|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH

PENAKLUK DUNIA

Kita mungkin tahu bahawa Islam berkembang dengan begitu meluas dengan banyak negara berjaya dibebas dan bernaung di bawah Khalifah Umar al Khattab, begitu juga khalifah-khalifah selepas beliau dari zaman Umayyah, Abbasiyah mahupun Uthmaniyyah.

Selepas zaman kegemilangan Islam itu, kita mungkin kenal dengan Napolean Bonaparte dari Perancis dan Adolf Hitler dari Jerman.Begitu juga dengan penakluk sebelum zaman Islam, kita mungkin pernah mendengar nama Alexander The Great dari empayar Greek dan Cyrus The Great dari empayar Parsi, kedua-dua mereka pernah didakwa sebagai Iskandar Zulkarnain yang dikisahkan di dalam Al Quran dan Hadis. Namun kedua-dua mereka tidak setanding dengan peribadi mahupun wilayah taklukan yang berjaya dikecapi oleh Iskandar Zulkarnain yang menguasai Barat dan Timur kedua-duanya dan yang membenteng Ya'juj wa Ma'juj.

Jika saya menyebut nama Rockefeller sebagai penakluk dunia seterusnya, mungkin ada yang tertanya-tanya ,"siapakah Rockefeller?". Rockefeller mungkin tidak penting bagi anda, namun bagi dunia global Rockefeller adalah keluarga kaya yang penting samada dari segi sejarah atau masa depan dunia.

JOHN D. ROCKEFELLER

Beliau John D. Rockefeller adalah pemain dan pemonopoli industri minyak sekitar tahun 1870-an sehingga menjadi orang terkaya di dunia ketika itu.Syarikatnya adalah Standard Oil di Amerika Syarikat. Malah sesetengah penganalisa mendapati jika Bill Gates yang dikatakan orang paling kaya dalam dunia ketika ini pun masih belum dapat menandingi kekayaan John D. Rockefeller.

John D. Rockefeller digambarkan seorang yang warak agama sebagai penganut Kristian Protestan yang dibaptis dan disokong banyak institusi gereja, beliau boleh dianggap sebagai pejuang Kristian Protestan dan penyokong Baptist yang kuat.

Beliau begitu kuat memperjuangkan satu cita-cita besarnya untuk dunia sejagat. Beliau pernah berkata,

"I had no ambition to make a fortune; mere moneymaking has never been my goal. I had an ambition to build."

"Saya tidak punya cita-cita untuk keuntungan; membuat duit tidak pernah menjadi matlamat saya. Saya punya satu cita-cita untuk dibina"


Apakah cita-cita Rockefeller untuk dunia? Belum ada yang benar-benar pasti dengan jawapannya.

Pada 5 Mei 1911, mahkamah telah mengarahkan monopoli Standard Oil dipecahkan, lalu apa yang Rockefeller lakukan adalah mewujudkan syarikat-syarikat minyak berbeza yang semuanya masih dipegang oleh Standard Oil secara syer, seperti Standard Oil untuk New Jersey (Esso), Standard Oil untuk New York (Mobil), Standard Oil untuk Indiana (Amoco), Standard Oil untuk California (Chevron), dan Atlantic Refining (ARCO), serta Continental Oil (Conoco).

Pada 1914 ketika minyak mula dijumpai di Timur Tengah, monopoli Standard Oil dalam industri minyak mula dipecahkan oleh rangkaian pemain industri di Laut Kaspia. Ketika minyak Rusia mula terkeluar dari pemain di Laut Kaspia oleh Revolusi Rusia 1917, pemain minyak asing yang tinggal adalah negara-negara Arab. Keperluan untuk menguasai minyak di negara-negara Arab pada kurun ke-16 itu begitu mendesak.

PALESTIN

Perang Dunia pertama tercetus pada tahun yang sama minyak dijumpai di Timur Tengah iaitu pada 28 Julai 1914. Di sini, campur tangan Rockefeller dalam permainan politik dunia bermula apabila beliau telah menaja kedua-dua belah pihak yang berperang, Tentera Bersekutu(Serbia, Rusia, Perancis,Belgium, British dan negara komanwel,Amerika Syarikat, Itali,Jepun,Greece, Romania) dan juga Kuasa-kuasa Pusat (Austria-Hunggary, Jerman,Empayar Uthmaniyyah, Bulgaria). Perang Dunia Pertama berakhir pada tahun 1918 menyaksikan kekalahan pihak Kuasa-kuasa Pusat. Negara yang kalah terpaksa menyerahkan beberapa kawasan taklukan dan beberapa jajahan kepada pihak bersekutu, termasuk nasib yang tertimpa wilayah-wilayah Turki Uthmaniyyah khususnya Palestin.

Setahun sebelum Perang Dunia Pertama berakhir iaitu pada tahun 1917, Arthur James Balfour telah menghantar surat kepada Lord Rothschild yang merupakan pemimpin Zionis British, dengan mengisytiharkan bahawa Palestin adalah Tanah Air Yahudi yang dikenali selepasnya sebagai Deklarasi Balfour. Tahun yang sama juga 1917, Presiden Amerika Woodrow Wilson yang sebelumnya neutral dalam Perang Dunia Pertama telah dipujuk oleh para pemimpin Yahudi Amerika telah bertindak mengisytiharkan penyertaan Amerika dalam Perang Dunia Pertama dan menyatakan pendirian beliau sebagai "tidak membantah" Deklarasi Balfour. Tahun berikut selepas Perang Dunia Pertama berakhir 1919, dalam satu konferensi di Istana Versailles yang dikenali sebagai Konferensi Perdamaian Paris 1919 yang cuba mendamaikan blok sekutu yang menang dan blok kuasa pusat yang kalah. Hasil dari perjanjian ini antaranya tertubuhnya Liga Bangsa-bangsa yang merupakan idea Woodrow Wilson.

Pada tahun 1922 iaitu 3 tahun selepas tertubuhnya Liga Bangsa-bangsa, wilayah Palestin yang sebelumnya bawah Turki Uthmaniyyah kerana kekalahannya dalam Perang Dunia Pertama telah diberi kepada pihak British (negara yang menyokong Zionisme dan Deklarasi Balfour paling kuat) dan diberi nama sebagai Mandat Palestin.Siapa yang beri Palestin kepada British? Liga Bangsa-bangsa yang beri. Jika sebelum Perang Dunia Pertama, Aliyah Pertama yang merupakan program memindah orang Yahudi ke tanah Palestin sedikit lembab, selepas tamat Perang Dunia Pertama perpindahan Yahudi diteruskan sehingga Aliyah Keempat, namun populasi Yahudi masih belum memberangsangkan.

Sehingga terjadi "Holocaust" yang didakwa sebagai program membunuh Yahudi oleh pihak Nazi Jerman, Aliyah Kelima perpindahan orang Yahudi ke Mandat Palestin meningkat sehingga seperempat juta orang.Setelah berlaku kemarahan orang Arab dan penduduk dunia ke atas perpindahan yahudi itu, Aliyah Bet (1934-1948) program perpindahan Yahudi secara bawah tanah dijalankan.

Sehinggalah Perang Dunia Kedua pula tercetus 1939 apabila Jerman bawah pemimpin Nazi, Adolf Hitler menyerang Poland.Pada saat akhir perang ini, perpindahan Yahudi ke Palestin meningkat mendadak. Setelah 6 tahun berlangsung, pada tahun 1945 sekali lagi musuh negara bersekutu yang dulunya dikenali sebagai Kuasa Pusat, dipanggil pula kali ini sebagai Kuasa Paksi telah kalah. Kali ini Liga Bangsa-bangsa dibubarkan dan diganti oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 1945 di California, Amerika Syarikat.

Menariknya, 2 tahun selepas PBB ditubuhkan 1947, British mahu menarik diri dari Mandat Palestin dengan alasan gagal mendamaikan kekerasan Arab-Yahudi di Palestin.Dan pada tahun itulah 1947, PBB mengisytiharkan dua negara iaitu Palestin untuk orang Arab, dan Israel untuk orang Yahudi dalam Resolusi Majlis Umum PBB. Pada tahun 1948, puak Zionis mengumumkan kemerdekaan negara Israel yang bersetuju akan tanah diberi PBB, namun ditentang keras oleh negara-negara Liga Arab. Maka tercetuslah Perang Arab-Israel 1948.Setelah tamat perang tersebut pada tahun 1949, Israel dengan rasminya diterima menjadi anggota PBB.

Maka apa kaitannya sejarah Palestin ini dengan Rockefeller. Hal itu dapat dilihat pada peristiwa penting berikut:

1) Pertemuan minyak di tanah Arab 1914 dan Perang Dunia Pertama 1914.
2) Deklarasi Balfour 1917 dan penyertaan Amerika bawah Woodrow Wilson 1917.
3) Tamat Perang Dunia Pertama dan tertubuhnya Liga Bangsa-bangsa 1919 dan pemberian Palestin pada British 1922.
4) Perang Dunia Kedua oleh Nazi 1939 dan perpindahan Yahudi dalam Aliyah Bet 1934-1948.
5)Tamat Perang Dunia Kedua dan tertubuhnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1945 dan pengisytiharan dua negara di Palestin 1947
6) Perang Arab-Israel 1948 dan Israel sebagai anggota PBB pada 1949

Kaitan Rockefeller dalam kronologi di atas adalah seperti berikut:

1) Standard Oil tidak mahu monopoli mereka dipecahkan selepas minyak dijumpai di tanah Arab 1914 dan Perang Dunia Pertama 1914 juga dipanggil sebagai "Perang Minyak".
2) Penajaan Rockefeller dalam Perang Dunia Pertama 1914 kepada kedua-dua pihak bersekutu dan kuasa pusat melalui Rockefeller Foundation yang ditubuhkan setahun sebelum itu,1913.
3) Pengaruh Standard Oil di Amerika dan kaitan dengan mendesak Presiden menyertai Perang Dunia Pertama melalui kumpulan "War Hawks" juga bantuan kewangan kepada Liga Bangsa-bangsa.
4) Bantuan kepada Nazi untuk ekonomi Jerman oleh Rockefeller Chase Bank ."The Great Depression"1919 yang punya kaitan Rockefeller-Morgan itulah yang buat naiknya pengaruh Nazi di Jerman 1930.
5) Bantuan kewangan kepada PBB malah tapak PBB di New York juga adalah ihsan Rockefeller.
6) Pembelian tanah dan menaja pembinaan bangunan di Israel contohnya Muzium Arkeologi Rockefeller di Baitulmaqdis (1925).

WILAYAH ARAB

Kembali kita kepada penubuhan Liga Bangsa-bangsa yang diumum di Paris pada tahun 1919. Antara tokoh yang berada dalam konferensi perdamaian 1919 itu adalah Emir Faisal yang mengetuai delegasi Arab ke Versailles, Paris.

Baik, siapa Emir Faisal ini? Beliau adalah anak kepada Hussein bin Ali , Sharif Mekah. Ayahnya menjadi Sharif Mekah sejak zaman Turki Uthmaniyyah dan menjadi Raja Hijjaz setelah Pemberontakan Arab 1917-1918 menentang khilafah atas niat beliau ingin menjadi khalifah islam, bersekutu dengan British demi cita-citanya membina empayar Dinasti Bani Hashim di semenanjung Arab . Turki Uthmaniyyah yang bersekutu dengan Jerman dalam Kuasa Pusat telah cuba menghalang pemberontakan Sharif Hussein ini, walaubagaimanapun Sharif Hussein berjaya menguasai kawasan Hijjaz termasuk mengekalkan pemerintahan Mekah-Madinah dari tahun 1916 hingga tahun 1924 dengan bantuan British dan Perancis serta menggelar dirinya Khalifah bagi umat Islam.

Ketika pemberontakan 1916-1917 itu Emir Faisal membantu ayahnya untuk menentang Turki Uthmaniyyah bekerjasama dengan agan British di Mesir, T.E Lawrence.Sesuai dengan Perang Dunia Pertama yang berlangsung ketika itu, pihak Sharif Hussein bersama pihak bersekutu, dan Turki Uthmaniyyah bersama kuasa pusat. Setelah kekalahan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama, Emir Faisal tidak kurang mendapat untung bersama ayahnya. Banyak wilayah-wilayah takluk Turki Uthmaniyyah diserah kepada mandat-mandat British. Beliau menjadi wakil Arab membuat perjanjian dengan Presiden Israel pertama dan juga ketua organisasi Zionis sedunia Chaim Weizmann yang dikenali sebagai Perjanjian Faisal-Weizmann 1919 yang dijalankan di Paris bersekali dengan Perjanjian Perdamaian Paris 1919.

Apa yang menarik adalah kisah setelah itu ketika ketumbukan Wahabi-Ibn saud berlangsung pada 1924. British tidak lagi menyokong membantu Sharif Hussein dan membiarkan pihak Ibn Saud yang menentang Sharif Hussein untuk mendapatkan wilayah Hijjaz dan Mekah-Madinah.Anaknya, Emir Faisal masih menjadi raja di Syria dan kemudiannya Iraq sehingga beliau meninggal dunia pada 1933.

