|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
Waa'laikummussalam Warahmatullahi Wabarakatuh

ke hadapan abangku,

adik telah pun menerima dan membaca surat abang yang sampai dua hari lepas. Alhamdulillah,adik sihat-sihat sahaja di Malaysia. Jika abang bertanyakan hal negara tentu sekali abang sedia maklum bagaimanakah keadaan negara Malaysia sekarang ini. Adik tidak tahu hendak memulakannya dari mana dan adik juga tidak pandai untuk perincikan keadaan negara ini.

Dalam persekitaran adik, keadaan masih aman damai.Malaysia tiada perang saudara. Tiada kereta-kereta kebal zionis yang berkeliaran atau jet-jet pejuang Amerika yang memantau udara.Adik dan kawan-kawan masih boleh membeli nasi lemak di gerai Mak Munah. Cumanya memang ada cakap-cakap orang-orang dewasa di sini bercerita mengenai harga-harga barang.

Adik juga tidak tahu hujung pangkal cerita,banyak juga laporan demi laporan yang adik saksikan di televisyen,radio,surat-surat khabar,majalah dan sesekali adik layari internet untuk mendapat informasi tambahan. Benarlah kata abang, dunia sekarang telah pesat membangun dan punya teknologi yang pelbagai lalu dapat pula kita memperolehi maklumat dengan pantas. Dan abang juga tentu maklum bukan,tentang laporan demi laporan itu banyak sekali percanggahan maklumat dan ada pula laporan yang berpropaganda,cuba mengetengahkan isu untuk mendapatkan sokongan dan laba-laba tertentu.

Seperti yang abang selalu pesan pada adik,kita tak mampu untuk buat semua dan jangan tak buat apa-apa dalam hidup ini,disebabkan apalah daya adik yang masih berumur 12 tahun ini untuk menyelesaikan masalah nasional,maka adik kembali semula memfokuskan kepada perjuangan ilmu. Tahun ini adik akan menduduki peperiksaan UPSR. Abang doakan adik,ya.

Abang juga selalu pesan pada adik jika ada apa-apa masalah,mula-mula sekali kepada Allah lah tempat kita mengadu. Adik juga ada terdengar pakcik-pakcik di sini melenting akan harga minyak dan barang-barang lain,lalu adik cepat-cepat doa supaya Allah menolong pakcik-pakcik yang marah-marah itu untuk lebih bersabar dan mengingati Allah. Adik yakin jika pakcik-pakcik itu tenang lalu meminta petunjuk dari Allah maka akan dibukakan jalan oleh Allah untuk menyelesaikan permasalahan ini.

Adik yakin di celah-celah kelompok manusia di negara ini,pastinya ada pihak-pihak yang bertanggungjawab maka adik cepat-cepat doakan pula pihak-pihak yang bertanggungjawab itu terbuka hati untuk mengambil tanggungjawab menjalankan tugasnya dengan amanah dan adil. Adik juga amat pasti adanya pakar-pakar dalam bidang tertentu yang boleh sama-sama duduk semeja memikirkan jalan penyelesaian dan strategi untuk memulihkan keadaan supaya setiap rakyat negara ini tidak lagi marah-marah atau ada yang masih tidak berpuashati.

Jika ekonomi masalahnya maka pakar ekonomi harus cari jalan penyelesaian. Jika pentadbiran masalahnya,maka pakar-pakar pentadbiran harus cari jalan penyelesaiannya. Tapi kan abang, adik sendiri tidak pasti siapakah pakar pentadbiran. Kerana apa yang adik lihat ramai orang suka sebut-sebut itu salah,ini salah tetapi mereka tidak sumbangkan idea untuk menyelesaikannya pula. Ada pula yang lantang sungguh menentang itu dan ini padahal ruang maklumat mereka tentang sesuatu isu tidak pun benar-benar mereka selami. Oleh itu ramai yang mendabik dada merasakan diri sendiri lebih layak mentadbir dan menguruskan padahal jika mereka membuktikan akhlak dan peribadi yang mulia malah sentiasa menyumbang idea yang bernas dan bijak,tidak perlu pun mereka berkempen dan menonjol-nonjol diri,semua orang akan lihat dan akui kebolehan mereka,dan mereka akan dilantik menjadi pentadbir,pengurus atau ketua tanpa diminta.

