|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH


Saya mengenalinya ketika saya di Tingkatan 4 ketika menuntut di Sek. Men.Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) Taiping Perak tahun 2001. Setiap minggu kami pelajar-pelajar Seratas akan ke masjid di kawasan Telekom untuk bersolat Jumaat. Disebabkan saya gemar berjalan kaki pergi dan balik dari masjid pada hari Jumaat berbeza dengan pelajar lain yang menaiki bas, maka saya tidak perlu tergesa-gesa supaya tak ketinggalan bas.

Pada satu hari, saya melihat Cikgu Halim atau Abdul Halim Bistamam kali pertama muncul di masjid itu dan sedang berceramah sambil tangannya ligat menulis nombor-nombor di papan putih di sisinya. Saya mula menyelit-nyelitkan diri di celah-celah kerumunan orang yang menyaksikan ceramah Cikgu Halim. Apabila saya berada di hadapan tubuh Cikgu Halim, dan saya amat kenal pakaian beliau itu, jubah dan serbannya memang adalah pakaian Darul Arqam, membuatkan rindu saya pada imej orang Arqam sedikit lepas sejak Arqam telah diharamkan ketika saya darjah 5 dahulu.

Namun, bukan pakaian dan imej yang saya rindukan itu yang buat saya terpaku di depan Cikgu Halim, tetapi buah butir perbicaraannya. Dia menerangkan beberapa konsep mengira matematik, dan saya cuba memahami apa bezanya konsep yang Cikgu Halim bawa dan yang saya belajar di sekolah. Terus terang saya katakan, konsep yang dibawa Cikgu Halim nampak menarik dan saya sukakan orang-orang yang berusaha mencipta konsep sendiri tanpa duduk dalam kotak sillabus semata-mata.

Saya mengamati keratan-keratan akhbar yang Cikgu Halim bawa bersama beliau di dalam begnya yang ada gambar beliau dan beberapa ulasan wartawan akhbar melayu dan inggeris. Ternyata beliau telah banyak berusaha untuk menjelaskan akan ilmu yang beliau kaji dan dapat simpulkan, dan saya secara tuntas, telah mengiktiraf Cikgu Halim adalah antara ilmuwan yang bersifat ilmuwan dengan sebenar-benarnya. Beliau mengajar di perkarangan masjid, rumah Allah, beliau berpakaian sunnah dan beliau mengajar akan ilmu yang beliau kaji sendiri tanpa kopi pasta dan bukan juga ilmu "burung kakak tua" bak kata Prof Khoo Kay Kim yang bermaksud hanya mengulang semula ilmu yang disuap.

Saya pulang ke sekolah pada hari itu dengan rasa minat kepada konsep matematik dengan lebih tinggi. Saya sentiasa mengimpikan diri saya menjadi seperti Cikgu Halim merantau seluruh pelosok dunia mengajar akan ilmu yang saya dapati boleh beri manfaat kepada manusia sejagat. Pada hari itu, saya sedang belajar Logaritma dalam subjek Matematik, dan saya cuba sehari semalam mencipta rumus matematik saya sendiri dari pelbagai sifat logaritma sehinggalah saya berjaya ringkaskan rumus logaritma bagi menukar bentuk log 2 bahagi log 3 dalam bentuk log 5 dengan hanya satu persamaan.

Saya tunjukkan rumus ringkas saya itu kepada Cikgu matematik saya, dan beliau katakan rumus saya perlu diuji dahulu. Dan kemudian beliau iktiraf rumus saya sebagai betul, tetapi tak boleh digunakan dalam SPM kertas subjektif kerana rumus itu tak menunjukkan bagaimana saya boleh tukar log 2 bahagi log 3 dalam bentuk log 5 secara jelas. Ia seolah-olah saya menghafal jawapan saja. Maka cikgu saya menasihati saya jangan cipta rumus ringkas lagi, dan selalu amalkan cara kerja mengikut sillabus. Dan saat itu, bertambah bencilah saya dengan pendidikan berorientasikan peperiksaan di Malaysia.

Oeh itu, pengaruh Cikgu Halim yang mengajar matematik dan fizik di perkarangan masjid benar-benar kuat dalam membentuk pendirian dan keyakinan saya untuk menjadi pejuang anti-exam pada hari ini. Saya mengikuti sistem ini dalam beberapa bulan saja lagi sebelum saya akan bebas dan boleh memproses diri saya dengan sistem pendidikan saya sendiri. Saya boleh mencipta rumus matematik, fizik, boleh keluarkan pelbagai teori-teori sains dan boleh cipta pelbagai gadget saya sendiri tanpa ada sesiapa akan kata "ini salah , tak ikut sillabus" lagi.

Jika saya berkesempatan dan diberikan Allah akan kekuatan untuk mendirikan sekolah sains swasta dan boleh menerapkan sistem pendidikan saya sendiri iaitu sistem penggilapan dan pengasahan bakat dan minat, anti-exam,pro-kuiz saya itu pastilah Cikgu Halim antara individu awal yang akan saya jemput untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah saya. Saya akan menjejaki lagi beberapa teman-teman saya, adik-adik junior saya yang genius dan yang giat mengkaji dan mencipta konsep-konsep baru yang dianggap di luar kotak arus perdana dunia sains hari ini untuk bersama-sama saya dalam merealisasi salah satu agenda pendidikan Yayasan al-Razi yang ingin saya tubuhkan dan merupakan salah satu dari 3 cita-cita saya itu.

