungguh-sungguh melindungi serta memimpin keluarganya ke jalan yang benar? Yang mana satu cinta seorang lelaki yang jadi pilihan hatimu?

3.Nabi Muhammad dimuliakan kerana agungnya Al Quran, bukannya Al Quran menjadi agung kerana mulianya Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w diturunkan untuk Al Quran atau Al Quran diturunkan untuk Nabi Muhammad s.a.w?

Sekali pandang kita nampak soalan ini seperti isu "yang mana ada dulu, ayam atau telur?". Turunnya Nabi Muhammad s.a.w memang sudah dijadualkan oleh Allah sejak azali lagi, begitu juga kalam Allah itu milik Allah yang tidak ada mula dan akhirnya.Sebab itu Al Quran menceritakan kisah manusia sejak di alam roh, hingga kejadian-kejadian yang berlaku di dunia dari zaman Nabi Adam hingga kiamat, seterusnya kisah di alam Mahsyar dan di dalam syurga dan neraka yang merupakan alam kekal untuk manusia yang pada kiraan akal manusia adalah kisah-kisah masa hadapan.

Pada pandangan alim ulama, Laylatul Qadr bukanlah malam turunnya Al Quran pada Nabi Muhammad s.a.w, tetapi turunnya Al Quran dari Lauh Mahfudz ke Baitul Izzah.

"Allah menurunkan al-Quran sekaligus dari Lauh Mahfudz ke Baitul Izzah (rumah kemuliaan) di langit dunia kemudian Allah menurunkannya secara beransur-ansur sesuai dengan pelbagai peristiwa selama 23 tahun kepada Rasulullah s.a.w.” (Tafsir Ibnu Katsir 8/441)

Ini menunjukkan Laylatul Qadr dan turunnya Al Quran pada malam itu bukanlah atas sebab adanya kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., atau disebut oleh Faisal Tehrani sebagai, "Oleh kerana alQuran adalah mukjizat Rasulullah saw maka Rasulullah saw datang dahulu baru ada Quran. Tak ada nabi tak ada mukjizat itu. Kerana itulah meraikan nabi sangat penting dan besar."

Al Quran ada dulu sebelum lahirnya Nabi Muhammad s.a.w, itu yang saya yakin.Malah Nabi Muhammad s.a.w itu yang diutuskan khas ke dunia untuk menyebarkan Al Quran yang merupakan panduan untuk manusia sehingga hari kiamat. Benar, Al Quran itu mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. Tapi bukanlah bermakna Nabi Muhammad s.a.w lebih agung daripada Al Quran. Itu salah. Al Quran itu yang lebih agung dari sekalian makhluk kerana Al Quran itu Kalam Allah Yang Maha Agung. Nabi Muhammad s.a.w tak pernah mengajar untuk mengagungkan baginda. Suruhan berselawat ke atas baginda adalah kemuliaan baginda yang diberikan oleh Allah s.w.t, selayak Nabi terakhir dan nabi untuk seluruh umat manusia dan jin hingga kiamat.

Istimewanya Nabi Muhammad s.a.w di sisi Allah s.w.t tak dapat disangkalkan, tapi jangan dilupa, Allah s.w.t memberikan keistimewaan pada umat Nabi Muhammad s.a.w bukanlah kerana semata-mata lahir sebagai umat akhir zaman, tapi kerana tugas Nabi s.a.w dipikul kewajipannya kepada mereka seluruhnya untuk disambung setelah kewafatan Nabi.Firman Allah s.w.t,

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)."(ali imran:110)

Diri Nabi Muhammad s.a.w dimuliakan kerana wahyu Allah. Dirinya sebagai penjelas wahyu untuk manusia dan jin. Baginda adalah Al Quran bergerak. Mencintai baginda bukan boleh terasing dengan mencintai Al Quran.Mencintai Al Quran memerlukan untuk mencintai tafsiran ajaran Al Quran , iaitu sunnah baginda, diri baginda yang menjadi suri tauladan terbaik.Semua menjelaskan keagungan wahyu dan Al Quran itu penyebab kemuliaan para nabi dan Rasul. Ertinya keagungan Allah maka perintah agar manusia memuliakan Nabi wajib dipatuhi.Bukannya sebab kemuliaan nabi dan Rasul, maka wahyu menjadi agung, maka Kalam Allah menjadi agung (?). Itu salah.

KESIMPULAN

Maka jelas, apa yang cuba dibidas oleh Faisal Tehrani berkenaan kenyataan "Bulan Ramadhan lebih besar daripada bulan Maulud" perlu difahami daripada empat kesimpulan berikut:

1. Jika Faisal Tehrani mahu menegakkan hujah bahawa maulud (kelahiran Nabi) itu sangat besar untuk seluruh alam ini mengatasi kebesaran yang ada pada bulan Ramadhan, atas sebab segala fadilat, ganjaran serta pengampunan Allah hanya akan dikurniakan kepada sesiapa yang mencintai Nabi dengan bersungguh-sungguh mengikut ajaran dan sunnah Nabi s.a.w, maka itu dipersetujui.

2. Jika Faisal Tehrani cuba menegakkan bahawa maulud (kelahiran Nabi) itu sangat besar untuk seluruh alam ini mengatasi segala kebesaran yang ada termasuk kebesaran bulan Ramadhan, kebesaran Laylatul Qadr, kebesaran turunnya Al Quran, merujuk kepada status kebesaran yang diberikan Allah, maka itu tidak dipersetujui kerana Nabi Muhammad s.a.w yang mulia juga bersungguh-sungguh membesarkan bulan Ramadhan, malam laylatul Qadr malah turunnya Al Quran. Tercatat semuanya dalam kitab-kitab hadis.

3. Jika Faisal Tehrani cuba menegakkan bahawa bulan Maulud yang dimaksudkan itu adalah bulan yang dirayakan oleh banyaknya umat Islam sebagai Maulidurrasul sebagai bulan yang lebih besar fadilatnya daripada bulan Ramadhan atau malam Laylatul Qadr, disebabkan pada bulan Maulud itu umat Islam menunjukkan rasa cinta pada Nabi dan ahlul baytnya, maka hujah itu juga tak dipersetujui. Disebabkan, rasa cinta kita pada Nabi dan ahlul baytnya adalah dengan mencontohi apa yang dianjurkan Nabi sebagai sunnah baginda yang patut dihidupkan. Bukannya menghidupkan suatu yang Nabi tak anjurkan, malah meremehkan pula apa yang dianjur Nabi (dengan meletakkan amalan menyambut maulud lebih besar fadilat daripada bulan Ramadhan).

