|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH

(saya akan update entri ini jika ada permintaan untuk mendapatkan idea lakonan islami)

semoga dengan sedikit perkongsian ini, tidaklah sakit lagi kepala tuan-tuan pembikin filem atau drama memikirkan idea untuk menjaga syariat Allah dalam filem atau drama tuan. Dan semoga tuan tidak lagi memberi alasan, "tidak ada cara lain lagi, selain melanggar syariat Allah untuk menonjolkan realiti".

SOALAN 1: BAGAIMANA MAHU MENONJOLKAN REALITI SEORANG GADIS YANG SKEPTIK AGAMA PERLAHAN-LAHAN MENDAPAT JAWAPAN AKAN KEBENARAN ISLAM LALU INSAF DAN BERUBAH DARI SEORANG SEKSI MENJADI MUSLIMAH MUKMINAH YANG SOLEHAH?

KEBUNTUAN:
Masalah tuan adalah mewujudkan watak gadis skeptik agama yang seksi dengan kata lain melanggar syariat Allah. Maka jika pelakon muslimah tuan tidak berpakaian sekerat, tidak pakai skirt sambil silang kaki,tidak pakai baju berkemban, maka tuan menghadapi kesukaran menyampaikan imej watak yang tuan idamkan iaitu seorang skeptik agama.

IDEA:
Pertamanya, tuan perlu faham orang yang skeptik agama tidak semestinya seksi. Saya ambil contoh Pengerusi Sister In Islam, Zainah Anwar itu tidak pun berpakaian berkemban, memakai skirt pendek bersilang kaki dan sebagainya, maka kesalahan tuan adalah tuan mengidamkan maksiat untuk dilakukan oleh pelakon tuan, sedangkan realitinya tidak pun begitu.

Namun, rata-rata perempuan-perempuan yang liberal kebaratan memang tidak memakai tudung atau hijab.Mahu atau tidak, jika perempuan jenis ini yang tuan ingin tonjolkan, maka terpaksalah pelakon tuan juga tidak berhijab dan itu pastilah melanggar prinsip lakonan islami yang menjaga syariat 100%.

Sekarang, tuan tanyakan diri tuan, apakah yang utama yang tuan ingin sampaikan, adakah watak itu yang penting atau jawapan-jawapan untuk watak itu yang penting?

Dalam lakonan islami jawapan-jawapan yang tuan ingin angkat itulah yang penting, maka kewujudan watak seksi tidak memberi apa-apa kesan besar pada dakwah, malah merosakkan lagi dakwah. Ini bertepatan dengan fatwa-fatwa para ulama kontemporari yang membenarkan tayangan filem atau drama jika imej-imej yang ditonjolkan bukanlah imej-imej yang haram ditonton. Tidak ada satu ulama yang muktabar pun yang menghalalkan menonton imej haram, apatah lagi di bulan ramadhan yang mulia wajiblah menjaga mata.

Menonton imej haram untuk mendapatkan ibrah atau pengajaran di waktu berbuka puasa, menjelang berpuasa, atau ketika sahur adalah aktiviti sang gila yang telah tersangkut imannya di pintu jamban adanya.

Bagaimana mahu memberikan jawapan-jawapan kepada persoalan "mengapa perlu pakai tudung", "mengapa perlu solat", "mengapa perlu beragama" yang kadang kala diutarakan oleh individu skeptik agama di dunia realiti boleh diterjemahkan secara sinis dengan mewujudkan watak kanak-kanak perempuan.

Mengapa watak kanak-kanak perempuan? Kerana kanak-kanak di dalam dunia realiti juga banyak mengemukakan persoalan demi persoalan. Jika semua soalan-soalan skeptik agama dapat dihamburkan oleh kanak-kanak perempuan yang masih belum wajib berhijab,bertanyakan soalan akan hijab, dapatlah mesej atau jawapan perlu berhijab diangkat oleh watak sang ayah misalnya.Bukan saja, persoalan itu, semua persoalan skeptik agama lain boleh disoal oleh watak kanak-kanak perempuan tadi, seperti isu bela anjing, isu bersentuhan lelaki dan perempuan bukan mahram, malah isu-isu politik juga boleh diselit seperti mengapa umat islam lemah, mengapa umat islam tidak bersatu, mengapa Palestin dibiarkan dan sebagainya.

Dengan watak kanak-kanak perempuan tadi, tuan tidak perlu lagi bersusah payah menelanjangkan pelakon wanita islam dewasa kita kononnya nak beri ibrah dan pengajaran kepada pelakon sendiri atau pada penonton yang kedua-duanya akan terjadi gila, keji, buruk laku, kebodohan dan segala yang teruk bala celaka jua adanya.

SOALAN 2: BAGAIMANA MAHU MELAKONKAN KISAH SILAM SEORANG MUALLAF, SEDANGKAN MUSTAHIL SEBELUM BELIAU MEMELUK ISLAM, BOLEH KITA HIJABKANNYA PADAHAL KITA TAHU NON MUSLIM TIDAK BERHIJAB?

KEBUNTUAN:
Masalah tuan adalah tuan mahu menggambarkan situasi seorang bukan islam dalam filem. Dan pastinya hal tersebut sukar untuk menampilkan pelakon mengikut syariat kerana realiti individu bukan islam memang tak ikut syariat.

IDEA:
Formula bagaimana mahu menampilkan orang bukan islam dalam filem memang sukar walaupun mengambil pelakon bukan islam berlakon, inikan pula mahu menyuruh pelakon muslimah berlakon sebagai muallaf sebelum islam, lebih teruklah kejinya.

Walaubagaimanapun, orang bukan islam boleh ditampil dengan meminimum sehabis baik aurat mereka dari terbuka dengan aksesori-aksesori seperti selendang atau skaf yang biasa dipakai bukan islam di samping kita juga maklum banyak saja fesyen baju, seluar atau kain yang digunakan bukan islam yang boleh menutup aurat mereka. Peranan pergerakan kamera yang bermain dengan sudut juga boleh meminimumkan aurat yang terserlah.

Namun, masalah timbul apabila pelakon itu seorang muallaf, tak akanlah kita mahu menyuruhnya membuka auratnya supaya beliau boleh melakonkan watak sebelum memeluk islam.

Maka berbalik kita pada situasi kes yang kita mahu sampaikan dalam soalan. Kes kita adalah situasi "mengenang kembali kisah silam" atau "flashback", maka watak itu sudahpun islam, lalu bagaimana mahu menampilkan kisah sebelum islam beliau?

Jawapannya menjadi tidak rumit apabila situasi di atas menjadi tujuan. "Flashback" tidak semestinya perlu dilakonkan semula aksi, "flashback" juga boleh dilakukan dengan dialog atau penceritaan semata-mata.

Sebagai contoh, seorang muallaf ingin mengenang atau mengimbau kembali gaya hidupnya yang lepas, beliau boleh diletakkan dalam situasi bercerita. Dengan penggunaan gaya penceritaan yang mengusik jiwa, dialog yang dilontarkan oleh pelakon tersebut boleh buat para penonton berimaginasi sendiri, bagaimana gaya hidupnya sebelum memeluk islam. Tambahan kepada emosi seperti tangis, wajah menyesal, sayu, sedih, marah dan sebagainya ketika bercerita banyak membantu "flashback" gaya dialog ini. Begitu juga sudut pandang kamera yang bermain dengan suasana tempat seperti imej awan bergerak, daun yang jatuh perlahan, rumput yang ditiup angin sambil pelakon sendiri bermain dengan bahasa tubuh seperti menggeletar semasa menyebut perkataan, tangan menggenggam objek, seperti kerusi atau jendela, mahupun kerut-kerut wajah berserta takungan air mata.

Maka tak menjadi persoalan bagaimana mahu melakonkan watak sebelum menjadi islam, kerana lakonan itu dilakonkan sesudah islam dengan dialog penceritaan berserta emosi dan perasaan yang mengusik jiwa.

SOALAN 3: BAGAIMANA MAHU MEMASUKKAN DIALOG YANG MELAWAN TAUHID SEPERTI BERKATA, "GOD DOESN'T EXIST" OLEH SEORANG PELAKON MUSLIM, SEDANGKAN ITU AKAN BUAT BELIAU MURTAD ATAU FASIK KERANA SENGAJA MENIRU KATA-KATA ORANG MURTAD ATAU KUFFAR UNTUK KELIHATAN MURTAD.

KEBUNTUAN:
Masalah tuan adalah tuan terpaksa untuk menonjolkan dialog yang melawan tauhid islam, sedangkan Islam melarang kita bermain-main dengan suatu ungkapan yang boleh menjurus kepada murtad atau kafir.

IDEA:
Jika dialog tersebut setakat mahu ditonjolkan sebagai provokatif pada para penonton tanpa ada jawapan dari dalam lakonan itu sendiri, maka tuan bukanlah penggiat lakonan islami.Hanyasanya tuan mahu memberikan jawapan pada ungkapan provokatif itu maka adegan sebegini boleh diadakan, jika tidak saya tak nampak apa rasional semua ini.

Kemudiannya, jika tuan sudah sediakan watak atau dialog untuk membalas ungkapan tersebut dengan tujuan menjadi jawapan buat para kuffar dan atheist yang tidak beriman pada tauhid kita, maka masalah tuan adalah bagaimana ungkapan itu dapat dihamburkan.

Adalah bersalahan dari syariat apabila tuan meminta pelakon tuan yang beriman, dengan sengaja mahu mengungkapkan ungkapan kafir tersebut. Ini akan merosakkan diri sang pelakon dan usaha ini juga tak akan mendapat redha Allah. Sedangkan matlamat kita mengusahakan lakonan islami ini bagi menjemput keredhaan Allah dalam usaha kita.

Tuan perlulah faham, ungkapan atau dialog tak semestinya perlu atau mesti dihamburkan oleh watak yang hidup. Ungkapan itu boleh diletakkan dalam situasi bertulis, seperti tercetak dalam tulisan akhbar, dalam web, dalam surat, dalam buku yang kemudiannya dibaca oleh watak yang disediakan untuk membalas ungkapan tersebut.

Samada watak yang ingin membalas itu membaca dengan kuat tulisan tersebut, sambil menunjukkan reaksi dirinya tidak redha akan ungkapan tersebut, atau tuan boleh gunakan teknik kamera yang membaca tulisan tersebut dengan perlahan-lahan kamera bergerak menerusi tulisan itu sambil muzik latar menonjolkan betapa kritikal dan dahsyatnya tulisan itu.

Ataupun tuan boleh gunakan kaedah tulisan itu tersembul seperti subtitle di sudut bawah gambar, mahupun boleh juga gandingkan idea di atas kesemuanya dengan menjadi satu dengan kaedah menindih imej tulisan dan imej watak pembaca tulisan tersebut. Maka, tiada keperluan lagi untuk pelakon muslim tuan mengungkapkan dialog yang kafir akan tauhid islam.

bersambung dengan soalan lain..

4 BULAN

Kawan baik saya bertanyakan ,"mengapa 4 bulan?" pada saya. Dia merujuk kursus membaiki diri dan belajar dakwah serta pengorbanan yang diusahakan oleh jemaah dakwah yang bermusafir untuk berdakwah itu. Orang ramai memanggil jemaah itu jemaah tabligh. Saya adalah manusia yang berniat untuk mengikuti kursus 4 bulan merantau ke 3 negara untuk bertemu manusia dan belajar erti susah payah berdakwah memanggil manusia kepada Allah dalam keadaan cukup terhad itu selepas tamat belajar nanti.