Sebelum pergi lebih jauh, mari kita ketahui perihal Ibn Saud dan usaha penaklukan beliau. Ketumbukan tentera Ibn Saud dianggap kuat setelah kerjasama dengan Sheikh Muhammad Ibn Abd Wahab sehingga dapat memerintah wilayah Diriyyah di Riyadh dari tahun 1744-1818 yang juga dikenali Arab Saudi pertama. Empayar Turki Uthmaniyyah walaubagaimanapun cuba mengambil kembali wilayah itu untuk bernaung di bawah Turki Uthmaniyyah dengan menghantar Muhammad Ali Pasha. Pada 1818, Ibn Saud telah kalah kepada Muhammad Ali Pasha. Walaubagaimanapun Ibn Saud cuba membina kekuatan kembali dan cuba mendapatkan wilayah Riyadh tersebut pada 1824 apabila berperang dengan Bani Ar Rashid yang merupakan sekutu Empayar Turki Uthmaniyyah.

Dari tahun 1824 itu iaitu zaman Arab Saudi kedua, Ibn Saud terus merangka perancangan untuk berkuasa di wilayah arab dengan tema tajdid ke arah pemurnian Islam bersama kelompok wahabi. Kemuncaknya adalah peperangan dengan Bani Hashim pimpinan Sharif Hussein yang dikisahkan tadi pada tahun 1924. Walaupun banyak kelompok kabilah yang ingin menguasai wilayah Arab, ternyata setelah kejayaan Bani Hashim dengan bersama pihak bersekutu pada era Perang Dunia Pertama mengalahkan Khilafah Turki Uthmaniyyah, keturunan Saudi dianggap lebih berjaya pasca Perang Dunia Pertama itu.

Ketumbukan tentera Ibn Saud yang digelar "Ikhwan" itu telah berjaya melebar penguasaan wilayah mereka sehingga pada tahun 1932 tertubuhlah dengan rasminya Kerajaan Arab Saudi Ketiga yang diiktiraf oleh British (ertinya British tidak akan mengganggu kedaulatan wilayah Ibn Saud), sementara banyak tanah Arab lain masih di bawah mandat British. Apa yang lebih menarik, 6 tahun selepas itu tahun 1938, simpanan minyak dijumpai di Arab Saudi oleh penasihat kepada Ibn Saud iaitu Jack Philby (nama islamnya Sheikh Abdullah). Beliaulah yang membawa syarikat Rockefeller, Standard Oil for California (SOCAL) dan Texaco menguasai pasaran minyak Arab Saudi seterusnya membentuk Arabian-American Oil Company (ARAMCO).

Baik, siapa Jack Philby ini?Inilah manusia yang menjadi antara yang berpengaruh membentuk peta semenanjung tanah Arab hari ini.Pada awal kariernya menjadi agen British di tanah Arab beliau memegang beberapa kepimpinan dalam institusi negara-negara mandat British pasca Perang Dunia Pertama. Sebelum itu, beliau antara yang merancang untuk menjayakan Kerajaan Persekutuan Arab di bawah misi Pemberontakan Arab menentang Khilafah Turki Uthmaniyyah yang akan mengangkat Sharif Hussein sebagai ketua negara-negara Arab bersatu yang meliputi kawasan dari Syria hingga ke Yaman.Di dalam misi itu, beliau bekerjasama dengan T.E Lawrence sebagai perancang perang membantu Sharif Hussein dan anaknya, Emir Faisal.

Pada 1917, Philby dihantar kepada Ibn Saud sebagai wakil British untuk perundingan.Dalam masa yang sama, Philby lebih cenderung pada Ibn Saud untuk memerintah semenanjung Tanah Arab setelah wilayah-wilayah Turki Uthmaniyyah dilepaskan selepas Perang Dunia Pertama itu.Pada 1918, apabila berlakunya Perjanjian British-Perancis yang membahagi-bahagikan tanah Arab untuk dijadikan wilayah mereka dan pembentukan Deklarasi Balfour mewujudkan negara Israel, Philby merasakan misi membentuk semenanjung arab bersatu telah dicurangi.1920, Philby menjadi menteri keselamatan dalam negeri di Iraq pasca revolusi Iraq sewaktu itu. Setahun setelah itu 1921, Philby dilantik menjadi Ketua unit rahsia British di Mandat Palestin.1922, Philby ke London dan bertemu semua pemimpin penting barat yang sedang mengoperasi wilayah Arab termasuk Winston Churchill, King George, Prince of Wales, Baron Rothschild, Wickham Steed, dan Chaim Weizmann, ketua pergerakan Zionis sedunia.

Atas sebab berbeza dengan polisi British yang pro-Bani Hasim sedangkan Philny pro-Ibn Saud, Philby diarahkan berhenti dari semua jawatannya oleh British pada 1924. Namun kemudian, Ibn Saud memanggil Philby menjadi penasihat beliau untuk membantu beliau menguasai semenanjung Arab yang masih sebahagian besar berada di bawah mandat British. 1925, Philby berunding dengan pihak British sebagai wakil Ibn Saud, yang kemudiannya membawa kepada pengiktirafan British kepada kedaulatan wilayah Ibn Saud dan sokongan British mula beralih dari pro-Bani Hashim kepada pro-Ibn Saud.1930, Philby memeluk Islam dan menggunakan nama Sheikh Abdullah.

Pada 1931, Philby menjemput Charles R Crane warga Amerika untuk meneroka simpanan minyak di Arab Saudi yang bakal ditubuhkan setahun selepas itu 1932 secara rasmi. Pada 1933, setahun setelah Arab Saudi ditubuhkan, syarikat Rockefeller berurusan dengan Philby untuk menguasai minyak di sana melalui SOCAL dan Texaco lalu terbentuklah ARAMCO 1936.Sehingga tahun 1973, kerajaan Arab Saudi hanya memegang 25% saham ARAMCO membuatkan syarikat itu menjadi aset Amerika paling bernilai dan penjana keuntungan Rockefeller yang terbesar.Hanya pada tahun 1980, barulah ARAMCO dikuasai sepenuhnya oleh Arab Saudi dan menukar namanya menjadi Saudi Aramco.

Dari kisah penaklukan negara-negara Arab yang beralih kuasa dari Uthmaniyyah-British-Bani Hasim-Saudi ini, kita dapat lihat akhirnya kemuncak perolehan keuntungan minyak yang diidam-idamkan Rockefeller untuk menguasai minyak di tanah Arab tercapai walaupun sukar untuk kita buktikan Rockefeller berada di sebalik segala konflik dan permainan politik perang di sana, namun jelas tanpa mampu disangkal tahun 1914-1933 (19 tahun), dari minyak ditemui di Arab dan Perang Dunia tercetus hingga perundingan bersama Philby yang menjadi penasihat Ibn Saud, membawa kepada kejayaan Standard Oil memegang saham terbesar pemprosesan minyak di tanah Arab selama lebih 40 tahun.

KESIMPULAN

Dengan pengaruh Rockefeller dalam PBB yang asas penubuhannya tak dapat lari dari Rockefeller, dan pengaruh kuat Rockefeller dalam industri minyak dan kewangan dunia, seolah-olah politik dunia dalam kerangka perang dunia pertama, kedua dan mungkin menjurus kepada ketiga ini tidak dapat melarikan sosok keluarga Rockefeller yang sudah berkembangbiak dalam segenap institusi dan industri dunia, baik politik, ekonomi mahupun pendidikan dan sosial. Ada banyak lagi fakta mengenai kaitan pembangunan Israel, permainan ekonomi Dollar (kapitalis), dasar perang Amerika zaman milennium,demokrasi, globalisme dan idea Orde Baru Dunia yang tidak disentuh lagi yang punya kaitan dengan Rockefeller.

Jangan kita lupa ucapan John D. Rockefeller,
"Some.. believe we are part of a secret cabal working against the best interests of the United States, characterizing my family and me as 'internationalists' and of conspiring with others... to build a more integrated global political and economic structure - one world, if you will. If that is the charge, I stand guilty, and I am proud of it," Rockefeller, David. Memoirs. New York: Random House, 2002. p. 405.


Dan buku bertajuk "The New World Order" tahun 1919 dan yang ditulis oleh Samuel Zane Batten yang menyokong idea "Satu Kerajaan Dunia" oleh Rockefeller menulis,

"World patriotism must be a faith... There is no more justice for the claim of absolute sovereignty on the part of a nation than on the part of an individual... The only alternative is World Federation... with a world parliament... an international court... an international police force... Men must have an international mind before there can be a world federation. They must see and affirm that above the nation is humanity. Internationalism must first be a state of mind, an ideal, a chivalry, a religion, before it can be a reality and a system."Batten, Samuel Zane. The New World Order. American Baptist Publication Society, 1919. p. 117-159.

Dan kita juga tidak wajar melupakan tahun 1919 ketika Liga Bangsa-bangsa ditubuh di Paris dan terbitnya buku "The New World Order" oleh Batten itu, John D. Rockefeller Jr anak lelaki tunggal John D. Rockefeller telah menubuhkan Interchurch World Movement (IMW) yang beliau anggap lebih penting dari Liga Bangsa-bangsa. Malah setelah itu membawa kepada penubuhan The Federal Council of Churches dan The World Council of Churches yang akhirnya bersekutu peranannya dengan PBB.

Mungkin kali ini kita memahami ke manakah impian untuk dunia sejagat oleh Rockefeller- Penaklukan Dunia.
babak akhir dalam Drama "Antara Garisan" - si syaitan mula menjelmakan identitinya

Antara perkara yang saya dapat dari drama "Antara Garisan" adalah "orang yang baik boleh menjadi jahat, orang yang jahat boleh menjadi baik, maka jangan menghukum orang".

Kisahnya berkenaan seorang ustaz yang baru sampai ke sebuah kampung, telah terpedaya dengan semangat jihad untuk membanteras kemungkaran di kampung tersebut. Dalam waktu yang sama anak murid perempuan ustaz itu di sekolah punya seorang kakak bekerja sebagai GRO sehingga mengandung anak luar nikah.

Kemuncak kisah ini adalah setelah si kakak dibelasah oleh pejuang-pejuang jihad pengikut ustaz itu, telah diselamatkan oleh keluarga imam masjid. Si kakak itu mula dekat dengan masjid, dan si ustaz pula tergoda dengan si adik iaitu anak muridnya sendiri lalu ditangkap berzina oleh pengikutnya sendiri di akhir cerita.

Dengan kata lain, "Antara Garisan" membawa maksud garisan yang memisahkan antara baik dan jahat sangat nipis, bila-bila masa saja manusia boleh menyeberangi garisan itu dan terjadilah seperti penamat drama ini, si baik menjadi jahat, dan si jahat menjadi baik.

Suatu yang sangat menghairankan dalam drama ini adalah watak syaitan berserban dan si ustaz tidak berserban sehinggalah babak akhir cerita ketika dia ditangkap berzina, dia berzina bersama serban.Dan si imam yang digambarkan "hikmah" dalam berdakwah lakonan Zaibo pula mempunyai anak yang "free hair". Apa yang lebih mengasyikkan si imam sangat marah dengan perbuatan si ustaz dan para pejuang jihad kampung itu kerana "suka menghukum orang lain".

Ya, saya bukan mahu buat review drama ini yang saya kira sama saja jenisnya dengan drama dakwah lain dalam bulan ramadhan terbitan orang melayu yang degil, tapi saya ingin berbicara soal "jangan menghukum orang" itu.

ALASAN UNTUK KEMUNGKARAN TAK TERHUKUM

Dalam Islam, memang benar kita tak dibenarkan untuk menghukum orang sewenang-wenangnya. Kita perlu bawa saksi yang cukup jika terjadi perlakuan kemungkaran, kita disarankan menutup aib atau tidak berbicara soal mungkar saudara kita, berbicara soal saudara kita-baik mungkar atau tidak telah dikira ghibah, ketika menghukum pesalah mungkar kita tak dibenarkan mencaci dirinya, dan hak menentukan syurga atau neraka buat pesalah mungkar adalah hak Allah seperti dikisahkan bagaimana si pelacur yang memberi minum pada anjing juga dipilih Allah untuk memasuki syurga, malah kita tahu hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui isihati seseorang.

Namun, amat menyedihkan apabila seolah-olah ada suatu "gerakan" yang cuba mempropagandakan "jangan hukum orang" ini sebagai lesen untuk berkembangbiak dan lesen berleluasanya kemungkaran.

Sebenarnya Allah s.w.t telah mengingatkan kita dalam surah Hud ayat ke 29:


Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri.(surah hud: 117)


Ya, kata kunci kita adalah "BAIKI". Benar, kita tidak boleh "hukum orang" sewenang-wenangnya. "Jangan hukum orang" hanya merujuk kepada perlakuan "sewenang-wenangnya" atau "melulu", tapi tidak dalam situasi untuk "membaiki".