Saya menulis perihal Cikgu Halim kerana terbaca tulisan pengirim di Utusan Online pagi ini yang menunjukkan sudah ada kesedaran dan penghargaan di kalangan awam di Malaysia akan kelibat-kelibat ilmuwan genius yang mereka sampahkan dulu. Terbukti, ilmuwan genius memang hanya akan dihargai setelah dianggap beratus kali sebagai "gila", "bodoh" dan "tak realiti" atau "tak berpijak di bumi nyata" oleh masyarakat. Ini memang tamparan hebat buat kaum "realisme" dan kaum "common sense" yang hanya suka mengikut arus dan gelombang biasa sahaja. Dan juga buat para pentaksub "sillabus" dan "tauliah" yang hanya akan mengiktiraf seseorang jika dia punya sijil dan ijazah dari sistem universiti dunia sahaja dan tidak memandang pada intipati keilmuan sebenar. Padahal ramai di kalangan saintis dunia era lampau malah cendikiawan islam zaman kegemilangan islam,mereka bukanlah pakar-pakar keluaran universiti atau pemegang sijil-sijil tauliah segala macam bagai.

UTUSAN: Kisah 'orang tak betul' mengenai pesawat angkasa

SAYA hendak sampaikan satu cerita berkenaan seorang lelaki yang dianggap 'tak betul' yang telah menghadiri ceramah yang saya sampaikan di USM Tronoh, 10 tahun yang lalu pada bulan Julai 1999.

Semasa seminar itu saya menyampaikan ceramah bertajuk Pelancongan Angkasa - dan percaya saya adalah orang pertama yang menyampaikan ceramah mengenai pelancongan angkasa di Malaysia.

Ceramah saya itu dihadiri oleh seorang lelaki (yang tidak diundang dalam seminar itu), yang berada di situ bersama-sama pelajar Sekolah Kejuruteraan Aeroangkasa USM dan beberapa orang pensyarah mereka serta pelajar-pelajar sekolah menengah tingkatan 4 dan 5 di sekitar Ipoh iaitu seramai 500 orang.

Lelaki ini memang dikenali ramai oleh orang Ipoh kerana sering berada di halaman masjid pada hari Jumaat dan dia akan berceramah mengenai bidang matematik dan fizik. Dia memakai jubah dan serban dan meninggikan suara ketika berceramah serta kerap memberikan komen terhadap pembelajaran matematik dan fizik semasa.

Dia turut menyampaikan ceramahnya di pasar barang terpakai di Ipoh. Malah saya pernah terserempak dengannya di Seksyen 2 Shah Alam pada suatu hari Jumaat ketika dia sedang mencetak nota-nota ceramahnya - mungkin untuk ceramahnya di masjid di Shah Alam.

Ceramahnya kerap menyentuh mengenai space travel. Saya sendiri pernah beberapa kali mendengar ceramahnya. Tetapi, disebabkan cara penyampaian ceramahnya, dia dianggap sebagai 'tidak betul' oleh masyarakat.

Saya memang menyedari kehadirannya ketika saya berceramah di USM pada masa itu.

Ketika saya minum dan makan bersama beberapa orang pegawai dan pensyarah pada waktu rehat, seorang daripada mereka memberi amaran kepada saya agar jangan melayan sebarang pertanyaan dari 'orang tak betul' tu. Saya tanya, kenapa, dan dia jelaskan bahawa 'orang tak betul' itu mempunyai kefahaman yang berbeza dari biasa terhadap konsep space travel.

Saya bertanya, apakah konsepnya, dan dia memaklumkan bahawa, 'orang tak betul itu' percaya bahawa cara terbaik untuk melancarkan pesawat angkasa adalah dengan menggunakan konsep kapal terbang iaitu berlepas secara mendatar sebelum terbang menegak ke angkasa!

Tapi pada hari ini, 10 tahun selepas peristiwa itu, konsep 'orang tak betul' inilah menjadi perhatian pereka sistem pengangkutan angkasa canggih, kerana itulah konsep pesawat angkasa (spaceplane).

Jadi saya merumuskan, 'orang tak betul' itu adalah antara orang Malaysia yang paling awal yang dapat memahami konsep spaceplane.

Pada hari ini, 'orang tak betul' itu masih lagi menyampaikan ceramahnya di pekarangan masjid pada hari Jumaat dan pasar barang terpakai pada hari Ahad di sekitar Ipoh.

STS-MC bercadang untuk memberikan beliau sedikit 'penghargaan' bersempena dengan Ulang Tahun Ke-10 Pelancongan Angkasa di Malaysia.

NORUL RIDZUAN
Institut Kajian Aero Angkasa Malaysia (STS-MC )



MAHAGURU58: Guru Halim -Mathematical Genius on our streets or ?

Those of you who frequent the Jalan Masjid India or Masjid Jamek KL areas would have come across this man with his loud hailer and portable whiteboard and a marker in his hand, calling out to passerbys and ask them to wait for a while as he scribbles some solutions to mathematical problems using the left brain /right brain theory he puts forth as his discovery!

Former Maths teacher Abdul Halim Bistamam, 52, is quite a sight with his flowing jubah and sporting a kopiah and wispy beard, standing in the blistering sun, trying to seek attention from Malaysians and foreigners passing past his chosen spot of the day! A real character to behold!

Many hurry past the self-acclaimed 'Chief Scientist of the World'! Hehehehehe!..

What more after taking in the sight of his battered remnants of a loudhailer that squeaks forth his 'maths lecture' to them no matter whether there are people willing to stop for a while and be his audience!

His sunburnt, weather beaten darkened face, breaks into a smile and greets me as I approach him and ask him why he's exposing himself to the scorching heat of Ramadhan's blistering midday sun?

