|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
Facebook adalah rangkaian sosial yang dibangunkan oleh anak muda Yahudi bernama Zuckerberg.Bagi sesetengah para pejuang Islam, rangkaian sosial ini lebih kemas dan teratur berbanding rangkaian sosial lain seperti Friendster, Myspace dan lain-lain.




Masih ingatkah lagi dua entri saya yang sudah?
1. Suruhan Membuka Aurat: Lebih Kuffar dari Kafir
2. Orang tak faham kenapa saya perlu ubahsuai artikel Ust. Hasrizal dan perlu ada Kuffar dan Kafir.

Stat counter saya memang mengesan pengunjung entri pertama meningkat mendadak pada tarikh 15 September 2009 dari 5 unique visitor kepada 700 unique visitor. 99.99% daripada mereka muncul dari Facebook. Saya cuba mengesan siapakah yang membincangkan artikel itu di Facebook, namun setelah saya log in facebook saya, saya masih gagal melihat komen-komen tersebut.

Disebabkan saya ini bodoh Facebook, maka saya bertanya kepada kawan saya,
"wei, guano nok tengok komen nih. aku tak nampak gapo pung"

kawan saya membilang, "bengong ko nih, ko kene jadi friend dia dulu baru boleh baca"

Maaf, itu hanya selingan untuk menunjukkan saya tak aktif menggunakan facebook. Malah facebook saya digunakan oleh teman saya untuk membantu teman saya menambah nilai duit dan uruskan game restoran atau game puzzle di sana.

Namun dengan bantuan perisik-perisik rahsia rangkaian mfr (macam gerakan underground- ya, saya bergurau), maka alhamdulillah akhirnya dapatlah dibaca komen-komen tersebut yang menganalisis entri pertama saya itu. Kebanyakan mereka saya yakin belum membaca entri kedua yang menjelaskan kekeliruan mereka.

Kendatipun, hampir kesemua mereka mendoakan kebaikan saya dan mendoakan saya dengan doa-doa yang baik.Hujah-hujah mereka juga sangat ilmiah dan memberi manfaat besar kepada diri saya untuk berubah terutama bab akhlak.

tahukah anda kita WAJIB membaiki akhlak kita. adalah suatu kecelakaan besar jika saya tidak mengambil berat sisi akhlak yang menjadi buah pada pohon amal kita ini.

Saya dengan ini memohon maaf pada Ustaz hasrizal secara terbuka kerana telah buat beliau berfikir bahawa entri saya yang pertama itu adalah untuk mengkafirkan beliau atau artikel beliau. Saya pasti ustaz hasrizal orang yang menghadam artikel saya dengan penuh cermat dan teliti. Saya akan berusaha sedaya upaya menambahkan masa dan tenaga saya mencari-cari perkataan kafir yang saya telah lemparkan pada beliau dalam entri lepas. Setakat ini atas kerana kebodohan dan kelemahan saya, masih lagi saya belum menjumpainya.

Jika kerana perbuatan saya yang mengubahsuai entri itu yang menjadi persoalan, saya mohon maaf kerana saya masih rasakan entri yang diubahsuai itu ada manfaatnya. saya sudi masuk penjara kerana perbuatan ubahsuai itu. saya serius memperkatakan hal ini.Malah jika mahkamah meminta saya membuang tulisan itu dari blog saya, saya tak akan melakukannya.Saya sudi dihukum ISA, penjara seumur hidup, sebat dan ke tali gantung. Anda mungkin fikir saya main-main. Saya tak pernah main-main dalam soal kematian.

Adapun jika ada bahasa kasar atau yang menyakitkan hati, saya meminta semua pihak memaklumkan pada saya bahagian yang kasar dan yang sakitkan hati dalam entri tersebut. Saya sudi mengeditnya.

