|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH

(khas buat seluruh teman)

Jika hari ini saya mengaku saya cenderung menyokong ustaz uthman el muhammady dan ustaz nuruddin marbu al banjari apabila dikritik sama ada oleh dr asri zainul abidin mufti perlis mahupun dr syed ali tawfik alattas pengarah IKIM, pastinya ada suara-suara mentertawa kerana mendakwa saya ini taksub tok guru dan institusi pondok. Saya terima jika mereka memahami mengapa saya menyokong dua ulama ini yang dikritik dalam media kononnya dikritik pemikiran bukan peribadi, padahal maklum mengetahui dua ulama ini sudah diperendahkan peribadi mereka malah boleh mendekati fitnah yang amat jijik.

saya bukan pelajar pondok, malah keluarga terdekat saya majoriti bukan pelajar pondok, hatta yang tercicir pendidikan pun ramai di kampung. Saya tak pernah bertemu dua ulama yang saya sokong ini melainkan mengenali ustaz uthman selepas beliau diwawancara di tv3 setelah menerima tokoh maal hijrah 1426 hijrah. Sejak itu saya seperti biasa akan ikuti dengan penuh minat segala apa yang diperkatakannya samada dalam rancangan-rancangan al kuliyyah mahupun tulisan-tulisan beliau yang ada di akhbar-akhbar. Ustaz Nuruddin saya baru berkenalan saja keilmuannya menerusi internet selepas saya ada di jepun pada tahun lepas. Selepas berkenalan dari audio-audio kuliahnya dan tulisan-tulisan para murid yang menadah ilmu darinya, saya menaruh minat atas keilmuan dan sangat kagum seperti saya kagum dengan ustaz uthman el muhammady.

Benar, walau kagum bagaimanapun saya, tidak mengakibatkan taksub sepertimana saya juga kagum akan anak syed naquib alattas lagenda cendikiawan negara iaitu syed ali tawfik , juga saya kagum dengan dr asri zainul abidin yang punya ramai peminat hingga beberapa laman menyokong kuat personalitinya contohnya alahkam.net, walaupun dr asri diterjah oleh warga salafi yang lain. Saya bersetuju dengan tema kedua-dua tokoh ini iaitu mufti perlis dan pengarah ikim akan perihal "tegur pemikiran dan bukan peribadi", namun disebabkan sokongan atas tema itulah saya ingin tegur pemikiran dua tokoh ini dalam menulis dan bercakap sesuatu kerana mereka telah pun menyerang peribadi ustaz uthman el muhammady dan ustaz nuruddin marbu al banjari serendahnya.

Mungkin tulisan dr syed ali akan ustaz uthman tidak dikesani orang atas sebab walaupun dapat ditangkap maksudnya, namun masih belum sampai memfitnah ustaz uthman serendah seperti dr asri telah lakukan ke atas ustaz nuruddin. Dengan tajuk "Jangan Lelong Agama Untuk Keuntungan Perniagaan" jelas meletakkan ustaz nuruddin yang dibicarakan dr asri setaraf dengan peniaga-peniaga kapitalis yang mementingkan keuntungan perniagaan ataupun paderi-paderi zaman gelap eropah yang mahu mencari keuntungan wang dari iktikad agama.

Dr Asri bukan pertama kali berbicara soal ustaz nuruddin dengan tuduhan begitu kerana pernah menyampaikan ceramah di Ipoh lebih awal dari tulisannya di utusan itu akan perihal hadis yang sama. Ustaz Nuruddin juga tak perlu membalas tulisan dr asri kerana sudah ramai mendengar penjelasan yang baik dan kemas yang disampaikan beliau sebelum ini yang dirakam oleh sahabat-sahabat kita di perak,alhamdulillah. [part 1][part 2]

Hadis akan berjabat tangan yang disebut sebagai hadis maudhu yang batil oleh dr asri itu dipersetujui oleh ustaz nuruddin akan maudhunya hadis itu disebabkan salasilah perawinya. Namun ada sebuah hadis yang sahih yang matannya lebih kurang sama perihal siapa yang memandang rasulullah dan orang yang memandang manusia yang memandang rasulullah bersambung-sambung hingga qiamat akan masuk syurga tidak diperkatakan oleh dr asri memperlihatkan ada benarnya kebimbangan ustaz nuruddin bahawa seakan ada konspirasi mahu memukul peribadi dirinya atau dengan kata lain "konspirasi serangan peribadi".