Saya bertanyakan pada dia, "mengapa 3 bulan?". Saya merujuk pada latihan khidmat negara atau PLKN yang mengkehendaki anak muda 18 tahun mengikutinya untuk membina jatidiri selama 3 bulan.Dia membalas, "itu budak-budak, bukan orang yang dah bernikah yang ada tanggungan anak bini. Berapa banyak diperlukan untuk menampung 4 bulan perbelanjaan rumah?" katanya.

Dia mungkin antara orang yang sungguh dan sangat risau akan keluarga orang-orang tabligh yang suatu masa pernah disindir sebagai orang "tak balik".

Sebenarnya usaha apapun ada kelemahan. PLKN contohnya tadi, ada beberapa kes, anak muda yang dipanggil untuk melapor diri itu bukan semuanya adalah pelajar lepasan SPM yang dara atau bujang-bujang ganteng. Ada di antara mereka juga yang sudah menikah malah sudah menjadi ibu yang masih menyusukan bayi mereka. Sesetengah kes ditimbang atau diberi kelonggaran, sesetengah kes lain diadili dengan tegas untuk tidak ada kompromi supaya pengajaran dapat diambil bagi rakyat memandang serius usaha kerajaan tersebut.

Mungkin sudah ramai yang tahu, atau masih ramai juga yang belum tahu. Usaha keluar membaiki diri dan melatih diri dalam pengalaman berdakwah 4 bulan itu, disaring dan ditemuduga dalam mesyuarat markaz bertempat di Masjid Sri Petaling sebagai pusat cawangan di Malaysia. Bapak bapak yang tidak mampu atau mengalami kesulitan keperluan untuk keluarga mereka sama ada akan dibantu dalam sesetengah kes, atau ditangguh keizinan untuk mereka bertolak bermusafir sebelum menyelesaikan keperluan keluarga terlebih dahulu. Ertinya hanya orang-orang yang layak dan mampu untuk bermusafir 4 bulan saja dilepaskan untuk bermusafir. Bukan semua orang senang-senang dilepaskan.

Memang ada kes yang diceritakan, ada beberapa orang tidak faham akan maksud bermusafir 4 bulan untuk belajar dakwah itu, telah cuba menipu keadaan atau situasi diri supaya dapat dibenarkan oleh syura yang bermesyuarat untuk bersama-sama bermusafir 4 bulan. Padahal mereka telah meninggalkan anak isteri tanpa keperluan cukup, terbiar dan terkontang kanting sendirian, akhirnya dipandang masyarakat bahawa usaha jemaah ini adalah usaha tak bertanggungjawab membiarkan anak bini.



NIAT

Sebelum saya mula aktif belajar berdakwah dengan jemaah ini, saya pernah menyebut pada seorang senior saya, "kau tak akan dapat belajar ilmu baru keluar dengan jemaah ini, mereka hanya "burung kakak tua" yang menghafal skrip yang dikutip bukan ditimba". Senior saya yang juga bukanlah aktivis aktif jemaah musafir ini menjawab kata-kata saya itu, "semua amalan bergantung pada niat. Jika niat kau untuk belajar, kau pasti dapat mempelajari sesuatu. Jika niat kau untuk berasa benci, kau pasti dapat benci yang kau idam-idamkan".

Saya terkesan dengan kata-katanya, lalu setiap kali jemaah musafir ini tiba di depan rumah saya, mengetuk tiga kali dan memberi salam, saya pun membuka pintu sambil membuka hati saya sama. Niat saya, jika Allah datangkan manusia untuk beri peringatan pada saya, maka berikanlah diri saya manfaat yang disebutkan Allah dalam alQuran itu. Saya tidak mahu menjadi orang kafir atau orang celaka yang menjauhi peringatan.

Kita akan dapat apa yang kita niatkan. Begitulah ragamnya orang-orang yang terjun dalam jemaah terbuka ini, dengan pelbagai macam niat yang membawa mereka bersama jemaah ini, maka dengan bermacam warna juga jemaah ini disimbah.

Orang bertanya pada saya, "saudara bukan karkun, tetapi kenapa saudara tahu banyak mengenai usaha ini?" Mereka tidak faham. Sikap stereotaip jemaah atau gerakan Islam lain yang segelintirnya meletakkan niat "mahu memperbanyakkan ahli", "mahu menguatkan jemaah", "mahu dapat sokongan undi", "mahu menang dalam pilihanraya", "mahu angkat tuan sheikh atau pemimpin jemaah" merupakan antara niat-niat yang melahirkan simbahan-simbahan warna buat jemaah.

Begitu juga dengan jemaah yang bermusafir ini, mereka dilabelkan dengan "jemaah tabligh" sehingga ahli mereka pun segelintirnya memasang niat "aku ingin buat usaha jemaah tabligh" atau "aku mahu menjadi karkun (gelaran ahli jemaah tabligh", maka apa yang mereka dapat adalah nama jemaah tabligh di dada mereka dan mereka dapat jenama karkun di atas dahi mereka. Padahal bukan itu matlamat usaha ini dimulakan.

Saya cuba aktif bersama jemaah musafir ini bukan atas niat mahu jadi karkun, atau mahu kuatkan pengaruh jemaah tabligh, atau mahu mempromosi jemaah tabligh supaya menjadi popular, atau mahu agung-agungkan Masjid Nizamuddin, atau mahu agung-agungkan kitab Fadail Amal, atau mahu agung-agungkan Maulana Ilyas, Maulana Zakaria, atau Maulana Yusuf mahupun Maulana-maulana yang menjadi amir sekarang, baik Maulana Saad atau Bhai Wahab. Semua itu bukan niat saya.

Niat saya mahu agung-agungkan Allah, mahu belajar bercakap mengenai agama, mahu masukkan kebesaran Allah dalam hati, mahu memperbaiki umat dan persekitarannya, mahu menjalankan tugas khalifah amanah dari Allah, mahu menjalankan kewajipan umat Nabi Muhammad yang merupakan sebaik-baik umat yang diutuskan, mahu menyebarkan Islam, mahu hidayah tercurah-curah melimpah ruah di alam jagat, mahu mempromosi Islam dan seluruh cara hidupnya, mahu melarang mungkar dari berleluasanya dosa dan sebagainya. Banyak lagi niat-niat saya baik mengislah diri, keluarga mahupun masyarakat, negara atau dunia seluruhnya.

JEMAAH

Begitu juga, ketika saya tanyakan seorang karkun veteran dalam Jemaah Masturat (jemaah musafir suami isteri) Malaysia yang datang ke Mosalla kami tahun lepas,akan pendapatnya tentang usaha saya bersama Ustaz Kamaruddin berdakwah bertemu muka dengan remaja belasan tahun yang meneguk arak dan mengamalkan seks bebas di Sungai Petani, beliau mengingatkan saya bahawa berhati-hati jangan ditarik untuk suka pada usaha lain. Usaha lain yang beliau maksudkan adalah usaha Ustaz Kamaruddin yang bukan mengikut tertib dari syura Nizamuddin itu. Ini yang saya maksudkan akan niat tadi. Saya sama sekali tidak akan beriman pada tertib sehingga menafikan usaha yang tak sama dengan tertib mereka adalah usaha yang tak menjemput hidayah Allah.

Beliau menasihati saya supaya tidak menukar kapal dalam berlayar. Kapal yang beliau maksudkan adalah tertib jemaah musafir itu , sedangkan menukar kapal ertinya menukar jalan atau manhaj dakwah atau mengikut proses mahupun tertib yang lain, syura yang lain, mesyuarat yang lain, pimpinan yang lain.

Mereka dalam jemaah dakwah bermusafir ini sebahagiannya bercerita pada saya akan analogi kisah manusia-manusia yang berbuat usaha untuk ke sebuah pulau. Sebahagian manusia itu berenang, sebahagian lagi menaiki perahu kecil yang muat dirinya sendiri sahaja, sebahagian lagi perahu sedikit besar menampung sekelompok kecil kumpulan atau kerabatnya, sebahagian pula membina bahtera yang boleh mengisi lebih ramai orang, dan sebahagian lagi bina terus jambatan siap highway untuk terus ke pulau itu. Beliau membayangkan jambatan atau highway itulah impian dan azam jemaah bermusafir ini, kita menyeberang laut untuk ke pulau atau destinasi tadi, sambil kita siapkan jalan untuk orang lain sama untuk menyeberang.

Saya adalah insan yang punya prinsip dan pegangan. Masuknya saya berusaha bersama jemaah dakwah bermusafir ini, bukan atas niat untuk menjadi ahli mereka, bukan berniat mahu mengikut telunjuk mereka, bukan berniat mahu duduk dikawal hidup oleh mereka, saya masuk dan berusaha atas niat untuk menjadi hamba Allah yang beriman dan beramal soleh. Itu kriteria yang akan menyelamatkan saya dari menjadi manusia rugi seperti yang disumpah oleh Allah dengan "masa" dalam surah al 'asr yang kita baca dan hafal itu. Ditambah berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran.

MANFAAT

Saya mendapat banyak kesempatan akan amalan-amalan islami tertentu ketika bersama mereka yang saya tidak beroleh kekuatan semasa saya berjuang seorang diri.

Antara perkara yang saya dapat laksanakan adalah meluruskan niat dan mencerahkan matlamat hidup saya. Ketika saya tidak bersama dengan jemaah apa-apa, niat dan matlamat saya kejap lurus cerah, kejap gelap kelam, kejap samar-samar. Namun dalam jemaah bermusafir ini, bukan musafir saja jalan dakwahnya, lebih dari itu adalah memperkasakan istiqamah amalan harian, mingguan, bulanan dan tahunan.Apabila suatu amalan terus diistiqamahkan, maka datanglah ikhlas, datanglah lurus niat, datanglah cerah matlamat.

Hal ini nampak lebih jelas apabila misi mendapat bilik untuk solat yang diputuskan oleh mesyuarat telah buat saya belajar taat mesyuarat, belajar jadi perancang dan strategis, belajar untuk menarik orang dalam usaha dan misi agama, belajar bersabar dan tabah atas nafsu amarah dan rasa letih badan, belajar untuk mmenyampai dan menerima, belajar untuk rendah diri dan berdoa dengan penuh pengharapan dan munajat pada Allah. Pembelajaran dan pengalaman berguna itu tak mampu diraih jika saya berseorang diri hanya mengetik ngetik keybod atau melukis dengan mouse semata-mata.

Allah kurniakan tugas lebih berat, beban yang bertambah selepas selesai satu tugasan. Selesai satu tugasan akan datang tugasan yang lebih besar. Selepas misi mendapat bilik untuk solat di universiti, kemudiannya misi menyewa mosalla, kemudiannya misi mengimarah mosalla dan sekarang sudah peringkat misi membeli tanah dan membina masjid. Dalam 3 tahun mula aktif dengan jemaah ini, saya berkesempatan berjuang untuk islam, menyumbang untuk agama Allah di muka bumi penduduk kuffar Jepun ini.

Walaupun dalam usaha ini, jemaah bermusafir menekankan akan tertib yang diputuskan oleh syura, dalam sesetengah situasi saya melanggarnya, kerana bagi saya tertib itu tak terpakai dalam keadaan dan situasi di tempat saya. Tapi mereka seakan mengerasi saya untuk terus taat dengan tertib dan mereka memberikan amaran bahawa usaha dengan melanggar tertib tidak ada barakah.