4. Saya sangat suka umat Islam mengingati Nabi dan perjuangannya, saya sokong semua program ke arah itu.Apabila mereka diingatkan akan Nabi dan perjuangannya, maka mereka wajib mengingati kewajipan berdakwah mengajak manusia membesarkan Allah dan mengimarahkan rumahNya (masjid). Malah kami di Gofuku Mosalla berusaha mengadakan program dakwah mingguan yang aturcara pertamanya adalah mengingatkan "Kepentingan dan Kewajipan Dakwah oleh Umat Nabi Muhammad s.a.w" dan aturcara akhirnya adalah tasykil atau "Mencetuskan Rasa Mahu Menjadi Daie dan Keluar Berdakwah (Khuruj)" dengan mengumpul nama orang-orang yang berazam dan berniat untuk keluar belajar berdakwah.

Faisal Tehrani menulis,
"Saya bukan pertahankan perarakan. yang saya tegaskan, fadhilat 'meraikan Rasulullah saw' jangan ditidakkan. Kalau ada orang nak potong pulut kuning semasa maulidurrasul nanti mengapa nak halang, itu cara orang tersebut mencintai dan mengenang nabi Muhammad saw."


Sekian.
George Washington Masonic National Memorial, muzium mengenang jasa Washington, Presiden Amerika Syarikat pertama sebagai seorang Mason


KERAHSIAAN FREEMASON

Freemason yang dikaitkan sebagai The Secret Society (Organisasi Rahsia) menyangkal pandangan itu kerana mereka menonjolkan banyak simbol dan pengenalan yang sudah diketahui umum.Malahan pemakaian cincin, klip baju, pembinaan bangunan, kuil, monumen atau wang kertas 1 dollar Amerika Syarikat yang terang-terangan menggunakan nama, simbol dan ahli mereka sendiri mengaku sebagai seorang Mason membuatkan mereka sebuah organisasi yang bukan lagi rahsia.

Dalam temubual dokumentari "Hunting The Lost Symbol" yang cuba membantah beberapa dakwaan salah Dan Brown dalam novel beliau, "The Lost Symbol" mengenai Freemason, Mark Koltko-Rivera seorang Master Mason menyebut,

"Di era abad ke-21 ini, menepati ikrar adalah suatu yang istimewa. Kita sering diperlihatkan dengan realiti bahawa suatu kejayaan dicapai dengan cara tidak menepati ikrar dan menikam di belakang kawan, serta tidak taat pada jemaah.Tapi itu langsung tak membantu memajukan masyarakat, tidak membina tamadun. Jadi, salah satu tujuan Kerahsiaan Mason adalah melatih seseorang menepati ikrarnya walau sekecil-kecil perkara hingga akan membentuk sikap menepati ikrar pada perkara yang besar."

Kerahsiaan memang wujud dalam Freemason,mana-mana Mason pun mengakuinya sebab itu mereka lebih selesa disebut Organisasi Berrahsia (The Society with Secret). Namun perkara ini bukan asing bagi mana-mana gerakan di dunia. Dalam banyak gerakan Islam juga antara disiplin yang sering ditekankan adalah menjaga Sirr Jemaah (Kerahsiaan Organisasi). Malah, kerahsiaan organisasi ini pernah disebut oleh Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) dalam tulisannya sebagai hasil pelajaran dari dakwah pertama Rasullah s.a.w,
"Apabila manusia yang fitrah perlu kepada Jamaah untuk merealisasikan keperluan dan tujuan hidupnya, maka mereka perlu kepada disiplin dan adab berjamaah. Soal komitmen (intima’), disiplin bekerja, dan kerahsiaan organisasi (sirr), adalah hasil pelajaran ahli gerakan Islam daripada dakwah pertama oleh Rasulullah SAW. Ia bukan idea-idea budak kampus."(Jemaah Itu Keperluan, Ummah Itu Tujuan-Abu Saif 1 Mei 2006)
Kerahsiaan ini yang menjadi punca banyak teori-teori konspirasi dihamburkan pada mana-mana gerakan yang mencurigakan di dunia atau yang mudah dipandang serong kerana tidak punya cukup maklumat mengenai organisasi itu, terutamanya yang ada cita-cita untuk melebarkan pengaruh ke seluruh dunia seperti Freemason dan Zionis, atau Al Qaeda dan Hizbut Tahrir, mahupun mana-mana negara yang dipercayai punya cita-cita terselindung seperti Amerika Syarikat atau Iran. Di Malaysia juga, parti-parti politik seperti UMNO atau PKR juga sering dihambat dengan pelbagai teori-teori konspirasi politik. Manusia terpaksa mencipta teori untuk dipercaya kerana ada banyak persoalan yang tidak dijawab, yang menghilangkan kepercayaan awam.

MUSLIM MENJADI FREEMASON

Wujudkah orang Islam yang menjadi ahli Freemason? Ya, memang wujud. Asasnya Freemason tidak mendoktrinkan apa-apa akidah khusus pada ahli barunya, cuma cukup dengan beberapa syarat seperti berikut membolehkan seseorang diterima menjadi ahli biasa Freemason:

1. Datang dengan sukarela
2. Yakin pada Yang Maha Berkuasa (Supreme Being yang terbuka kepada tafsiran calon tersebut)
3. Berumur antara 18 hingga 25 tahun (kadang kala anak kepada seorang Mason yang digelar Lewis boleh menjadi ahli kurang dari umur 18 tahun)
4. Mempunyai moral dan reputasi yang baik
5. Sempurna mental dan fizikal (di masa lalu ada Lodge yang tak menerima ahli cacat, tapi kini jika kecacatan tidak menjejaskan reputasi maka tetap diterima)
6. Seorang yang merdeka (sebahagian Freemason telah mansuh syarat ini berikutan sudah tidak ada sistem hamba di dunia moden)
7.Mempunyai seorang atau dua ahli senior Mason sebagai rujukan.

*Lodge adalah kelompok-kelompok kecil yang merupakan cabang atau markaz Freemason suatu tempat. Mereka bergerak atas diri sendiri selagi mempunyai pengiktirafan dari Lodge atau Grand Lodge Freemason yang lain, berikutan Freemason tidak ada organisasi induk sedunia yang mengawal.


Dalam laman Islamonline.net terdapat seorang Mason yang beragama Islam bertanyakan soalan mengenai hukum statusnya sebagai ahli Freemason.
"Assalamualaikum.

Walaupun saya pernah mendengar dan membaca orang Islam tidak patut menyertai Freemason, tapi saya ingin bertanya apa akan jadi jika kita menyertainya. Saya menjadi ahli Freemason 6 tahun lepas. Amalan agama saya tidak terjejas, begitu juga tidak pernah saya mengamalkan apa-apa khurafat. Apa yang diajar cuma menguatkan lagi akhlak dan moral yang sudah diajar dalam Islam.