He speaks eloquently contrary to the image of a man who has been too long in the sun so to speak!

He doesn't come across as a wacko or mentally inbalanced as one would usually assume about someone who does what he is doing ; spending time out there in the streets of KL, teaching mathematical solutions to society who usually do not give a hoot about such knowledge except if it is some artiste or glam icon out to waste their time listening to hedonistic pursuits such as song and dance!

Despite his being sort of looked at as some sort of cracko out there on the streets, Cikgu Halim takes it all in his stride and exhibits a resolve, we would normally not see amidst us in society!

Is he a mathematical genius or among those we call as gone cuckoo?

Even Mastika, a popular local Malay version of Readers Digest saw fit to publish an article about this phenomenon on our KL streets in their December 2003 edition!

He keeps talking about using the right side of the brain to solve such mathematical problems easily and so on. Many stop for a while to look at him in action but as predicted, they'd sort of ponder for a few seconds at the spectacle before them and then move on dismissing him as another 'weirdo' on the streets of Masjid India and Masjid Jamek areas of KL.

Is he a genius or another of those identifiable as among the 'confirmed cases' roaming our streets of Kuala Lumpur? Wallahu 'alam bissawab!


AMIN AL-KALANTANI: Halim Bistamam


Semalam di Cabot, Shah Alam aku terjumpa dengan seorang insan yang berjubah dan bekopiah. Dia sedang mengajar sesuatu. Di bajunya di sangkutkan satu kertas, Saya ketua saintis dunia. Dalam kepalaku “Betul ke pakcik ni?”.

Asalnya aku tidak berminat mendengar celotehnya. Aku pergi ke tempat lain. Bila aku datang lagi sekali, wah semakin ramai penonton dan merangkap pelajarnya. AKu berhenti sekejap. Cuba memberi masa untuk mendengar.

Ohh…pakcik ni namanya Halim Bistamam. Sebelum ini tidak pernah aku berjumpa lelaki seunik dengannya. Mengajar di jalanan. Walaupun yang diajak hanya teknik mengenal sifir. Tetapi jauh yang aku belajar ialah ” perbezaan antara kreatif dan logik”.

Aku membeli buku yang diphotosatnya. RM5. Bertajuk “

“Otak Kanan Melayu, Hebat!!” oleh : Ketua Saintis Dunia Abdul Halim bin Bistamam.

Hebat Orangnya!

KOSMO: Saintis Kaki Lima

Oleh NUR AISHAH MOHD AMIN

Sudah lapan tahun Abdul Halim memberi ceramah mengenai sains dan matematik di jalanan.


SEKALI imbas jika terserempak dengannya di ibu kota, kita pasti menyangka dia tidak lebih daripada seorang penjual ubat jalanan.

Lebih ekstrem, ramai mendakwa dia mungkin gila apabila melihat tulisan yang digayut di dadanya ‘Saya Ketua Saintis Dunia’.

Tapi bagi Abdul Halim Bistamam, biar apa pun gelaran diberi orang ramai, dia tetap dengan caranya yang mengemukakan idea sains dan matematik ciptaannya di jalanan.

Dengan berketayap dan berjubah, lelaki berusia 54 tahun itu sebenarnya hampir lapan tahun memberi penerangan kepada orang ramai mengenai kajian dalam bidang sains dan matematik yang didakwanya sering dipandang serong oleh masyarakat di negara ini.


“Saya bukan gila. Tujuan saya lakukan semua ini hanya untuk mendatangkan minat kepada orang ramai mengenai ilmu matematik dan sains.

“Saya sudah lali dengan pandangan masyarakat yang memandang rendah pada ilmu yang saya peroleh ini,” kata bapa kepada lapan orang anak berasal dari Ipoh, Perak ini.

Menurut Abdul Halim, dia sebelum ini pernah berkhidmat sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran matematik selama 10 tahun dan kemudiannya berhenti menjadi guru dan mula membuat kajian terhadap sistem pengajaran matematik. Sistem logik yang pernah dipopularkan oleh Edward de Bono dari Universiti Oxford.

“Teknik dan kepakaran saya dalam bidang matematik diakui golongan cerdik pandai tempatan mahupun luar negara. Malah, beri peluang pada saya membentangkan kertas kerja di institusi pengajian tinggi dan bertukar-tukar fikiran dengan mereka,” katanya.

Ujar penceramah ini lagi, kerjaya sebagai penceramah jalanan telah dilakukan sejak lapan tahun lalu dan selama tempoh itu, Abdul Halim juga mendakwa sudah mengelilingi semua daerah dalam negara untuk menyampaikan hasil kajiannya itu.

“Saya akan berceramah di kaki lima antara 40 minit ke satu jam, kemudian balik rumah anak-anak atau balik Ipoh terus. Sepanjang tempoh itu juga, lebih 10,000 buah buku hasil kajiannya telah dijual,” katanya.

Apabila ditanya apakah impian yang ingin dicapai sebagai penceramah jalanan pada tahun baru ini, beliau dengan pantas membalas:

“Tahun depan saya beri ceramah di kota London. Pada masa ini saya cuma menunggu untuk mendapat kebenaran berceramah di sana sahaja lagi,” katanya.

Selain berazam ingin melahirkan lebih ramai pemikir Islam, Abdul Halim juga berhasrat bersemuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk bercerita sendiri pengalaman dirinya menjadi penceramah jalanan dan kajian dilakukan.

Pada satu pertemuan di Kuala Lumpur, Abdul Halim sempat menunjukkan beberapa helai sijil penyertaan dan penglibatan dalam beberapa siri lawatan dan gambar ketika berjumpa dengan tokoh akademik yang disimpan dalam kotak di atas troli yang digunanya membawa papan putih ketika memberi ceramah.