Nanti dulu, tertib yang diletakkan itu adakah qatie , mutlak, tidak boleh berubah, atau ia hanya sekadar cadangan metod oleh para alim atau ahli-ahli tua yang bermesyuarat semata-mata. Sebahagian mereka beriman akan tertib itu, sebahagian lagi beranggapan seluruh umat islam tertakluk dengan keputusan mesyuarat di markaz besar mereka. Siapa yang melantik mereka untuk membuat keputusan untuk umat? Adakah syura yang terbina dalam markaz itu benar-benar syura kepimpinan untuk umat, atau syura yang hanya untuk melicinkan metod kursus dan usaha meningkatkan amal dan iman umat semata-mata?

Benar, saya ada mendengar dari beberapa karkun yang bercerita bahawa usaha agama yang dibuat jemaah tabligh adalah satu-satunya usaha yang serupa dengan usaha Nabi. Maka mereka menambah kejayaan hidup manusia di dunia dan akhirat tidak akan tercapai tanpa ikut perintah Allah dengan cara Nabi s.a.w. Maka inilah satu-satunya jalan untuk kita berjaya, kata mereka. Umat yang meninggalkan usaha ini, tidak akan berjaya. Malah mereka juga yakin khalifah akan diberi Allah pada manusia yang terlibat dalam usaha jemaah ini.

Itulah sebahagian warna yang ada dalam jemaah bermusafir ini. Asalnya mereka tidak ada nama atau jenama, kerana niatnya hanya mahu menjadi hamba Allah yang bersyukur, melaksanakan kewajipan dakwah, menyeru manusia kepada Allah, dan meningkatkan iman para mukmin dan amal-amal soleh mereka. Namun, niat itu terpesong dengan niat para manusia yang terjun ke dalamnya. Mereka pasti dapat apa yang mereka niatkan. Jika niat mereka mahu dikenali sebagai karkun, maka mereka dapat karkun. Jika mereka mahu mendapat kekhalifahan, maka mereka dapat kekhalifahan (yang sebenarnya dah diberi Allah pada semua umat beriman). Jika mereka mahu mengagungkan jemaah atau metod atau tertib yang diputus syura mereka ke atas segala jemaah atau metod atau tertib yang lain yang ada dalam umat, maka keagungan jemaah lah yang akan masuk dalam hati mereka.

SUNNAH

Sebab itu apabila mereka memandang jemaah dakwah lain salah atau tak tepat mengikut nabi, tak mampu jemput hidayah, yang terserlah dalam diri mereka adalah iman mereka pada jemaah, yang terserlah adalah kebesaran jemaah. Bukan iman dan kebesaran Allah. Jika mereka beralasan yang mereka agungkan adalah cara Nabi yang kita panggil sebagai sunnah, maka apakah jemaah lain tidak menepati sunnah Nabi? atau tidak langsung ada mengikut sunnah Nabi? Jika jemaah lain juga ada mengikut sunnah Nabi, dan kita agungkan sunnah Nabi, maka rasa suka kita pada jemaah kita, boleh juga kita tumpahkan pada jemaah lain. Dan itulah bermulanya bangunan umat yang kita sebut-sebutkan. Sebahagian umat menjadi dinding, sebahagian umat menjadi tiang, sebahagian umat menjadi atap, apa yang berlaku adalah bangunan umat kukuh mengukuhkan, bukan runtuh meruntuhkan. Nanti apa yang tinggal hanyalah bangunan yang tak siap , terbengkalai dan mulalah orang marah pada pemaju (kitab Allah dan sunnah Nabi).

Hidup ini untuk beribadah. Itu tak dapat disangkal oleh mana-mana mukmin kerana kenyataan itu dibuat sendiri oleh Allah s.w.t dalam alQuran.

Orang berbicara, bila beribadah mestilah mengikut sunnah. Jika tak mengikut sunnah, maka itu bidaah! Soalnya sunnah Nabi ini zahir dan batin. Ada orang persoalkan kayu sugi yang dikatakan sunnah Nabi. Nabi menggunakan kayu sugi, itu tak dapat disangkal. Maka menafikan sunnah Nabi menggunakan kayu sugi adalah dangkal.Orang menggunakan kayu sugi tidak boleh dikatakan bodoh atau tak faham sunnah, mereka lakukan serupa nabi lakukan. Namun, dalam menggunakan kayu sugi itu, kita memahami juga sunnah Nabi adalah membersihkan gigi, maka kita juga tak sangkalkan memberus gigi dengan berus gigi dan ubat gigi itu adalah mengikut sunnah Nabi. Maka, baik orang guna kayu sugi atau berus gigi, kedua-duanya mendapat pahala mengamalkan sunnah.

Begitu juga dengan dakwah. Jika Nabi berdakwah mengetuk rumah memang satu fakta yang tak boleh disangkalkan, maka kita juga tak boleh sangkalkan Nabi berdakwah dengan berhujah dan berdebat dengan kuffar, kita juga tak boleh sangkalkan Nabi berdakwah dengan berucap di padang kerumunan orang, kita juga tak boleh sangkalkan nabi berdakwah dengan berperang! Soalnya zahir perilaku nabi itu sunnah, maksud perilaku nabi juga sunnah. Apa tujuan semua perilaku dakwah Nabi, adalah mahu menyeru manusia untuk taat kepada Allah Yang Maha Esa. Maka kita tak boleh sangkalkan menulis juga menyeru maka ia juga dakwah, membaca sajak juga menyeru maka ia juga dakwah, melukis juga menyeru maka ia juga dakwah. Oleh itu para ulama kontemporari telah menggariskan asal saja seruan-seruan itu tak dibuat dengan cara haram, maka ia adalah dakwah yang pasti ada ganjaran.Kita tak boleh kata menulis blog untuk berdakwah adalah bidaah kerana dalamnya juga ada sunnah iaitu menyeru.

Cuma, bagi para daie yang mahu belajar sifat dakwah nabi, tidak boleh mengambil sebahagian maksud agama saja dalam hidup dan meninggalkan maksud yang lain. Orang-orang munafik mereka solat berjemaah belakang Nabi, tapi bila diseru untuk berjihad di jalan Allah merekalah pemberi-pemberi alasan paling cemerlang. Kita tak mahu bersifat seperti munafik yang memberi alasan-alasan untuk tidak mahu bersusah payah dalam berjuang, dan hanya buat yang kita selesa saja padahal kita mampu lebih dari itu. Jika boleh menjadi muslim baik hanya duduk dalam zon selesa, maka munafik juga patut diiktiraf muslim yang baik, banyak juga sunnah nabi yang mereka buat yang orang zaman sekarang pun tak mampu buat iaitu solat jemaah.Tapi mereka pilih mana yang mereka selesa saja, bila diajak berperang, mereka lari dengan pelbagai alasan.Sifat dakwah nabi kita kena kejar dan siap siaga untuk laksana.

Kita dalam suasana perang sekarang. Walaupun menulis boleh dikira dakwah kerana ada unsur sunnah nabi menyeru manusia kepada Allah, namun adakah wajar kita selesa dengan menulis saja tanpa mengejar sifat dakwah nabi sebenar dalam berkorban harta, masa, tenaga dan jiwa untuk agama Allah. Sifat pengorbanan ini bukan cerita waktu aidiladha saja. Pengorbanan juga jelas terlihat dalam perjuangan kita dalam dakwah dan seluruh hidup kita. Erti hidup pada berkorban.

RAMADHAN

Ramadhan sudah tiba. Setiap amalan kita dalam bulan ini akan digandakan berlipat ganda dari hari-hari biasa di bulan yang lain. Seluruh amalan seharian kita, baik keperluan diri mahupun tuntutan agama, semuanya boleh bertukar menjadi ibadah yang membawa kita pada ganjaran besar dari Allah. Sadaqah kita di bulan ini mulia, pemberian yang kecil atas keikhlasan dari hati adalah amalan besar di sisi Allah. Bukan bermakna kita hanya perlu buat yang kecil-kecil saja, tapi adalah kemampuan sehabis daya. Jika kita orang miskin maka pemberian kecil kita besar. Jika kita orang kaya, tapi hanya nak beri sedikit dan ada tertanam takut kehabisan harta atau bakhil, maka pemberian kecil mahupun besar sedikit dari orang miskin tak akan bermakna.

Bulan Ramadhan ini kita bekejar-kejar nak letakkan maksud agama dalam setiap usaha dalam hidup kita. Kita mahu belajar kerana Allah, bekerja kerana Allah, bernikah kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah, solat tarawih kerana Allah, berjemaah 'isha kerana Allah, mengimarah masjid kerana Allah. Jika maksud agama ini kita tanam dalam bulan ini, lalu buktikan di bulan lain juga kau mampu melakukannya. Jika tidak, bukan orang tabligh yang baca fadail amal itu saja yang kejar fadilat. kalian juga yang hanya pergi masjid di bulan ramadhan, imarah masjid di bulan ramadhan, jaga hati jaga mata jaga perut, juga hanya semata-mata fadilat ramadhan. Beza kalian dengan orang tabligh mungkin, orang tabligh setiap hari mengejar fadilat, kalian pula kejar fadilat hanya bulan ramadhan. Sebab apa? Sebab kalian tak tahu fadilat amalan di bulan lain. Padahal solat jemaah di masjid 27 kali ganda di bulan lain kalian tak kejar-kejar dan hanya selesa solat sendirian saja. Mengapa boleh kejar fadilat di bulan ramadhan tapi tak mahu kejar fadilat di bulan lain? sebab iman saya lemah.

Di bulan mulia ini, Allah telah membuka jalan saya dan kita semua untuk bersadaqah membina masjidNya di bumi non muslim Jepun ini. Kami pelajar-pelajar Toyama yang 80% nya pelajar Malaysia ingin berusaha membina Masjid di sini supaya dakwah terus subur di muka bumi Gofuku Toyama ini. Buat yang berharta yang membaca entri saya ini, tiada ruginya anda menyokong misi kami ini, bukan untuk saya tapi untuk agama Allah. Jika kamu bantu agama Allah, insha Allah, Allah akan membantu kamu.

LAWATI BLOG PROJEK MASJID KAMI: http://toyamamasjid.blogspot.com/


ATAU KLIK BUTANG "DONATE" DI BAWAH UNTUK DERMA MENERUSI PAYPAL:



BOLEH JUGA TOLONG PROMOSI BERKENAAN DERMA INI DI BLOG ATAU WEBSITE ANDA DENGAN CODE DI BAWAH:





Encik Habuk berkata,

"Orang tak faham kenapa ada banyak siri komentar hal saifulislam dalam blog saya?"

sebenarnya begini...

"Orang tak faham kenapa ada banyak siri komentar hal saifulislam SAHAJA dalam blog saya?"

kenapa tak ada komentar saudara tentang blog lain selain saifulislam? kenapa seolah-olah saifulislam sahaja mangsa sasaran saudara?

sekadar mengingatkan.