Sebab itulah wujudnya hukum hudud sebagai hukuman kepada jenayah-jenayah berat dalam Islam, dan tidaklah semua ini diadakan melainkan untuk "memperbaiki" samada baiki kepada pesalah mahupun baiki masyarakat secara amnya. Kita juga memahami dalam negara manapun, samada yang mahukan syariat atau yang tolak syariat, usaha menghukum pesalah memang giat dilakukan samada proses siasatan, tangkapan, perbicaraan dan seterusnya hukuman. "Yang bersalah mesti dihukum", itu difahami sekalian manusia.

Walaupun hal "yang bersalah mesti dihukum" diakui semua orang, gerakan "jangan hukum orang" ini memfokuskan kepada "hukuman" berbentuk "persepsi", "pandangan", "anggapan" orang agama terhadap orang yang berdosa.Mereka mahu "orang agama" jangan berasa jijik dengan "orang berdosa". Benar, kita tak boleh berasa jijik dengan sesiapa kerana sebagai pendakwah kita wajib berpandangan setiap orang punya hak dan layak menerima hidayah dan menjadi ahli-ahli syurga Allah s.w.t. Namun, apa yang membimbangkan kita, gerakan "jangan hukum orang" ini juga tidak mahu "orang agama" berasa jijik dengan perlakuan dosa yang dilakukan oleh "orang berdosa". Inilah permulaan jarum "berasa tak apa pada mungkar", yang bersalahan konsepnya dengan konsep "selemah-lemah iman itu dengan hati (berasa benci pada mungkar)".

Jarum suntikan inilah yang buat para ustaz dan alim ulama yang muncul di kaca televisyen berasa serba salah seterusnya menjadi bisu kepada kemungkaran terang-terangan yang berlaku di depan mata. Jika anda menonton program bual bicara bertajuk "tudung" sedangkan pengacaranya muslimat kita yang "tak bertudung", anda jangan berasa hairan. Itu adalah salah satu cabang gerakan "jangan hukum orang" yang sedang dipropagandakan di kaca televisyen. Alasannya mudah, "jangan hukum orang tak bertudung itu tolak agama, mungkin dia lebih beragama dari orang yang bertudung". Konsepnya sekali pandang adalah betul, tapi jika diamati dan diperhati ada malapetaka besar sedang beroperasi.

Begitulah adanya, apabila rancangan Melodi Raya mempersembahkan lagu-lagu raya nyanyian para artis muslim seMalaysia berkampung di sunway lagoon yang kebanyakan lirik dipaparnya amat mengelirukan akan konsep sebenar aidilfitri bagi umat Islam. Seolah-olah kegembiraan aidilfitri yang ingin disambut oleh umat Islam adalah dengan acara bingung lagi membingungkan itu. Aidilfitri bukan soal hiburan, lalai dan makanan. Tapi soal syukur, khusyuk dan iman. Namun, mampukah seorang artis berdiri dan mengatakan bahawa apa yang mereka lakukan adalah bersalahan dari konsep aidilfitri sebenar dan bersalahan juga dengan amal islam? Tidak ada. Kerana apa? Kerana "jangan hukum orang".

CUBAAN MEMULIAKAN PENDOSA DAN MENGHINA PENGAMALSOLEH

Salah satu cabang gerakan "jangan hukum orang" adalah cubaan untuk memuliakan orang-orang yang berbuat dosa dan menghina para pengamalsoleh yang cuba membaiki suasana.

Anda akan lihat nanti, bagaimana apabila golongan yang cuba untuk membaiki suasana melakukan usaha, akan muncul golongan yang memburuk-burukkan usaha itu dan menghalang kemungkaran dari dibanteras. Persoalan kemungkaran akan dialihkan kepada keburukan usaha membaiki suasana.

Ya, mungkin benar ada beberapa usaha membaiki suasana itu memperlihatkan kelemahan, namun, adakah kemungkaran boleh terus dibiarkan tanpa dibaiki? Mereka beranggapan usaha membaiki adalah dengan menyuruh kelompok sedar beraktiviti sesama sendiri saja, dan jangan mencampuri urusan para pembuat dosa. Apa yang mereka mahu halang adalah percubaan pembaikan atas apa yang dilakukan oleh para pelaku mungkar tadi.

Dan sekiranya para pembaiki suasana mahu cuba membaiki mereka, mereka mahu para pembaiki suasana itu melakukan dulu etika "jangan hukum orang" dengan cara:

1. mendiamkan kemungkaran, jangan ditegur

2. meraikan dan menerima kemungkaran sebagai suatu yang realiti

3. menasihati pelaku mungkar dengan cara melayan mereka sebagai orang yang istimewa. (senyum, cakap lemah lembut sesekali bergurau, berkasih sayang)


Benar, semua perkara di atas adalah antara adab dakwah yang dianjurkan, iaitu:

1. menasihati secara persendirian , tidak terbuka
(adab nasihat pada pemimpin)

2. berhadapan dengan kemungkaran tanpa marah dan melenting
(kes badwi kencing masjid nabi)

3. berdakwah dengan bercakap lembut
(dakwah Nabi Musa kepada Firaun)


Namun, dalam masa yang sama apa yang diharapkan oleh gerakan "jangan hukum orang" adalah, dakwah menjadi lemah dan lembik sehingga kemungkaran menjadi arus perdana dan amal soleh menjadi gerakan subversif. Sindrom ini dapat dilihat dengan jelas apabila mempunyai tanda-tanda berikut:

1. Kemungkaran diulangi lagi tanpa ada rasa malu setelah diberi nasihat

2. Kemungkaran dilakukan secara terang dan penuh provokasi ke atas golongan agama

3. Golongan agama disindir selari dengan kemungkaran yang dibuat

4. Membiarkan golongan agama berputus asa dalam dakwah, dan berlapang dada saja kemungkaran sebagai salah satu asam garam kehidupan.



Apa yang diharapkan oleh "jangan hukum orang" adalah matinya "nasihat", "teguran", "mencegah mungkar", "menghukum mungkar", seterusnya matilah tulang belakang dakwah iaitu "menyampaikan". Fasa yang mereka mahu capai adalah situasi "DIAM" oleh golongan agama, dan situasi "BISING/TERANG NYATA" oleh golongan pelaku mungkar.

Sebab itu anak si imam dalam drama "Antara Garisan" itu "free hair" (mungkar) walaupun si ayahnya (imam) sedang kondem ustaz muda dan pejuang jihad yang "senang-senang" menghukum orang lain. Benar, aksi ustaz muda dan pejuang jihad yang membelasah si GRO adalah "melampaui batas", namun menjadi seorang "free hair" juga sudah melebihi batas-batas yang Allah adakan untuk hambaNya (aurat).


Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.(surah hud:112)


TEGUH PADA JALAN IMAN, NASIHAT

Kita yang yakin dan iktikad akan jalan-jalan keimanan boleh terus jalankan usaha membaiki iaitu dengan menasihati. Benar, kita bukanlah penguasa atau hakim yang punya hak untuk menghukum pelaku-pelaku mungkar. Namun untuk membiarkan mungkar tanpa ditegur, dinasihati, dibaiki dan diubah, itu bukan kita, itu mungkin pendakwah-pendakwah lembik yang gembira dapat berasimilasi dengan aktiviti mungkar sebagai kejayaan dakwahnya "berhadapan dengan kemungkaran".

Kita berpegang kepada ayat ini:




Dan katakanlah kepada orang-orang yang tidak beriman: Buatlah apa yang kamu sanggup melakukannya (dari perbuatan ingkar itu). Sesungguhnya kami juga tetap mengerjakan (nasihat pengajaran yang Tuhan berikan kepada kami).Dan tunggulah (akibat yang buruk yang akan menimpa kamu)! Sesungguhnya kami juga menunggu (akan kemenangan dan kejayaan yang dijanjikan oleh Allah kepada kami).(surah Hud 121-122)









Uthaya Sankar bersama bukunya "Siru Kambam"


Pada tahun 1999 banyak yang berlaku pada Uthaya Sankar SB. Antara yang saya paling ingat adalah kontroversi antara "Bahasa melayu atau Bahasa Malaysia" dan juga penubuhan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan).

Jika Lim Swee Tin adalah sasterawan Bahasa Melayu berketurunan Cina yang saya kagumi, Uthaya Sankar SB adalah sasterawan Bahasa Melayu berketurunan India yang saya kagumi. Kita boleh fahami mengapa Lim Swee Tin boleh mencintai bahasa melayu untuk dinobatkan dan diperjuangkan apabila kita lihat di mana beliau dilahirkan. Lim Swee Tin lahir di Bachok Kelantan dan kita tahu betapa orang keturunan Cina di Kelantan begitu rapat dengan orang Melayu.Tapi Uthaya Sankar lahir di Taiping Perak di Aulong Lama yang perkampungannya hanya ada 2 keluarga Melayu saja.Ini menjelaskan akan semangat beliau mencintai Bahasa Kebangsaan bukan dipengaruhi oleh orang, tetapi atas jiwanya sendiri.

BAHASA MELAYU ATAU BAHASA MALAYSIA?

Pada saya kedua-dua "Bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia" adalah betul. Ya, "Bahasa Melayu" adalah betul istilahnya dari segi perlembagaan dan sejarah. Namun "Bahasa Malaysia" adalah betul dan penting dari segi harapan dan semangatnya. Saya memilih "Bahasa Malaysia" apabila merujuk kepada Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Rasmi.Namun, apabila saya ingin berbicara soal misi atau merujuk kepada bahasa penggunaan saya sendiri atau perihal bangsa, saya akan gunakan istilah "Bahasa Melayu".Atau ringkasnya saya tak ada hal untuk isu Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia itu, soalnya orang mesti tahu Bahasa Melayu dipilih sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi dan Bahasa Malaysia.

Mungkin itulah hal yang dibangkitkan oleh Uthaya Sankar SB ketika ditanya mengapa beliau terlalu obses dengan Bahasa Malaysia dan menentang Bahasa Melayu, beliau menyebut,

"Saya tidak menentang istilah "Bahasa Melayu". Saya tidak menghalang sesiapa menggunakan "Bahasa Melayu". Tapi yang membuatkan saya berasa jelik apabila seseorang atau sesiapa – mengatakan saya tidak boleh menggunakan istilah "Bahasa Malaysia". Saya tidak buat apa-apa melanggar undang-undang. Istilah itu diperkenalkan pada tahun 1970 dan dikuatkuasakan oleh kabinet pada tahun 2007. Oleh itu, tiada sesiapa boleh menghalang saya menggunakannya. Semakin kamu menghalang saya menggunakan "Bahasa Malaysia" tanpa alasan yang kukuh, semakin saya akan menggunakan istilah itu. Seperti ibubapa yang mengatakan kamu tidak boleh cinta seorang gadis dan kamu akan lebih mencintainya selepas itu. "

Antara perjuangan Kavyan yang digerakkan oleh Uthaya adalah “Bahasa Malaysia, Bangsa Malaysia”. Mereka yang bersama Uthaya percaya bahawa setiap kaum di Malaysia mestilah sama-sama menyokong untuk mendaulatkan Bahasa Malaysia. Ini dapat dilihat dari pelbagai tema perjuangan Kavyan sendiri:“memasyarakatkan sastera”, “memupuk budaya membaca” dan “mendaulatkan Bahasa Malaysia”. Tidak hairan beberapa sasterawan negara dan tokoh sastera sama-sama menyokong perjuangan bahasa Uthaya Sankar seperti A. Samad Said, Dr Anwar Ridhwan, Allahyarham Dr Othman Puteh dan beberapa orang lagi.

Saya tertarik dengan usaha Uthaya Sankar mengumpulkan pandangan orang ramai tentang sokongan mereka bahawa setiap bangsa sepatutnya menyokong Bahasa Malaysia sebagai perjuangan bahasa mereka. Sekadar memetik beberapa pandangan dari web geocities uthaya

yang bakal ditutup kelak:
Kinghang Lai: I am in favour of Bahasa Malaysia! I think I have been using the term "Bahasa Malaysia" since my adult life and it gives a sense of pride and identification especially when I am expressing it to a non-Malaysian. I was schooled in the language and have been tailored to think and to act in such a way that Bahasa Malaysia holds special meaning for me because it is the common language of all Malaysians. Because of its term "Bahasa Malaysia", we feel that it is part of our nation and shared by all races.

Ranugah: I trully support the term Bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia has been the main communication language since we were kids. As an Indian, my Bahasa Malaysia was considered good and mind you that I got a better grade for my Bahasa Malaysia paper in STPM than my Malay friends. I take great pride in speaking the language. Bahasa Malaysia is the corresponding language in Malaysia between all races. So, the government should take pride in Bahasa Malaysia and not make it Bahasa Melayu and thus lose its unifying purpose altogether.


Cheng Yi: This Bahasa Malaysia issue is actually a subject after my own heart. Why they changed it back to Bahasa Melayu is beyond me. In fact, when I first heard it, I thought I heard wrong. I prefer Bahasa Malaysia.


Ambigah Devi: Saya rasa keputusan saudara Uthaya dan Kavyan untuk memperjuangkan penggunaan istilah Bahasa Malaysia bukan sesuatu tindakan perkauman atau bersifat anti mana-mana pihak. Sebaliknya adalah tanda bahawa saudara Uthaya dan Kavyan memiliki pendirian yang tetap dan tegas.