JIWA NAGA: Saya Ketua Saintis Dunia


Hari ini saya dalam perjalanan menuju ke Bangi. Kebetulan saya bertemu dengan seorang pak cik berserban dan berjubah seperti seorang pendakwah sedang bersungguh-sungguh mengajar ilmu matematik di jalanan. Namanya Abdul Halim Bistamam. Di dadanya tergantung kertas bersaiz A4 yang tertulis (cetakan tulisan komputer), "Saya Ketua Saintis Dunia". Pada troli yang dibawanya pula tertampal satu lagi kertas bersaiz A4 bertulis "Saya Beruntung Kerana Tidak Masuk Ke Universiti."

Tertarik mendengar kuliahnya, saya berhenti seketika dan melihat logik dan rasionalnya. Bukan sebarangan orang, nampaknya pak cik ini adalah contoh aktivis intelektual yang lahir tanpa pengiktirafan Master atau Doktor Falsafah dari mana-mana universiti.

Bagaikan tidak sah blog "Jiwa Naga - Surat Untuk Takdir" jika tidak diletakkan entri khas untuk En. Abdul Halim Bistamam ini. Ternyata apa yang diajarkannya ada benarnya. Namun ia lebih khusus kepada Matematik tahap asas. Saya tidak melihat ajarannya itu melibatkan proses-proses pemikiran logik Matematik peringkat universiti.

Walau bagaimana pun teknik yang dikemukakan oleh En. Abdul Halim Bistamam adalah sangat menarik. Kaedah-kaedah beliau membuktikan bagaimana praktiknya otak kanan - kreativiti, yang secara umumnya menjadi milik orang-orang sastera, dalam bidang matematik.

Saya juga tertarik dengan penemuannya mengenai pendaraban nombor sehingga berdigit-digit dengan menggunakan kaedah pengiraan yang diperolehi menerusi pengkajiannya terhadap corak rangka yang terdapat pada daun.

Saya berharap agar dapat menemuinya lagi pada masa akan datang. Mungkin bukan sekadar pendengar kuliahnya, tetapi sebagai rakan untuk berbincang. Saya ingin melihat bagaimana aplikasi otak kanak untuk subjek-subjek Matematik peringkat tinggi seperti Penyelidikan Operasi, Statistik, Kalkulus, Vektor, Analisis Nyata, Analisis Berangka, Teori Set dan Mantik.

AFIQSAYS: Ketua Saintis Dunia is a Fraud?

Oh yes, no doubt about it. First of all, there is no such thing as a Ketua Saintis Dunia. That position does not exist.
He has Attention Deficit Disoder and Grandiose Delusion Disoder. Take a look at one of his 'genius' math technique:

1 = 2?

If I were to speculate, this ex-math teacher had a circuit in his brain accidentally cut off when marking hundreds of his students' math exam papers. I mean, 1 = 2?
If there's one thing I know about math, it's the only 'certain' and logical thing in the world. In the philosophical aspect of Mathematics, one is of oneness, of having one God, one earth, one person. Two deals with the concept of duality, of having good and evil, big and small, black and white.
Down to the very core of mathematics, 2 is not the equivelant of 1.
It is only possible before the big bang, before the root of creation as we know it. Before there was any movement that governs time, numbers, speed and measurement perceptible to human beings.

Mr Abdul Halim Bistamam needs help. With his math and his brain. If you think his genius math techniques are relevant in this world and would like to have him as your children's math teacher, call him up: 013-6655254. If not, don't tell me that he's not crazy because otherwise you'll contradict yourself.

And that (self-contradiction) is the first sign of being Mental!





RAUSYANFIKIR: rempah ratus cuti hujung minggu

Ah terlupa nak cerita pengalaman menarik. Sebelum saya berhenti membeli majalah di tepi MYDIN, sempat saya bertenggek sebentar di hadapan Masjid India mendengar ceramah akademik yang disampaikan oleh pakcik berjubah biru.

Sudah maklum bahawa ruang kosong kaki lima di hadapan Masjid India selalu menghidangkan pelbagai ragam manusia yang berceramah mengenai pelbagai hal. Kali ini saya terserempak dengan pakcik yang menggelar dirinya sebagai ‘KETUA SAINTIS DUNIA’. Sekilas pandang rasa macam pakcik ini orang kurang siuman. Tapi ternyata tidak. Ternyata beliau unik.


“Orang melayu kena guna otak kanan dalam belajar Matematik!” Jelasnya kepada para pendengar.


Beliau melakukan demonstrasi matematik yang unik dan kreatif di hadapan khalayak ramai. Setelah selesai menerangkan satu contoh soalan berserta penyelesaian, beliau menawarkan kepada mana-mana pihak yang ingin memiliki set naskah ringkas catatan yang beliau tulis untuk memahami teknik yang beliau paparkan sebentar tadi. Saya membelinya dengan harga RM5.


Ternyata pakcik yang bernama Abdul Halim Bistamam ini bukanlah orang gila. Beliau merupakan bekas guru matematik di beberapa buah sekolah beberapa ketika dahulu seperti yang tercatat dalam dokumen RM 5 yang saya beli. Lampiran gambar bersama beberapa tokoh akademik luar negara turut dimuatkan dalam dokumen tersebut dalam warna hitam putih fotostat.