Adakah saya bersalah menjadi ahli organisasi ini? Jika salah, tolong beritahu saya sebabnya. Jawapan anda amat dihargai oleh ramai muslim yang keliru sama ada wajar atau tidak mengikut saya menjadi ahli Freemason. Terima kasih."(Sharara)

Dalam jawapan kepada soalan di atas, para ulama Islamonline.net telah memetik jawapan Sheikh Ahmad Kutty, seorang ulama dari Islamic Institute Toronto Canada yang menyebut,

"Sepanjang apa yang saya tahu Freemason adalah organisasi rahsia yang merahsiakan segala kepercayaan dan amalan mereka, kecuali kepada yang benar-benar menjadi sebahagian dari mereka.Mereka mempunyai kerahsiaan mengikut peringkat, pada ahli yang berada di peringkat lebih bawah tidak akan didedahkan.Umat Islam tidak wajar terjerat atau memberikan ketaatan pada suatu yang tidak dapat dipastikan dari ajaran Al Quran dan Sunnah.Sesiapa yang menyertai Freemason seumpama orang yang menandatangani cek kosong; dengan berbuat begitu dia bersetuju untuk taat secara buta pada apa sahaja cita-cita pihak tersebut.

Tiada seorang muslim pun patut menyerah diri bulat-bulat pada sesiapa kecuali Allah s.w.t. Jika buat begitu, dia sudahpun syirik kepada Allah, yang mana Allah berfirman, "Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih."(As-Shuraa:21)"


Dalam senarai ahli Freemason di wikipedia.org, ada beberapa nama tokoh di kalangan umat Islam yang tersenarai sebagai ahli Freemason.Antaranya adalah Sheikh Abdul Qadir Aljazairi, ulama sufi Algeria yang menentang penjajahan Perancis pada abad ke 19;Mustafa Kamal Attartuk, pemimpin yang menubuhkan negara sekular Turki dan menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah;dan Mehmet Talat Pasha tokoh gerakan Turki Muda dan Menteri dalam kerajaan Uthmaniyyah sejak sebelum Perang Dunia Kedua.

Begitu juga beberapa orang Sultan di Malaysia disenaraikan sebagai ahli Mason adalah Sultan Ibrahim dan Sultan Idris ibni Sultan Iskandar, dan nama yang lain adalah Tunku Abdul Malik Ibni Sultan Badlishah dan Ghaz'zara Shazrul Al-Mahdi.

FREEMASON SEBAGAI GERAKAN SYAITAN DAN DAJJAL

Sejak populariti siri The Arrivals menggegarkan dunia youtube.com, Ibnuyaacob.com juga mendapat tempiasnya kerana berbicara soal teori konspirasi Dajjal. Walaupun perihal akhir zaman, Dajjal dan Imam Mahdi mula kembali popular dan meniti kembali bibir-bibir penceramah-penceramah atau diskusi di forum-forum maya mahupun realiti, namun dakwaan teori-teori konspirasi ala-ala The Arrivals atau Dan Brown yang mengaitkan Freemason sebagai "Dajjal bermata satu" yang dikhabarkan di dalam hadis perlu difikirkan semula.

Dr. Asri Zainul Abidin,bekas Mufti Perlis pernah menyindir dakwaan penceramah akan Dajjal itu adalah Freemason (simbol mata satu) atau Amerika dengan berkata,

"Semua hadis-hadis Dajjal menunjukkan bahawasanya dakwaan orang kata Dajjal itu sebenarnya itu Amerika sekaranglah- mata satu.Semua ini menunjukkan mereka ini tak membaca hadis.Kalau Dajjal itu suatu simbolik, Nabi tak pergi tengok Ibnu Shayyad (untuk pastikan dia Dajjal atau tidak).Ini semuanya menunjukkan Dajjal adalah orang (seorang manusia).Makhluk. Hadis Tamim adDari itu menunjukkan hadis Dajjal adalah makhluk.Kadang-kadang orang ini seronok simbolik.Amerika itu nampak sebelah (mata), itulah Dajjal.Dia rasa dia pandai. Hang tak pandai secara banding dengan apa yang ada dalam hadis,salah sebutan hang tu."

Begitu juga tokoh ulama manhaj salafi Amerika yang tidak kurang popular,Dr Bilal Philips menyebut,

"Menurut Nabi s.a.w, Dajjal itu mirip Abdul Uzza Ibn Qathan dari Bani Mustolaq di Khuza'ah, yang meninggal pada era awal Islam.Jadi Dajjal digambarkan berupa manusia yang khusus, serupa manusia yang pernah dikenali. Maka kita menolak tafsiran lain seperti kononnya Dajjal itu adalah televisyen. Menurut beberapa orang, sebab Dajjal hanya ada satu mata maka samalah televisyen itu serupa mata besar yang melihat kita. Jadi dikatakan Dajjal itu televisyen. Atau ada yang berpendapat, Dajjal adalah Tamadun Barat. Atas sebab, apabila dikatakan Dajjal itu buta sebelah mata, yang buta itu mata rohaninya, maka samalah seperti unsur materialistik. Jadi ia adalah tamadun materialistik barat. Banyak lagi pendapat tentang apa itu Dajjal, tetapi jelas gambaran yang diberi oleh Nabi s.a.w kepada kita, bahawa Dajjal adalah seorang manusia."
Ada tulisan yang tersebar di alam maya di kalangan pelayar muda Malaysia, yang ditulis oleh Maulana Muhammad Ali bertajuk "Dajjal Dan Ya'juj Wa Ma'juj". Walaupun apa yang tersirat ingin dinyatakan dalam tulisan penuh Maulana Muhammad Ali itu terlihat usaha promosi kehebatan Mirza Ghulam Ahmad menafsir siapakah Dajjal dan Ya'juj Wa Ma'juj menerusi maksud-maksud tersirat dalam hadis dan ayat Quran, namun hujah mengatakan Dajjal dan Ya'juj Ma'juj kedua-duanya merujuk kepada bangsa Eropah dan penganut Kristian yang ada kini cukup popular dan mudah dipercayai sesetengah orang, walaupun hujah itu dari gerakan Ahmadiyyah atau Qadiani yang difatwa sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam.

Tidak hairan, buku sebegini mudah tersebar dan kurang dipantau oleh pihak berkuasa Malaysia, kerana kurangnya pengetahuan umum berkenaan idealisme atau motif hujah individu yang berasal dari satu-satu gerakan haram.Namun, hujah popular Ahmadiyyah mengenai Dajjal dan Ya'juj Ma'juj sebagai bangsa Eropah mirip dengan apa yang telah diangkat oleh sebahagian pencipta teori konspirasi mengenai Freemason itu adalah Antichrist atau Dajjal.Bukankah Amerika itu ditubuh oleh beberapa tokoh Mason yang asalnya dari Eropah sebagai The Founding Fathers?

Malah faktor penguasaan ekonomi dan politik dunia oleh Amerika sebagai kuasa dunia tunggal, ditambah dasar-dasar unilateral ketika melancarkan pencerobohan di negara orang dan kekejaman yang dilakukan tentera mereka, menambahkan lagi keyakinan umum untuk melabelkan Amerika sebagai Dajjal yang dikhabarkan akan muncul dalam hadis-hadis Nabi.