Sharaad Kuttan: If we need a single language to unify the nation, then Bahasa Malaysia would be the preferred term.

Hemantha Kumar: Tindakan DBP menyenaraikan mana-mana penulis semata-mata kerana isu Bahasa Malaysia adalah tidak patut. DBP tidak patut menyuruh seseorang penulis mengikut telunjuknya. Isu ini sudah tersiar di akhbar. Jadi DBP harus memberi penjelasan mengenai tindakan editor terbabit mengatakan Bahasa Malaysia adalah istilah politik.

Heidi Tan: We are all Malaysians. So, we should be speaking "Bahasa Malaysia".

Lee Chai Ching: Now people (Malaysians) prefer the term "Bahasa Malaysia" compared to "Bahasa Melayu".

Piggy Lai: "Bahasa Malaysia" shows that it is the language of Malaysians while "Bahasa Melayu" shows as if it is the language of the Malays only.

Yuvaraja Ponnusamy: Pada pendapat saya, istilah "Bahasa Malaysia" lebih sesuai bagi bahasa rasmi Malaysia. Istilah "Bahasa Malaysia" menggambarkan bahawa bahasa berkenaan digunakan oleh semua rakyat Malaysia. Manakala "Bahasa Melayu" pula memberi gambaran seolah-olah bahasa itu hanya khusus bagi kaum Melayu.

Yuvanah Radakrishnan: Istilah "Bahasa Melayu" lebih sesuai. Jika kita tinjau latar belakang dan sejarah, bahasa berkenaan wujud pada zaman Melayu (kurun ketujuh) dan bukannya hanya muncul selepas kewujudan Malaysia (1963).

Mohd Zaheer: I choose "Bahasa Malaysia" because if you use the term "Bahasa Melayu", some people might get offended. "Bahasa Malaysia" would represent the language of all Malaysians.

Liew Lee Chin: "Bahasa Malaysia" would be a better term to use when referring to our national language because the term itself signifies our unity as a nation. All races in Malaysia have a common national language which all of us understand and feel proud to use in everyday life. "Bahasa Melayu" term is a little questionable because it signifies the Malays only.

Lee Yoke Lai: "Bahasa Melayu" shows as if it only belongs to Malays (Melayu). But "Bahasa Malaysia" makes everyone feel proud of their national language. "Bahasa Malaysia" belongs to every Malaysian.

Jeffrey Cheong: I think the term "Bahasa Malaysia" would be more appropriate in Malaysia. The language belongs to all races in Malaysia. If we use the term "Bahasa Melayu", it gives an impression as if the language belongs to the Malays only.

Pang Shieh Yuin: "Bahasa Malaysia" because it is the official language of Malaysia.

Wong Kah Weng: "Bahasa Malaysia" is more suitable than "Bahasa Melayu"! I agree that the term "Bahasa Malaysia" means that every Malaysian citizen can speak and understand the language. But "Bahasa Melayu" sounds as if it's the Malay people's language only.

Liew Kean Wah: It is the best to term our national language as "Bahasa Malaysia" so foreigners and our future generation will understand that "Bahasa Malaysia" is 'our' language and not just the Malay's mother tongue.


Saya berpendapat orang Malaysia yang menyokong penggunaan "Bahasa Malaysia" bukan terhenti pada sekadar menyokong tetapi memperjuangkan apa yang anda katakan. Bagaimana boleh, menyokong Bahasa Malaysia tetapi tetap memperjuangkan Bahasa Mandarin, Tamil atau Inggeris untuk dipergunakan secara meluas? Jadilah seperti Uthaya Sankar, dia bukan sekadar menyokong, tetapi memperjuangkan Bahasa Malaysia dalam perjuangan bahasanya.

SIAPA YANG TAK SETUJU DENGAN "BAHASA MALAYSIA"?

Seperti yang dimaklumkan oleh Uthaya, sesiapa boleh saja menggunakan istilah "Bahasa Melayu" untuk merujuk kepada bahasa kebangsaan, dia tidak menentangnya, tetapi isunya mengapa ada yang menghalang penggunaan "Bahasa Malaysia"? Siapa mereka dan apa hujah mereka?

Mungkin pandangan Dr Abdul Aziz Bari dapat kita fahami siapa yang akan menentang penukaran istilah Bahasa melayu kepada Bahasa Malaysia:

Dakwanya lagi, penukaran istilah tersebut menggambarkan seolah-olah Umno hendak mengkhianati kontrak sosial memandangkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di bawah Perkara 152 adalah sebahagian dari kontrak sosial.

Jelas Abdul Aziz, Perkara 152 yang 'merumahkan' kedudukan bahasa Melayu tidak pernah dipinda sejak 31 Ogos 1957 lagi. Manakala ungkapan bahasa Malaysia katanya timbul selepas peristiwa 13 Mei untuk mengambil hati golongan bukan Melayu.

"Saya ragu bila masa Tunku berbuat seperti yang didakwa oleh Zam (Zainuddin Maidin) itu. Cukuplah dengan nasib tulisan jawi yang mati di tangan mereka. Kononnya sistem ejaan jawi dipermudahkan untuk memudahkan bukan Melayu.

"Tetapi berapa ramai yang belajar dan minat? Yang jelas orang Melayu lupa tulisan jawi dan ini mendatangkan kesan negatif kepada pendidikan al-Qur'an yang rapat dengan tulisan jawi. Begitu juga dengan jati diri bangsa Melayu," tegasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Jelasnya lagi, persoalan bahasa tidak perlu dikaitkan dengan negara. Beliau memberi contoh beberapa buah negara seperti Brazil yang menggunakan bahasa Portugis tapi tidak menggelarnya dengan 'bahasa Brazil'. Begitu juga dengan Mexico tetap mengekalkan bahasa Sepanyol, tidak menjadikannya bahasa Mexico. Begitu juga dengan Amerika Syarikat dan Scotland dalam konteks bahasa Inggeris.

"Kita tidak harus terikut-ikut dengan kekeliruan di Indonesia. Kita harus melihat Brunei yang tegas mempertahankan bahasa Melayu. Kita tidak harus melakukan sesuatu yang amat dangkal dan superfisial seperti yang dilakukan oleh kabinet itu.

"Kabinet harus merujuk hal ini kepada pakar bahasa seperti DBP dan mereka yang berkaitan. Mereka juga harus berani meminda Perkara 152 yang mana pindaan ini mesti diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja," katanya yang kesal dengan tindakan tersebut.

Keputusan kabinet menggunakan istilah Bahasa Malaysia yang antara lain dengan alasan untuk memperkasa bahasa kebangsaan juga disifatkan Abdul Aziz akan lebih mengelirukan orang Melayu serta belum tentu dapat diperkasakan.



Apa yang dibimbangi oleh Dr Aziz Bari dari laporan Harakahdaily di atas adalah:

1. Kedudukan Bahasa Melayu tergugat walau sudah termaktub dalam perlembagaan.

Dr Aziz Bari berpendapat bahawa Bahasa Malaysia tidak termaktub dalam perlembagaan, yang termaktub adalah Bahasa Melayu. Sebenarnya hal ini sangat aneh. Bagaimana Bahasa Malaysia boleh menggugat Bahasa Melayu yang termaktub dalam perlembagaan sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan padahal Bahasa Malaysia itu merujuk kepada Bahasa Melayu juga, bukannya Bahasa Mandarin, Tamil atau Inggeris. Tiada bukti kukuh bahawa Bahasa Malaysia merujuk kepada bahasa bukan melayu, malah sangat pelik dan menghairankan.

2.Bahasa Malaysia hanya permainan politik UMNO untuk mengambilhati orang bukan melayu.

Ini juga suatu yang menghairankan apabila diucapkan oleh orang melayu sendiri. Adakah usaha untuk mengambilhati orang bukan melayu untuk menyokong Bahasa Melayu sebagai bahasa yang patut dinobatkan, dengan menamakannya sebagai Bahasa Malaysia suatu yang salah dari perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu itu? Kita lihat dari banyak komen dari tinjauan Uthaya Sankar bahawa kebanyakan bukan melayu yang menyokong penggunaan Bahasa Malaysia merasakan diri mereka adalah sebahagian warganegara Malaysia yang wajar mendaulatkan bahasa negara sendiri.

Uthaya Sankar menjawab persoalan mengapa beliau boleh begitu cekap berbahasa melayu,

"Tetapi untuk bertanya seorang warganegara Malaysia "bagaimana awak boleh begitu fasih berbahasa malaysia" adalah satu ejekan. Saya percaya setiap orang Malaysia sepatutnya boleh berbual dan menulis dalam Bahasa Malaysia."


Beliau menambah lagi,
"Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan kita. Saya mengangkat Bahasa Malaysia sebagai bahasa pertama saya."


Jika begitu sekali semangat Uthaya Sankar merasakan Bahasa Melayu yang dia mahu panggil sebagai Bahasa Malaysia menjiwai dirinya, mengapa harus kita halang dari hati-hati orang bukan melayu terbuka untuk berjuang dengan Bahasa Melayu hanya mereka pinta dipanggil Bahasa Melayu itu Bahasa Malaysia supaya merasakan bahasa itu milik semua warga dan keturunan. Mengapa tidak kita gunakan permainan politik kita untuk tujuan ini? Bukankah ini salah satu matlamat politik orang melayu-islam di Malaysia baik UMNO,PAS mahupun PKR, bukankah sekalian mereka sepakat Bahasa melayu mesti diperjuang dan didaulatkan oleh semua warga?

3. Jatidiri orang melayu akan terhakis disebabkan bahasa mereka sudah dikenali dengan Bahasa Malaysia. Tiada lagi dinobatkan keutamaan bangsa Melayu dalam istilah.

Persoalan jatidiri orang Melayu bukan soal nama bangsa mereka. Tapi persoalan agama mereka. Saya tak nampak bagaimana Dr Aziz Bari seorang yang cukup mengutamakan keutamaan agama berbanding bangsa boleh pening dan risau akan kredit nama bangsa "melayu" dalam istilah Bahasa Kebangsaan. Adakah apabila Bahasa Melayu sudah dikenali sebagai Bahasa Malaysia, maka orang melayu tidak lagi jadi betul-betul "melayu" tapi lebih menjadi "malaysia"? Nah, bukankah ini adalah perjuangan pihak Pakatan Rakyat yang mahu menghapuskan politik perkauman dengan harapan persoalan bangsa dan keturunan dijadikan nombor dua, tapi persoalan rakyat Malaysia diutamakan. Nah, jika konsep yang sama juga sedang dibawa oleh UMNO dengan 1Malaysia nya hari ini, saya tak nampak di mana penghakisan jatidiri bangsa boleh berlaku disebabkan istilah "Bahasa Malaysia".

Apatah lagi kedua-dua BN dan PR sudah mula menggerakkan politik menjangkaui batasan bangsa. Saya kira, misi rahsia Bahasa Melayu yang saya idamkan pun mahu meruntuhkan persoalan jurang bangsa ini, supaya memudahkan islam dibuka pada seluruh warga, dan bukannya milik bangsa lagi. Kita tak mahu lagi Islam itu dikenali sebagai melayu, dan melayu itu Islam sehingga bangsa lain menjauhi Islam kerana tak mahu bertukar bangsa.

4. Bahasa mengikut bangsa bukan negara.

Salah satu misi kita para pejuang Islam untuk menyatukan bahasa di malaysia tidak lain tidak bukan supaya mesej Islam dan cara hidup Islam menjadi dekat dalam semua bangsa di Malaysia. Kita lihat sendiri apakah kesannya pada diri Uthaya Sankar apabila beliau menjadi pejuang bahasa dalam hidupnya, pengetahuannya mengenai Islam meningkat, malah persoalan dan masalah keturunan India juga dapat didekatkan pada kaum Melayu. Apa pentingnya orang melayu dekat dengan kehidupan bangsa lain? Sebab dakwahlah.

Setelah lebih 50 tahun negara Malaysia yang bermajoriti muslim sebagai warganya ini, bukan saja perkembangan islam di kalangan bangsa lain sangat perlahan, ertinya bilangan saudara baru yang memeluk islam peningkatannya perlahan, malah orang Melayu yang asalnya Islam pula semakin jauh dengan agama. Dakwah di Malaysia sangat mendukacitakan dalam menarik manusia dari keturunan lain yang sudah hidup dalam negara kita untuk mendekati agama Islam. Salah satu faktornya adalah keturunan melayu tidak memahami persoalan dan permasalahan kaum yang bukan islam. Mengapa seolah-olah ada benteng dalam hubungan ini? Jawapannya tidak lain tidak bukan adalah persoalan bahasa.

Jika semua kaum bukan Islam sudah dekat dengan nilai bahasa melayu, sangat mudah bagi kaum Melayu yang segelintirnya sangat malas untuk belajar bahasa lain, berdakwah dengan kaum bukan melayu.Dan kita tahu, orang melayu yang cuba untuk berasimilasi dengan kaum bukan islam pula segelintirnya bukan berdakwah tapi dirinya yang terdakwah dan terikut cara hidup bukan islam. Apatah lagi ada sesetengah golongan yang memegang konsep "dakwah islam dengan cara menonjolkan cara hidup bukan islam" seperti yang ditunjukkan oleh drama dakwah di bulan Ramadhan, yang bersungguh-sungguh mencipta watak yang hidup dengan cara bukan islam, dengan alasan mahu menarik orang bukan islam atau orang islam yang tak faham islam, kepada islam. Memang merepek, tapi itulah fenomena yang berlaku dan melanda dalam masyarakat melayu.