Beliau menegaskan dalam ceramah ringkas yang disampaikan bahawa kita Orang Melayu kurang menggunakan bahagian otak kanan dalam kehidupan seharian. Demonstrasi penyelesaian masalah matematik yang ditulis pada papan putih itu diselesaikan menggunakan cara yang kreatif yang saya kira, menggunakan kekuatan yang lebih di bahagian otak kanan beliau.


Jikalau direnung secara mendalam, memang betul apa yang dicakap oleh Pakcik Halim itu. Sistem pendidikan kita dari sekolah hinggalah di universiti didominasi dengan bahagian otak kiri dalam penyampaian ilmu serta penyelesaian masalah. Maka tidak hairanlah anak-anak muda kita tidak kritikal dalam menilai masalah yang ada kerana sudah terbiasa disuap dan mengikut aturan yang ada. Bagi yang jenis memberontak dan kreatif, selalunya akan dianggap ganjil dan tidak pandai.



Jauh sekali jikalau hendak dibandingkan dengan pendidikan yang dicorakkan di Barat yang begitu menekankan pendekatan yang lebih holisitik. Sampai sekarang saya masih tidak berpuas hati melihat kualiti mahasiswa UTP yang kononnya dicanang sebagai well rounded hakikatnya indah khabar dari rupa. Rata-rata mahasiswa UTP tidak ubah seperti mesin peperiksaan yang saban hari menghitung GPA dan CGPA dalam kotak minda akademik masing-masing.


Ternyata saya tidak dan tak akan meletakkan diri saya sama seperti rakan-rakan yang senantiasa mendapat anugerah dekan. Serius, bukan saya cemburu cuma rasa proses pendidikan yang saya cari jauh lebih penting daripada sekadar ingin memuaskan hati pihak sponsor dan pihak universiti secara taqlid. Bagi saya, falsafah pendidikan yang saya pasakkan sepanjang 2 tahun lepas selepas mengalami kesedaran intelek adalah ‘belajar untuk mencari Kebenaran’.


Moga-moga Pakcik Halim diberkati Allah atas usahanya yang mungkin nampak remeh di mata orang awam tetapi jikalau direnung dalam lembaran sejarah, kegiatan sebegini merupakan satu budaya di zaman tamadun Abassiah di mana para intelektual dan ilmuan berkumpul bersama orang awam di tempat terbuka bagi menjalankan diskusi berkaitan penemuan baru dalam kajian mereka ataupun sekadar mencetus pemikiran dan budaya cintakan ilmu dalam jiwa masyarakat am.






Saya rasa tulisan-tulisan Dr Zulkifli Mohamad alBakri sangat mencerahkan kepada kita antara Kuffar dan Munafiq

MUNAFIK:
  1. Golongan munafik - Lain di mulut lain di hati
  2. Membenarkan kekufuran - Merosakkan dunia
  3. Golongan munafik - Sejahat-jahat makhluk Allah
  4. Perumpamaan munafik - Di dalam kegelapan syirik
  5. Tuli, bisu dan buta - Tinggalkan kebenaran selepas hidayah
  6. Perumpamaan - Alat menerangkan mata hati
  7. Benar dengan batil - Jangan campurkan
  8. 'Kami telah beriman' hanya kenyataan berpura-pura
  9. Orang munafik tempatnya di neraka

KUFFAR:
  1. Berjanji beriman tetapi mencabulinya
  2. Musyrikin dan Yahudi sama-sama sesat
  3. Yahudi dan Nasrani saling berbalah
  4. Tiga perkara yang membatalkan akidah
  5. Pekak, bisu dan buta kemuncak penghinaan kepada orang kafir
  6. Perang dibenarkan untuk pertahan Islam
  7. Orang kufur rugi dunia dan akhirat
  8. Larangan jadikan orang kafir teman rapat
  9. Orang kafir tempatnya neraka

Dan sebagai tambahan, marilah kita iktiqad Allahlah yang Maha Mengetahui segala isi hati manusia, mereka mungkin munafik dan mereka mungkin kuffar yang memusuhi islam tapi kita tak sedar dan anggap mereka kawan-kawan yang baik.

Allah mengetahui segala isi hati

Munafik dan Kuffar bukan saja ada dalam bidang POLITIK, tapi boleh saja berada dengan banyaknya dalam bidang HIBURAN seperti pembikinan FILEM dan DRAMA, dan boleh juga berada dalam bidang ILMU dan DAKWAH mahupun dalam EKONOMI dan segala sudut kehidupan kita.Awasilah.

Berbuih-buih kita sarankan jaga segala hukum syara' ketika berlakon dalam filem atau drama, tidak ada daruratnya sampai kena muslimat buka aurat, bersentuh lelaki perempuan bukan mahram, atau aksi kotor yang di luar batas akhlak, rupa-rupanya barulah tahu mengapa semua itu tak dapat dijalankan, TAK ADA IDEA RUPANYA!

Ada orang mengumpamakan industri drama dan filem hari ini seumpama bank konvensional di waktu tiada bank islam. Oleh itu, bagaimana mahu bermuamalat tanpa riba jika semua bank yang ada mengguna riba. Contoh itu sangat dangkal, saya nasihatkan adik-adik jangan percaya kepada contoh ini. Industri filem dan drama kita bukan lagi kering dengan pelakon muslimat yang menutup aurat, bukan lagi kering dengan skrip dakwah yang baik, bukan lagi kering dengan pengarahan yang menjaga tata susila. Tapi apa yang tidak ada cuma kesungguhan gerakan REDHA ALLAH CENTRIC menggantikan gerakan HEDONISME.