Memperlihatkan hakikat ini, tulisan Dr Syed Ali Tawfik alattas lebih wajar digunakan kepada Dr Asri kerana Dr Asri dan beberapa pengikutnya lah yang lebih tentu menonjol dalam menyerang peribadi berbanding ulama lain yang banyak dilihat mengajak pada musyawarah, adabul khilaf, dan perdamaian serta penyatuan ke arah memperkuatkan institusi ulama di nusantara amnya, dan malaysia khususnya.

Wawancara Ustaz Uthman jelas mengajak perdamaian, begitu juga Ustaz Nuruddin mengajak perdamaian dengan mengingatkan ulama-ulama di zaman salaf lagi seperti mujtahidin imam malik, imam abu hanifah, imam syafie dan imam ahmad telah tunjukkan tauladan itu. Sebenarnya jika direnung dari falsafah hidup manusia sendiri, menyeragamkan manusia hingga kepada perincian detail hidup atau memprodukkan manusia sebagai robot dengan cip program yang sama adalah suatu kebodohan. Mana mungkin manusia yang Allah jadikan untuk lengkap melengkapi boleh seragam? Kepelbagaian ragam manusia dengan tafsiran tersendiri dalam hal-hal detail adalah lumrah yang mengikat manusia supaya hidup berkomuniti dan lengkap melengkapi. Semua orang tahu tentang itu.

Oleh itu, kita tidak menyalahkan jika orang-orang perlis tidak mahu membaca qunut atau membaca tahlil dan yasin, namun yang kita salahkan orang yang anggap perkara yang ada ruang untuk diterima ditolak mentah-mentah hingga mudah prejudis sampai boleh bersangka buruk dan memfitnah. Ini yang telah melanda Dr Asri yang ghairah untuk bangun dan bangkit gelombang tajdid seperti yang didakwanya dibangun dan dibangkitkan lebih awal oleh sheikh al hadi, dr burhanuddin helmy dan lain-lain sebelum merdeka. Saya secara peribadi suka semangat Dr Asri yang saya percaya mahu meletakkan dirinya sebaris pejuang-pejuang islam yang mengorbankan hayat mereka untuk perjuangan islam, namun beliau silap dalam keghairahan membangkitkan gelombang dan tegur pemikiran, kerana beliau sudahpun terjebak dalam keruntuhan akhlak dengan mengabaikan adab ilmu, adab khilaf, dan muafakat untuk menguatkan institusi ulama.

Dengan itu saya menyeru warga salafi muda mudi di luar sana, begitu juga anak-anak muda penyokong institusi ulama tradisi , jangan kita abaikan AKHLAK seperti yang diseru oleh dua ulama ustaz uthman dan ustaz nuruddin yang walaupun sudah diburuk-burukkan,diperendah, dibantai malah difitnah masih tetap lembut mengajak pada adab dan perdamaian yang hakiki.

Saya sentiasa berdoa, satu perjumpaan mesra akan diadakan diantara kelompok salafi mahupun modenis yang mencanang-canang gelombang tajdid mereka, dengan institusi ulama pondok dan tradisi yang rendah diri untuk sama-sama kenal mengenali dan faham memahami antara satu sama lain. Saya tak suka ada di antara penyokong-penyokong salafi mahupun tradisi sama ada tua atau muda, berkeras-keras antara satu sama lain, hingga tuduh kafir mengkafir. Saya begitu berharap dan berdoa para ulama tidak pula mengikut rentak penyorak-penyorak mereka untuk saling berkeras dan hentam menghentam, seperti yang disebut ustaz nuruddin membuang masa, padahal jalan bersatu mampu mengukuhkan.

Saya gembira dan lega, ustaz uthman el muhammady dan ustaz nuruddin marbu al banjari benar-benar beramal dengan perjuangan ilmu yang mereka sebarkan iaitu mengajak pada sabar dan mereka sendiri sabar. Orang-orang beriman yang memikul amanah dakwah sememangnya golongan yang berjuang atas prinsip solat dan sabar. Sedang orang-orang yang gagal mengendong amanah, mereka amarah,rakus, kasar, gelojoh dan membuta tuli.