Oleh itu, bagi saya tidak ada masalah langsung jika bahasa kita dikenali dengan negara supaya target kita dalam negara ini hati-hati dapat disatukan dan memudah serta melicinkan misi rahsia bahasa melayu kita sebagai para pejuang islam dan dakwah.

Malah, negara-negara yang menggunakan bahasa inggeris di negara mereka juga bukanlah sama sebijik bahasa inggeris mereka. Sebab itu bahasa inggeris di Amerika dikenali sebagai "American English", di Australia sebagai "Australian English" dan di Britain sebagai "Britain English" yang menunjukkan bahasa english mereka bukanlah seratus peratus sama, lalu nama negara mereka tetap dikaitkan dengan bahasa itu. Persoalan ini sangat mudah difahami apabila kita tahu bahawa setiap jiwa manusia itu berbeza maka walaupun bahasanya serumpun namun tetap punya perbezaan mengikut budaya dan jiwa masing-masing. Kita di Malaysia juga sedia maklum, Bahasa Melayu Kedah, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu atau perak itu ada perbezaannya walaupun masih dipanggil Bahasa Melayu.

Antara yang menentang usaha Bahasa melayu dikenali sebagai Bahasa Malaysia ini, selain Dr Aziz Bari, juga pihak DBP, Presiden TERAS Mohd Azmi, Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussin,pakar bahasa Prof Emiritus Dr Nik Safiah, Pengerusi Karyawan Dato Hassan Ahmad, Presiden Persatuan Linguistik Malaysia Dr Awang Sariyan dan lain-lain.

BAHASA MALAYSIA AKAN DICEMARI DENGAN BAHASA KAUM LAIN DI MALAYSIA.

Antara situasi menarik yang melanda Kumpulan Sasterawan Kavyan yang digerakkan oleh Uthaya Sankar adalah kerisauan beberapa tokoh sastera akan wujudnya nanti kumpulan tersendiri dalam sastera melayu merujuk kepada Kavyan yang ramai dianggotai dan digerakkan oleh kaum India. Mereka bimbang Bahasa Melayu akan dicemari oleh sastera kaum lain atau bahasa lain.

Saya terasa kelakar pula dengan kerisauan ini. Sebenarnya banyak sekali ungkapan-ungkapan dalam Bahasa Melayu lama itu yang meminjam bahasa Sanskrit. Dan kita juga fahami bagaimana dewasa ini bahasa melayu sudah dimasuki oleh banyak sekali bahasa di dunia seperti Bahasa Arab, Inggeris, Portugis, mahupun beberapa ungkapan dari bahasa Cina dan India.

Persoalannya di sini, adakah masuknya pengaruh bahasa lain dalam bahasa melayu bererti "dicemari" atau "diperkayakan lagi". Saya fikir bahasa yang tidak terpengaruh dengan bahasa lain adalah bahasa yang jumud. Hatta sehebat mana bangsa Jepun,Korea, Jerman atau Perancis mempertahankan bahasa mereka, mereka tetap dipengaruhi oleh bahasa Inggeris yang menjadi bahasa global dewasa ini.

Satu masa saya berbual dalam bahasa melayu dengan rakan saya di mosalla sambil sahabat saya seorang Bangladesh mendengar tutur kata saya. Lalu saya berkata, "Susah kalau bukan suami isteri.." Sahabat bangladesh saya terus mencelah," Yes i know what is suami isteri- husband and wife, right?". Saya terkejut pula mengapa dia boleh faham, rupanya dalam Bahasa Bangladesh juga "husband and wife " itu disebut "suami istri". Maka kami membuat kesimpulan kemungkinan kedua-dua Bahasa Melayu dan Bahasa Bangladeshmengambil perkataan "suami isteri" dari Bahasa Sanskrit yang juga menjadi asas dalam bahasa-bahasa di benua India juga Asia Tenggara.

Saya tidak kisah jika Uthaya Sankar SB cuba mengadun sastera Tamil dengan sastera melayu, bukankah banyak sekali sasterawan lain di negara Malaysia ini meminjam teknik sastera asing masuk ke dalam Bahasa Melayu? Tapi Uthaya Sankar SB bukan orang Tamil, dia Malayali.



Sekitar waktu kecilku Hari Raya adalah hari bertemu dengan saudara mara belah ayahku. Kami jarang bertemu dengan saudara belah ibuku. Bukan tak ada, mungkin janggal dengan persekitaran keluarga ibuku yang lebih berada, rumah mereka yang besar, dan cara bicara yang berbeza. Aku lebih senang dengan saudara mara belah ayahku yang berada di Kampung Bendang Selinsing Sauk Kuala Kangsar Perak itu. Mereka orang kampung yang sederhana, rumah kayu yang berlubang, ayam-ayam yang berlari-larian, pohon-pohon buah yang rimbun, mahupun sungai perak yang keruh itu menjadi panorama dan aroma Hari Rayaku.

Hari Raya juga hari untuk kami keluarga keturunan Wan Teh berkumpul. Hari itulah aku dapat bertemu buku dan ruas dengan sepupu sepapatku yang kadang kala perwatakan adik beradik mereka semacam cermin adik beradikku jua. Watak diri aku juga ada dalam anak-anak pakcik dan makcik aku itu. Apabila bertemu watak-watak fakhrul razi yang sama nakalnya, maka kami bergabung dan membuat onar di kampung.Bukan senang kami boleh bertemu sekali setahun.

Tapi apabila penghijrahan aku ke Selangor, jarang kami dapat balik ke kampung dan berkumpul seperti dulu. Jika sampai ke kampung pun, sepupu sepapat yang lain sudah pun pulang, atau mungkin tak balik pun ke kampung. Kami juga tidak selalu lama di kampung, sekadar satu malam bertemu dengan nenekku dan mana-mana saudara yang tinggal berdekatan saja.

Ya, masa berlalu begitu pantas. Sepupu sepapatku semua juga sudah besar panjang seperti aku juga. Aku pun sudah lama tak bertemu kebanyakan mereka. Pastilah ramai yang sudah tidak cam wajah aku lagi, apatah lagi wajah aku kerap bertukar-tukar setiap 4 musim di Jepun (gurau ja). Tapi aku memang sukar dikenali dengan gambar foto mahupun video. Apatah lagi orang nak kenal aku dengan tulisan atau lukisan. Itu tidak mungkin.

Sebenarnya Hari Raya bukan ada apa-apa istimewa dalam keluarga aku. Tidak ada budaya tukar langsir baru, tukar perabot baru, tukar baju baru, buat kuih raya, beli kuih raya, bagi duit raya, semua itu tak ada dalam keluarga aku sejak aku kecil. Bukan tak ada langsung, ada jugalah sesekali ayah aku belikan sarung kerusi kusyen yang baru, dan mungkin tahun berikutnya, adalah juga tukar langsir baru, tapi itu mungkin setiap 7 tahun sekali atau benar-benar dah teruk sangat atau buruk sangat yang lama. Ibuku pun adalah juga buat kuih raya sikit-sikit macam kuih gunting ke kuih tat ke, itupun kalau kakak aku yang dua itu ada masa menolong. Sekarang dua-dua pun dah nikah, mestilah ibuku tak larat lagi buat kuih raya.Tapi apa yang best setiap kali Hari Raya aidilfitri, pastilah ibuku buat nasi himpit, kuah kacang dan rendang ayam. Dah macam kemestian.

Aku tak menolak aku rindukan nasi himpit, kuah kacang, dan rendang ayam ibuku. Tapi sudah 5 tahun aku berhari raya tanpa masakan ibuku. Kalau 4 tahun sudah, ada jugalah sambutan hari raya dibuat oleh pelajar Malaysia di sini, dan mereka pastilah memasak lauk pauk yang enak lazat berkrim, rendang ayam, rendang daging, sate, soto, kuih muih, kek-kek, dan entah apa lagilah sehingga banyaklah periuk-periuk yang dipakai tak dibasuh semula, terpaksalah aku sukarela membasuhnya.

Namun tahun ini mungkin tahun akhir aku berhari raya di Jepun, dan merupakan kali pertama juga hari raya aku di Jepun tak ada lagi juadah-juadah yang enak lazat berkrim itu semua.

Semua pelajar Malaysia balik ke Malaysia dan ada juga yang berhari raya di Tokyo, Yamanashi atau di mana lagi tak tahu aku, tapi bukan di Toyama. Aku menjadi satu-satunya orang melayu Malaysia yang ada di Gofuku Mosalla ketika ini,atau mungkin di Toyama seluruhnya. Buat pertama kalinya Hari Raya aku disambut dengan juadah megi goreng kambing pedas resepi aku sendiri.

Tapi semua itu tak ada hal, dulu semasa aku kecil pernah juga berhari raya dengan makan nasi goreng saja, tapi aku lupa kenapa Hari Raya itu tak ada ibuku. Memori aku banyak yang hilang sebenarnya semenjak aku kemalangan 2 tahun sudah. Tapi aku tak ceritakan pada siapa-siapa sebab aku rasa memori itu tak hilang cuma ia terpendam sebab ia tak penting untuk diingati . Mungkin apabila ia penting, Allah akan beri aku semula memori yang lepas (macam Kang Jun Sang dalam Winter Sonata pulak dah).

Entah kenapa seronok pula mengarang blog dengan cerita-cerita ringan-ringan kehidupan seharian ini. Patutlah ramai pelajar-pelajar perempuan yang berblog suka cerita kehidupan seharian mereka di blog.

Aku bangun lewat hari ini bukanlah banyak sangat amalan malam di malam raya sangat. Aku menggodek-godek perisian TVP Animation semalaman, konon nak buat animasi berdurasi 2 minit, tapi baru nak lukis pun dah banyak tak faham fungsi-fungsi tools dalam tu. Nak cari tool "pemadam" pun tak reti guna. Geram juga, tapi kalau nak ikutkan geram, macam-macam geram pun ada dalam hati aku ni, lagi-lagi bila baca provokasi orang yang menyindir perihal drama islami itu. Kononnya orang yang mengkritik drama ini, tak reti buat drama, dan kononnya drama islami itu adalah mustahil.

Rasa hati nak pekik saja di telinga orang-orang yang sinis dengan konsep drama islami ini, "yang tak reti buat drama dan yang mustahil buat drama itu kau ke aku?!". Aku mengakulah aku tak pernah ada drama sendiri, tapi aku tak pernah fikir suatu yang mustahil untuk perjuangkan islam dengan mengikut 100% syarie. Kalau betullah suatu yang mustahil dan fantasi memperjuangkan islam dengan 100% syarie dengan buat drama dakwah 100% ikut syariat, maka Islam ni cara hidup yang mustahillah? Begitukah?

Ada pula pihak yang cuba menghalalkan perlakuan mereka dengan alasan, drama dakwah itu bukan untuk penonton yang faham islam saja, tapi untuk yang tak faham islam juga. Ada rasa nak tempeleng dan sepak terajang saja orang yang cakap macam ni. Tapi sebab syariat melarang kita membelasah orang sesuka hati, tak bolehlah buat. Adakah disebabkan drama kita akan ditonton oleh orang tak faham islam, maka kita PERLU LANGGAR SYARIAT dengan niat perlanggaran syariat itu akan menarik orang tak faham islam menonton drama kita? Maknanya KETAATAN kita pada syariat bergantung kepada MAD'U kita? Begitukah? Sebab mad'u kita itu kafir, maka kita kene jadi perempuan free hair supaya mad'u kita itu tertarik untuk dengar dakwah kita? Apa baranglah.

Tapi penat juga berleter soal drama filem ini. Umat islam bukan saja diperbodohi oleh industri hiburan dan hedonisme saja, banyak lagi umat islam dipenjara dan diperbudakkan macam pengemis hina, dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan dan sosial lainnya. Kalau asyik fokus pada perbincangan hedonisme hedonisme, maka mungkin kita terlepas pandang bahaya lain. Cukuplah pendirian kita sudah dijelaskan dalam bidang itu, bidang-bidang lain juga perlukan pendirian jelas dan tegas dari para pejuang kebangkitan islam ini.

Apa-apapun, di hari raya setiap tahun pun, rancangan televisyen di malaysia sempena hari raya memang mengelirukan akan cara hidup islam. Kalau dah bulan ramadhan yang mulia pun ditunjuk drama dakwah dengan memanipulasi bentuk badan pelakon muslimat kita yang cetek agama, saya kira lebih ramai lagi pelakon, penyanyi, para artis yang cetek agama akan dipergunakan dan diperkotakkatikkan kejahilan mereka oleh pihak-pihak kesyaitanan, untuk digunakan dalam rancangan so called "aidil fitrri (kembali kepada fitrah)" itu. Insha Allah, satu hari nanti kaum artis kita yang cetek agama akan saya usaha selamatkan dari terjerumus dalam genggaman para pengusaha kesyaitanan itu. Doakan kejayaan saya wahai seluruh artis cetek agama.