"tidak akan ke syurga hamba-Nya yang ada walau sebesar biji sawi rasa riak dalam hatinya"

salam ziarah dari habuk@iluvislam


Kasihan saya melihat kaum-kaum dan puak-puak ini, saya tolonglah buat analisis sedikit mengenai blog saya sehingga hari ini (19 Ogos 2009)

Komentar saya atas blog saifulislam.com yang bukan merujuk abusaif semata-mata (isi entri abusaif dan isi komentar pengikutnya) adalah seperti berikut:

Orang Tak Faham Kenapa Ada Banyak Siri Komentar Hal Saifulislam Dalam Blog Saya

Politik Bukan Dakwah

Johan Perangai Terpelik [Ketawa+ Soalan]

Bodohnya Kamu

Common Sense Yang Tak Common

Kebodohan Kempen Yang Tak Dipedulikan

Pilihanraya dan Kemusykilan Tua Muda

Kebanyakan tulisan saya yang menyentuh isi saifulislam.com adalah atas kerana tulisan saya tak dipublish di web beliau (saya dibanned), malah abusaif sendiri memang suka jika idea-idea saya tak disumbat dalam ruang komen beliau kerana beliau mengharapkan orang komen atas idea beliau disebabkan beliau menulis entri dengan susah payahnya. Beliau tidak mahu ruang komennya dijadikan pentas untuk membincang idea orang lain dan idea dan entrinya terabai tanpa dipandang.Dan kebetulan ramai pengomen jika nampak komen saya akan bertungkus lumus membalasnya, dan saya sukacita membalas lagi.Oleh itu, abusaif sangat berharap saya menggunakan blog sendiri untuk persembahkan idea, hal ini disokong sambil disindir oleh pengikutnya ketika itu dengan berkata lebih kurang, "pergilah buat blog sendiri, apa sibuk dekat blog orang".


Saya juga ada komentar blog orang lain juga. Orang yang tak reti membaca mereka tak tahu 'rahsia' ini. Mereka ingat blog alhikmah-diari ini komen blog saifulislam.com saja. kasihan.

Komentar atas blog orang lain adalah seperti berikut:

Blog Ustaz Zabidi Mohamad:
Sebenarnya Wujudkah Pejuang Islam Sebenar Dalam Industri Hiburan

Blog Hamka Kereta Mayat:
Muhasabah Dakwah
Sumbang Idea Yang Tidak Sumbang

Blog 1jja1912:
3 Jenis Jodoh Dari Filem Syurga Cinta

Blog Tawel Sensei:
Kasih Haiwan Membawa ke Syurga

Blog Iynas Omar & Miminapis:
Mahasiswa di Luar Negara dan Haq-Bathil

kadang-kadang adalah terselit saifulislam dalam entri di atas, tapi beliau bukan subjek utama. Komentar utama saya pada nama yang saya tulis di atas.

Sebenarnya, kebanyakan komentar saya hanya untuk menaikkan idea saya sendiri tentang isu yang dikemukakan oleh blogger tersebut.



Saya juga ada komentar idea public figure bukan atas blog mereka:

Dr Asri Zainul Abidin:
Bidaah Hasanah Dari Tajdid Dr Asri
Tegur Pemikiran & Sebarkan Akhlak

Dr Syed Ali Tawfik al Attas:
Bila Manhaj Akliah Mencelah Antara Salafiyah dan Asyairah

Dan komentar atau ulasan lain-lain:

Forum Negarakuku di Youtube:
Demokrasi Juga Sekularisme

Buku Abuya Pemuda Bani Tamim oleh Nizamuddin:
Mereka Belum Diam

Filem KAMI:
Dunia Hedonisme Yang Jarang DiPantau

Ceramah Anwar: "Saya Tidak Menyokong Apa-apa Tuntutan Negara Islam":
Perlu Ada Parti Islam Yang Benar-benar Islam

Forum al-ahkam: Syiah Kafir
Apa Itu Misi Damai MFR

Sudut Pandang Astro Awani: Palestin
Benarkah Wujud Negara Palestin?

Saya tak boleh menafikan kebanyakan cetusan dalam blog ini adalah terinspirasi dari tulisan seseorang, berita, fenomena yang diperhatikan, kehidupan dan pengalaman dan sebagainya. Saya beranggapan ramai orang juga menulis dan mengulas di blog mereka atas apa yang mereka baca, lihat, tonton, dengar, alami, hadapi dan sebagainya.

Anda boleh baca sendirilah blog saya ini. Susah sangat nak diajar satu persatu. Macam tak biasa baca blog pula. Naif sungguh.

Apa-apa pun suatu ketika dulu, orang tahu saya rajin beri komen dari tulis entri di blog. Blog yang saya suka beri komen suatu ketika dulu, boleh anda lihat di rangkaian MFR bahagian 'menarik singgah'.

Fakta tambahan: sehingga hari ini (19 Ogos 2009) ada 135 entri dalam blog ini sedangkan link-link di atas hanya 22 entri. Ini bermakna 113 entri saya bukanlah komentar langsung malah idea saya juga adanya. Siapa tak reti mengira, abaikan info ini. wassalam.

Saya tidak terkejut dengan kemunculan para pemuda pemudi yang skeptik agama, kerana zaman saya terkejut itu adalah 8 tahun dulu ketika saya di Taiping.Usaha dakwah ketika itu bukan saja keperluan mengimarahkan surau kami di sana, tetapi adalah pertentangan "budak surau" dengan "geng asrama".Sebenarnya tidak ada istilah itu di sana, saya yang reka khas untuk entri ini.

"Budak surau" adalah kelompok yang berusaha memenuhi tuntutan dakwah dari kalangan Badar (Badan Dakwah dan Kerohanian) dan "Geng asrama" adalah kumpulan pelajar berekod hitam yang menjalankan kerja-kerja buli dengan anggapan merekalah penakluk asrama atau penjaga asrama dengan peraturan mereka sendiri.

Saya biasa dengan orang yang memandang rendah kepada para pelajar yang bersemangat islam dan dakwah. Pandang rendah kepada individu itu normal, kerana itu saya biasa dengan ejekan, cacian dan kutukan. Saya tidak ada masalah dengan masalah peribadi orang terhadap diri saya sebagai individu, maka saya tidak melihat itu sebagai masalah juga jika tertimpa pada orang lain. Namun, kejutan saya ketika zaman itu adalah mereka yang duduk dalam "Geng asrama" bukan saja bermusuh dengan individu yang ingin membawa rakan-rakan dalam jalan dakwah dan penghayatan islam, malah mereka bermusuh dengan agama Allah itu sendiri.

Saya adalah orang yang berusaha mencadangkan beberapa nama rakan sebaya saya ketika itu untuk dibuang sekolah, atas sebab kekejian tindakan mereka memusuhi agama Allah dengan memijak al Quran dan membakar buku zikir al Mathurat di depan tandas asrama. Ya, mereka bukan sekadar skeptik agama atau bermasalah dengan peribadi saya,saya tak kisah jika mereka benci saya,namun mereka adalah musuh agama kerana terjebak dengan gerakan subversif skinhead yang kuat pengaruhnya di Taiping ketika zaman itu.Saya tak mahu mereka terus mempengaruhi junior untuk wujudkan legasi "geng asrama" mereka. Alhamdulillah, gerakan Badar jadi kuat selepas saya tinggalkan sekolah atas usaha para junior.

Hari ini apabila saya membaca blog akan teguran seorang siswi Malaysia yang menuntut di sebuah negara di hemisfera selatan beribu kilometer dari hujung ekor Jepun ke atas komuniti pelajar Malaysia di sana,yang menganjurkan talentnite dengan pakaian beragam itu, saya tidak terkejut.Apatah lagi hujah-hujah yang mereka kemukakan juga bukan kejutan, sekurang-kurangnya tidak sampai tahap kejutan saya di Taiping dulu dengan perbuatan rakan-rakan sebaya saya itu.

Hujah 1: Kami anjurkan program bukan islamik supaya orang bukan islam juga sertai.

Masalah mereka adalah mereka tidak tahu bahawa Islam itu memimpin hidup MANUSIA. Mereka fikir Islam ini ajaran agama persendirian, iaitu jika anda mengimaninya, anda hanya perlu beriman seorang diri dan tak perlu dihebohkan atau diterapkan nilai anda pada kehidupan orang lain. Mereka tidak reti mengapa Rasulullah s.a.w itu membawa rahmat ke seluruh alam.

Islam wajib memimpin.Maka kita umat islam adalah pemimpin-pemimpin manusia lain yang tak beriman untuk bergerak ke arah jalan-jalan Islam. Mereka fikir rahmat Allah juga mencurah-curah jika kita ambil sebahagian nilai Islam dan tinggalkan sebahagian. Mereka fikir untuk ajak orang kepada Islam, kita perlu menjadi seperti orang bukan islam dahulu.Itu pelik wahai kawan! Jika anda sudah pun menjadi seperti bukan islam, untuk apa lagi orang bukan islam mengikut Islam sedangkan anda juga mengiktiraf gaya dan cara bukan Islam beraksi.

Hujah 2: Kita perlu menanamkan perpaduan kaum, dengan cara buat program yang bercorak bersama.

Itu silap mereka. Mereka mahu kaum lain yang tak beragama Islam menyertai komuniti mereka sebagai orang Malaysia lalu wujud perpaduan kaum, namun benarkah program bercorak bersama itu, bersama nilainya dengan kaum beragama Islam?

Mereka fikir Islam meraikan program yang melanggar nilai Islam dengan percampuran lelaki-perempuan secara bebas, atau terbuka dengan aurat segala, padahal dalam Islam ada larangan menyertai majlis yang bercampur maksiat!

Bagaimana orang Islam boleh bersama dan berpadu, jika program itu tidak bersama-sama menghormati jalan hidup orang Islam?

Yang anehnya, 95% peserta program talentnite berpakaian beragam itu adalah Muslim. Adakah logik majoriti muslim sanggup mengorbankan cara hidup Islam dengan mencampurkan maksiat dalam program supaya program diterima kaum bukan Islam? atas faktor perpaduan kaum?

Hujah 3: Di sebabkan kaum bukan Islam minoriti,maka program perlu menarik minat mereka supaya mereka selesa dan hadir dalam program.

Sekali lagi, mereka tidak faham akan erti Islam memimpin bukan Islam.Atau sebenarnya mereka sendiri tidak yakin Islam adalah cara hidup terbaik. Bagaimana seorang yang beriman dan yakin akan kebenaran Islam boleh bertolak ansur mengorbankan prinsip Islam untuk menyelesakan hati bukan Islam? padahal kita semua baca yang Allah larang kita mengikut hawa nafsu orang kuffar.



Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.(al maidah:49)


Hujah 4: Program yang tak islamik itu tak menghalang saya solat, tak menyuruh saya makan makanan haram atau bersentuh dengan lelaki dan perempuan.

Masalah pertama adalah dosa orang-orang Islam yang menganjur. Jika penganjuran adalah dibuat oleh orang bukan Islam, kita tidak akan komplen banyak, tetapi menjaga diri sendiri agar tidak terjebak dengan kemungkaran.

Ya, pilihan utama kita adalah menjauhi majlis yang bercampur maksiat. Namun jika ada keperluan mendesak untuk hadir jua, kedatangan kita cuma atas alasan DAKWAH. Apabila alasan dakwah, kita tidak sekali-kali akan meniru perbuatan kuffar yang ada dalam majlis itu tetapi kita tegas dengan cara dan gaya hidup Islam. Maka harapan kita, apabila akhlak dan peribadi kita dilihat bukan Islam yang menganjur program akan tertarik atau teringin untuk memahami prinsip dan pegangan kita.