Sedih apabila ada ulama mengabaikan akhlak satu unsur yang begitu teras dalam islam selepas akidah dan ibadah untuk capai taqwa hingga berperilaku tidak adil malah zalim dengan fitnah ulama lain atas dasar prejudis dan api-api semburan para munafik yang berada sekitar mereka. Namun lebih sedih dan perit, apabila anak-anak muda penyambung legasi ulama berperilaku laksana si munafik itu dengan meniup-niup api sengketa supaya ulama-ulama terus berlaga dan mereka sorak menyorak dengan carut dan marut selepas jatuh menjatuh peribadi dan aib ulama masing-masing.

Saya menasihatkan anak-anak muda yang sedih dan perit hati melihat suasana tak sihat di kalangan ulama mutakhir ini supaya kuat dan sabar dan terus berpegang kepada akhlak dan menyebarkan akhlak itu seperti kuat dan sabarnya ulama yang menanggung fitnah dan serangan itu sendiri seperti ustaz uthman dan ustaz nuruddin. Kadang kala apabila para ulama melihat anak-anak didik mereka yang muda-muda begitu teguh sabar dan menyokong, mereka juga akan diperkuatkan Allah akan sabar dan semangat. Mereka akan jadi ulama yang tak mudah melatah dan bertenang sentiasa dalam menghadapi kezaliman fitnah, dan bukankah itu harapan kita sebagai orang yang mendoakan mereka?

Adapun anak-anak muda yang berperangai tak matang, mendakwa penyokong ulama kita, padahal berperilaku seperti musuh dengan tidak mengamalkan akhlak yang diseru dan diajak oleh ulama kita merupakan virus yang jahat lagi mungkar. Mereka mendakwa benci wahabi benci Dr Asri lalu mereka membuka-buka aib dan fitnah masa silam Dr Asri malah mengkafir Dr Asri, dan ketawa macam syaitan, teriak macam apa entah, mereka bangga dengan akhlak buruk, padahal mereka telah melanggar seruan ulama kita, mereka telah mencabuli aspirasi kita untuk menyebarkan akhlak, mereka buat ulama kita diftnah kali kedua atas perbuatan-perbuatan mereka. Kita boleh mengingatkan sabar pada mereka andai mereka terlalu ikut emosi, namun kita hanya perlu tinggalkan mereka andai mereka menengking kita malah menuduh kita tak sayang ulama kerana tidak beraksi kera seperti mereka.

Ketika seorang kafir memanggil celaka ke atas Rasulullah yang sedang berjalan dengan Aishah, Aishah berasa marah dan pedih hati, bukan saja suaminya dicerca depan-depan, malah suaminya itu Rasul utusan Allah buat seluruh manusia akhir zaman membuatkan Aishah terus mencerca kembali si kafir. Namun, Rasulullah mengajak Aishah pada sabar, tidak pula Aishah menengking Rasulullah kembali, "apehal nak sabar, ni orang ni cerca rasululllah, mana boleh tak marah, gila ka apa.. mesti kena godam!" astaghfirullah al adzim. Aishah tidak terus mencerca malah mendengar nasihat Rasulullah lalu bersabar.

Bagitulah ada pada Rasulullah itu suri tauladan yang baik. Apabila kita bertindak sepertimana Rasulullah bertindak menasihati Aishah, dengan kita bertindak menasihati sahabat-sahabat kita untuk kita pertahankan akhlak islam walaupun kita diserang dengan cercaan dan ejekan, kita sebenarnya lah digolongkan sebagai umat Rasulullah yang mencintai Rasulullah dan mengikuti sunnah baginda. Sedang musuh yang mencerca atau sahabat kita yang menengking kita kerana kita ajak pada sabar merupakan kelompok yang tewas pada hasutan syaitan yang mahu manusia hidup atas emosi dan perasaan yang dikuasai oleh nafsu amarah.