Itulah secara umum situasi politik tanahair yang adik dapat berikan gambaran kepada abang. Masing-masing gilakan kuasa,walaupun adik tidak nafikan ada di antara mereka ikhlas bekerja dan menyumbang bakti samaada mereka menjadi yang mengurus atau mereka sekadar menasihati dari luar,tetapi memang ramai yang adik lihat mereka itu cuma mahu menang pilihanraya,mereka itu cuma mahu kedudukan kuasa tidak terlepas,mereka itu cuma mahu terus bermaharajalela bukannya memimpin kerana Allah tetapi memimpin untuk kumpul harta dan kuasa.Lalu tidak hairan apabila hati telah lupakan Allah diri tidak terkawal,mulanya memang masing-masing ingin berjuang samaada berjuang untuk Melayu atau yang kata berjuang untuk Islam,tetapi akhirnya mereka mahukan perbalahan. Mahu gaduh-gaduh. Mulalah hina-menghina. Adik renung semula dakwah Rasulullah dahulu,jika rasulullah memimpin umat yang dilanda krisis seperti ini adakah Rasulullah akan merestui jalan atau kaedah hina-hina,keji-keji,carut-carut,atau timbulkan huru hara,main-main emosi,bangkitkan marah-marah yang tidak rasional...adik yakin Rasulullah akan gunakan hikmah berdakwah dan memimpin.

Jika ada kemungkaran berlaku pastinya ada saluran-saluran tertentu yang boleh dimanfaatkan dengan lebih berhemah. Jika kemungkaran itu satu jenayah maka bukti dakwaan boleh dikemukakan. Tetapi ada pula pihak yang mendakwa sistem kehakiman mahupun penguatkuasa undang-undang tidak telus maka jika benar perkara itu berlaku tentu sekali keadilan tidak dapat diberikan. Adik juga tidak pasti adakah negara Malaysia telah sampai ke tahap itu di mana tiada siapa lagi boleh dipercayai dan semua yang memegang kuasa adalah orang-orang yang tidak jujur dan rasuah belaka.Adik benar-benar tidak punya kekuatan untuk menyiasat semua perkara itu,andai adik ada pasukan penyiasat dan ada pula keupayaan teknologi untuk menyiasat setiap jenayah,pastinya adik telah gerakkan usaha untuk mengumpul bukti dan bangkit mengemukakan dakwaan. Adik tidak suka ada orang lebih suka tuduh-tuduh tanpa bukti dan adik takut sangat-sangat andai fitnah berleluasa,maka tentu sekali akan ada pihak yang dihukum secara kejam. Adik ingat lagi kisah-kisah fitnah yang berlaku dari zaman khulafah ar rasyidin hingga fitnah-fitnah lain yang telah menyebabkan umat islam berpecah belah.

Adik kadang-kadang menangisi hakikat ini. Bahawa umat Islam masih belum bersatu di atas satu suara. Dan adik lebih sedih apabila golongan pemuda pemudi yang bakal menggantikan kesemua pihak bertelagah itu kelak merupakan golongan yang sedang lalai.

Ini luahan adik pada abang.

Adik saksikan sendiri kanak-kanak Islam seperti adik ini di usia yang masih muda pemikiran mereka telah rosak. Mereka hafal lagu-lagu rap yang senikatanya penuh cela dan keji lalu mereka terhangguk-hangguk menikmati lagu itu. Jauh sekali mereka mahu menghafal surah-surah Al Quran,atau menikmati zikir pada Allah. Mereka telah cenderung untuk memuja gaya-gaya artis barat,dan mereka lebih suka dipandang tinggi di kalangan rakan sebaya dari dipandang tinggi oleh Allah s.w.t.

Adik mula fikirkan pastinya mereka ini tidak ada pembimbing. Rupa-rupanya adik lihat golongan abang-abang dan kakak-kakak pun begitu juga. Lebih teruk golongan abang-abang dan kakak-kakak itu bukan sahaja pemikiran mereka cenderung memuja barat,tetapi akhlak dan perilaku mereka telah sama seperti barat. Bukan setakat mereka bersorak-sorak meraikan konsert,tetapi mereka berkepit-kepit tanpa malu,mereka kadang kala melakukan lebih dari itu. Abang pun tahu bukan,adik ini badan pun tidak besar,pernah adik terserempak pasangan remaja sedang berasmara di taman bunga,adik ingin pergi menerangkan ayat-ayat Allah,akan tetapi si lelaki telah menghalau adik dengan muka bengis sambil mengejek adik.

apa daya adik. Ini sahaja kekuatan yang adik ada.

sekarang ini juga sedang demam bola sepak. Ramai abang-abang yang suka beri tazkirah pada adik pun sibuk berjaga malam untuk menyaksikan perlawanan bola. Malah mereka sibuk berbincang pasal pemain-pemain bola maka keluarlah bermacam-macam nama yang aneh-aneh dari mulut mereka. Abang, adik juga kadang-kadang bimbang jika "kebangkitan generasi pejuang kebenaran" yang abang katakan tidak berjaya dilakukan kerana bilangan yang punya kesedaran dan serius berjuang amat sedikit...tetapi adik masih ingat kata-kata abang,

"andai hanya tinggal seorang sahaja yang memperjuangkan islam di dunia ini,biarlah aku jadi orang itu"

bersambung episod 3.....

1 komentar:

Dyat said...

Lee Rock...very tough and persistent person. Hard to give up. Hard like a rock!