Namun kes ini jadi tunggang terbalik, apabila kita diminta untuk menjaga diri sambil penganjur yang juga saudara seagama kita tidak boleh ditegur atau dihalang akan kemungkarannya. Penganjuran oleh orang Islam akan program atau majlis bersifat mungkar pasti dan pasti berdosa.Namun jika kes jahil, kewajipan untuk mereka mendalami semula islam dan kewajipan para pendakwah menerangkan akan keterangan-keterangan yang nyata.

Hujah 5:Mengapa teguran datang selepas program, tidak datang sebelum program diadakan? Yang lepas itu lepaslah.

Salah. Yang lepas itu perlu ditegur supaya di hari kemudian tidak mengulangi. Orang bertaqwa pun buat kesilapan, namun apabila sedar saja kesilapan, sifat orang bertaqwa adalah cepat-cepat bertaubat. Dan taubat orang bertaqwa adalah taubat nasuha iaitu menghentikan kemungkaran dan tidak akan sekali-kali mengulanginya lagi di masa hadapan.



Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.(an Nisa:17)





Hujah 6:Kami tidaklah jahat sangat, banyak juga program islami yang kami sertai dan anjurkan.

Inilah sebabnya teguran siswi itu penting tersangat penting. Jika kalian adalah jahat, malah memusuhi islam, maka anda tidak ada faedah lagi diberi peringatan, seperti yang disebut oleh Allah, hati mereka itu terbelenggu dan tak akan dapat menerima hidayah atau dibuat apa-apa lagi.



"Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya mereka tidak akan beriman."(Yasin:10)


Maka, peringatan itu tersangatlah berguna untuk orang beriman. Maka jika siswi itu berikan peringatan atau sesiapa saja peringatan kepada anda akan amaran Allah tentang dosa dan kemungkaran, maka siswi itu dan orang yang beri anda peringatan menganggap anda orang yang beriman yang sangat bermanfaat diberi peringatan.

"Oleh sebab itu berilah peringatan karena peringatan itu bermanfaat. Orang-orang yang takut kepada Allah akan mendapat pelajaran,orang-orang kafir dan celaka akan menjauhinya.” (Al-A’la: 9-11)

Hujah 7: Mak ayah saya pun tak bising bila saya buat aksi tak islamik, mengapa awak nak bising?
Kita memahami setiap orang dibesarkan dengan pelbagai latar belakang yang berbeza. Bukan semua orang diberi Allah, ibubapa yang sedar dan insaf, atau persekitaran yang menyokong akan kesedaran dan keinsafan. Tapi jangan sesekali berkata, "Ibu bapa saya berbangga dengan apa yang saya buat (aksi kejahilan)". Itu menjelaskan kejahilan ibubapa anda sendiri. Mana ada ibubapa yang sedar akan perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w boleh berbangga anak perempuan mereka jahil atau beraksi jahil? Mustahil sama sekali.

MENCAMPUR HAQ DAN BATHIL

Itulah orang tidak faham mengapa kritikan ke atas drama melayu-islam lebih-lebih lagi yang diniatkan sebagai drama dakwah perlu dan tersangat perlu dikritik.Dakyah campuran haq dan bathil yang dipaksa untuk diterima sekalian umat Islam sebagai suatu kenikmatan atau suatu kegembiraan adalah keji lagi mengejikan.

Mahasiswa dan siswi kita di luar negara itu sendiri mengakui, mereka mewujudkan organisasi bagi komuniti dan menganjurkan pelbagai program adalah sebagai latihan untuk mereka hadir dalam masyarakat Malaysia untuk memimpin tentunya.

Namun apabila mentaliti mereka terbelenggu dengan campuran haq dan bathil dikatakan diperbolehkan atas niat yang baik, maka masalah demi masalah untuk memanggil mereka masuk ke dalam Islam secara keseluruhannya akan terjadi.

Mereka punya skeptik agama konon orang usrah tidak suka bercampur-gaul, anti sosial, tidak suka bersukan, tidak menyokong perpaduan kaum, dan sebagainya adalah berpunca dari diri mereka sendiri.

Bagaimana orang usrah nak bercampur-gaul padahal Islam bukan sewenang-wenang membuka ikhtilat lelaki-perempuan tanpa batas. Hukuman tidak suka bersukan disebabkan sukan yang diperkenalkan adalah netball mix, futsal mix (bermain campuran lelaki-perempuan) yang memang tidak dibenarkan dalam Islam. Lalu orang yang nak pegang dengan Islam tidak setuju untuk menyertai dikatakan tidak suka bersukan apehal? Atau hukuman tidak menyokong perpaduan kaum, atas sebab program perpaduan kaum talentnite itu bukannya meraikan nilai-nilai murni antara kaum, tetapi meraikan nilai-nilai nafsu yang tercetus dari jiwa-jiwa anak muda yang tak reti bahasa.

Mengapa tak reti bahasa? Tak reti bahasa kerana bahasa sopan akan perpaduan kaum bukannya meraikan gejala atau budaya tanpa adab. Perpaduan hanya tercetus dengan adab, salah satunya saling hormat menghormati. Sepatutnya yang dilatih adalah penghormatan kaum bukan Islam ke atas cara hidup Islam, bukannya mengorbankan cara hidup satu kaum, untuk meraikan cara hidup kaum lain. Itu bukan perpaduan! Dan kaum Cina dan India yang ada di Malaysia hadir dengan adab jua, kebanyakan orang Asia kaya dengan adab.Yang anehnya, yang biadab itu datang dari orang Melayu atau orang Islam sendiri, mengapa? Biadab dengan perintah Allah dan laranganNya.

Saya melihat fenomena ketidakfahaman mahasiswa melayu-islam Malaysia di luar negara berpunca dari masyarakat awam di Malaysia sendiri.

Salah satunya yang tadi saya sebutkan , dalam dunia hiburan yang masih dianggap bank konvensional oleh sesetengah pihak kononnya masih diizin di dalam Islam untuk terus dibiar haq dan bathil bercampur aduk disebabkan darurat.Maka daruratnya mendatang ke minda anak-anak muda kita yang meraikan kemungkaran asal saja niatnya adalah kebaikan. Atau sifat kadang-kadang buat kebajikan dijadikan alasan untuk kadang-kadang nak buat kemungkaran.

Alasan organisasi sama pernah buat solat raya, solat tarawih, iftar, baca Yasin tak memberikan apa-apa justifikasi untuk organisasi itu mengadakan talentnite yang melanggar syarak dan tatasusila akhlak islamiyah.

Salah satunya dunia hiburan, salah duanya dunia politik. Terlalu banyak haq dan bathil bercampur dalam dunia politik. Ya, bukankah kita biasa dengar pemimpin si anu pemimpin si polan telah berjasa sekian-sekian maka itukah justifikasi untuk kita menerima apa saja tindak tanduk atau dasar yang dikemukakannya? Walaupun bertentangan dnegan apa yang diperintah Allah? Apatah lagi sangat dangkal apabila menolak untuk melaksanakan islam atas alasan perpaduan kaum, atau menolak untuk promosi islam atau tegas dengan islam atas alasan pakatan dengan bukan islam. Itu mengarut sangat.Perjuangan Islam bukan bergantung pada persetujuan kuffar. Ingat, Islam itu memimpin bukan dipimpin!

Benar, saya bukan dari komuniti mahasiswa tersebut. Saya di Jepun, sedangkan mereka di negara lain. Tapi mahu atau tidak mahu, saya dan mereka akan kembali ke tanah tumpah negara kita akhirnya, berbakti di bumi sendiri, Malaysia atas kerana sudah menerima tajaan belajar selama ini. Saya perlu untuk menyatakan pendirian dan pendapat, dan anda perlu baca pendirian dan pendapat ini walaupun anda adalah golongan yang pro haq dan bathil dicampurkan.

Di Jepun mungkin mahasiswanya kurang aktif dalam acara-acara program bersuka-suka dengan aksi-aksi joli dan lagha. Tapi saya tak menolak, ada juga mahasiswa di sini yang berprogram sendiri dalam kumpulan kecil dengan aktiviti yang tak kurang unsur mungkar dan maksiatnya. Namun, alhamdulillah, kesibukan belajar dan kehidupan bertata susila Jepun sedikit sebanyak meletakkan disiplin dan adab dalam diri pelajar. Apatah lagi usaha dakwah sentiasa mendampingi mahasiswa di sini baik dari kumpulan usrah atau kumpulan tabligh.

Alhamdulillah, di Toyama komuniti kami mungkin tak sebanyak komuniti kumpulan pelajar yang dibincangkan itu, membuatkan kami senang diurus. Usaha istiqamah dan turunnya hidayah membuka hati-hati kami di sini juga membuka jalan untuk kami sentiasa membaiki dan terus membaiki suasana di sini. Hari ini kami tidak berasa sedih kehilangan tradisi-tradisi tertentu yang cuba dibawa oleh senior lama, dan kami bangga mewujudkan tradisi-tradisi baru di muka bumi Gofuku Toyama ini terutama usaha Gofuku Mosalla.

Kita mahasiswa siswi, pemuda pemudi adalah generasi pembaharuan, generasi pembaiki, generasi yang mampu untuk mengubah dunia ini menjadi lebih baik. Kita tidak cakap kosong, kita ada misi, ada matlamat jelas, ada kesungguhan dan semangat yang kental. Kita pegang Islam dan kita serius memeluk Islam,memperjuangkan Islam, mempromosi Islam, cinta Islam, menyebarkan Islam,dan akan menegakkannya dalam segenap hidup semua manusia.

Anda dipersilakan berlawan dengan kami, menentang usaha kami, merosakkan dan memusnahkan kami jika anda memusuhi Islam.Tapi ternyata apa yang anda usahakan akan sia-sia, kerana jika kami tidak menang kami tetap mendapat syahid.

Kami bukan memperjuangkan halatuju hidup, tapi kami memperjuangkan halatuju kematian kami, supaya kami dapat mati yang agung, bukan mati katak. Ayuh rakan-rakan, anda tak ada sebab dan tak ada alasan lagi untuk tidak menjadi sebahagian pejuang Islam yang serius. Tidak ada pejuang islam melainkan semuanya serius pejuangkan islam. Yang main-main itu tak dianggap pejuang islam. Jika kita serius, mengapa masih mahu biarkan haq bercampur bathil? Biar yang haq itu menjadi haq dan bathil itu menjadi bathil.ameen.


Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.(al baqarah:42)


UPDATE:

Bagi mahasiswa siswi Wellington New Zealand, saya mohon maaf jika kalian rasa saya tak patut mencampuri urusan kalian dengan buat entri ini mengulas kejadian program di tempat kalian. Apatah lagi saya hanya orang luar yang membaca sahaja.

Namun, saya persembahkan sedikit hiburan untuk kalian yang melayari internet. Entri saya yang mengomentar hal kalian dianggap sebaliknya oleh puak dan kaum mengadu domba yang saya baru jumpa dalam jerat yang dipasang. Saya juga tak sangka hanya kerana menggunakan perkataan "skeptik agama", jerat saya mengena dengan jayanya. Kasihan dia tak reti membaca keseluruhan cerita. Padahal itulah yang diasuh oleh ustaz yang dia adudombakan.



Apa-apa pun entri ini dibuat khas untuk memberi semangat pada siswi di Wellington khususnya Iynas Omar dan Shamimi Napis atas ketegasan mereka menegur akan kemungkaran demi cinta mereka akan agama. Teruskan semangat dakwah anda! Walaupun saya bukan dari usrah ISMA.

