|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
*semua gambar boleh dibesarkan dengan klik ke atasnya.

"cubalah tengok APA JENIS IKLAN yang muncul di saifulislam melalui NUFFNANG"

"ketahuilah betapa kapitalis BOLEH BUAT PESERTANYA JADI TAK KERUAN"



"apa IKLAN yang muncul di saifulislam.com melalui NUFFNANG?"

"ana ada senarainya bagi setiap satu"





----------------

tolonglah faham apa itu JENIS IKLAN dan apa itu IKLAN.

salah satu JENIS IKLAN NUFFNANG adalah format bergambar. adakah anda mampu mengawal gambar apa yang bakal muncul dalam IKLAN tersebut?

nah, ambil ni!




ambik ni!


tak, tak salah. ada gambar maya karin memang tak salah. bukan kita yang nak tayang. malah pengunjung juga boleh kontrol untuk disablekan java supaya semua iklan-iklan nuffnang itu tak muncul depan mata kita. memang betul.

tapi cuba fahami dalam sikit.

tengok ni.tolong fahami apa itu nuffnang.

ia adalah sejenis perniagaan. Tak, ia bukan perniagaan goyang kaki semata-mata. kena ada USAHA juga. Usaha apakah yang dapat buat kita memperolehi KEUNTUNGAN dari perniagaan ini? Usaha untuk dapatkan unique views atau klik paparan tertinggi. Lagi tinggi klik lagi banyak untung.

Tak, kita untung dari pengunjung-pengunjung yang masuk ke 'rumah' kita untuk membaca bahan agama santapan rohani. Bukan nak 'tengok' maya karin. Maya karin itu 'SALAH PENGIKLAN'. siapa suruh jadikan maya karin model. kami hanya 'letak' NUFFNANG bukan letak 'MAYA KARIN'.

Kami letak NUFFNANG sebab? sebab nak untung? Bukan. sebab nak memberi.



ada beza antara MEMBERI dan MEMINTA. begitu jugalah ada beza samaada kita meng'alat'kan dunia atau menjadi 'alat' dunia. sama jugalah sama ada meng'alat'kan nuffnang, atau menjadi alat 'nuffnang'. sama juga sama ada meng'alat' kapitalis atau menjadi 'alat' kapitalis'.


sama jugalah meng'alat'kan blogspot atau menjadi 'alat' blogspot.

bagaimana kita meng'alat'kan sesuatu?

kita meng'alat'kan sesuatu dengan kita menjadi pengawal sesuatu itu.

kita kawal apa? kita kawal MATLAMAT dan OBJEKTIF nya.

kita kawal PROSESnya.

kita kawal SUMBANGAN dan FAEDAHnya.

---------------------------
matlamat Nuffnang? duit.

prosesnya? pengiklan kawal.

sumbangan dan faedahnya? kita dapat duit, pengunjung dapat malu tengok web islam keluar maya karin baik punya posing.

bila kita nak banteras SEKULARISME ARTISnya?

http://mfrstudio.board-realtors.com/arkib-f22/sekularisme-artis-t39.htm

mari saya tunjuk bagaimana saya kawal blogspot dari hanya memaparkan isi kandungan tulisan saya TANPA IKLAN MAYA KARIN POSING. cuba anda tengok persekitaran 'alhikmah-diari' ini. Bak kata ustaz hasrizal,"buka mata seluas-luasnya.."

bukan setakat BLOGSPOT KAPIR ini boleh kita meng'alat'kan dengan kita kawal MATLAMAT, PROSES, FAEDAHnya, malah BUMI KAPIR JEPUN juga kita boleh meng'alat'kan.

nah, tengok.



rumah JEPUN boleh di'alat'kan menjadi MUSOLLA. ya, sebagaimana saya menumpang tanah 'blogspot', begitu jugalah musolla itu menumpang tanah orang kaper jepun.
di bumi jepun ini memang semua orang asing adalah ALIEN. kami diberikan 'Kad Alien' sebagai ID seorang warga asing yang tinggal di Jepun. Bukan Karpal Singh saja alien. Anda juga Alien jika datang ke Jepun, melainkan anda adalah warganegara jepun.Oh,saya seorang pesakit 'psycho'. Tak apa. Kekarutan itu suatu yang 'sihat' di sisi mereka. 'Lantang pada kekarutan' itu suatu yang psychotic problem. Apa sangatlah nasihat kita ini untuk kebaikan mereka, nasihat yang tak membina agaknya.