Hari ini, seorang muslimat yang free hair boleh dipakaikan tudung dan berlakon dengan penuh akhlak dalam filem atau drama tanpa ada apa-apa kejanggalan. Jadi, alasan apa lagi yang menghalang seorang penulis skrip menetapkan pakaian wataknya, penghalang apa lagi yang ada buat pengarah tidak membenarkan ada sentuhan antara pelakon lelaki dan perempuan yang bukan mahram, dan penghalang apa lagi yang ada buat seorang penerbit mahukan sebuah filem yang diredhai Allah, tak nak makan rezeki halalkah woi?

Ada orang kata, "cakap senanglah, cuba kau buat drama Islami sikit, nak tengok jadi apa?"

Bengong. Niat asal buat drama itu untuk apa? JIka niat asal mahu berdakwah, maka wajib dakwah itu menurut semua hukum hakam Islam. Jika niat asal mahu mencari rezeki sesuap nasi, wajib mencari rezeki yang halal bukan dari jualan produksi yang mengandungi maksiat di dalamnya. Jika niat asal mahu mentarbiyah dunia lakonan dan para pelakon mengenal Islam, maka kenalkanlah Islam yang sebenar bukan Islam sekular. Masuk ke dalam Islam keseluruhannya, mana boleh pilih-pilih lainlah baru masuk Islam.

Adakah hampir mustahil menutupkan aurat seorang muslimat dalam drama atau filem? Tidak, langsung tidak. Adakah memerlukan 30 tahun untuk menutupkan aurat seorang muslimat dalam drama atau filem? Langsung tidak. Adakah memerlukan kudrat yang banyak, idea canggih manggih, brain storming yang keras untuk menjayakan hal itu? Tidak langsung tidak. Semua itu sudah pun berlakulah bang!


Sari Yanti dipakaikan tudung dalam Kisah Kaisara

Ayu Raudhah dipakaikan tudung dalam Manjalara

Julia Ziegler dipakaikan tudung dalam Susuk

Ummi Nazeera dipakaikan tudung dalam Nur Kasih

dan terbaru Faezah Elai dipakaikan tudung dalam Cinta Sempurna.

Soalnya, mudah bukan para pelakon muslimat ini diselamatkan aurat mereka menjelang lakonan. Walaupun mereka seksi di luar set, sekurang-kurangnya mereka telah diselamatkan beberapa tempoh sepanjang lakonan dari dosa membuka aurat. Tak besarkah pahala menjadi penulis skrip, pengarah dan penerbit yang boleh menyelamatkan aurat muslimat-muslimat yang kita sayangi ini?

Namun, mengapa anda sebagai penulis skrip, pengarah dan penerbit tidak mahu menudungkan keseluruhan para pelakon muslimatmu? Tepuk dada tanya iman. Ini bukan zaman darurat, jangan bohonglah. Jangan bohonglah kata, tak apa kita buka aurat mereka semasa melakonkan watak dalam drama dan filem kita, tak apa tak dosa, sekarang semua masih "bank konvensional" (baca: industri haram). Kepala otak udang sungguh dimakan bersama mee goreng kau.

Betulkah menjadi sangat perit dan payah untuk mendapat sebuah drama dakwah yang menjaga semua hukum hakam dalam Islam, betulkah? Dahulu pernah tersiar di kaca televisyen sebuah drama sempena ramadhan, purbakala berlatarkan tanah arab yang pelakonnya semua melayu Malaysia, boleh berlakon menutup aurat dan menjaga tata susila yang dilakonkan oleh Jalaluddin Hasan dan beberapa pelakon lagi, menuturkan hadis nabi dalam skripnya, ha, sudah ada lama dah drama yang berjaya dihasilkan tanpa perlu aksi haram dan maksiat menjelang produksinya. (saya lupa tajuk drama itu).

Dan memang banyak sudah drama dakwah yang bukan saja skripnya menarik dan jalan cerita juga bagus termasuk juga drama bertajuk Musafir yang disiarkan oleh astro oasis ini:

http://www.youtube.com/view_play_list?p=C8866B5578D85380


Cuma, ada juga adegan dua tiga perempuan tak menutup aurat di dalam ceritanya yang kesemua watak perempuan itu tidak utama. Maka, dapat kita lihat, jika si pengarah mengarahkan watak perempuan iaitu watak tambahan ini dipakaikan tudung, drama Musafir ini langsung tak terjejas malah lebih baik dan mantap.

Sekarang, semua sudah faham apa yang penulis skrip, pengarah dan penerbit perlukan? Pelakon muslimat menutup aurat sudah ada, skrip dakwah sudah ada, kemahuan untuk berdakwah dalam drama sudah ada, apa yang tak ada adalah ustaz-ustaz yang boleh memberikan mereka semangat untuk masuk dalam Islam keseluruhannya.

Ustaz-ustaz yang beri semangat, "You can do it, yes, yes, go, go, Allah will love you, maintain istiqamah your niat insyaAllah, yes, please cover your aurat, yes, don't touch your non mahram sister please, yes, like that, yes alhamdulillah, Allah will love all of us" yang begitu mahu dicari, mahu diletakkan.

Bukannya ustaz yang lemah lagi lembik, "ya, tak pakai tudung pun takpe, janji mesej islami, ya, tak apa, sentuh pun boleh,lagu tema penyanyi wanita pun takpe, ya darurat, bank konvensional, ya, ana bagi idea syurga saja, anta buatlah neraka dakwah itu pelan-pelan, ya, akademi wayang, ya realiti tv bagus juga, ya, begitulah" bukan yang sebegini nak dibanyakkan.