Aidilfitri bukan sekadar sambutan, tapi ia adalah hari untuk meraikan kemenangan kita TEGUH PADA IMAN DAN TOLAK PADA NAFSU, barulah kita benar-benar SUCI BERSIH KEMBALI PADA FITRAH. Fitrah seorang hamba yang merindui TUHANnya. Tazkirah buat diri saya sendiri.

Ish, tadi ingat tak nak bicara berat-berat dah. Ada juga terselit isi-isi semangat perjuangan.

Apa-apapun solat raya di mosalla seperti juga tahun lepas, semuanya lancar dengan takbir dan khutbah yang berkesan. Cuma bilangan jemaah sahaja yang sudah berkurang disebabkan ketiadaan pelajar Malaysia lain.





Kita berbicara soal kemerdekaan hari ini, kita mulakan dengan UMNO. Dan apabila kita berbicara soal UMNO, kita berbicara soal penentangan Malayan Union. Sekarang kita perhatikan apakah yang dihajati oleh Malayan Union dan apa pula yang dihajati oleh penentangannya.

Kita mesti faham, Malayan Union hanya usaha memperkemaskan usaha-usaha sebelumnya tahun 1946 itu, yang sudah pun dikenali Tanah Melayu ini sebagai British Malaya. Apa itu British Malaya? British Malaya adalah gabungan penjajahan penuh strategik British ke atas negeri-negeri melayu bersekutu, tidak bersekutu, mahupun negeri-negeri selat yang semuanya merangkumi semenanjung Malaysia.

PENJAJAHAN TANAH MELAYU

Penglibatan British ke arah penguasaan politik tanpa sedar adalah kebanyakannya kerana kelemahan pemikiran politik para sultan mahupun pemerintah melayu sebelum kedatangan British.

Pertamanya, prestij British sebagai negara yang punya kekuatan ketenteraan dalam masa yang sama dahagakan kekayaan ekonomi di bumi nusantara yang terkenal dengan stok-stok rempah ratus yang berkualiti tinggi yang punya pasaran besar di Eropah. Melihatkan prestij British ini, maka kesultanan yang ada percaya British boleh "dibudakkan" untuk menjadi "kuli-kuli" menjaga ketenteraman atau menakutkan musuh-musuh dengan ketenteraan mereka. Maka, peluang-peluang ekonomi ditawarkan buat British sebagai "upah" kepada "khidmat" mereka itu.

Hal ini dapat dilihat dari peritiwa tawaran Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa dengan Francis Light.Namun, pihak British menolak tawaran itu. Situasi menjadi terdesak apabila Sultan Muhammad Jiwa mangkat dan diwarisi oleh Sultan Abdullah Mahrum Shah. Tawaran Sultan Abdullah Mahrum Shah lebih mengiurkan, Pulau Pinang ditawarkan buat British dengan syarat British berikan bantuan ketenteraan. Namun, apa mungkin kita boleh berikan amanah buat kaum penjajah yang ketika itu lagi British sudah menjajah India diketahui umum. Ditawarkan pula tanah negeri kita?

Francis Light menipu dengan bersetuju untuk berikan bantuan ketenteraan lalu menduduki Pulau Pinang. Namun, setelah tahun 1788, tiada satu pun bantuan ketenteraan diterima Kedah, akhirnya barulah diketahui Sultan telah ditipu hidup-hidup. Penentangan yang cuba dilakukan oleh Kedah ke atas Francis Light di Pulau Pinang sia-sia. Ketumbukan tentera Kedah mana mampu melawan British, jika sebelum datangnya British lagi Kedah sudah tahu mereka tak sekuat mana hingga memerlukan bantuan British pula.British memaksa Kedah untuk menyewakan Pulau Pinang pada mereka, lalu menyewa pula Seberang Perai dengan masing-masing dengan harga murah 6000 peso dan 4000 peso.

Kedah hilang Pulau Pinang dan Seberang Perai. Berikutnya, 1821 hingga 1842 Kedah dijajah Siam pula.

Kesultanan Melayu Melaka begitu juga, kaum penjajah Portugis bertempur dengan tentera Melaka hingga tahun 1511 akhirnya Melaka dikuasai penjajah. Kemudiannya Kesultanan Melayu Johor yang mahu membebaskan semula Melaka telah bekerjasama dengan Belanda untuk menewaskan Portugis pada tahun 1641. Belanda menguasai Melaka selepas itu sehinggalah Perjanjian British-Belanda dimeterai, Melaka menjadi tanah jajahan British tahun 1824.

Di Singapura pula bagaimana permainan Stamford Raffles yang memahami konflik politik kesultanan lingga-riau ketika itu menyokong Tengku Hussein menjadi pemerintah tapi menerima gaji pula dari British. Akhirnya Singapura juga menjadi milik British melengkapkan tiga negeri selat mereka: Pulau Pinang-Melaka-Singapura.

Kemudiannya, British menawarkan pula residen-residen di negeri-negeri bersekutu dari terbitnya Perjanjian Pangkor 1874 dengan J.W.W Birch sebagai Residen perak, 1874 Residen di sungai Ujong Negeri Sembilan,1875 J.G Davidson Residen Selangor,dan 1887 Residen di Pahang. semuanya kerana jemputan pemerintah negeri untuk British campurtangan bagi menguatkan kuasa mereka seperti Raja Abdullah-Raja Ismail di Perak, Dato Kelana Sendeng-Dato Bandar Kulop Tunggal di Negeri Sembilan,Raja Mahdi-Tengku Kudin di Selangor, dan Wan Ahmad-Wan Mutahir di Pahang. Seterusnya menjadikan 4 negeri itu Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1895 secara rasmi yang dikuasai British jua adanya dengan sultan melayu menjadi boneka cuma.

POLITIK MELAYU AWAL

Walaupun Jepun datang mengganggu pendudukan British di Tanah Melayu pada era Perang Dunia kedua pada tahun 1941, namun British kembali menapak di tanah melayu selepas itu 1945 walaupun ketika itu British juga berkerjasama dengan ketumbukan tentera melayu dan cina dalam Parti Komunis Malaya untuk mengalahkan Jepun.

Parti Komunis Malaya telah wujud sejak 1930-an, yang dibawa oleh pendatang-pendatang Cina berideologi komunis. Hal ini tak menghairankan, apabila suatu kaum itu percaya kepada satu jalan hidup, pastilah ketika mereka berkelana ke mana jua pun, mereka membawa bersama cara hidup mereka untuk diserapnilai di bumi yang mereka datangi. Parti Komunis Malaya cuma menjadi popular apabila ketumbukan tentera mereka ditawarkan kerjasama oleh British untuk menentang pendudukan Jepun.

Semasa pendudukan Jepun inilah beberapa pejuang idealis melayu muncul.Kita boleh faham bagaimana Mokhtaruddin Lasso lebih memilih jalan gerila komunis MPAJA berbanding menjadi tentera melayu bawah British. Walaupun kedua-dua Komunis dan British cuba untuk membebaskan Tanah Melayu yang diserang Jepun, namun dosa-dosa British ke atas Tanah Melayu tak dapat dilupakan dari liciknya penipuan dan pemaksaan mereka ke atas pemerintah melayu di tanah Melayu hingga buat mereka menjadikan tanah melayu tanah jajahan mereka berabad lamanya dalam lipatan sejarah.

Mokhtaruddin Lasso antara yang mengasaskan parti melayu pertama lebih awal dari penubuhan UMNO, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1945 di Perak sesudah kekalahan Jepun. Beliau menjadi Presiden pertamanya, dan beberapa lagi tokoh melayu yang menganggotai majlis tertingginya adalah Dr Burhanuddin al hilmi,Dahari Ali, Arshad Ashaari, Ahmad Boestamam,Shamsiah Fakeh dan lain-lain.

Ahmad Boestamam dan Dr Burhanuddin al hilmi tak boleh dikatakan punya ideologi yang sama 100% dengan Mokhtaruddin Lasso walaupun mereka berada dalam pimpinan PKMM itu.

Ahmad Boestamam lebih jelas ideologi nasionalisme melayu dalam dirinya. Penglibatannya dalam dunia penulisan dan sastera, malah bergaul pula dengan beberapa tokoh wartawan dan penulis nasionalis seperti Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Haji Yaakob, dan Ishak Hj Muhammad.

Siapa pula Abdul Rahim Kajai? Beliau adalah pengarang dan wartawan beberapa majalah dan akhbar penting di Tanah Melayu yang banyak pengaruhnya seperti akhbar al-Ikhwan yang dipimpin oleh Syed Sheikh al Hadi, dan Warta Malaya yang dipimpin oleh Syed Husin al Sagaf. Syed Sheikh al Hadi , kita tahu adalah pejuang melayu yang terinspirasi dengan perjuangan Muhammad Abduh dan Rasyid Redha yang juga dikenali sebagai revolusioner agama (tajdid).

Siapa Ibrahim haji Yaakob? Beliaulah penggerak belia melayu dari bidang perguruan dan menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1939 yang menjadi nadi kepada gerakan pemuda yang berteraskan kepada nasionalis melayu.Beliau menjadi Yang dipertua KMM dan bersama beliau juga adalah Onan Hj Siraj, Abdul Karim Rasyid,Othman Abdullah, Hassan Manan, Isa Muhamad, Ishak Hj Muhammad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Sultan Djenain.

Nama Kesatuan Melayu Muda (KMM) itu diberi oleh Sultan Djenain yang merupakan bekas pemimpin Parti Komunis Indonesia (PKI) yang menjadi pelarian ke Tanah melayu. Sultan Djenain menjadi penaung kepada KMM setelah ia ditubuhkan. Walaupun KMM yang diasaskan oleh Ibrahim Haji Yaakob ini lebih bersifat nasionalis melayu, namun ideologi komunisme-sosialisme banyak pengaruh dalam idealismenya sendiri. Dengan kata lain, Ibrahim Haji Yaakob adalah peminat , pengkagum dan penyokong idealisme Sukarno di Indonesia yang mengasaskan orde berfalsafah campuran ideologi marxisme,demokrasi dan Islam.Sukarno sendiri didokong kuat oleh PKI di Indonesia.

Walaubagaimanapun warna-warna ideologi dalam KMM tidak menjadi hal berikutan fokus utama mereka adalah kebajikan orang melayu dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Maka tidak hairan Dr Burhanuddin al hilmi yang berlatar belakang agama dan Dato Onn Jaafar yang nasionalis liberalis juga menyertai KMM.

Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako yang rapat dengan Jepun ketika pendudukan mereka (dipanggil Isako San oleh Jepun) bersama-sama dengan Abdul Rahim Kajai bekerja di bawah akhbar tajaan tentera Jepun, Berita Malai. Beliau lebih dilihat pro-Jepun berbanding pro-komunis. Namun idea yang diperjuangkannya sangat menarik, Melayu-Raya gabungan Indonesia-Malaysia-Brunei. Tapi kita boleh fahami, seperti juga Ibrahim Hj Yaakob, idea Melayu-Raya banyak terinspirasi dengan idea Sukarno sendiri, menggabungkan Tanah melayu dan Indonesia menjadi Indonesia Raya.

Dr Burhanuddin al hilmi juga tidak boleh dikesampingkan dari perbicaraan politik melayu awal. Antara beza jelas Dr Burhanuddin dengan Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam , Ibrahim Haji Yaakob atau Ishak Muhammad, adalah latar belakang pendidikan awalnya sebelum melibatkan diri dengan politik. Dari Madrasah al Masyor hingga ke Universiti Aligrah India menuntut falsafah dan sastera, juga pengetahuannya mengenai kesufian sejak kecil, kemudian semasa pendudukan Jepun dilantik pula menjadi pegawai hal ehwal Islam,pernah menjadi doktor homeopathy pula, beliau boleh dikatakan seorang ikon melayu-ustaz-profesional-politikus yang awal.

Dato Onn Jaafar antara ahli KMM juga punya peranan besar dalam menyatukan seluruh kekuatan orang melayu ketika pengumuman Malayan Union akan dilangsungkan 1946, seterusnya menubuhkan parti yang kita kenali hari ini sebagai UMNO.

KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Idealisme Dato Onn Jaafar boleh dianggap berbeza dengan ahli KMM lain malah perjuangan PKMM sendiri. Dato Onn Jaafar sememangnya tak dapat dikaitkan dengan idealisme komunis mahupun idealisme nasionalis ala Sukarno, namun pada awal pembabitan beliau dalam menentang Malayan Union beliau masih dianggap wira Melayu.

Filem 1957: Hati Malaya arahan Shuhaimi Baba cuba menonjolkan ada dua idea berbeza antara Dato Onn Jaafar dengan Perdana Menteri Malaysia pertama yang mengumumkan kemerdekaan Tanah melayu, Tunku Abdul Rahman. Kedua-dua mereka, ya, cuba berusaha untuk memerdekakan Tanah Melayu.