Nasihat saya, jadikan dunia ini ALAT. Dengan mengawal MATLAMAT , PROSES ,dan FAEDAHnya . Jika salah satu darinya dikawal oleh dunia ke atas kita, maka kita sudah pun menjadi ALAT.

------------------------------------------------------------------------
[ beberapa contoh blog islami mula mengikut jejak tokoh yang dikaguminya dalam melanggan nuffnang- matlamat nuffnang melebar pengaruh tercapai hasil 'support' pelanggan islaminya yang serve nuffnang dengan rasa sungguh bangga]



______________________________________
UPDATE 2011:
saifulislam.com sudah tidak lagi meletak iklan nuffnang di dalam websitenya. namun perbincangan entri ini masih boleh dikembangkan pada konsep umumnya iaitu "memahami untuk mengalat atau menjadi alat"




Ketika menulis posting ini, aku sudah pun sampai ke Toyama setelah bercuti lebih sebulan di Malaysia sejak 1 Mac lepas.Aku ada 2 tahun lagi untuk menamatkan pengajian. Sebenarnya perjanjian dengan JPA, aku perlu habiskan pengajianku dalam 4 tahun saja.Akan tetapi tahun lepas aku mengulang setahun untuk tahun 2.Ini bermakna aku telah mungkir perjanjian atau dengan kata lain telah melanggar kontrak.

Walaupun aku sudah maklumkan situasi aku pada pihak kedutaan iaitu bahagian kaunseling pelajar, namun memohon melanjutkan biasiswa untuk tambahan tahun mengulang bermakna aku berhutang dengan rakyat Malaysia hampir setengah juta kerana tidak termasuk biasiswa tambahan untuk pelajar mengulang.

Sebagai pencopek wang rakyat, aku tak pernah tenang, namun aku perlu habiskan jua pengajian ini.Jika tidak, keseluruhan biasiswa dan wang rakyat yang aku terima sejak kanak-kanak hingga sekarang berjumlah hampir ratusan juta. Memang 7 keturunan aku belum tentu dapat bayar keseluruhan duit dan bantuan yang aku terima selama ini. Mahu atau tidak, aku kena bina diri menjadi senjata buat umat manusia supaya wang dan bantuan yang aku terima dari duit pelbagai lapisan masyarakat Malaysia tidak sia-sia.

Orang bising tentang sikap aku yang tak mahu berbelanja secara bebas seperti mereka.Aku juga pernah berbelanja bebas ketika awal-awal sampai ke Jepun. Ya lah, biasiswa yang cukup mewah bagi aku, ditambah pula aku buat kerja part time menghantar surat khabar dengan gaji lumayan, jadilah aku manusia yang rakus menerbangkan wang tunai ke tempat-tempat sia-sia.

Namun, ketika aku kemalangan buat pertama kali, ditangkap polis jepun, masuk mahkamah buat pertama kali, aku mula kenal apa itu kehidupan yang sia-sia. Aku baru sedar apa itu kesejahteraan hidup.Aku mula memperbanyakkan sedekah dan mula belajar jimat dan hidup zuhud dan sederhana. Duduk di Jepun tapi semangat kampung meresap dalam hidup aku. Baru aku rasa hidup yang bermakna.

Orang bising tentang betapa sia-sianya aku tinggal di Jepun tapi tak menikmati keseronokan yang bertebaran di bumi Jepun ini. Maaflah, mungkin persepsi 'seronok' itu berbeza dari satu individu ke individu yang satu lagi. Aku tak kan seronok jika wang rakyat yang diserah pada aku hanya terbang sia-sia tanpa manfaat buat rakyat kembali. Bukan aku nak suruh semua penerima biasiswa yang belajar di oversea hidup zuhud dan meninggalkan semua aktiviti lagha yang mereka anggap berfaedah untuk sosial itu. Bukan. Cuma aku nak jelaskan bahawa matlamat sosial dan ukhuwwah bukan semata-mata terkandung dalam aktiviti lagha seperti main bowling, makan-makan di restoran, atau jalan-jalan untuk bergambar semata-mata. Memang aktiviti lagha boleh dihilangkan lagha nya itu dengan inisiatif kita yang mengurus niat dan perjalanan aktiviti. Namun, aku lebih nampak aktiviti lain yang lebih jelas sosial dan ukhuwwah islami nya. Tak setuju dengan aku tak apa, cuma sebab aku rasa aktiviti itu baik untuk aku, maka aku menyertainya dengan penuh keyakinan dan pengharapan.