Apatah lagi jika sebuah drama ditulis skripnya oleh seorang pendakwah, pengarahnya berbincang pula dengan pendakwah, ada panel syariah pula, penerbit pun berniat nak buat drama dakwah ramadhan, tapi masih terkial-kial para alim nak betulkan? Mana ada, para alim komited dan buka pintu seluas-luasnya nak beri semangat malah teguran, tapi kehadiran beberapa alim yang aneh yang duduk dalam era 60an, yang industri filem dan drama Malaysia belum ada suntikan islamisasi itu yang terus dijerat dan digunakan hedonis untuk ditipu pada masyarakat dengan retorik bahawa "belum masanya lagi ada filem dan drama yang ikut hukum islam sepenuhnya, belum bersedia, darurat" adalah bohong besar yang meracun masyarakat dan umat.

Saya harap jangan ada yang percaya bahawa filem dan drama kita belum lagi boleh bikin produksi ikut islam sepenuhnya. Itu kata-kata orang dalam gua.

nota kaki:
http://zabidiskrip.blogspot.com/2009/05/gambar-shooting-cinta-sempurna.html


Berulang kali kita katakan bahawa tidak salah menjadi bodoh, yang salah adalah tiada usaha membaiki kebodohan. Tapi ramai orang menganggap kebodohan juga satu hal dari hal kepandaian.

"Jangan kata orang bodoh," kata mereka. Mereka menganggap kebodohan itu suatu SENI dan suatu REALITI.

Kebodohan Suatu Seni

Apabila Faisal Tehrani menegur akan Filem Gubra yang ada peluk gomol yang tak sepatutnya diperlakukan oleh seorang penulis skrip muslim, seorang pengarah muslim, oleh beberapa pelakon muslim, ramai penyokong islami datang mengutuk keras filem itu sama. Sebenarnya apa yang kita kutuk bukan kebodohan-kebodohan yang ada pada setiap diri muslim-muslim itu tadi.

Mengapa?

Sebab kalau nak dikira kebodohan, siapa yang tiada kebodohan? Saya sendiri akui diri saya sendiri ada kebodohan. Kalau saya tiada kebodohan, maka saya tak perlukan pada usaha menuntut ilmu, saya tak perlukan kepada para alim, saya tak perlukan sesiapa kerana saya sempurna, saya pandai segala. Maka kita semua akui diri kita ada kebodohan yang perlu diperbaiki, dan ada ilmu yang tak rugi ditambah dan diperkasakan lagi. Nah, bukankah ilmu Allah itu luas hingga yang ada pada kita ini hanya laksana setitik air dari seluruh lautan dunia.

Hal itu kita sepakati. Tapi orang yang anggap dirinya tak bodoh itu memang bodoh, dia itu kita tolak tepi kerana orang bodoh sombong tak ada tempat dalam perjalanan ini.

Jadi yang kita perangi itu apa? Kita perangi hal-hal bodoh yang dirai dan dianggap suatu seni malah suatu hal yang diagung dan dipuja dipuji.

Hal ini berlaku dalam industri hiburan kita. Kita sudah berulang kali berkata, tiada pandainya seorang gadis membuka auratnya menari, terkinja-kinja, terkangkang, tertonggek untuk mendapat "feel" lagu, kita sudah maklumkan hal itu bodoh, tapi mereka tak mahu dengar. Kita sudah kata filem atau drama yang nak bergomol, nak berpegang, nak terdedah-dedah itu satu kebodohan, mereka tak mahu dengar juga.

Orang yang berkata, "bagaimana kamu nak menyampaikan kejahilan tanpa menunjukkan contoh kejahilan?" adalah jahil sungguh kata-katanya.

Orang seni islami yang tak dapat nak hasilkan sebuah persembahan muzik yang mengikut aturan syarak, lakonan filem dan drama yang mengikut aturan syarak, berprogram TV yang tak ikut aturan syarak, tidakkah perlukan ilmu syarak untuk memandu mereka?

Nah, kita ada pula penasihat syarak untuk menghasilkan produksi dakwah , tapi masih tak ikut aturan syarak. Sekarang kita kata mereka melakukan hal yang bodoh, mereka juga tak mahu dengar. Apa cerita?

Ini orang senikah orang bodoh seni?

Apa itu seni? Seni bermaksud halus, tak nampak jelas, samar-samar,kecil, cenonet, mikro-nano, dan sebagainya. Yang kau orang nak tunjuk betapa besar kebodohan itu apa hal pulanya? Dah nama pun seni, halus, mesej juga boleh disampaikan tanpa perlu tunjuk betul-betul kepala syaitan nafsu najis kau orang itu. Orang dah bagitahu banyak kali, tak dengar juga, degil namanya, bukan marah, tapi nak bertegas sikit supaya cairlah nanti kebebalan otak-otak seni itu.

Kita boleh cakap baik-baik, bukan? Nak tegur kebodohan orang biar tegur baik-baik. Jangan berterang-terang, jangan sampai pecah hati orang, jangan sampai terhiris terluka orang, mereka mungkin belum menerima hidayah, maka perlahan-lahan sedikit intonasi itu. Nah, bab itu kau faham pula, bab kebebalan nak sampaikan mesej "jangan jadi jahil" dengan melakonkan aksi jahil yang jelas haram hukum perilakunya mana ada satu ulama pun yang kata boleh.

Nak tunjuk orang kena rogol, maka kena lakonkan aksi telanjang, jilat menjilat lelaki dan perempuan yang bukan mahram tapi islam adalah haram hukumnya. Mana boleh kita kompromi.

Nak tunjuk perempuan yang belum dapat hidayah yang terbuka aurat kena melakonkan aksi terbuka aurat dan berpegang tangan watak ayah dan anak perempuan, ibu dan anak lelaki yang sebenarnya bukan mahram, adalah haram hukumnya . Mana boleh kita kompromi.