Rupanya bukan talent nite atau talent time tapi costume nite.Apa-apa pun harap semua generasi mahasiswa siswi dapat bergerak ke arah kebangkitan islam sekurang-kurangnya islah pada diri sendiri.


Tanggal 13 Ogos Ustaz Asri Ibrahim vokalis Rabbani telah menghembuskan nafasnya yang terakhir, maka sibuklah orang bercerita tentang kisah hidupnya, sibuklah bercerita tentang betapa mereka suka dengan nyanyian beliau, sibuklah orang bercerita tentang pengalaman mereka dengan Ustaz Asri, dan naiklah semula nama Nadamurni melebihi nama Rabbani sendiri.

Rabbani juga baru sahaja mengeluarkan album nostalgia Nadamurni yang menghimpunkan lagu-lagu nasyid evergreen yang tak lekang dek zaman itu. Dalam masa yang sama, pihak Hijjaz juga mengeluarkan album yang berkonsep sama dengan nama Lagenda Nadamurni. Mengapa Nadamurni begitu hebat sehingga menjadi lagenda? Saya cuba untuk mencerna hal itu dalam tulisan ini.

Nadamurni adalah suara perjuangan Al Arqam.

Mahu atau tidak untuk mengakuinya, Nadamurni adalah wakil Al Arqam dalam industri muzik.

Perjuangan Asaari yang didokong oleh para pengikutnya cuba untuk menonjolkan Islam itu syumul dan mereka tak sekadar berslogan, dalam Darul Arqam mereka memegang kuat prinsip "kita bekerja untuk menunjuk contoh slogan".

Maka Al Arqam cuba memberikan alternatif dalam banyak lapangan yang mereka percaya boleh diislahkan. Al Arqam ada sekolah sendiri, ada perniagaan sendiri, ada hospital sendiri, ada kampung sendiri,ada pakaian sendiri dan semestinya ada kumpulan muzik sendiri. Apabila disoal, Al Arqam sudah punya sosial dan ekonomi sendiri, maka di mana politiknya?

Itulah politik Asaari. Memberikan jalan-jalan dan cara hidup pada pengikutnya, sehinggalah pengikutnya tidak ada berbelah bahagi lagi, Asaarilah pemimpin agung! Maka politik sebagai kepimpinan berjaya meletakkan kehambaan dan kepatuhan suatu golongan atau kaum pada seseorang selepas seseorang itu memberikan mereka jalan-jalan hidup.

Di mana Asaari belajar politik sebegini?

Rasulullah s.a.w. Ya, Asaari cuba menggunakan kisah perjuangan Rasulullah untuk menjadi gambaran perjuangan Darul Arqam. Bukankah sesudah penduduk Madinah bertemu Rasulullah s.a.w lalu mengakui akan Islam sebagai deen (cara hidup mereka) maka apa yang penduduk Madinah lakukan, mereka angkat Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin.

Benar, aneh tapi benar. Di Mekah, Rasulullah s.a.w telah pun ditawar untuk menjadi pemimpin oleh kafir quraisy sebagai ganjaran untuk Rasulullah s.a.w tinggalkan dakwah. Namun apabila Rasulullah s.a.w tolak permintaan mereka, lalu pengikut Rasulullah s.a.w di kalangan hamba diseksa dan dizalimi, Rasulullah s.a.w sendiri dikenakan tekanan demi tekanan termasuk usaha pemulauan, sekatan ekonomi, demonstrasi mengeji Rasulullah s.a.w, ancaman bunuh dan sebagainya, akhirnya Rasulullah s.a.w diangkat menjadi pemimpin tanpa diminta.

Hal ini menjadi kehairanan buat sekalian orang apabila mereka tidak membaca firman Allah s.w.t dalam surah an Nur ayat 55:



Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.


Asaari percaya akan janji Allah ini, dan minta semua pengikutnya percaya akan janji Allah ini. Asaari selalu menyebut "Daulah sudah hampir", supaya kerja-kerja amal setiap pengikutnya terus berterusan tanpa henti, supaya nanti syarat-syarat yang Allah letakkan dalam janji surah An Nur akan terlaksana.

Namun, Asaari atau mungkin orang belakangnya yang lupa atau terlepas pandang akan isi akhir ayat tersebut.
"Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka."

Usaha-usaha pentaksuban bergiat cergas di era Al Arqam semakin mendapat tempat di hati masyarakat di pertengahan 90-an, dalam kancah politik UMNO-PAS-SEMANGAT 46 yang banyak fokus kepada survival bangsa dan agama itu cuba diselit-selit oleh Jemaah Darul Arqam akan sosok Asaari sebagai alternatif terbaik. Keyakinan Asaari bahawa umat melayu-islam sudah tidak ada pilihan lain selain dirinya membawa kepada "ramalan penyerahan kuasa dari PM kepada Asaari" yang disebut sebagai "Jadual Allah" dalam jemaah Darul Arqam.

Malangnya, jadual Allah memang menetapkan, akhirnya sekiranya orang-orang beriman ingkar untuk terus membesarkan Allah tanpa menyekutukanNya akan menjadikan mereka derhaka, dan semestinya orang derhaka tidak akan mendapat janji Allah yang disebut dalam ayat tersebut. Maka kederhakaan berlaku di zaman akhir riwayat Arqam, seperti yang ditajukkan oleh Ustaz Zabidi pengarah drama Cinta Sempurna dalam buku bestseller nya, "Tersungkur di Pintu Syurga".

Asaari telah dibesar-besarkan, diagung-agungkan dan unsur-unsur kesyirikan sudah membarah dalam jemaah. Darul Arqam tidak berjaya menjadi pewaris bumi untuk orang-orang beriman dan beramal soleh.

Yahudi Zionisme dalam teori politik mereka.

Yahudi Zionisme juga merencanakan hal serupa dalam penguasaan dan penaklukan mereka ke atas dunia. Mereka tak mewujudkan parti-parti Yahudi di negara-negara maju sepertimana banyaknya parti-parti Islam wujud di negara umat Islam. Yahudi juga menawarkan cara hidup untuk berkuasa dalam politik.

Ya, Yahudi juga ada sistem sekolah yang mereka tanamkan untuk diperluas di seluruh dunia, sistem ekonomi untuk dianuti penduduk dunia, sistem politik, sistem pengurusan bandar, sistem hospital, termasuk juga sistem hiburan atau hedonisme dengan pelbagai filem dan lagu itu. Pendek kata , Yahudi menawarkan cara hidup atau 'deen' untuk menguasai politik.

Akhirnya, benar atau tidak, anda tak dapat menafikan , cara hidup yang dicanang oleh Yahudi dan Nasrani menarik umat Muhammad s.a.w ini lari dari cara hidup Islam akhirnya membuatkan politik dunia di tangan mereka yang mereka canangkan sebagai Orde Baru Dunia itu.

Jawapan kepada persoalan cara mendapatkan kuasa politik

Maka, tahulah kita akan jawapan kepada persoalan yang dikemukakan oleh Leokid dalam forum di Iluvislam itu:

"Setahu saya, terdapat satu kaedah fiqh yg menyatakan “Sesuatu kewajipan yang tidak dapat disempurnakan kecuali dengan suatu perbuatan, maka perbuatan itu adalah wajib.”

Contohnya, menutup aurat. Menutup aurat itu wajib. Namun dalam proses menutup aurat tu, kita kena membeli kain. Justeru, hukum membeli kain itu menjadi wajib.

Jadi, adakah boleh jika kita mengatakan perlaksanaan hudud itu wajib, tetapi di Malaysia ia tak dapat disempurnakan kecuali sekiranya pihak perlaksana itu menjadi kerajaan iaitu melalui proses pengundian, maka mengundi juga adalah wajib?

Oleh itu, contohnya mengundi untuk solat. Jika dalam suatu situasi mengatakan tidak boleh solat kecuali setelah mengundi (harap2nya kita tidak berada dalam keadaan camtu lah suatu hari nanti, nauzubillah), maka mengundi pada ketika itu jatuh wajib lah kan? -_-"
" sumber

Maka, persoalan bahawa penguasaan politik hanya boleh didapati SEMATA-MATA dengan menyertai pilihanraya tertolak, apabila strategi penguasaan Yahudi dalam politik dunia bukan dengan mereka menubuhkan parti politik Yahudi, tetapi dengan penguasaan mereka ke atas cara hidup penduduk dunia.

Yahudi mencengkam kehidupan penduduk dunia dari barang makan, barang pakaian, barang rekreasi dan hiburan, barang berita dan informasi hingga kepada barang teknologi komputer dan internet yang sedang digunakan oleh saya dan anda dan anda yang sedang membaca warkah ini juga boleh jadi dikuasai Yahudi di sebaliknya.

Bukti lain untuk menunjukkan kehidupan penduduk dunia sedang dicengkam oleh Yahudi dan Nasrani yang memusuhi Islam adalah apabila diseru usaha boikot barangan Israel. Jika anda mengkaji barang-barang yang dibuat oleh 'negara' Israel memanglah anda hanya akan menemui beberapa barangan saja, dan anda katakan "saya masih boleh hidup dengan memboikot". Namun, jika dikaji segala sistem kehidupan anda , anda belum tentu boleh boikot semua yang ada kaitan dengan Yahudi Nasrani memusuhi Islam itu, ini termasuk sistem perbankan, dan sistem ekonomi dunia yang diketahui umum siapa di sebaliknya. Perniagaan dunia yang dikuasai dollar amerika dan siapakah di sebalik bank pusat yang mengurus wang dollar tersebut? Itu buktinya cara Yahudi berpolitik dengan menguasai dan mencengkam kehidupan anda.

Apa kunci mendapat kuasa dari Allah, apa kunci menjadi pemimpin?


Orang mempersoalkan Jemaah Tabligh tidak habis-habis mempropaganda supaya umat Islam kembali memikirkan akan iman dan amal tanpa memikirkan soal politik. Orang mempersoalkan mengapa India, Pakistan dan Bangladesh yang dikatakan markas-markas utama pergerakan jemaah ini sendiri punya sindrom politik yang tidak sihat.

Pada mulanya saya juga hairan, mengapa hampir majoriti penduduk islam India , Pakistan dan Bangladesh mengenali perjuangan dakwah Jemaah Tabligh masih tidak diberikan janji yang Allah sebut dalam surah An Nur ayat 55 itu? Bukankah propaganda "iman dan amal" jemaah tabligh boleh menjadi kunci dan syarat pemberian kuasa oleh Allah s..w.t untuk dijadikan khalifah-khalifah berkuasa di muka bumi ini?

Maka, hal itu saya tidak lagi hairan apabila khuruj dengan mereka, saya perhatikan ada di kalangan mereka yang tidak serius menggerakkan "cara hidup" Islam itu, atas sebab cengkaman "cara hidup" Yahudi tadi. Minum Coca Cola sebagai minum petang semasa Khuruj atau merokok selepas solat, bukanlah lambang-lambang keseriusan kita ke arah cara hidup Islam.