Bagaimanapun Ustaz Azhar Idrus membantah pendapat bahawa Dajjal dan Ya'juj Ma'juj itu sama.Beliau menyebut,

"Ya'juj Ma'juj dengan Dajjal (sama)? Lain-lain (berbeza).Dajjal ini maknanya orang yang akan menyesatkan akan manusia sesesat-sesatnya melainkan orang yang selamat daripada (kerana) pemeliharaan Allah. Allah jaga dia.Ya'juj Ma'juj lain. Ya'juj Ma'juj ini membuat kerosakan.Buat punah.Benda yang buat punah-Ya'juj Ma'juj.Ia makan belaka.Lintas pua' (makan) lintas pua'(makan).Lintas lembu, baham lembu. Lintas orang, ratah orang."

Bagi Ibnuyaacob.com, Freemason tak mungkin adalah Dajjal seperti dakwaan siri The Arrivals.Ibnuyaacob berpendapat dengan yakin, sesuai dengan apa yang dipegang oleh Dr Asri, Dr Bilal Philips, Ustaz Azhar bahawa segala dalil dari hadis menunjukkan Dajjal adalah seorang manusia. Namun, berbeza buat Ibnuyaacob adalah beliau percaya Dajjal adalah Raja Konspirasi Dunia, bermaksud seorang manusia yang telah cuba mengatur perjalanan dunia demi cita-citanya. Malah Ibnuyaacob berpendapat Dajjal berumur panjang; sudah muncul dan hidup sehingga kini; sejak pertemuan Tamim adDari dengan Rasulullah s.a.w lagi telah menjalankan konspirasi dunia sepanjang sejarah manusia.Namun, kelihatan dari artikelnya, beliau bersetuju Freemason adalah alat Dajjal untuk mengatur konspirasi dunia.

Lain pula bagi Saudara Ahmad Nizam.Dalam satu tulisan beliau, beliau menulis Freemason sebagai pasukan Dajjal. 'Mata Satu' dalam simbol Freemason sebagai "The all seeing eye" yang didakwa sebagai mata Tuhan oleh mereka, didakwa oleh Saudara Nizam sebagai Mata Dajjal. Ertinya kita fahami Saudara Nizam menganggap Freemason menyembah Dajjal dan itu persis dengan gelaran beliau kepada Freemason sebagai pasukan Dajjal. Namun beliau menulis juga Freemason berasal dari The Knights Templar, dan The Knights Templar pula menyembah Baphomet,tuhan berkepala kambing yang menghasilkan simbol pentagram syaitan yang selalu dikaitkan dengan gerakan pemujaan syaitan.

Dalam tulisan beliau berkenaan Illuminati pula, beliau menggunakan "Illuminati/Dajjal" seolah-olah mendakwa Illuminati itu adalah Dajjal. Namun kemudiannya beliau menulis , "Illuminati adalah pemuja-pemuja kepada dewa-dewi lama". Di sini kelihatan jelas, golongan pengkaji 'dajjal' atau 'freemason' mahupun 'illuminati' tidak begitu tegas dengan pendirian mereka. Siapa Dajjal pada pendirian mereka, Dajjal adalah golongan Mason, atau Dajjal adalah tuhan yang disembah Mason, atau Dajjal itu adalah Baphomet berkepala kambing, atau Dajjal adalah Illuminati, atau Dajjal itu dewa-dewi lama yang dipuja Illuminati?

Sebenarnya, siapakah yang mula-mula mengaitkan Freemason dengan gerakan syaitan dan Dajjal ini? Persoalan itu boleh dijawab apabila kita lihat senarai ahli-ahli Freemason majoritinya dari penganut Kristian atau umat Kristian yang memberontak atas dogma Kristianiti yang tak dipersetujui mereka.Gereja Katolik dan Protestan, kedua-duanyalah yang mula-mula bermusuh dengan Freemason. Malah, mereka pernah mengeluarkan fatwa-fatwa keras ke atas ahli-ahli Freemason sejak sebelum abad ke 16 lagi dan menghalang pengikut gereja mereka dari menyertai organisasi itu.Fakta hubungan konflik panjang antara Kristian dan Freemason adalah suatu yang tak dapat disangkal.

Bagaimana konflik ini boleh merebak di tengah umat Islam pula? Jika diperhatikan kebanyakan hujah-hujah mengaitkan Freemason dengan gerakan syaitan dan dajjal banyak dipinjam dari sumber pejuang Kristian yang anti-Freemason.Freemason yang asalnya didakwa ditubuhkan untuk menentang dogma dan ajaran Gereja, kini didakwa pula ditubuh untuk memusnah dan menyesatkan umat Islam. Adakah adaptasi ini tepat, atau hanya kesempatan yang diambil untuk propaganda dan publisiti?

ORDE BARU DUNIA FREEMASON

Cita-cita melebarkan pengaruh dan penguasaan ke atas dunia bukan cerita baru di abad ke-21 ini. Cita-cita itu telah lama dicanang oleh para penakluk ternama dunia seperti di zaman empayar Rom (Alexander the great) dan Parsi (Cyrus the great), peluasan Empayar Islam (Khalifah Umar, Bani Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyyah) , ketika dasar Imperialisme Eropah (British,Perancis,Portugis, Belanda), atau ketika Perang Dunia 1 dan 2.

Menguasai dunia boleh dikatakan impian kemuncak banyak pemimpin politik yang rakus dan tamak. Cita-cita Freemason untuk mewujudkan Orde Baru Dunia (The New World Order) bukanlah cita-cita yang mengejutkan. Malah kemuncak usaha dakwah Islam juga adalah supaya Islam diterima oleh seluruh manusia, dan semua penguasa tunduk di bawah naungan Islam atau Khilafah Islamiyyah.

Sebelum mencungkil cita-cita Orde Baru Freemason itu, terlebih dahulu pastinya kita tertanya-tanya dengan nama 'Mason' itu sendiri.Pengumpulan fakta di wikipedia.org dapat membantu dalam memahami sejarah Mason atau Freemason dengan lebih tersusun.

Pertama, dapat disimpulkan sejarah sebenar Freemason tidak dapat disahihkan. Apa yang tinggal cuma teori semata-mata. Antara teori nama "Freemason" diambil dari:

1. Perkataan Perancis, Franc Macon - gelaran yang diberikan kepada pekerja binaan dan ukiran di Lodge yang disediakan oleh Gereja.
2.Perkataan Perancis, Frere Macon-bermaksud Mason bersaudara
3.Perkataan Free Men- bermaksud lelaki merdeka
4.Perkataan Freestone-sejenis kuari batu yang menjadi lokasi kerja Mason. Akhirnya dipanggil Freestone Mason.