Oleh itu, dengan ini saya mengajak sahabat-sahabat bersabar dan teruslah berdakwah serta sebarkan akhlak kerana masih ramai yang belum sempat merasakan nikmat beradab dan berakhlak baik. Marilah kita mencontohi bagaimana sabar dan tenangnya dua ulama kita yang sedang dizalimi dengan kutukan dan cercaan iaitu ustaz Uthman el muhammady dan Ustaz Nuruddin. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang bersabar dan mereka yang bersabar itulah yang menang.



Pada asalnya saya juga tak berkeinginan untuk menyentuh isu-isu 'hot' hingga menaikkan kelibat anak-anak muda menambahkan lagi kes-kes kontroversi melibatkan warga muda melayu sama ada lelaki atau perempuan. Jika diberikan pilihan untuk membicarakan akan tingkah laku remaja, saya lebih berminat untuk membincangkan hingga ke peringkat tertinggi membuah penyelesaian akan isu-isu gangsterisme dan hedonisme di kalangan remaja, yang lebih majoriti dalam menyumbang kes-kes jenayah dan keruntuhan akhlak. Namun masyarakat tak suka menyelamatkan anak muda, mereka suka ludah anak muda sahaja.

Akan tetapi setelah membaca dua artikel di laman blog tawel dan di forum TKO, memperlihatkan untuk saya berbicara membebel berseorang diri (blog saya hanya dikunjungi purata 5 unique visitor sahaja, alhamdulillah berjaya menjadi low profile) bukan mengulas akan hukum si 'e-ma' memegang babi-anjing, tapi untuk berbicara soal kasih sayang haiwan yang membawa ke syurga.

Saya letakkan gambar Husam Musa memeluk kambing jamnapari dan si e-ma memegang anak babi untuk memperlihatkan akan manusia yang mengasihi haiwan. Babi memang tidak setaraf dengan kambing dalam kehidupan muslim, kerana kambing bukan saja halal dimakan dan banyak khasiat berbanding daging ayam atau lembu, malah kambing juga punya kaitan rapat dengan kisah para rasul dan nabi. Contohnya Nabi Ismail pernah ditukar dengan kibas (sejenis kambing) ketika Nabi Ibrahim diperintahkan menyembelih anaknya itu, dan Nabi Muhammad pula pernah mengembala kambing. Kambing juga antara haiwan yang sering dijadikan korban dalam banyak acara seperti ketika aidil adha atau kenduri kahwin.

Di samping e-ma memegang babi, e-ma juga dikhabarkan memegang anjing. Anjing juga istimewa seperti kambing tadi kerana punya kisah silam yang sering dikhabarkan buat tauladan yang begitu masyhur. Iaitu kisah anjing ashabul kahfi yang setia menjaga pintu gua yang disebut dikurniakan syurga, dan juga kisah anjing yang diberi minum oleh seorang pelacur hingga pelacur itu dikurniakan syurga oleh Allah s.w.t. Anjing juga dihalalkan untuk dijadikan pemburu sebagaimana orang-orang di zaman silam memburu rusa banyak memanfaatkan keistimewaan anjing yang dikurniakan Allah keupayaan menghidu yang tinggi. Sehingga di zaman moden anjing masih punya manfaat sebagai penolong pasukan polis untuk mengesan penjenayah dan tugas anjing ini diiktiraf oleh para ulama dan para ulama sepakat menghalalkan penggunaan anjing dalam pasukan polis.

Adapun kisah babi jarang orang kisahkan. Memang benar babi sering digambarkan sebagai haiwan yang jijik atas sebab gaya hidupnya yang kotor, dan logiklah jika Allah s.w.t mengharamkan babi untuk dimakan. Adapun menyentuhnya dikategorikan sebagai najis, dan tidak pula para ulama mengharam menyentuhnya jika ada keperluan untuk berbuat demikian. Tawel menjelaskan dalam entri blognya perihal adab dengan anjing dan babi yang beliau sifatkan perlu mengambil kira juga faktor budaya setempat supaya tidak menghadirkan rasa tidak puas hati dan kebimbangan di kalangan umat Islam khususnya di malaysia.