Setelah Malayan Union dimansuhkan dan ditukar menjadi Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Dato Onn Jaafar dilantik Menteri Besar Johor oleh British, beliau telah mencadangkan suatu yang tak disangka-sangka oleh orang Melayu dalam UMNO iaitu mencadangkan UMNO dibuka kepada yang bukan melayu. Orang Melayu yang ketika itu tidak rela berasimilasi dengan kaum bukan melayu yang berbeza bahasa, adat resam mahupun agama telah menolak cadangan beliau.

Orang memperkatakan bahawa politik Dato Onn adalah liberal-integrasi-asimilasi-pluralisme. Namun kita harus mengenal apa yang dihajati oleh Dato Onn. Semasa menentang Malayan Union, apa yang dituntut oleh Dato Onn bukannya sebuah kemerdekaan lagi. Beliau anak angkat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim. Belajar bersama putera raja hingga ke London. Salah satu hasrat Malayan Union adalah mengurangkan kuasa raja seterusnya kedudukan orang melayu. Namun, adakah yang dikisahkan oleh Dato Onn semata-mata kaum melayu? Menjadi anak angkat sultan, tentunya Dato Onn berasa bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan Sultan dan Raja Melayu.

Namun sesudah beberapa tahun Malayan Union dimansuhkan, 1951 Dato Onn mencadangkan UMNo yang berteraskan kepada Melayu diubah menjadi Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu, yang mengasimilasikan bangsa dan kaum di Tanah Melayu ini menjadi satu warga, satu rakyat dan mengurangkan jurang perbezaan. Sedangkan apakah pertentangan yang ada dalam UMNO ketika itu terutama barisan pemudanya, ialah keperluan tuntutan kemerdekaan dengan bangsa Melayu menjadi utama dan tuan di tanah sendiri.

Dalam Filem 1957: Hati Malaya, ditunjukkan betapa Dato Onn dan Sultan Ibrahim tidak bersetuju tuntutan kemerdekaan dibuat lagi, berikutan dua masalah, pertama, rakyat pelbagai bangsa yang masih belum ada titiktemu, kedua, belum yakin pemerintahan yang baik boleh menggantikan British yang lebih stabil. Ketika, seruan "Hidup Melayu" ditukar kepada "Merdeka" dan UMNO dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman, satu resepi berbeza ditawarkan, iaitu kongsi kuasa (UMNO-MCA-MIC).

Untuk berkata bahawa Dato Onn tidak mahukan kemerdekaan, itu tidak betul. Setelah berundur dari jawatan Presiden UMNO, nama parti baru beliau adalah Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). Cuma kita tertanya apakah corak bangsa hasil asimilasi bangsa Tanah Melayu yang berbeza itu, kita perlu melihat perjuangan Dato Onn sama. Dato Onn menentang Malayan Union kerana itu menyentuh soal kedaulatan raja melayu dan kedudukan orang melayu, maka Dato Onn pro-raja. Sebelum berundur dari UMNO, apa yang beliau asaskan adalah RIDA yang menjaga kebajikan pembangunan ekonomi orang Melayu yang hari ini dikenali sebagai MARA, menunjukkan beliau peduli nasib orang Melayu. Namun jangan kita lupa, pada 1955 setelah IMP tak mendapat sambutan, parti ketiga beliau tubuhkan adalah Parti Negara. Parti Negara telah cuba menyekat keahlian bukan melayu, untuk dilihat sebagai pro-melayu.

Maka, tidak mustahil apa yang beliau hajatkan ke atas asimilasi kaum di Tanah melayu adalah penerimaan semua kaum untuk berasimilasi dengan budaya dan cara hidup orang melayu serta taat dengan raja Melayu. Hal inilah yang diperjuangkan oleh Sukarno di Indonesia dan memperlihatkan kejayaannya dengan meletakkan kepentingan kebangsaan Indonesia itu melebihi daripada kepentingan untuk wujud tanpa asimilasi dengan identiti etnik dan kaum masing-masing.Sedangkan apakah formula Tunku Abdul Rahman dalam memerdekakan negara? Beliau memberikan pengekalan identiti bangsa masing-masing tanpa ada suruhan berasimilasi, ditawarkan perkongsian kuasa dalam membangun negara ini dengan setiap bangsa menjaga bangsa masing-masing. Maka kewujudan politik perkauman telah memakan diri dengan terjadinya tragedi berdarah 13 Mei 1969 sehingga mendesak Tunku Abdul Rahman berundur seterusnya diganti dengan Tun Abdul Razak.

POLITIK PERKAUMAN ATAU KEBANGSAAN?

Sehingga hari ini, selepas Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) diubah menjadi Barisan Nasional 1974, apa yang menggerakkan negara kita hari ini adalah politik berteraskan kepada perkauman (gabungan parti-parti kaum) dengan setiap kaum punya wakil dalam pentadbiran, dalam masa yang sama kepimpinan politik terus dikuasai parti melayu-UMNO. Formula Tunku Abdul Rahman nampaknya masih berjaya mengekalkan dua hasrat Dato Onn juga, menyatupadukan kaum dan kaum melayu masih memimpin. Cuma pastilah jika formula Dato Onn dijayakan, krisis percanggahan sensitiviti kaum tidak berulang-ulang. Apa yang Dato Onn cuba jayakan adalah semua kaum menerima untuk mengangkat Raja, bahasa dan budaya melayu menjadi tema kebangsaan, sebelum diberikan kemerdekaan.

Hal yang sama diperjuangkan oleh tokoh PKMM dahulu iaitu menjadikan semua bangsa dipanggil sebagai melayu.

Pecahan dari UMNO seperti parti IMP pimpinan Dato Onn mahupun parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh tidak bawa nada lain melainkan masih membawa tema yang sama dengan UMNO, iaitu Melayu menjadi benar-benar tuan dalam politik. Cuma bezanya Dato Onn mahu membangsamelayukan semua penduduk Tanah Melayu, sedangkan Tengku Razaleigh hanya mahu kepimpinan Melayu lebih bersemangat menjaga kepentingan orang melayu yang beliau tak menemuinya dalam diri Tun Mahathir yang ketika itu Perdana Menteri.

Pecahan seterusnya dari UMNO adalah Parti Keadilan Nasional pimpinan Datuk seri Anwar Ibrahim, isterinya Wan Azizah dan sahabat-sahabatnya yang lain. Menurut Ezam Mohamad Nor yang antara mengasaskan parti itu, walaupun ia dibuka buat semua kaum, terasnya masih Melayu. Oleh itu formula awal Parti Keadilan adalah meletakkan semua kaum dalam satu parti tetapi memperakui kepimpinan teras mestilah orang Melayu. Hal ini didakwa telah berubah selepas Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara dan Parti Keadilan bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia pimpinan Syed Hussin menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari ini.

Apakah perjuangan PKR? Formula PKR sedikit lain daripada formula Perikatan pimpinan Tunku yang masih diamalkan oleh Barisan Nasional, mahupun formula IMP pimpinan Dato Onn atau formula AMCJA /PKMM pimpinan Dr Burhanuddin. PKR masih berhajat memperjuangkan hak-hak dalam perlembagaan bagi orang melayu dan orang Islam, dalam masa yang sama cuba untuk mengasimilasi setiap bangsa dan kaum untuk duduk di bawah satu perjuangan rakyat yang dipanggil "Ketuanan Rakyat".

Apa yang membezakannya adalah PKR cuba untuk meletakkan asas demokrasi terbuka yang lebih terang, iaitu tiada lagi mana-mana kaum menjadi dominan, tetapi semua rakyat adalah dominan. Pemberian hak samarata inilah yang menakutkan perjuangan UMNO kerana keyakinan mereka bahawa jika politik terbuka diamalkan tanpa Melayu menjadi teras atau dominan, kebimbangan kepada apa yang mereka pertahankan sejak penentangan Malayan Union akan terjadi, Raja melayu tidak lagi berdaulat, bahasa melayu dipinggirkan, agama islam disamatarafkan dengan agama lain.

Dari suara pemimpin tertinggi PKR, Datuk seri Anwar Ibrahim , hal yang dibimbangi UMNO itu tidak wujud, kerana bagi dirinya secara peribadi, beliau mempertahankan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, agama islam sebagai agama rasmi persekutuan, komited menjaga anak-anak melayu yang miskin di samping anak-anak kaum lain jua, malah beliau secara terang menyokong hudud untuk menjadi undang-undang syariah Malaysia. Namun, beliau sering menegaskan itu adalah hak peribadinya untuk ada pendirian, namun beliau masih menegaskan perlaksanaan pemerintahannya nanti mengambilkira bukan saja pendirian dirinya tetapi juga ahli pakatan mereka. Soalnya tidak ada satu jaminan jelas pemimpin PKR yang bukan islam atau bukan melayu punya pendirian yang sama dengan Anwar Ibrahim, dan Anwar tidak memaksa itu menjadi pendirian parti.

POLITIK IDEOLOGI DAN FAHAMAN

Bolehlah difahami bahawa selain politik berasaskan perjuangan bangsa sebagai suatu fahaman nasionalisme, terdapat beberapa jenis lagi nasionalisme yang wujud.

Fahaman komunisme dan sosialisme juga antara yang diterima oleh beberapa kelompok politikus melayu sebagai suatu nasionalisme. Mokhtaruddin Lasso cenderung kepada komunisme seperti yang kita bicarakan sebelum ini. Ahmad Boestamam, Ibrahim Hj Yaakob, Ishak Muhammad dan Dr Burhanuddin al hilmi mendokong idea Melayu Raya, juga ditakrif sebagai sosialis nasionalisme atau sosialisme-marhaenisme dengan adanya kemahuan satu bangsa menjadi dominan iaitu Melayu. Apa yang dihajati Dato Onn mungkin sedikit berbeza kerana masih bukan "ketuanan rakyat" ala sosialisme yang diperjuangkan PKMM walaupun beliau masih mahu asimilasi kaum dan dominan melayu. Saya takrifkan politiknya adalah bercorak monarki nasionalisme. Yang masih mahu mendaulat raja tanpa kemahuan republik seperti Sukarno atau PKMM.

Ahmad Boestamam juga menubuhkan parti sendiri setelah dibebaskan pada 1955 yang lebih terang sosialismenya dengan Parti Rakyat Malaya. Bergabung dengan Parti Buruh Malaya , beliau membentuk Socialist-Front yang jelas memperjuangkan ideologi sosialisme. Teman seperjuangannya dalam PKMM, Dr Burhanuddin pula sudah menganggotai PAS dan menjadi Yang di Pertuanya, manakala Dato Onn yang menubuhkan Parti Negara itu juga berjaya ke Parlimen atas kompromi Pas di Terengganu yang memenangkannya.Malah, ideologi berbeza antara mereka tak menghalang mereka menjadi pakatan pembangkang berpengaruh di Parlimen dengan Dr Burhanuddin Helmy (PAS), Dr Zulkifli Ahmad (PAS), Khadijah Sidek (PAS), Ahmad Boestamam (PRM), dan DR Seenivasagam (PPP).

Syed Hussein al Attas antara ikon sosialis melayu penting dalam lipatan sejarah. Berbeza dengan Ahmad Boestamam, Syed Hussein al Attas benar-benar menjulang konsep sosialisme tanpa ada pandang pada melayu atau tidak melayu.Boleh juga diangkat beliau sebagai ilmuwan melayu dalam sosiologi juga sosialisme. Beliau antara pengasas penting Parti Gerakan Rakyat Malaysia di Pulau Pinang pada tahun 1968. Selepas Parti Gerakan menyertai Perikatan pada tahun 1972, beliau mengorak langkah mewujudkan Parti Keadilan Masyarakat Malaysia (Pekemas). Walaubagaimanapun Pekemas akhirnya bubar apabila berlaku pembelotan besar-besaran pada tahun 1978.

Kini, Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditubuhkan kembali tahun 1998 masih menunggu kelulusan pendaftarannya menjadi sebuah parti politik yang sah. Walaubagaimanapun kerjasama erat antara Parti Keadilan Nasional , Parti Rakyat Malaysia dengan PSM, banyak memberi ruang untuk calon-calon PSM bertanding dalam pilihanraya. Tidak tertolak lagi unsur sosialisme-marhaenisme yang dulunya ada dalam tokoh-tokoh KMM , PKMM, PRM, Gerakan, Pekemas beralih pula pada PKR. Dasar-dasar yang hampir sama dengan DAP buat kita terfikir gerakan sosialisme melayu masih segar atau subur kembali.

Fahaman racist nasionalisme yang dilihat jelas dalam Barisan nasional, dalam masa yang sama kita juga wajar mengakui ada kemahuan asimilasi kenegaraan seperti dilaung Perdana menteri Najib Tun Abd Razak dengan slogannya "1Malaysia". Namun, suara akar umbi yang masih racist-centric dengan umno-menjaga melayu, mca-menjaga cina, mic-menjaga india, masih dilihat sebagai penghalang kepada teori kenegaraan yang dicitakan.Atau teori kenegaraan sebenar ada pada PKR yang cuba memelihara perlembagaan di samping turut membawa "Ketuanan Rakyat" yang lebih dekat dengan unsur marhaenisme Sukarno dokongan PKMM.