Kedua, sejarah siapakah Freemason sebenar juga tak dapat disahihkan. Sekali lagi, beberapa teori diberikan:

1.Mereka adalah pentadbir bagi Priory of Sion.
2.Mereka adalah kelompok intelektual di Collegium bagi Rom purba.
3.Mereka adalah kelompok intelektual Comicini di kalangan pekerja binaan zaman pertengahan.
4.Mereka asalnya pengukir binaan dari Jerman yang digelar Steinmetz atau dari Perancis yang digelar Compagnonnage.
5.Mereka ditubuhkan oleh Francis Bacon, Oliver Cromwell, atau Stuart Pretenders untuk keluarga diraja Inggeris.
6. Mereka adalah berasal dari pekerja arkitek Sir Christopher Wren dan pembinaan semula Gereja St Paul.


Ketiga, masalah untuk mengenalpasti asal usul gerakan Freemason adalah kerana tiada catatan direkodkan, sehinggalah Freemason benar-benar terorganisasi lebih sistematik pada tahun 1717 ketika mereka menubuhkan Grand Lodge England barulah mereka mula menyusun organisasi, mesyuarat dan cawangan mereka dengan lebih teratur.

Keempat, pada tahun 1723 James Anderson telah menerbitkan Perlembagaan Freemason yang mencatatkan juga sejarah asal Freemason.Namun, banyak sekali kesilapan fakta yang ditulis dalam sejarah itu, menjadikan kisah sejarah itu suatu yang tak boleh dipercayai dan dongeng mitos rekaan Anderson sahaja untuk menyuntik elemen megah pada ahli Freemason bahawa kononnya mereka telah tertubuh sejak tamadun Greek dan Rom purba lagi di kalangan perekabentuk dan ahli matematik serta ilmuwan tersohor di zaman itu.

Apa yang pasti, kelihatan jelas falsafah yang dipegang oleh banyaknya ahli Mason yang ternama adalah pada aliran Pencerahan (Enlightment).Konsep umum mereka adalah pada motto, "kebebasan, persaudaraan, dan kesamarataan" (liberty, fraternity, and equality) yang pernah digunapakai oleh Revolusi Perancis. Kemudiannya saat ini 3 kualiti itu juga diterima sebagai triniti demokrasi, atau boleh kita kata juga akar falsafah perjuangan Demokrasi.

Jika dilihat dari segi amalan ritual mereka pula, banyaknya dikutip dari pelbagai simbol-simbol mistik purba dan dipinjam dari pelbagai agama khususnya agama samawi seperti Yahudi, Kristian dan Islam. Kemudiannya penerimaan mereka mencampurkan pelbagai unsur kepercayaan dan ritual campuran malah menerima ahli dari penganut pelbagai agama, itu menunjukkan jelas mereka juga berpegang kuat pada falsafah Pluralisme-mengambil,menerima dan mengakui kebaikan dari semua ajaran.

Dan permusuhan pihak gereja dengan mereka sama ada sebagai Freemason atau Illuminati, memaksa mereka merahsiakan falsafah, pemikiran, amalan, kepercayaan dan cita-cita pada era awal mereka, adalah kerana adanya semangat Liberalisme yang cuba memisahkan kehidupan dan keupayaan pemikiran manusia daripada dogma keagamaan, doktrin kristianiti, dan pelbagai sekatan-sekatan yang dirasakan mereka suatu yang jumud. Saya tak menolak semangat awal Mason yang mengikat persaudaraan dan bergerak secara sembunyi-sembunyi ini adalah disebabkan mereka menentang arus iaitu Zaman Gelap Eropah, atau dengan lebih ringkas mereka adalah golongan 'tajdid' (pembaharuan) yang cuba mencari kebenaran sebenar.

Namun disebabkan adanya semangat setia pada tradisi untuk memastikan pergerakan mereka berkesinambungan, maka segala unsur dan ritual yang aneh dan tak diterima akal yang dijalankan oleh para Mason ini, masih terus disambung supaya senioriti dalam hirarki organisasi mereka terpelihara disamping mengembangkan pengaruh mereka sebagai sebuah gerakan sedunia untuk mengubah dunia. Ya, hal itu bukanlah cita-cita yang menghairankan kerana semua perjuangan dan pergerakan perlulah ada kepercayaan pada suatu idealisme dan bagaimana idealisme itu dapat disebarluaskan seterusnya seluruh dunia berubah menerimanya sebagai amalan.Mungkin itulah Orde Baru Dunia yang dianggap cita-cita suci para Mason.

DUNIA MUSLIM HARI INI

Melihatkan kepada falsafah dan idea Freemason ini, usaha sedunia mereka dalam meresapi revolusi yang berlaku di Eropah sehingga mewujudkan penguasaan sedunia yang cenderung ke arah falsafah sama yang dipegang oleh Freemason iaitu Demokrasi, Pluralisme dan Liberalisme, maka fahamlah kita kenapa wujud banyak sekali teori-teori konspirasi berkenaan dengan Freemason dewasa ini.

Jika benar, asas perjuangan negara Amerika untuk mengamankan dunia dengan falsafah Demokrasi, Pluralisme dan Liberalisme yang sedang giat dipromosi di seluruh dunia kini, maka George Washington presiden pertama Amerika itu bukan saja ahli Freemason , malah beliau meninggalkan legasi penguasaan Freemason dalam menentukan arah perjuangan dan cita-cita negara mereka. Namun, satu fakta yang tak boleh diketepikan, adalah adanya kelompok elit Yahudi yang sering didakwa punya pengaruh langsung kepada sebarang dasar dan keputusan kerajaan Amerika. Adakah Freemason hanyalah percaturan Yahudi untuk dapatkan proksi-proksi mereka di kalangan bangsa bukan Yahudi khususnya untuk bekerjasama dengan puak Nasrani (Kristian), supaya akhirnya mereka berjaya menguasai dunia.

Jika itulah asas konspirasinya, maka itu juga bukanlah suatu yang sangat mengejutkan umat Islam, kerana Allah s.w.t telah pun berfirman,

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu."(al baqarah: 120)

Adakah para pemuda pemudi Islam yang teruja dengan kisah-kisah misteri Freemason dan kaitan Freemason dengan syaitan, jin atau Dajjal lebih suka mencari-cari teori konspirasi atau mencipta teori-teori konspirasi semata-mata? Padahal akhirnya kesemua itu hanya membantu cita-cita pihak Yahudi dan Nasara untuk menimbulkan kegerunan kepada mereka, dan semakin mereka dapat memijak kepala umat yang sudah tercabut kekuatan yang suatu masa dulu menggerunkan pihak musuh.

Lebih utama, cita-cita meresapkan falsafah yang sama dipegang Freemason dalam hati umat juga dilihat berjaya, dengan tumbuhnya para pejuang muslim sendiri memperjuangkan Demokrasi, Pluralisme dan Liberalisme. Rasa malu untuk meninggikan Islam setinggi-tingginya mula tersemai, lalu rela mengaku sekular atau unsur Islam hanya diselit-selit melukut di tepi gantang pada perjuangan Demokrasi, Pluralisme dan Liberalisme. Malah tak kurang ada yang sanggup mengadaptasi perjuangan ala Freemason, Illuminati atau filosofi Pencerahan ini yang dulunya untuk menentang doktrin gereja, kini digunakan untuk mengubah ajaran Islam.