Kalau kau kata boleh kompromi, adakah kau sanggup buka tudung isterimu dan tayang depan khalayak dan layar perak kerana isterimu perlu melakonkan watak perempuan tak dapat hidayah, adakah kau boleh kompromi? Kau sanggup terima saham api neraka dari setiap ulas rambut isterimu yang ditayangkan itu? Kau sanggup biarkan isterimu dipegang, dipeluk oleh pelakon lelaki untuk melakonkan aksi kemesraan kekeluargaan ukhuwwah fillah? Boleh kompromi?

Bagaimana jika isterimu terpaksa berlakon aksi ditindih lelaki untuk menjayakan adegan dirogol sang lelaki bangsat? Baju isterimu dikoyak, diraba seluruh badannya, digomol dicium, ah itukan semuanya adalah cabul kebangsatan yang telah diakui oleh alam sejagat seluruh dunia seisi alamraya ini? Kalau kau tak mahu isterimu, ibumu, adik perempuanmu, kakakmu, anak perempuanmu diperlakukan begitu, mengapa kau sanggup biarkan pelakon muslimat kita menjadi begitu dengan alasan seni?

Seni kepala otak kau berjambul. Kalau kepala berjambul itu mungkin sudah biasa, otak pun berjambul, memang seni sungguh.

Kebodohan Suatu Realiti

Kalau betul mereka bukan mahu baiki masyarakat atas simptom kebodohan dengan paksa masyarakat menutup aurat segala, tapi mahu baiki punca simptom kebodohan itu terjadi, maka mesej apa yang patut kalian tonjol dalam hasil seni kalian?

Mesej iman. Alhamdulillah.

Nak tonjol mesej iman dengan biar pelakon melakonkan watak tak beriman? Nak suruh pelakon buka aurat, kena rogol, terkinja, peluk gomol segala atas mesej iman? Itu kepala otak kau saja fikir begitu, mesej iman boleh disampaikan tanpa melakukan perkara yang melanggar syarak.

Marilah bagitahu kau satu rahsia. Kau pernah tengok cerita Star Wars? Oh, kau tahu filem itu mendapat sambutan, tapi kau tahu tak pelakon cerita itu banyak makhluk asing. Tapi kenapa penonton tak kisah melihat makhluk asing beraksi tapi hanya mahu melihat jalan cerita dan mesejnya saja? Kau tak pernah berfikirkah, bengong kau.

Tak, bingung itu biasa, memang kita pun bingung, tapi bengong itu satu hal yang kau harus waspada.

Filem atau drama islami boleh menonjolkan 100% isi islam dan iman, tanpa perlu menukar pelakon islami menjadi kuffar. Kalian boleh menonjolkan 100% pelakon wanita bertudung menutup aurat kemas dan tak akan biarkan kamera anda mengambil satu haram aurat mereka untuk dicabul. Kau kata nanti tak jadi realiti, jadi fantasi sebab mana ada semua wanita islam Malaysia bertudung menutup aurat kemas, habis alien Star Wars itu fantasi gila bapak pun orang boleh terima , apa kena dengan perempuan bertudung 100% pula? Yang pentingkan jalan cerita dan mesejnya saja? Atau kau juga penting rambut dan buah dada untuk ditayang sebagai seni atas kepala otak kau itu?

Sebenarnya bukan suatu tanggungjawab kau menonjolkan kejahilan dan kebatilan sebagai realiti atas nama dakwah, tapi atas nama dakwah adalah satu tanggungjawab kau menonjolkan keislaman, keimanan dan ketaqwaan sebagai suatu yang perlu direalitikan.

Begitu jugalah halnya dengan persembahan konsert, teater, atau apa saja acara persembahan pentas, pentas lakonan, pentas filem drama, semuanya merupakan pentas dunia yang tidak boleh lari dari penglihatan Allah dan penilaian Allah sebagai hisab di hari kemudian. Kau jangan ingat kau boleh lari.

Adalah menjadi suatu ketegasan untuk kita bersama menghapuskan para hedonis ini. Seperti yang pernah saya katakan,

Walaubagaimanapun penulis tidak pula mahu mempromosikan kaedah kejam,maka penulis menyarankan golongan artis ini diberikan dakwah yang berkesan supaya mereka kembali ke pangkal jalan sebelum dipersisihkan mereka.Jika mereka berdegil untuk terus menjadi sekular,maka marilah kita tunjukkan kepada mereka bahawa SEKULARISME ARTIS adalah suatu yang tidak diperlukan oleh masyarakat Malaysia untuk membangunkan modal insan.

Oleh itu, sebarang aktiviti seni dan program hiburan mestilah diangkat artis yang membawa mesej-mesej mencari Redha Allah iaitu penumpuan kepada cita-cita seluruh umat islam yang mahu mendapatkan keredhaan Allah.

REDHA ALLAH CENTRIC mestilah dipertontonkan secara terang,jelas dan gah di dalam setiap media hiburan seperti majalah,stesen televisyen,dan radio dan bukannya GAMBAR-GAMBAR GLAMOR ARTIS yang hanya menyuburkan kekuatan pengaruh sekular mereka.

Oleh itu masyarakat mestilah memulau artis-artis yang berdegil,dan menyeru kepada makruf buat artis-artis yang mahu pulang ke pangkal jalan,serta SOKONGLAH ARTIS yang BAWA mesej-mesej yang dapat membangunkan modal insan semata-mata.
-"Sekularisme Artis"