Aktiviti dakwah yang diusahakan jamaah tabligh di bumi Jepun nampak lebih memberi aku kekuatan, malah ilham-ilham baru untuk memperkemaskan strategi perjuangan aku di masa depan juga aku dapati dalam penglibatan aku dengan jamaah tabligh. Aku bukan karkun, jangan salah faham. Seperti juga orang tak iktiraf aku sebagai naqib usrah, fikrah ikhwan, begitu juga tak perlu nak label aku sebagai karkun. Cuma sejak aku bekerjasama dengan Faruq, karkun tabligh di bumi Toyama ini, aku mula belajar darinya tentang apa itu 'plan', apa itu 'gerak kerja' dan apa itu 'komitmen' dan 'istiqamah' yang buktinya jelas di depan mataku sendiri.

Di Universiti Toyama tidak pernah ada ruang solat yang benar-benar tersedia khas untuk pelajar islam mengerjakan solat. Kami sering guna ruang celah-celah almari di perpustakaan atau bilik-bilik kosong yang digunakan secara curi-curi. Namun, apabila plan untuk memohon bilik khas untuk solat dari pihak Universiti diutarakan Faruq, aku cuba membantu merangka gerak kerjanya. Hasrat untuk dapat bilik khas ini sudah pun diusahakan oleh beberapa pelajar senior sebelum ini, namun mungkin pihak universiti menganggap permohonan itu tak mengapa jika diketepikan saja kerana yang memohon dan berusaha nampak seperti seorang diri saja.

Gerak kerja untuk dapatkan bilik khas atau yang dipanggil surau sekarang ini, asalnya hanyalah gerak kerja aku dan Faruq. Namun kesudahannya pasti negatif jika setiap pelajar muslim di universiti Toyama tidak dilibatkan sama. Sebenarnya majoriti pelajar Muslim di universiti ini khasnya fakulti kejuruteraan ini adalah pelajar Malaysia.Oleh itu, Faruq memberikan pengharapan besar untuk idea ini dapat menerima sokongan seluruh pelajar Malaysia.Sebab Faruq seorang bangladeshi maka akulah yang perlu meyakinkan dan buat propaganda agar agenda untuk dapatkan surau menjadi agenda seluruh pelajar Malaysia.Alhamdulillah, semua rakan-rakanku termasuk junior yang lebih muda dari aku lebih berusaha dan banyak membantu dalam mencapai kejayaan memiliki sebuah surau di universiti ini.

Permohonan demi permohonan, mesyuarat demi mesyuarat dengan pihak universiti, akhirnya surau idaman itu dapat disediakan oleh pihak universiti. Bukan senang nak meyakinkan pengurusan Jepun untuk berlapangdada membantu pelajar Islam untuk selesa bersolat dalam masa yang sama menjanjikan prestasi pembelajaran tidak terjejas.Namun masalah komitmen dan istiqamah dalam memanfaatkan surau itu pula yang aku nampak ada kelemahan termasuk pada diri aku sendiri.

Setelah mengkaji dan berbincang dengan ramai karkun tabligh, aku mula bersedia untuk membantu satu lagi usaha dan agenda yang lebih besar susulan kejayaan mendapatkan surau di Universiti itu iaitu untuk mendirikan masjid atau musolla di kawasan perumahan berdekatan kampus aku. Disebabkan bilik khas itu cuma dibenarkan untuk diadakan solat semata-mata, aku tak nampak penambahbaikan dari segi komitmen dan nilai istiqamah dapat dilebarkan ke seluruh jiwa pelajar jika tiadanya usaha-usaha dakwah susulan.Berhari-hari aku berfikir untuk dapatkan penyelesaian usaha dakwah corak bagaimanakah yang patut diterap di bumi Toyama, kerana sepanjang aku bersama Faruq, aku nampak beberapa kelemahan dalam dakwah jamaah tabligh.Dari sudut kefahaman Faruq dalam mengenal erti dakwah dan perjuangan Islam juga amat terbatas dengan meletakkan usaha agama hanyalah apabila khuruj,dan tidak meletakkan perjuangan dirinya sendiri menuntut ilmu untuk menjadi profesor di bangladesh sebagai usaha agama sama.