Jika hal ini berkembang dalam diri umat, tidak perlu menunggu Freemason berkonspirasi untuk menyesatkan umat, sudah ada kaki dan tangan umat yang berusaha membuat kerja-kerja Freemason ini tanpa sedar.

Wallahua'lam.


Saya cuba karang seringkas mungkin apa yang ingin disampaikan dalam tulisan ini. Namun, memang kelemahan saya untuk memberikan penjelasan yang padat dan tepat dalam satu kata yang ringkas. Jika saya bercakap panjang, maka orang menjadi letih dengan pengulangan poin, padahal pengulangan saya memberi maksud penekanan. Apabila saya bercakap ringkas, orang mudah salah sangka, mesej saya samar dan menjadi misteri, orang merenung jauh dan memikir dalam-dalam dengan kata ringkas saya itu, membuang masa mereka pula untuk mencari jawapan yang tak pasti.

Saya sangat serius dalam soal pendidikan. Apabila khusus pula dalam soal pendidikan anak-anak, saya menjadi lebih serius. Saya mahu mewarnakan sendiri corak pada anak-anak yang laksana kain putih itu jika dikurniakan oleh Allah s.w.t.Yang jadikan si anak Yahudi, Nasrani atau Islam adalah saya sebagai penjaganya. Saya ingin membawa anak-anak kepada realiti hidup, bukan menipu mereka dengan fantasi, atau tidak juga berselindung dan menipu mereka dengan hijab yang direka-reka.

LENTUR

Saya ingin lentur mereka sepertimana yang saya harap mereka mampu melentur yang lain pula apabila tiba masanya. Sebab itu pada saya, jangan biar anak-anak main pondok-pondok dengan masak tipu-tipu batu atau daun. Tapi biar anak-anak tolong ibu mereka di dapur, dan memasak dengan sebenar-benarnya. Jangan sampai dah besar,apabila menuntut di luar negara baru nak tanak nasi, siang ikan, potong ayam hatta kupas bawang pun tak reti.

Saya tak mahu menjadi bapa yang gembira anak-anak kecil mereka bermain, dengan selalu berkata, "biarlah budak-budak itu bermain"; tapi apabila anak-anak mereka semakin besar dan suka sekali bermain dan kurang belajar, maka mereka marah pula,"apa ini selalu sangat bermain, pergi belajar sana!"; padahal yang melentur mereka jadi suka bermain adalah si bapa sendiri. Biar berpegang pada pepatah 'melentur buluh dari rebung' itu dengan sebenar-benarnya. Mencurahkan rasa suka si anak pada sesuatu biar dari kecil.

Jika mahu si anak menjadi manusia yang suka menolong orang, suka solat, suka al quran, suka belajar, suka bermain untuk sihat supaya sihat boleh tingkat amal, suka dakwah, suka Islam, suka Allah dan Rasul, itu semua perlu digalakkan dari kecil, didedahkan dari kecil. Itu yang saya pegang dan percaya.Itu prinsip pendidikan anak-anak yang saya selalu pegang.Sebab itu setiap kali saya bercakap dengan anak-anak kecil, kanak-kanak sekolah, saya suka bercakap dengan mereka seperti orang dewasa. Sebab kedewasaan dan kematangan adalah arah tuju yang ingin ditatih pada kanak-kanak.

STEREOTAIP

Saya teringat kisah junior saya yang masih di tahun dua di universiti meminta izin pada ibubapanya untuk bernikah. Tapi alasan si bapa tidak mengizinkannya untuk bernikah adalah dengan kata-kata, "kamu itu masih muda, berseronoklah dulu". Fikir si bapa , orang muda kena bersikap seperti orang muda iaitu berseronok. Maka sebab itu, tak menghairankan jika anda terserempak dengan ibubapa yang tersenyum lebar anak gadis atau anak lelaki mereka sudah berpakwe-makwe. Jangan terkejut juga jika ada si pakwe datang ke rumah orang tua makwenya untuk diangkat keluar berdating.

Ini semua masalah mentaliti. Ada golongan ibubapa memandang tumbesaran anak-anak ini memang stereotaip. Mereka memandang kanak-kanak itu perlu bersikap seperti kanak-kanak stereotaip, remaja itu bersikap remaja stereotaip, dewasa itu bersikap dewasa stereotaip. Padahal realiti menunjukkan bukti jelas, ramai sahaja kanak-kanak boleh bersikap seperti remaja yang stereotaip, dan remaja bersikap seperti dewasa stereotaip, malah jangan terkejut ada sahaja orang dewasa bersikap kanak-kanak stereotaip atau remaja stereotaip. Hakikatnya tidak ada stereotaip. Stereotaip itu adalah bongkah kotak sempit yang belenggu mentaliti ibubapa.

Apabila ada sahaja kanak-kanak menunjukkan IQ tinggi, mula mereka berasa takjub dan ajaib. Padahal IQ itu sendiri koordinat subjektif. Semua kanak-kanak berIQ tinggi sebenarnya. Cuma kerana IQ tinggi kanak-kanak lain tidak dapat dikesan menggunakan unit IQ yang digunapakai oleh pengkaji IQ stereotaip. Ya, sekali lagi stereotaip menjadi punca mengapa perubahan tak dapat dilakukan, tajdid tak dapat dijalankan, anjakan paradigma susah sekali nak digembleng. Anda dah berapa lama dengar isu 'Orang Melayu Malas' misalnya, tapi adakah ada perubahan besar isu ini? Bukan masalah genetik Melayu itu malas, tapi suasana yang dididik dan diasuh dalam kotak mentaliti orang kita itu yang stereotaip.

Saya berikan bukti mudah sebenarnya asuhan dan didikan sejak kecil mempengaruhi kedewasaan manusia. Kita biasa dengar "budak-budak sukakan kartun". Kononnya apabila sudah dewasa, maka dia tidak lagi sukakan kartun.Tapi berapa ramai orang dewasa yang sudah disumbat dengan pemikiran ini zaman berzaman hanya cuba berpura-pura tidak sukakan kartun. Mereka mungkin sudah tak gemar kartun kerana akibat berpura-pura mahu bersikap menjadi dewasa stereotaip yang tak sukakan kartun, maka mereka tidak lagi menonton kartun begitu lama hingga rasa suka tadi hilang.Tapi hakikat itu terbukti di zaman ini. Apabila kepura-puraan mula dihapuskan, lihatlah berapa ramai orang dewasa masih sukakan kartun walaupun dah berjanggut!