Apa yang tawel sebutkan itu aku setuju. Seperti juga filem Gubra yang mempamerkan seorang bilal mengusap-usap anjing ketika sudah berwuduk untuk ke surau bersolat subuh telah dikritik hebat oleh Faisal Tehrani sebagai satu perbuatan yang tidak bertujuan dan hanya bermatlamat untuk tonjolkan kontroversi. Faisal Tehrani menyebut bahawa apakah tidak dibimbangi bulu anjing itu basah dengan embun pagi, dan apakah wujud keperluan untuk mengusap anjing ketika si bilal berniat untuk ke surau untuk solat, dan apa yang diperkatakan oleh faisal itu ada betulnya dalam konteks filem Gubra kerana si bilal selepas mengusap anjing, telah bertegur sapa mesra dengan pelacur yang baru balik kerja. Itu membuktikan Yasmin Ahmad sedang menjual fahaman liberalisme dalam beragama.

Berbalik soal babi tadi, sebenarnya kisah babi juga wujud dalam siri kisah tauladan yang sering saya dengar dari tazkirah para ustaz yang mengajar saya. Mungkin akan timbul puak salafi yang mempertikaikan kisah israiliyat, namun tidak mengapalah untuk perkatakan sahih atau tidak kisah yang saya dengar, asal saja kisah itu berikan saya suatu fikir yang berguna.

Ada suatu kisah menceritakan bahawa babi telah keluar dari gajah di atas kapal Nabi Nuh lalu ditugaskan memakan najis-najis haiwan di atas kapal hingga akhirnya kapal itu bersihlah hendaknya. Adapun satu lagi kisah menceritakan sepasang suami isteri telah bertukar menjadi babi atas akibat perbuatan dosa mungkar mereka. Walaubagaimanapun si anak tetap menjaga ibubapanya yang bertukar menjadi babi itu dengan memandi dan memberi ibubapanya makan hingga bertahun-tahun lamanya.

Dua kisah itu sebenarnya agak popular di kalangan orang melayu kita, namun biasalah jika ada orang melayu suka bercerita tapi tak suka berfikir.

Bila membaca komen-komen pelawat TKO akan isu si e-ma ini jelas mereka bukan sekadar jijik bahkan mereka bencikan babi. Babi mungkin haiwan yang banyak mendatangkan masalah terutama ke atas alam sekitar yang bersih untuk dihuni manusia, seperti masalah babi di melaka yang kecoh kebelakangan ini, namun babi tak diperintah untuk dibenci oleh Allah s.w.t.
Setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya, namun sedikit saja yang dapat berfikir.

Benar, memang babi dipandang keji dan diiktiraf haiwan keji oleh semua kaum di dunia seperti yang ditulis oleh kawan kita alexandewathern. Namun kisah ibubapa yang bertukar menjadi babi itu tak seteruk kisah sekumpulan yahudi yang Allah tukarkan menjadi monyet kerana melanggar hukum hari sabtu. Allah s.w.t murka akan kumpulan yahudi itu lalu Allah tukarkan mereka menjadi monyet dan bukannya babi. Maka adakah monyet sebenarnya lebih hina dari babi? Wallahua'lam.

Adapun monyet atau kera memang bersebati dalam kehidupan orang melayu. Di Malaysia, pohon-pohon kelapa sehingga kini masih lagi menggunakan khidmat monyet untuk memanjat dan memetik kelapa. seperti juga babi, monyet juga haram dimakan. Dan seperti juga babi, monyet juga sinonim untuk dipanggil bagi kata-kata untuk mengeji seseorang. Biasalah orang nak mengeji manusia lain, bukan saja kita pernah dengar "hei, babi", tapi kita juga pasti biasa mendengar, "hei, monyet!" , "hei, lembu!" , "hei, keldai!", "hei, beruk!" , "hei, tenuk!" dan lain-lain.

Akan tetapi apa yang diasuh oleh ibubapa saya, jika kita menjadi marah kepada manusia seelok-eloknya sebutlah, "astaghfirullah al adzim", atau kalau nak menyeru nama sesuatu pun tidaklah wajar menyeru nama haiwan, tapi patutnya menyeru nama Allah dengan menyebut,"Ya Allah..." dan bukannya menengking bengang tak tentu pasal,"hei, babi".

