|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH


Bismillah.

Isu ini timbul kerana ISMA menyebut nama Melayu dan Cina dan bukan Muslim dan Non Muslim. Mungkin kebetulan yang diwar-war penentangan hudud di akhbar adalah kumpulan Cina seperti MCA GERAKAN DAP. Saya berbeza sikap dalam memilih nama yang patut ditekankan dalam isu ini dengan apa yang disebut ISMA. Pada saya sepatutnya sikapnya bukan "Cina jangan menghalang Melayu untuk melaksana syariat Islam di Malaysia" tapi "Non Muslim jangan menghalang Muslim melaksana syariat Islam di Malaysia".

Dengan itu, setiap Muslim wajib menyokong ISMA kerana Muslim yang tak menyokong akan secara tak langsung berpendirian, "Non Muslim BERHAK menghalang Muslim melaksana syariat Islam di Malaysia". Itu dah sah-sah Muslim jahat yang dimurkai Allah sebab cuba menghalang agama Allah dari tertegak. Maka kita jelas itu Muslim yang memusuhi Islam.

Sebab itu sejak dari awal saya dah nasihat slogan "Melayu sepakat Islam berdaulat" dari ISMA akan bermasalah nanti. Saya dah cadangkan slogan yang tak mampu dinafikan sesiapa yang tepat adalah "Muslim sepakat Islam berdaulat".

Saya adalah penyokong kuat Arus Baru dengan slogan "kami undi muslim berwibawa". Mengapa slogan "kami undi melayu berwibawa" tak dikeluarkan ISMA pada PRU13? Kerana slogan berteraskan bangsa tak ada dalil dan hujah agama. ISMA faham itu.

Maka saya nasihatkan ISMA supaya semak semula propaganda untuk angkat identiti Melayu di Malaysia. Ia akan bermasalah. Saya faham sangat tujuan ISMA yang utama nak angkat identiti syariat lebih dari bangsa dan hanya guna bangsa sebagai platform disebabkan nama bangsa itu disebut dalam perlembagaan dan ia adalah bangsa majoriti yang patut menang jika dikira dari hujah demokrasi. Tapi saya sebut dengan jelas, ia akan bermasalah kerana bangsa tak boleh dijadikan hujah agama. Malah ISMA akan terperangkap dengan sentimen racist walaupun ISMA tak berniat jadi racist dan bukan itu tujuan propaganda ini.

Saya harap isu adakah Cina penceroboh atau bukan dalam sejarah negara ini ditamatkan. Sejarah boleh dibaca secara pelbagai. Jika sejarah dibaca sebagai Raja Melayu sendiri setuju British menasihatkan dalam kegiatan ekonomi lalu British atas nasihatnya membawa pendatang Cina ke negara ini, maka itu bukan penceroboh, kerana tuan tanah sendiri bersetuju dan membuka kemasukan mereka. ISMA akan kalah dalam isu ini. Berdebat tentangnya hanya melambatkan sokongan Muslim untuk bangkit.

Isu sebenar patut kita debatkan adalah seperti yang saya sebut di awal tadi: Non Muslim BERHAK atau TIDAK BERHAK menghalang Muslim melaksanakan syariat Islam di Malaysia?

Kemudian slogan untuk ini adalah "Muslim sepakat Islam berdaulat".

ISMA pasti disokong Muslim berwibawa sejati. Muslim korup pengagung hak asasi manusia dan non muslim pejuang sekular akan menentang tapi mereka akan kalah.

Mohon ISMA timbang nasihat saya ini.

MFR
Malaysia Futuwwah Revolution

2 komentar:

Rantis Zaid said...

Salam,

Semoga tuan empunya blog dalam keadaan sejahtera kehendaknya.

alhamdulillah, ada yang cuba faham dan semakin jelas dengan agenda ISMA. saya mengucapkan syabas kepada pemilik blog, kerana punya niat yang baik inginkan penjelasan dan perbaiki muslim yang lain.

Suka saya katakan, saya bukanlah ketua penerangan mahupun penggerak isma, tetapi saya memahami isma dari mereka sendiri setelah 'sparring' dgn hujah2 mereka. *member rmai ISMA

1) betul apa yg anda katakan, byk fitnah mengatakan isma NGO racist. Racist=Assobiyyah, tetapi maksud yang mereka lontar itu tak sampai kepada ISMA, kerana assobiyah itu menekan/berlaku tidak adil terhadapa kaum tertentu. ISMA hanya cuba pertahankan hak yang berhak yakni muslim dan melayu. Terutamanya kepada mereka yg secara sedikit demi sedikit campur tangan dalam hal2 melayu n agama Islam, khutbah jumaat pun depa complaint mcm2.

2) Anda katakan melayu disebutkan dalam perlembagaan. Apakah definasi melayu dalam perlembagaan?
http://ms.wikipedia.org/wiki/Artikel_160_Perlembagaan_Malaysia
Tak lain, Melayu itu refer pada org yg beragama islam, tinggal di tanah melayu, lazim dgn bahasa melayu, ikut adat melayu (tapi saya xikut kalau bukan dari Islam. Yup, im liberal Melayu dari segi adat2 melayu xde sandaran). Jadi di sini kita jelas, perlembagaan tak kata melayu itu sebagai bangsa, tetapi orang Islam. Saya kira, amat strategik bila kita katakan, 'Melayu Sepakat, Islam Berdaulat'. Dengan kata lain, ISMA mahu org muslim, yang menetap di Malaysia utk memerintah. Ianya amat valid dlm keadaan Malaysia. Tetapi sesetengah org sengaja menafsirkan 'takkan melayu sepakat, islam tertegak 1 bumi?' Itu penafsiran yang pelik. Haruslah ISMA buat slogan english kalau itu maksud yg ISMA nk smpaikan, baru international -_-'


Sama seperti PKR, melaung2kan 'Rakyat'. Terus kita faham, 'rakyat' yg dimaksudkan adalah penduduk Malaysia. Mereka ckp dlm omputeh pun, duk ckp 'rakyat' juga, x kata 'citizen', 'people' atau language lain2.

3) Tentang 'Raja benarkan cina datang ke tanah melayu...', isu ni amat baru dan saya x fasih lagi. Mungkin ada betul fakta yang anda utarakan, boleh start kumpulkan bukti dari buku sejarah form 1-5, just pick part tu je untuk reference. Atau dari sumber yang lebih reliable kalau ada. Kemudian kita boleh 'sparing' dgn geng ISMA. ok?

You seems like a nice person who want to know the truth. Beberapa geng ISMA ni kenalan saya, just let me know kalau interest nk jumpa, bertanya, dsb, k?

Wallahu'allam :)

mfrstudio said...

Salam Tuan Rantis Zaid.

Terima kasih atas komen anda.

Saya mengambil perhatian serius ke atas jawapan-jawapan yang anda berikan di atas.

Saya hanya mengulas dari sumber-sumber yang saya temui semata-mata.

Sparring dengan geng ISMA secara berdepan adalah lebih puas dan tuntas. Saya akan cuba mencari masa dan peluang untuk itu inshaAllah.

Terima kasih sekali lagi atas kesudian tuan memberikan komen dan maklumbalas di blog terpencil ini.

You also seems like a nice person too.

Best regards,

mfr