PERSEKITARAN

Soalnya, rasa suka di alam dewasa memang boleh tersuntik dengan pengalaman baru apabila mereka melangkah ke alam dewasa. Persoalan seks, agama, politik, atau muzik itu tersuntik kerana persekitaran mereka menenggelamkan mereka. Kita boleh lihat bukti orang dewasa yang tidak ada persekitaran seks, tidak ada rasa minat pada seks. Orang dewasa yang tidak ada persekitaran agama, tidak ada rasa minat pada agama. Orang dewasa yang tidak ada persekitaran politik, tidak ada rasa minat pada politik. Begitulah juga orang dewasa yang tidak ada persekitaran muzik tidak ada rasa minat pada muzik.

Hal yang sama berlaku pada kanak-kanak. Kita boleh lihat apa yang terjadi pada anak yang ayahnya suka menonton video lucah di rumah. Kes oral seks sesama kanak-kanak di bawah meja sekolah pernah berlaku di Malaysia.Begitulah juga biasa kita dengar kanak-kanak berjaya hafal al Quran yang ramai orang dewasa muslim masih tak berjaya,sama juga kes kanak-kanak yang menconteng gambar Tun Dr Mahathir dengan ungkapan "mahafiraun" , atau kes kanak-kanak yang boleh meniru aksi menyanyi dan menari artis yang boleh ditonton di youtube. Semua ini bukti bahawa pembentukan manusia itu berteraskan faktor yang sama iaitu persekitaran, walau di mana pun peringkat tumbesarannya.

Saya ingin anak-anak saya kenal akan Penciptanya, dan kenal dengan tujuan kehidupan, begitu juga kenal akan arahtuju kematian mereka. Semua manusia yang beragama atau tak beragama tetap percaya 3 perkara mengenai mati: semua manusia pasti akan mati; semua manusia tidak tahu bila mereka akan mati; dan yang sudah mati tak akan kembali hidup di dunia. Tapi sebagai orang beriman, anak saya perlu juga tahu, kematiannya menuju negeri akhirat. Itulah destinasi kekal kita. Destinasi yang akan saya ceritakan pada anak-anak saya sejak mereka buka mata di dunia ini.

Biar dunia ini jadi pentas mereka rencanakan persembahan cemerlang untuk Allah. Biar anak-anak cinta menjadi pejuang agama sejak kecil lagi, bukan cinta aiskrim atau coklat. Latih mereka hidup sebagaimana manusia perlu hidup di dunia. Itulah pendidikan untuk anak-anak.

p/s-baca kecuaian ibubapa, anak-anak bermain tali telah mati tergantung: klik
Keadaan meja saya selepas siap mencetak 45 salinan Ar-Risalah

JALAN PAYAH

Nak mencetus kebangkitan bukan senang. Kita boleh teriak dan memekik untuk bangkit rasa mahu pada kebangkitan pada masyarakat umum. Mungkin ada yang terpesona akan mengikut, ada yang amarah boleh menghangatkan, ada yang gelojak boleh mengombakkan gelora. Tapi kebangkitan bukan cerita satu dua hari. Kebangkitan bukan musim-musim tahi ayam. Kebangkitan bukan soal karisma satu dua pimpinan atau ikon. Kebangkitan adalah jalan sedar dan insaf yang berkesinambungan untuk meraih cita-cita agung.

Di situ kita semua sepakat mengakui mencetus kebangkitan adalah jalan payah, atau kita didendang oleh semangat nasyid Nada Murni dalam sunnah berjuang bahawa berjuang itu menempah susah.

Banyak dari kita takut untuk susah. Tapi lebih banyak yang takut untuk menempah susah dalam perjuangan agama. Kenapa? Kita selalu melihat ramai orang yang takut untuk hidup susah yakni hidup miskin serba kekurangan, akan selalu sanggup bersusah payah untuk lengkapkan diri dengan ilmu atau harta supaya tidak akan mudah menjadi miskin. Di sini kita lihat, orang yang takut susah, sanggup bersusah payah. Tapi bukan dalam perjuangan agama.

Cita-cita agama atau ad-deen kita iaitu Islam, adalah mencapai kemuncak ganjaran Allah iaitu keredhaanNya. RedhaNya adalah kunci RahmatNya.Dan, RahmatNya itu kunci ke SyurgaNya.

Orang yang beriman, merasai kelazatan cita-cita itu, seperti dia sudah merasai kelazatan imannya, lalu memperjuangkannya. Orang yang lemah iman, berasa mahu pada cita-cita itu, tetapi tak rasa lazat untuk memperjuangkannya. Orang yang tidak ada iman, tidak mengerti apa maksud cita-cita itu, dan tak ada idea untuk memikirkannya walau sesaat.


KEBANGKITAN PENYATUAN

Suatu kebangkitan selalu berteraskan penyatuan. Asasnya, hati-hati yang mahu pada kebangkitan itu bersatu. Hati yang bersatu, mudah untuk fikir juga bersatu. Fikir yang bersatu akan buat gerak kerja dan usahanya bersatu. Itu tonggak penyatuan. Hati, fikir, dan usaha. Kebangkitan berjalan kencang dan berombak deras dengan kadar kekuatan penyatuan hati, fikir dan usaha itu.

Kita tak memikirkan soal bilangan. Kebangkitan bukan soal bilangan. 1000 orang yang bersatu dan berusaha untuk bangkit adalah kebangkitan. 100 orang yang bersatu dan berusaha untuk bangkit adalah kebangkitan.10 orang yang bersatu dan berusaha untuk bangkit adalah kebangkitan. Kita memikirkan soal tali persaudaraan. Tali itu adalah penentu bilangan peserta kebangkitan. 10 orang yang bersaudara , tapi 5 sahaja yang bersatu untuk bangkit, kebangkitan itu lemah. 10 orang yang bersaudara, 7 sahaja yang bangkit, kebangkitan juga lemah. 10 orang yang bersaudara, kesemuanya bersatu dan bangkit, itu kebangkitan yang kita mahu cetuskan.

Orang menggelar kita idealis. Kita bukan idealis dengan obses pada cita-cita ideal, tapi kita memegang idealisme mengejar dan mencetus hakikat sebenar suatu perjuangan, bukannya menjadi golongan realisme yang konon berpijak di bumi nyata, tapi nyata hanya menyerah pada arus dan gelombang masa dan tempat. Semua kebangkitan adalah melangkaui dan menjangkaui masa dan tempat. Kebangkitan tidak terikat. Kebangkitan adalah bebas, maka ia deras, ia tuntas, ia kukuh pada asas, al Quran- sunnah tidak terlepas.

Nah, kebangkitan Islam bukan kisah dan dendangan berkala pada jenama dan label. Kita yang bersaudara sebagai muslim, adalah penegak-penegak kebangkitan itu. Kita tiada pilihan untuk duduk berlenggang, mengangguk-angguk bagai burung belatuk, bagai ayam mematuk, bagai kambing tersengguk, atau kucing mengantuk. Kita berkuasa untuk memilih untuk bangkit. Kebangkitan itu jelas. Penyatuan itu mendesak. Kekuatannya akan tersirna.