Namun, kita juga tak wajar mendampingkan satu sisi fahaman penting dalam perebutan politik ini iaitu kepentingan fahaman Islam dalam menjadi dasar Parti Islam Se-Malaya (PAS).

ISLAM SEBAGAI PERJUANGAN POLITIK

PAS sering mendakwa parti itu berasal dari parti Hizbul Muslimin ditubuh pada 1947 dan yang diharamkan British dan UMNO pada tahun 1948. Walaubagaimanapun dari segi sejarah, PAS tidak dapat menolak mereka adalah pecahan UMNO pada tahun 1951 iaitu tarikh yang sama krisis idea Dato Onn vs Pemuda UMNO.

Dari tahun 1948 hingga tarikh 1951 iaitu 3 tahun, ke manakah ahli Hizbul Muslimin pergi?

Hizbul Muslimin diasaskan oleh Sheikh Abu Bakar alBaqir, yang sebenarnya sealiran dengan tokoh-tokoh islah lain seperti Sheikh Tahir Jalaluddin dan Sheikh Juned Tola. Namun Sheikh Abu Bakar alBaqir tidak terlalu berkonfrantasi dengan para Syafiiyah yang merupakan majoriti pengelola madrasah dan sekolah pondok di Tanah Melayu ketika itu. Sheikh Abu Bakar alBaqir cuba untuk membawa idea pembaharuan Islam ke dalam setiap cabang politik, ekonomi dan sosial masyarakat. Kelantangannya menuntut kemerdekaan di samping hubungan baik dengan tokoh KMM seperti Ibrahim Hj Yaakob dan Dr Burhanuddin. Hizbul Muslimin atau HAMIM itu akhirnya dikaitkan dengan gerakan lain yang cenderung kepada sosialisme-komunisme, dan Sheikh Abu Bakar alBaqir ditangkap pada Julai 1948 bersama dengan dua lagi pemimpin, Ustaz Abd Rabb at Tamimi dan Ustaz Abdul Rauf Nur. Beliau hanya dibebaskan pada 1952 iaitu setelah PAS ditubuhkan.

Mengapa PAS dikatakan pecahan dari UMNO adalah kerana tokoh-tokoh awal pengasas PAS bukannya di kalangan ahli HAMIM pengikut Sheikh Abu Bakar alBaqir. Walaupun Ustaz Ahmad Badawi antara tokoh agama UMNO adalah anak kepada guru yang pernah mendidik Sheikh Abu Bakar alBaqir iaitu Sheikh Abdullah Fahim, namun Sheikh Abdullah Fahim bersikap berkecuali dalam politik lunak dengan UMNO parti anaknya, walaupun beliau bersama sewaktu HAMIM ditubuhkan. Manakala HAMIM lebih cenderung kepada penubuhan Melayu Raya perjuangan PKMM.

Setelah berlaku krisis halatuju perjuangan UMNO, Ustaz Ahmad Fuad bersama dengan Ustaz Ahmad Maliki, Ustaz Ahmad Badawi, Ustaz Ahmad Ghazali dan lain-lain telah berbincang untuk menyatukan segala tenaga ulama dan guru pondok membentuk suatu persatuan yang akhirnya terhasil PAS. Walaubagaimana pun dipercayai Ustaz Ahmad Badawi tak keluar dari UMNO.Kita tidak menolak kemungkinan muktamar pertama yang diadakan juga telah menarik ramai tokoh HAMIM untuk bergabung sama, namun dilihat kepada ahli pimpinan tertinggi awal yang dikepalai oleh Ustaz Ahmad Fuad sendiri sebagai Yang diPertua membuktikan PAS adalah pecahan golongan agama dalam UMNO.

Ketika krisis idea Dato Onn dengan formula kemerdekaan Tunku Abdul Rahman bertembung, Ustaz Ahmad Fuad memilih untuk bersama Kongres Nasional yang dipimpin oleh parti Dato Onn , IMP. Namun anggota PAS tidak bersetuju untuk bawa PAS bersama dengan IMP, lalu Ustaz Ahmad Fuad keluar parti dan menyertai IMP. Persoalan di sini, apakah yang diharapkan oleh anggota PAS dalam politik Tanah Melayu? Mereka tidak cenderung kepada Tunku Abdul Rahman mahupun IMP, maka di sini ada dua kemungkinan, pertama mungkin mereka sudah ada cita-cita negara Islam yang tersendiri, keduanya mereka cenderung kepada perjuangan HAMIM iaitu menyokong Melayu Raya.

Setelah Ustaz Ahmad Fuad meninggalkan jawatan Yang diPertua,pemangkunya Dr Hj Abbas Hj Ilyas memangku selama 3 tahun sebelum diserahkan kepada Dr Burhanuddin yang sudah meninggalkan PKMM. Walaupun pada awalnya ramai anggota PAS tidak selesa dengan dasar-dasar sosialisme PKMM, namun gandingan Dr Burhanuddin dengan Dr Zulkifli yang juga tokoh islami yang berkarisme sebagai timbalannya telah menghasilkan suara padu PAS dalam parlimen. Namun tahun 1969, Dr Burhanuddin ditahan di bawah ISA bersama dengan ramai lagi tokoh-tokoh yang lantang menentang pembentukan Malaysia 1963.

Ketiadaan Dr Burhanuddin akhirnya diserahkan kepada Datuk Asri Muda untuk mengepalai PAS sehingga tahun 1982. PAS menyertai Barisan Nasional tahun 1973 di bawah pimpinannya.Namun di bawah pimpinannya juga PAS dipecat dari Barisan Nasional.Pada tahun 1982, satu gelombang "kepimpinan ulama" yang dibawa oleh Ketua Dewan Ulama ,TG Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat berkrisis dengan Datuk Asri. Atas sebab itu Datuk Asri yang merupakan Yang dipertua PAS bersama isterinya, Datin Sakinah Joned Ketua Dewan Muslimat meletak jawatan dan keluar PAS.

Pada tahun 1983, Datuk Asri menubuhkan Parti Hizbul Muslimin Malaysia juga dikenali sebagai HAMIM sama seperti parti Sheikh Abu Bakar alBaqir. Percubaan beliau ini dilihat mahu menarik anggota PAS untuk kembali kepada perjuangan asal HAMIM. Namun parti itu tak menggugat PAS sama sekali. Pada 1988, beliau meletak jawatan sebagai Presiden HAMIM dan menyertai UMNO.HAMIM pernah menyertai Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada pilihanraya 1990 yang dianggotai juga oleh Semangat 46, PAS, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA).

Namun PAS sejak awal banyak membantu individu pemimpin atau parti yang menentang kerajaan walaupun mereka belum menjamin cita-cita negara islam Pas terhasil, termasuk membantu memenangkan Dato Onn dengan Parti Negaranya di Terengganu, membantu Dr Burhanuddin bekas PKMM mengepalai PAS, membantu Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim menggunakan pentas mereka untuk mengecam kerajaan pada tahun 1969 walaupun kedua-duanya tidak pernah menyertai PAS, menyertai Barisan Nasional 1973, bergabung dengan Semangat 46 dalam APU 1990, bergabung dengan DAP dan Parti Keadilan Nasional dalam Barisan Alternatif 1999, dan terbaru bergabung dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Atas sebab itu, beberapa pejuang Islam tidak meyakini kebolehan PAS dalam memperjuangkan negara Islam walaupun semasa bergabung dan berpakat dengan individu popular dan beberapa jenis parti melayu dan islam lain yang membenci kerajaan UMNO-BN, nama PAS menjadi masyhur dan mereka berjaya menambah pengikut. Malah beberapa tokoh NGO dakwah juga cuba untuk menembusi PAS dan menyebarkan ideologi jemaah dakwah masing-masing ke dalam PAS menyebabkan PAS punya warna pengikut yang pelbagai, dari berbeza idealisme, kepada berbeza mazhab dan manhaj,berbeza tarbiyah kepada berbeza usrah, juga berbeza wala' dan bara'.

Pada era kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, ada percubaan memasukkan dasar Islam menjadi dasar utama pentadbiran kerajaan dan UMNO dengan pelancaran "Islam Hadhari" sebagai suatu manhaj politik baru UMNO. Walaupun ramai pihak tidak menjiwai konsep manhaj yang dibawa Abdullah namun, kerana ketaatan mereka pada Presiden parti, konsep tersebut telah bawa beberapa tokoh agama untuk terjun menyokong UMNO untuk bawa wadah Islam.

Mereka termasuk Dato Mashitah Ibrahim, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, bekas Imam Masjid Negara Ustaz Firdaus dan beberapa orang lagi. Islam Hadhari itu sendiri menjemput beberapa tokoh dakwah non partisan seperti Ustaz uthman el Muhammady, Dr Sidek Baba, Dr Zulkifli Mohamad alBakri, Dr Syed Ali Tawfik alattas untuk sama-sama merangka manhaj Islam hadhari bagi membentuk modal insan. Sejak peralihan kuasa kepada Najib Tun Abd Razak, UMNO lebih menumpukan pada usaha 1Malaysia walaupun bahagian agama di jabatan perdana menteri masih meneruskan manhaj Islam Hadhari. Menantu kepada Abdullah, Khairy Jamaluddin juga tidak menampakkan ada jiwa untuk mengangkat manhaj bapa mertuanya itu dalam perjuangan politik beliau.

Walaubagaimanapun, Islam Hadhari masih dianggap tiada beza dengan konsep penerapan nilai-nilai Islam dalam usaha islamisasi era Tun Mahathir-Anwar Ibrahim dahulu. Ertinya penerapannya itu hanya sekadar penerapan nilai murni kemanusiaan dan taat setia pada kerajaan dan negara semata-mata, bukanlah konsep kuat dalam penerapan tauhid dan penegakan syariat Allah dalam pemerintahan UMNO, namun, Tun Mahathir telah melakukan satu tindakan asas yang besar dengan mengumumkan Malaysia adalah negara Islam, suatu konsep yang belum pernah dicanang secara rasmi, walaupun Tunku Abd Rahman sudah meletakkan asas Malaysia adalah negeri melayu semasa zamannya, namun kefahaman sekalian komponen BN, Malaysia adalah negara sekular yang punya Islam sebagai agama rasmi.

POLITIK BARU ISLAM?

Pendominasian PAS dalam perjuangan politik Islam di Malaysia masih signifikan walaupun beberapa golongan pejuang Islam memilih untuk memperjuangkan politik Islam dengan pelbagai cara dan jenis yang lain, baik yang ingin mengubah politik dengan berusaha mengubah hati dan cara hidup umat dahulu, diperjuangkan banyak tokoh sufi dan tariqat, tokoh islah dan tajdid, tokoh dakwah dan tarbiyah.Contohnya, ABIM pimpinan Anwar Ibrahim yang pernah popular sebagai peneraju suara lantang Islam dan pemuda belia Islam selepas PAS menyertai BN. Jemaah Darul Arqam juga pernah popular mempelbagaikan aktiviti baik pendidikan, ekonomi,kesihatan mahupun hiburan pernah cuba untuk mengambilalih kerajaan dengan doktrin kesufian tariqat aurad muhammadiah pimpinan Asaari Muhammad.Mahupun Al Maunah dan beberapa lagi kelompok jemaah islamiah yang cuba mengambilalih kerajaan secara bersenjata dan militan.

Kemunculan Hizbut Tahrir dari luar membawa slogan "kembalikan khilafah Islam" adalah salah satu aliran politik islam yang wajar diberi perhatian. Mungkinkah perjuangan Islam secara lokal tidak lagi berbaloi berikutan dunia bergerak ke arah globalisme, dan penembusan perang saraf Illuminati, Freemason dan Zionis dalam Orde Baru Dunia di bawah Amerika dan Israel. Mungkinkah orang Melayu masih mahu berpolitiking berpuluh tahun lagi, walaupun desakan penyatuan umat Islam di kalangan pelbagai bangsa begitu mendesak.

Kajian menunjukkan setiap bangsa di dunia punya kelebihan-kelebihan tersendiri yang dikurniakan Allah, walaupun Islam mampu untuk menyatukan umat Islam yang punya kelebihan pelbagai ini, untuk disatukan kekuatan mereka menjadi satu ketumbukan yang mengerikan musuh-musuh Allah, namun umat Islam memilih untuk menumpukan kepada pertikaian kerusi-kerusi dan jawatan-jawatan dalam negara bangsa. Satu persatu negara umat yang lemah tetapi punya kekayaan tertentu mula ditindas. Atas faktor negara bangsa yang membentuk sempadan politik, umat Islam hari ini hanya boleh menonton satu demi satu saudara mereka disembelih.

Mungkinkah sebenarnya sedang membesar beberapa pejuang muda yang akan mengubah semua ini? Bukan saja politik lokal malah global mereka kuasai, dengan idea baru dan kekuatan yang meyakinkan. Bukan dengan slogan, tetapi dengan iman dan taqwa tertinggi taqarrub mereka pada Allah s.w.t. Allah s.w.t lah pembantu mukmin. Doa mukmin senjata utama. Namun nak jemput bantuan Allah s.w.t dengan apa? Semua orang tertanya-tanya sedangkan segala rahsia sudah maklum di depan mata semua. Wallahua'lam.