Mengikat umat pada "iman dan amal" yang hanya terhenti selepas sampai ke masjid juga bukan suatu keseriusan. Benar, iman dan amal adalah kunci untuk mendapat janji Allah dalam surah An Nur ayat 55 tersebut, namun tahukah anda apa yang dibuat oleh sahabat semasa mahu mencapai janji kemenangan Islam ke atas kota Konstantinopel yang disabda Rasulullah s.a.w dalam hadis sahih:

“Pasti benar akan dibuka Konstantinopel! Maka Sesungguhnya sebaik-baik pemimpin adalah pemimpinnya dan sesungguhnya sebaik-baik tentera ialah tenteranya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad)

Maka jika "iman dan amal" yang menjadi kunci kepada janji Allah untuk memberikan kuasa kepada hamba-hambaNya dalam surah An Nur ayat 55, hadis riwayat Ahmad di atas pula menjadi kunci untuk mempersiapkan diri kita menjadi pemimpin yang terbaik untuk mewarisi kuasa khalifah tadi. Mahu atau tidak, Rasulullah s.a.w memberikan kita klu yang cukup baik kepada persoalan, "bagaimana kita mahu dapatkan kepimpinan dan kekuatan?"

Itu jawapannya, dalam hadis itu ada disebut siapa pemimpin yang sebaik-baik pemimpin dan siapa sebaik-baik tentera. Mengkaji Sultan Muhammad al Fatih tidak boleh dikesampingkan. Ia dipesan oleh Rasulullah s.a.w. Lihat, Sultan Muhammad al Fatih bukan ahlil bayt yang diwajibkan imam ke atas mereka oleh kelompok Syiah, tapi dia tak boleh dinafikan sebagai sebaik-baik pemimpin dan dia bukannya syiah mahupun anti sufi.

Mengapa umat terus tercengkam dengan idea "demokrasi satu-satunya jalan politik yang ada", "sertai pilihanraya satu-satunya jalan mendapat kuasa", "kita terpaksa bersekutu dengan musuh Islam untuk menerangkan Islam" dan pelbagai macam lagi cengkaman-cengkaman idealisme "satu-satunya" itu. Betulkah itu "satu-satunya" tidak ada yang lain? Atau kita yang tidak mengkaji dan malas untuk berfikir akan kunci-kunci kejayaan yang disebut Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w dalam Al Quran dan Hadis. Islam tidak serendah itu hingga terpaksa meminjam atau mengguna semata-mata hasil atau idea orang ,bukan mencetus dan memberikan idea.

Baca dulu: JALAN HIDUP AKU DI JEPUN 2008

Tahun 2009 tidak kurang cabarannya seperti tahun-tahun sebelumnya.Selepas setahun lebih tekad dan azam aku untuk mengorbankan diri dalam usaha agama di bumi Jepun dengan permulaan Gofuku Musolla tahun lepas, turun naik pahit maung menjadi seorang pejuang agama kerdil di bumi Jepun terus dirasai sehingga saat tulisan ini ditaip.

Gofuku Musolla cuba dibina berasaskan taqwa, dan dengan taqwa ini sajalah usaha membina rumah Allah di tanah kuffar ini dapat memenuhi kriteria pengimarah masjid yang Allah firmankan dalam surah at taubah ayat 18:



Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.


Dan kita risau dan takut untuk terjerumus di kalangan mereka yang tidak layak untuk mengimarahkan masjid Allah, seperti firmanNya dalam surah sama ayat sebelumnya:



Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka.


Kafir dan musyrik perlu difahami, kafir bererti ingkar sesudah menerima perkhabaran dan peringatan, sedang syirik adalah menyekutukan Allah dengan selainNya iaitu makhluk.

warga Toyama dan diriku sendiri,

Kita bimbang keingkaran kita sesudah menerima jemputan untuk memakmurkan masjid Allah di bumi Gofuku Toyama ini, yang sudah kita sama-sama tekadkan dalam mesyuarat setahun yang lalu akan menjerumuskan kita perlahan-lahan akan keingkaran menjadikan agama maksud hidup sehingga tidak ada lagi beza kita dengan kafirun.Semoga Allah lindungi kita dari hal itu.

Kita bimbang makhluk di dunia ini menjadi raja di hati kita, sehingga kita lebih banyak memuja makhluk dan berkejar-kejaran atas ganjaran dunia berbanding memuja Allah dan berkejar-kejaran atas ganjaranNya yang lebih hakiki. Sejauh mana keyakinan kita atas janji Allah, sejauh mana duduk letak iman dalam hati kita, perlu banyak kita risau bimbang, takut-takut kita sudah hilang sikit demi sikit kelazatan iman dan dunia yang kita letak hanya di tangan sudah masuk ke hati. Kita benci kesyirikan dan kita tahu syirik dosa yang Allah tidak ampunkan,justeru bezakan diri kita dengan musyrik.

Sifat kuffar dan musyrik, jika dibuang jauh-jauh, mudah untuk kita terpilih menjadi pengimarah-pengimarah masjid Allah yang punya iman pada Allah dan hari akhirat, punya kekuatan untuk solat dengan rukuk bersama orang-orang yang rukuk (berjemaah), tunaikan zakat membersihkan rezeki dan harta kita,dan tidak takut selain Allah buat kita berani jadi berbeza jadi ghuraba hanya untuk genggam iman dan taqwa.

Usaha awal Gofuku Musolla bukan diniatkan sekadar punya tempat untuk kita berkumpul dan beraktiviti, itu tak ada bezanya rumah Malaysia dengan Gofuku Musolla (masjid Allah). Kita tak mahu sekadar masak-memasak dan berkenduri, dan hanya solat jemaah kadang kala di sini, seperti yang kita lazim lakukan sebelum diasaskan Gofuku Musolla ini. Kita tak mahu tempat ini dijadikan tempat kita bergosip, bergelak ketawa beramai-ramai, atau bersenda gurau seperti yang kita lakukan di rumah ini sebelum ia menjadi musolla. Kita mahu asaskan dengan taqwa. Kita mahu sifat pengimarah masjid hadir dalam diri kita.

Ya, kita telah lakukan pelbagai usaha awal, semua usaha ini bukan usaha aku seorang, tapi kita bersama.Tanpa kerjasama dan sokongan kalian, niat dan cita-cita kita itu tak akan dimudahkan Allah sehingga hari ini.

Aku masih ingat betapa usaha dakwah untuk menziarahi dari rumah ke rumah untuk bercakap mengenai agama dirasakan janggal, walaupun kita sering ziarah menziarahi sebelumnya untuk main-main dan berlagho sakan.Ziarah bukan aktiviti asing bagi kita di Toyama, namun maksud pertemuan dan perpisahan kita kerana Allah itu dirasakan asing kerana kita jarang perbuat dahulu. Kita cekalkan hati, tabahkan diri, akhirnya perlahan-lahan usaha menziarahi sudah ringan dan mudah untuk disertai beberapa sahabat. Sudah bertambah sahabat-sahabat yang sudi belajar untuk berdakwah, mengajak diri sendiri dan kawan-kawan yang diziarahi kepada kebesaran Allah.

Firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33,



Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!


Sahabat-sahabat, kita jangan malu untuk buat apa yang Allah suka, dan patutlah kita malu jika buat apa yang Allah murka.

Benar, pada peringkat awal usaha kita membina Gofuku Musolla dengan asas taqwa, semangat kita berkobar-kobar mahu buat semua perkara. Kita dakwah ketuk pintu ke pintu setiap hari,dalam masa yang sama kita bentuk halaqah ilmu berdiskusi mengenai pelbagai cabang ilmu tauhid, fiqh, sirah, dan sebagainya. Malah kita beli white board besar untuk bentuk pengajian Bahasa Arab yang sudi dikelolakan oleh saudara kita dari Mesir yang belajar di kampus perubatan. Usaha awal kita cantik, lengkap, padu dan murni.

Namun, banyak usaha itu terhenti kerana kita sebenarnya memberi alasan untuk syaitan melemahkan kita. Buat banyak sangat usaha tanpa kita pastikan adakah kita benar-benar cukup bersedia memberi komitmen penuh tak kita persiapkan. Benar, menuntut ilmu di Universiti Toyama bukan semudah yang disangka, masa kita terhad, kadang-kala masa kita penuh dengan kelas, dan badan mudah letih. Kita gagal untuk istiqamah kerana program kita mustahil untuk diistiqamahkan. Apatah lagi kita letakkan penggerak program pada bahu individu tertentu, maka jika individu itu sibuk dan tidak hadir, maka program terhenti. Sekali dua terhenti, syaitan mudah untuk lembikkan kita yang sudah sedia dilembikkan oleh pengajian di universiti yang memerah betul-betul keringat kita.

Alhamdulillah, setiap amir (ketua) syura yang kita lantik sepanjang penubuhan Gofuku Musolla iaitu Saudara Adnin, Saudara Hakim, dan amir kini Saudara Zamir adalah insan-insan istimewa yang Allah pilih untuk kita di dalam komuniti dan usaha ini dan telah banyak melakukan usaha demi usaha untuk melengkapkan sifat pengimarah masjid yang disebut Allah sehinggalah hari ini usaha dan amal Gofuku Musolla berjaya diistiqamahkan. Walaupun kita hanya buat amal yang kecil tetapi kita lakukan dalam segenap bentuk, amal harian, mingguan, bulanan, dan tahunan kita.

Hari ini, amal harian kita makin dimudahkan Allah. Saf solat jemaah 5 waktu sehari semalam kita di Gofuku Musolla makin bertambah, walaupun dalam tempoh-tempoh tertentu ia pernah merosot. Usaha dakwah harian menziarahi satu rumah setiap hari makin diterima dan disambutbaik.Majlis ta'lim juga istiqamah setakat ini,dengan dibantu oleh sistem penggiliran imam dan pembaca ta'lim. Mesyuarat juga sudah ramai yang sudi duduk dan berbincang.Da'wah umumi setiap minggu sudah berjalan dengan baik walau kadang kala hanya 2 orang saja yang sudi ikut.Majlis Tadarus yang menggantikan Majlis Yasin juga sudah bergerak dengan lancar dengan majlis Bayan sesudah itu.

Setiap bulan juga sudah cuba istiqamah membentuk jemaah dakwah untuk ke tempat-tempat saudara muslim di luar Toyama seperti Fukui, Kanazawa, Nagoya, Tokyo, dan Gunma. Jemaah dari luar Toyama juga diraikan datang ke musolla kita, jemaah Fukui, jemaah Tokyo, jemaah Toyohashi, begitu juga jemaah dari luar Jepun seperti jemaah masturat Malaysia, jemaah Bangladesh, jemaah masturat India, dan jemaah England.

Program-program ceramah dan pengisian juga telah cuba dibuat walaupun aku yang menjadi penceramah tak begitu baik persediaan.Khususnya ceramah Palestin dan ceramah Isra' Mi'raj yang dibuat pada tahun ini dengan slide show dan tayangan video yang tak menarik.Maafkan aku.

Ini semua merupakan pengisian-pengisian amal yang tidak akan berlaku tanpa taufik hidayah dari Allah yang menggerakkan hati-hati manusia di dalamnya.

Usaha menguruskan Kedai halal walaupun tidak untung seberapa kerana kita bukan kapitalis, tetap juga membantu musolla dan membantu komuniti kita jua dengan mudah membeli daging, ayam, dan lain-lain barangan halal dengan hanya ke musolla yang dibuka 24 jam.

Solat Jumaat setiap minggu juga menampakkan kekuatan jemaah kita dengan hampir kesemua muslimin berjumlah 50 orang hadir, malah sudah semakin ramai yang cuba menjadi khatib.