Haiwan sering dianggap satu makhluk hina sebab itu manusia bila nak menghina manusia lain akan menyeru nama haiwan. Dalam masa yang sama, seperti yang saya tulis di atas, setiap haiwan yang manusia sebut hina itu termasuklah babi, anjing, kambing, lembu, beruk, tenuk dan sebagainya sebenarnya banyak guna pada manusia sendiri. Dan itulahpun sebab Allah menyediakan haiwan di dunia ini untuk dimanfaatkan oleh manusia dan untuk menguji manusia. Bagi siapa yang belajar sains, sudah tentu bukan sewenang-wenang kita nak menghapuskan satu kumpulan haiwan yang wujud dalam satu rantaian ekologi. Seperti yang pelajar sains maklum, jika terputus rantai makanan maka akan terhasillah ketidakseimbangan ekologi.

Untuk memahami manfaaat yang boleh didapati dari haiwan, maka haiwan itu perlulah dikaji. Dan jika haiwan itu dibenci maka tentunya sukar untuk dibuat kajian, maka logiklah jika e-ma mempunyai nilai kasih sayang terhadap haiwan yang tinggi. Hari ini, orang mengeji e-ma kerana sayang pada babi dan anjing, tapi di hari esok, merekalah yang gunakan pengetahuan e-ma terhadap dua haiwan yang mereka tak pernah dekati itu. Seperti satu komen di TKO, seorang pelawat beriya-iya mengejek e-ma bekerja dengan babi, lalu tidak semena-mena telah mengukirkan satu teori saintis bahawa babi punya banyak kuman. Adapun saintis yang mengeluarkan teori itu pastinya telah bergelumang dengan babi, atau setidak-tidaknya pekerja mereka. Lalu, akhirnya kita sendiri yang bodoh tak suka akan ilmu kebinatangan mahu menghina diri pekerja yang bekerja dengan binatang, akhirnya memanfaatkan sendiri ilmu kebinatangan itu. Tidakkah malu manusia sebegini?

Kes menghina-hina ini memang aku tentang tak kira yang mereka hina itu suatu yang teruk, tidak bererti patut menghina hingga melampaui batas. Tak perlu aku nak panjangkan akan perangai segelintir manusia sebegini yang merosakkan manhaj dakwah yang diperjuangkan para ulama dengan diri mereka yang tak berakhlak. Kes-kes kaki carut marut ini memang sering merosakkan mana-mana kumpulan manusia, seperti yang wujud di kalangan warga salafi-wahabi yang mengejek-ejek orang, atau warga sufi yang sudah terjangkit perangai takfir, mahupun warga politik samseng yang kutuk-gelak-kutuk-gelak tak berkesudahan. Semua mereka ini perosak di pihak mana pun mereka berada, merekalah pengganggu kedamaian, merekalah pengganggu keilmuan, merekalah pengganggu dakwah hikmah.

Berbalik kisah manusia yang suka menyeru-nyeru nama haiwan untuk menghina tidak berfikir bagaimana Rasulullah sendiri memandang mulia haiwan sehingga memanggil sahabat dengan nama haiwan iaitu Abu Hurairah (bapa kucing). Dikhabarkan juga ikatan serban umat islam yang terjuntai ke belakang itu, adalah diambil dari gaya kucing yang terjuntai ekornya. Jika benar dakwaan ini, maka ekspresi haiwan juga diterjemah dalam syiar islam seperti pakaian berserban itu. (walaupun sekelompok manusia tidak bersetuju serban suatu sunnah yang dituntut, akan tetapi bilangan ulama berserban tidak kurang jumlahnya.). Kucing juga tidak terlepas menjadi bahan untuk mengeji manusia, seperti orang melayu sering sebut,"taik kucing", walaupun "taik lalat" itu bukan suatu kejian bagi orang melayu malah pujian,contohnya "manisnya taik lalat awak".