AZAM POLITIK PADA KEBANGKITAN

Orang yang berkelompok dalam tempurung kepartian yang sempit, ketaksuban yang lekit, sillabus dan modul yang diagung bagai syariat, adalah orang yang sakit. Kebangkitan yang berasaskan penyatuan akan mudah ditolak dengan dua alasan popular. Satu, bersatu itu adalah kamu masuk dalam kelompokku. Dua, bersatu itu adalah kamu mengikut caraku. Kita terlupa, penyatuan itu sangat diperlukan untuk lengkap melengkapi. Apa maksudnya? Ertinya ada caraku dan caramu yang sama, kita padukan. Ada caraku yang kurang, caramu menambah. Ada caraku yang lebih, caramu ditambah. Itu penyatuan. Itu erti dan makna bersatu.

Keegoan yang terhasil dari penghasilan pertubuhan, jemaah, gerakan, parti dan jenama atau firqah itu adalah mereka tahu diri mereka ada kekurangan, tetapi tak boleh diperbaiki, tak boleh diselarikan, tak boleh belajar mempelajari, tak boleh pinjam meminjam, tak boleh lari dari tertib, tariqah, mazhab, sillabus,modul yang hanya dicipta oleh ijtihad manusiawi. Jika benar jalan kita yang kita yakini, tak ada salahnya memperakui kebenaran jalan lain yang punya cita-cita sama itu. Penentunya asas kebangkitan kita, al Quran-sunnah tidak terlepas.

Mungkin di situ jarang kita dengar ada kejayaan dalam kebangkitan Islam secara global. Mengadun dan mengolah satu gerakan yang punya azam politik pada kebangkitan yang kuat, yang mampu menggerakkan segala kekuatan hasil penyatuan tadi- lengkap melengkapi, nampaknya tak banyak buahkan hasil, walaupun kita tahu kekuatan kita cukup padu, cukup lengkap.

Sahabat saya dari Mesir bernama Alaa dalam khutbah Jumaat pertamanya di Gofuku Mosalla di Toyama ini pernah berkata, "Kenapa tidak kita bersatu? Padahal Arab ada minyak, Pakistan ada nuklear, Afghanistan ada tentera, setiap negara muslim ada kekuatan tersendiri." Kita tidak ada penyatuan tadi. Kita tak sama hati, tak sama fikir, tak sama usaha. Sebab itu kita takut dengan idea meroboh sempadan negara dan kebangsaan, untuk tuju cita-cita khilafah. Kita beri alasan bukan-bukan, padahal semua faham itu saja solusi kekuatan kita sebagai saudara, sebagai satu ummah.

Tiadanya keberanian itu adalah punca sebenar azam politik pada kebangkitan kita longgar. Anda boleh lihat satu dua negara lantang dan berani, tapi semua itu tak bermakna untuk kebangkitan yang ingin kita cetuskan. Satu dua keberanian itu boleh dipancung mudah oleh musuh kerana sosok-sosok lain dalam ikatan tali persaudaraan ummah tadi duduk melentok, mengekor dan melutut.

KEBANGKITAN MUSLIM MALAYSIA

Kita biasa dengar, "jika tak boleh buat semua, jangan tinggal semua". Kebangkitan Islam global menuju kebangkitan khilafah itu buat kita tidak percaya , tidak mahu pada usaha ke arahnya. Tak mengapa. Bagaimana pula kebangkitan muslim di Malaysia saja? Masih takut dan kecut? Masih kurang berani dan fobia terlampau? Untuk bersatu di meja perbincangan saja, sudah malu-malu kera. Bagaimana mahu bagai kera diberi bunga?

Soalnya, kita terlalu sayang pada nama kelompok atau terang-terangannya taksub pada politik kepartian. Katanya, parti aku semua betul, parti kamu semua dusta. Memuji parti kamu, liabiliti parti aku. Menghina parti kamu, syarat setia pada parti aku. Angkat parti, puja puji, suka suki, tuju tahi. Tegur parti, kritik-kritik, kena jentik. Kita seharusnya serius. Masa amat genting dan penting. Letakkan nama parti itu di punggungmu. Angkat kembali cita-cita kita. Rasa lazat semula pada perjuangan agama. Satukan hati, fikir dan usaha. Kita cetus kebangkitan muslim Malaysia.

Saya tak setuju Malaysia sebuah negara yang berteraskan Melayu. Rujuk apa teras Melayu itu. Melayu berteras Islam. Lihat darah-darah yang mengalir dalam Kesultanan Melayu kita di Malaysia. Bukan semuanya darah seketurunan. Ada sahaja anak raja berwajah Eropah. Pernikahan mereka berjalan sah bukan kerana keturunan dan darah, tapi kerana Islam. Itu bukti bahawa teras yang kita patut angkat dan pasakkan adalah Islam. Pengumuman Tun Mahathir bahawa Malaysia sebuah negara Islam, jangan jadi jenama sahaja. Kita kena usaha letakkan asas itu jadi tapak, jadi menara, dan jadi kubah Malaysia.

Saya setuju dengan YB Zulkifli Nordin, bahawa kita mempunyai dua pertiga kerusi parlimen dikuasai orang Islam, padahal kita boleh buat bermacam perkara untuk martabatkan Islam di bumi Malaysia. Tapi bukan saja kerana orang Islam dipecahkan oleh 3 parti UMNO-PAS-PKR, tapi yang lebih penting berapa orang Yang Berhormat Muslim di Parlimen Malaysia setuju dengan kebangkitan Islam yang saya sebutkan ini? Berapa ramai mahu mengejar cita-cita agung itu? Berapa ramai rasa kelazatan memperjuangkannya?

Soal latar belakang, sejarah masa silam, kekurangan ilmu atau tidak biasa dengan perjuangan Islam bukan soal yang besar. Saya mahu tahu akan kemahuan para Yang Berhormat saja. Cukup dengan rasa mahu itu, saya akan kutip nama. Kemudian kita duduk mesyuarat. Kita satukan hati, fikir, dan usaha. Ini kebangkitan. Ingatlah Islam itu memimpin, WAJIB memimpin bukan dipimpin. Saya sudi bekerjasama dengan YB Zulkifli Nordin jika benar beliau hanya memperalatkan politik untuk cita-cita Islam. Politik Penyatuan memang tema azam politik saya.

Tapi semua itu punya kekuatankah? Jika mosalla yang kita usaha sebagai pelajar-pelajar Malaysia di bumi Jepun ini, tak mampu kita imarahkan dengan penyertaan aktif dalam aktiviti harian, mingguan dan bulanannya? Kita boleh bermula di sini. Bumi Toyama ini boleh jadi saksi kepada lahirnya para pejuang kebangkitan, yang bukan saja bererti dalam memberi, tapi lebih bererti dalam menyertai, berkorban dan mengabadikan diri dalam perjuangannya. Saksikanlah kita mampu cetus kebangkitan. Insha Allah.