Perjalanan amal kita dalam mengimarah Masjid Allah ini tidak boleh berhenti. Kita perlu niatkan usaha ini berterusan dari satu generasi ke satu generasi muslim yang datang ke Gofuku Toyama ini. Seperti kata Hera Bhai dari Masjid Toyama,

"Usaha kami di Masjid Toyama wujud kerana hadirnya ahli-ahli perniagaan yang membuka perniagaan di kawasan Jalan No 8. Namun, kami hadir atas asbab ekonomi, sedang ekonomi ada turun naik. Lihat sekarang, ekonomi turun, ramai pekerja sudah pulang kembali ke negara asal. Mungkin saja apabila tiada lagi peluang perniagaan di sini, kami semua akan pulang dan Masjid Toyama akan berhenti. Itu tidak mustahil. Akan tetapi Gofuku Musolla wujud atas asbab penuntut-penuntut universiti yang tidak akan ada turun naik ilmu. Pelajar muslim akan terus dihantar ke kampus Gofuku dan mereka perlukan musolla ini. Maka usaha Gofuku Musolla lebih penting untuk wujud berbanding Toyama Masjid."

Maka,jalan hidup aku bagi sisa 2009 dan awal 2010 nanti adalah membina tapak perjuangan mendirikan Masjid kekal di kawasan Gofuku yang dekat dengan kampus Universiti Toyama. Ini bukan perjuangan aku seorang, ini perjuangan kita semua, muslim di Gofuku Toyama.Ketahuilah pengasas dan pencetus kepada perjuangan usaha menegakkan agama Allah ini, akan diletakkan Allah kemuliaan yang tinggi berbanding generasi penerus nanti. Oleh itu, kita mesti cekalkan hati untuk mencetus dan mengasaskan misi penting ini dengan kukuh supaya senang generasi selepas kita meneruskannya.

Alhamdulillah, sejak 31 Julai 2009 lepas, setelah mesyuarat hampir 2 jam itu dengan situasi mesyuarat yang tidak teratur yang kesalahan itu pastilah pada bahu aku selepas amir melantik aku menguruskan mesyuarat, namun kita berjaya mulakan langkah-langkah padu yang sudah nampak cahaya-cahaya kejayaan yang Allah sinarkan. Kita berdoa semoga Allah letakkan usaha kita sebagai amal soleh yang diterima.

Namun, usaha perjuangan agama ini tak mungkin berjaya dengan seorang dua bergerak. Kita umat islam laksana bangunan yang kukuh mengukuhkan. Kami di Gofuku Musolla perlukan sokongan saudara-saudara di seluruh Toyama, di seluruh Jepun, di seluruh dunia memberikan sokongan pada projek pembinaan masjid di kawasan Gofuku Toyama ini. Hulurkanlah bantuan kewangan yang mampu kalian sumbangkan, semoga projek ini bukan saja saham akhirat buat kami pelajar-pelajar di sini, tetapi tuan-tuan yang membaca warkah ini juga mampu turut serta masuk dalam saham akhirat yang dijanjikan Allah buat para penderma budiman.

Sekurang-kurangnya doakan kami agar diberikan oleh Allah kekuatan iman dan curahan hidayah supaya kami menjadi pemuda-pemuda yang Allah sebut antara 7 golongan yang dinaungi arasy Allah itu. Kami serius untuk menjadi pejuang agama Allah dan kami telah lakukan yang terbaik. Ya kami sedar, usaha kami masih dipanggil sebagai "tak buat apa-apa hanya kritik saja kerjanya" atau "pandai cakap tapi tak buat",benar sungguh. Memang usaha kami masih di tahap tak buat apa-apa, doakan kami diberikan kekuatan supaya mencapai tahap "telah buat sesuatu untuk agama Allah".

LAWATI BLOG PROJEK MASJID KAMI: http://toyamamasjid.blogspot.com/


ATAU KLIK BUTANG "DONATE" DI BAWAH UNTUK DERMA MENERUSI PAYPAL:



BOLEH JUGA TOLONG PROMOSI BERKENAAN DERMA INI DI BLOG ATAU WEBSITE ANDA DENGAN CODE DI BAWAH:


Semoga Allah memberkati hidup kami dan hidup anda semua.
Orang tak faham kenapa ada banyak siri komentar hal saifulislam dalam blog saya?

Tajuk panjang, jawapan mudah.

Saya di'ban'.

Saya disuruh komen di blog sendiri.

Saya buat seperti yang disuruh.

Orang tak faham kenapa kadang kala setiap kali Abu Saif keluar entri maka saya akan keluar entri perihal entri Abu Saif pula?

Saya di'ban'.

Maka saya komen di blog sendiri.

Itulah komentar saya ke atas entri beliau, ditambah dengan idea-idea yang saya rasa perlu diangkatkan.

Itu lebih baik daripada pentaksub, yang hanya menyalin semula entri saifulislam. Setiap kali ada entri baru, blog dia juga terbit semula entri yang sama. Apa guna.

Malah saya mendapati ada seorang pengomen tetap saifulislam.com memenuhkan blognya dengan komentar dirinya di saifulislam. Orang itu sudahlah tak diban, komentarnya dipublish, tapi beliau masih juga menyalin komentarnya di blognya sendiri. Jadi apa hairan jika saya yang komentar tak dipublish menulis semula komentar di blog sendiri. Malah itu juga yang diharapkan oleh Abu Saif yang memban saya, supaya saya tak penuhkan komentar saya di webnya, tapi buat sendiri di blog sendiri. Hal ini tak aneh pun.

Orang tak faham kenapa selalunya , entri saya atas saifulislam adalah kritikan.

Maka orang itu tidak faham cara saya bekerja di blog ini. Saya berpendapat pujian merosakkan.

Apa salah? Bukankah media pembangkang yang 'suara mereka di ban' di media kerajaan juga mengkritik kerajaan penuh dalam medianya?

Orang tak faham, saya ini tak ada kerja lainkah asyik mengkritik saja?

Orang itu tak tahu saya buat apa. Saya tak perlu bagitau semua perkara, tapi kebanyakan aktiviti boleh rujuk pada aktiviti Gofuku Musolla. Itu tempat saya hidup dan beramal.

Ah, semua orang tahu saya ada banyak blog. Mereka tahu saya bukan kerja mengkritik saja.

Orang yang tak tahu sejarah, mereka akan hairan.

Bagaimana nak tahu sejarah, sejarah sudah dipadamkan.

Apa-apa pun saya dah release kan semula beberapa entri lama. Anda nampak kelibat Abu Saif di situ?

Saya mula komentar pemikiran Abu Saif dan pemikiran para pentaksub, penyokong dan fan club beliau selepas saya di 'ban' di web beliau.

Apa mereka tak fahamkah?

Tapi saya teruja dengan kerajinan Abu Saif mendelete segala komentar saya, samada di ruang komentar mahupun shoutbox beliau.

Untuk makluman tambahan, Abu Saif tersenarai antara tokoh yang saya mohon untuk mewawancara bagi Misi Jelajah Tokoh 2009, namun saya tak dapat balasan. Faisal Tehrani dan Sheikh Fuad Kamaluddin al maliki membalas permohonan saya, namun semuanya tak dapat bekerjasama mungkin disebabkan saya meletak syarat tempoh keberadaan saya di Malaysia.

Apa-apa pun, saya bukan orang yang suka sangat berkomentar di alam maya, saya lebih suka untuk bertemu muka dan berdiskusi depan mata.

Boleh tonton Misi Jelajah Tokoh 2008 saya, klik lah projek sosial mfr di bawah banner blog ini.

Orang yang pandai membaca antara baris "read between the lines" akan tahu Abu Saif bukan sasaran kritikan saya, tapi puak dan kaum yang satu itu. Tapi kelakar, mereka ke hulu ke hilir mengadu domba pada Abu Saif, padahal patutnya hidung mereka yang penyek terkena atas batang hidung sendiri. Banyaklah perangkap senang terjerat.

Bukankah mereka selalu berkata,"kita adalah apa yang kita fikirkan".

Kalau orang lain punya tulisan, sindiran, emosi, mereka minta read between the lines, dan kita dituduh prejudis, sangka buruk, dan entah apa lagi. Tapi tulisan kita, mereka tak guna hukum sama. Dunia memang begitu.

Sindiran kasar Abu Saif dipanggil hikmah. Celaan saya ke atas suatu yang dicela agama dipanggil perbuatan tercela. Padahal apa yang saya lakukan adalah mencela perbuatan dan kaum yang dicela oleh agama sendiri. Mungkin saya ada tersilap tulis, itu sebab jangan buang masa nak puji-puji, bagi teguran, banyak teguran perlu diberi untuk kita perbaiki diri.

Lagi satu, ada orang tak faham maksud celaka. Celaka itu malang. Kecelakaan itu kemalangan. Kalau saya ucap celaka kau merujuk entri Filem Lakonan Islami, ertinya malang kau. Jangan baca itu saja, apa sebab malang mesti diterangkan sebelum ayat itu. "Celakalah siapa yang buat drama dan filem buat nak biar orang suka dan sanggup biar Allah murka."

Bukti bahawa orang yang buat Allah murka akan celaka, nah ambik ni:

Adapun orang-orang yang celaka (disebabkan keingkaran dan maksiatnya), maka di dalam Nerakalah tempatnya. Bagi mereka di situ, hanyalah suara memekik-mekik dan mendayu-dayu (seperti suara keldai) (Hud : 106)

Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak). (ibrahim: 2)

Nabi Musa berkata kepada mereka: Celakalah kamu kelak! Janganlah kamu mendakwa secara dusta terhadap Allah, kerana dengan sebab itu Dia akan membinasakan kamu dengan azab seksa dan sesungguhnya orang yang berdusta, tetap hampa dan kecewa.(Ta Ha:61)

Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab kecelakaan kami dan dengan itu menjadilah kami kaum yang sesat. (al mukminun: 106)

Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab Neraka. (Saad: 27)

Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu dia tetap berada dalam cahaya (hidayat petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.(az zumar: 22)

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaanNya), serta pohonlah kepadaNya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu) dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), (Fussilat: 6)

Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang zalim itu, dari (paluan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya, pada hari pembalasan.(az zukhruf:65)

Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa; (al jaathiyaah: 7)

Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka. (Muhammad: 8)

(Apabila berlaku yang demikian), maka kecelakaan dan kebinasaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan kebenaran; (at tuur:11)

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang dijanjikan oleh Rasulnya)! (al mursalat: 15)

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang Kami janjikan)! (al mursalat:19)

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (kekuasaan Kami)! (al mursalat: 24)

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat pemberian Kami)! (al mursalat: 28)

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (keadaan yang demikian). (al mursalat:34)

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (hari akhirat)! (al mursalat: 37)

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah)! (al mursalat: 40)

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat Syurga)! (al mursalat:45)

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (amaran Allah), - (al mursalat: 47)

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (perintah-perintah Allah dan laranganNya)! (al mursalat:49)

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), (al mutafifin:1)

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan - (al mutafifin:10)

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, (al humazah: 1)

(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang; (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).(al ma'un:4-7)


Sekarang, sanggup buat Allah murka? Siapa yang rasa kalau masukkan adegan haram dalam lakonan, Allah suka? Siapa? Bagitahu saya.Maka tak celaka lagi kau jika kau buat Allah murka. Ini amaran yang Allah suruh sampaikan. Memanglah bergegar jantung makngah baca celaka ke atas pembuat mungkar. Sebab itu orang beriman bergegar hati mereka mendengar nama Allah. bukan boleh main-main biarkan kemungkaran.