Apa-apa pun terima kasih pada semua yang telah memberikan buah fikiran masing-masing dalam komen-komen di bawah. Saya pasti dengan adanya masyarakat muslim yang bijak membaca dan menganalisis seperti tuan puan, saya tak ragu lagi, Malaysia bakal melahirkan ramai ilmuwan-ilmuwan islam yang berjuang. Terima kasih sekali lagi.

klik gambar untuk saiz besar
















p/s- cuma saya ingin cadangkan pada zuckerberg, boleh tak encik zuckerberg mengecualikan komen artikel di facebook untuk bacaan terhad, ertinya bukakan secara publik, mudah sikit saya membacanya tanpa perlu menggunakan khidmat para perisik-perisik rahsia lagi.Lagipun, zuckerberg, tak semua orang sudi bincangkan artikel saya di blog saya ini. Saya setuju dengan pendirian Ustaz Hasrizal sejak dulu, "jika mahu membincangkan artikel saya, sila bincang di blog saya". Harap encik zuckerberg sudi menimbang hal ini.
oh, saya teringat kata-kata khairy jamaluddin dalam filem meter:

"Houstan, kami ada masalah."

6 komentar:

messy said...

sorry for said this. sy x nampak ada usaha kafirkan ustaz itu atau artikelnya.

he said, "beristighfar membaca atikel yang diubah suai daripada artikel saya (Cinta Sempurna+ Masalah Tudung di Universiti), kemudian (saya atau artikel saya) dilabel sebagai Lebih Kuffar dari Kafir"

i think he made fitnah of u.

is it two articles diubahsuai? saya rasa satu aje kan? correct me if im wrong.

dan label diri dia kafir or article dia kafir? tak ada pun..

istighfar baca fitnah ini.

mfrstudio said...

astaghfirullah al adzim.

mungkin dia terlupa tanda soal.

patutnya begini mungkin,

"beristighfar membaca artikel yang diubahsuai daripada artikel saya (cinta sempurna + masalah tudung di universiti?) , kemudian (saya atau artikel saya) dilabel sebagai lebih kuffar dari kafir?"

mungkin ayat dia adalah soalan atau guessing, dan bukannya satu ayat penyata. kalau ayat penyata memang fitnahlah.

sangka baik amalan kita.

Trax said...

ramai la nanti orang bukak google cari MFR punya blog, makin ramai la pengunjung

TRAVELLER said...

Ya akh

Fastaqim kama umirta

KurangBaik said...

Hmm, saya setuju bab bila MFR kata diaorang perlu bincang artikel anda di blog anda.

MFR dan ust Hasrizal ni, sudah pernah bersua muka ke belum? maksud saya, pernah berjumpa dan berbicara barang sepatah dua? Kadang2 salah paham timbul bila kita tidak memahami diantara satu sama lain.

my 2 cents

mfrstudio said...

bulan februari yang lalu, saya ada menghantar permohonan kepada 4 individu untuk misi jelajah wawancara tokoh 2009:

1) sheikh fuad kamaluddin al maliki
2) Faisal tehrani
3) Dr zulkifli mohamad al bakri
4) Ustaz Hasrizal

hanya sheikh fuad kamaluddin dan faisal tehrani saja yang respon kepada permohonan saya, iaitu melalui wakil mereka.namun mereka tak dapat memenuhi permintaan saya atas sebab-sebab syarat dan tempoh saya yang terhad di malaysia.

dr zulkifli tak dapat dihubungi.

ustaz hasrizal tidak memberi respon apa-apa. mungkin sebab saya diban di web beliau maka beliau tak mengendahkan jemputan saya tanpa memberi apa-apa respon.

jadi, keinginan untuk bertemu itu memang ada.

sebelum ini saya telah bertemu dan mewawancara dengan 6 tokoh yang berbeza aliran bagi misi jelajah wawancara tokoh 2008:

1. ustaz kamaruddin kasim - aktivis TERAS & pegawai agama sg petani

2. dato seri dr harussani zakaria- mufti perak

3. ustas rasul dahri - pendakwah bebas aliran salafiyah

4. dr sidek baba- tokoh dakwah dan pendidikan

5. ustaz abd ghani shamsudin- mantan YDP PUM , Presiden SHURA dan tokoh PAS

6. ustaz zamihan md zin- timbalan pengarah ILIM.