Aku lebih gemar konsep "keluar di jalan Allah seluruh hidup" kerana seluruh hidup kita ini hanya bermatlamatkan ibadah, tiada lain selain itu, daripada kefahaman Faruq bahawa "keluar di jalan Allah" paling lama 3 bulan, 40 hari, 3 hari dan sebagainya. Faruq menganggap aku berfikrah sufi yang meletakkan seluruh hidup untuk beribadah kepada Allah semata-mata. Mungkin maksud agama, ibadah dan jalan Allah itu berbeza antara aku dan Faruq.

Akhirnya aku dapat juga merangka satu kertas kerja yang memperincikan usaha-usaha dakwah susulan supaya solat jemaah yang dilaung-laungkan untuk diimarahkan di Musolla yang bakal terdiri dengan menyewa sebuah rumah itu dapat tertegak dengan jiwa dan semangat pejuang-pejuang islam dan bukan sekadar aktiviti harian yang masuk keluar hanya asap.Aku meraikan usaha usrah IPIJ (ikatan persaudaraan Islam jepun) yang presiden dan ajk nya ada di Toyama begitu juga diraikan adalah usaha jamaah Tabligh dengan program kedua-dua usaha itu disilihganti dalam 2 minggu.Kertas kerja aku akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Komuniti Muslim yang julung-julung kali diadakan pada 2 hari selepas aku sampai di Jepun iaitu lusa ketika aku menaip ini.Kertas kerja aku itu sudah disiapkan sebelum aku pulang bercuti di Malaysia mac lepas.

Alhamdulillah, misi jelajah bertemu tokoh agama yang aku rangka pada Mac lepas juga berjalan dengan baik walaupun beberapa perubahan terpaksa aku buat. Perjalanan yang padat dengan isi dan pengalaman, begitu juga rakaman temubual yang begitu berharga berjaya dilaksanakan walaupun beberapa kelemahan teknikal berlaku.

Berikut adalah 6 tokoh yang berjaya aku wawancara dalam misi itu:

1) 21 Mac- Ustaz Kamaruddin Kassim - aktivis TERAS dan Pegawai Jabatan Agama Sg petani

2) 25 Mac- Dato seri Dr Harussani Zakaria - Mufti Perak

3) 28 Mac- Ustaz Rasul Dahri

4) 29 Mac- Prof Dr Sidek Baba

5) 31 Mac- Ustaz Abdul Ghani Samsudin - Pengerusi SHURA

6) 2 April- Ustaz Zamihan Md Zin

InsyaAllah aku akan segera tayangkan semua rakaman temubual itu di channel aku di youtube nanti.

Selepas saja meletak barang-barang aku di rumah baru yang akan dijadikan Musolla bermula 6 April ini, aku terus bergegas ke Fakulti Kejuruteraan yang dekat saja jaraknya dari rumah itu. Aku segera memeriksa keputusan peperiksaan semester lepas di makmal komputer sekolah, dan aku sungguh terkejut subjek yang aku sangka gagal telah diberi lulus oleh Yamada Sensei.Bertambah yakinlah lagi aku bahawa berkorban dan berusaha membantu agama Allah tak pernah sia-sia malah Allah akan membantu kita dan memberi rezeki dengan jalan yang tidak kita sangka-sangka! Oh!

Sebab itu nasihat aku buat rakan-rakanku yang ditolak pinangan mereka oleh wanita-wanita solehah yang menjadi rebutan lelaki-lelaki berjiwa warak , jangan bersedih. Sebab, kalian mesti akan faham bahawa bukan mendapat isteri solehah yang comel itu yang menjadi kemuncak bahagia dan gembira, tetapi bila kita rasa hidup kita diredhai Allah dengan usaha dan pengorbanan kita buat agama Allah dibalas dengan Allah membantu dalam kesulitan kita!Oh, subhanallah! Itulah kegembiraan yang sangat tinggi yang aku rasakan sekarang. Ya Allah, istiqamahkan aku dalam jalanMU, matikan aku sebagai syuhadaMu.. ameen.