Ringkasnya umat Islam yang faham Islam dan faham dakwah Islamiyah tak ada masalah dalam isu haiwan ini, dan jika ada khabar mengatakan si e-ma itu mahu menjual faham agama yang rosak dengan cuba mempopularkan babi dan anjing untuk dijadikan haiwan kesayangan (pet) adalah berunsurkan fitnah selagi tiada pertemuan empat mata dibuat dengan e-ma. Adapun dakwah islam memang lazim untuk berjumpa bertentang mata dalam bertanyakan hal sebenar, dan jika benar si pelaku itu telah keliru adalah lebih mudah untuk diajak dirinya kepada kebenaran ilmu yang sebenar. Sepertimana yang sering dilakukan Rasulullah apabila dikhabarkan orang akan perilaku seseorang, Rasulullah pernah berjalan sendiri menemui orang itu dan bertanyakan hal sebenar lalu didakwah Rasulullah selepas itu.

Pejuang-pejuang Islam memang dituntut untuk mengasihi haiwan, dan mengkaji haiwan ini untuk dimanfaatkannya. Adapun memang Allah s.w.t cipta sesetengah haiwan itu sebagai perosak seperti nyamuk, tikus atau babi, namun hanya manusia yang berfikir tahu hikmah haiwan perosak ini lalu berjaya juga memanfaatkannya seperti nyamuk dimanfaat untuk pengetahuan virus, tikus dimanfaatkan dimakmal dan babi juga ada manfaat yang dikhabarkan pada saya mungkin tempat perangkap kuman, wallahua'lam.

adapun manusia-manusia yang keji mereka bukan saja gagal mengasihi haiwan, malah mereka liar terhadap manusia dengan mengejek-ejek manusia dengan nama haiwan, malah mereka juga bodoh dalam keilmuan namun tak malu menjadi pengutip ilmu bila mereka diasak dan dicabar. manusia yang keji semuanya dihumban ke neraka, sedang manusia yang menyebarkan kasih sayang dibawa ke syurga hatta kerana memberi minum seekor anjing.

"aku sedih melihat anak syed naquib al attas iaitu dr syed ali tawfik alattas mencelah antara pertembungan dr uthman el muhammady yang cuba melindungi ustaz harussani dari diserang kelompok angkatan dr mohd asri zainul abidin. mesej utama dr uthman jelas, tapi mungkinkah dr syed ali diapi-apikan oleh md asham dari ikim. padahal patutnya ikim dan istac dapat menemui jalan temu apabila ikim diterajui dr syed ali anak kepada tokoh istac syed naquib alattas. dr uthman el muhammady kini adalah felo kehormat istac bekas institusi yang menjadi medan ayah dr syed ali sendiri. kelompok salafiyyah yang mendabik dada sebagai pemegang kesarjanaan keilmuanlah yang dilihat jelas mempertembungkan dr syed ali dan dr uthman, padahal dr uthman telah diakui tokoh ilmu gemilang negara. sedih sangat pertembungan ini."
(ulasan awal mfr)

Hari ini saya mula lakukan 'search archieve' di utusan untuk menyemak kembali tulisan Dr Syed Ali yang bertajuk 'Tegur Pemikiran Bukan Peribadi' namun tidak menjumpainya. Kemungkinan besar telah dipadamkan oleh warga utusan online atas sebab tidak mahu dihebahkan dan dibahaskan secara panas di laman maya. Saya mula lakukan search di google pula pada tajuk artikel tersebut, ternyata artikel itu hanya terpampang dari blog yang saya bina untuk kumpul makalah Dr Syed Ali di blogspot dan yang ditempel di alahkam.net seperti biasa apabila ada sokongan pada mufti perlis mahupun bantahan pada dr Uthman el Muhammady. Kita abaikan kisah alahkam yang cukup jelas anti dengan ustaz uthman dari awal ustaz uthman mendedahkan wahabi menular di malaysia beberapa tahun lepas. Saya ingin membongkar sedikit tulisan Dr Syed Ali yang pada tajuknya saja sudah membantai Dr Syed Ali sendiri.

Samada tajuk itu pilihan Dr Syed Ali sendiri atau pihak utusan, ternyata hal yang disebutkan Dr Syed Ali bertentangan dengan apa yang beliau sendiri sedang lakukan dalam kenyataan artikel tersebut. Dari 9/22 perenggan yang ditulis pada awalnya dr Syed Ali cuba menjelaskan dan membangkitkan betapa penting manhaj qiyas atau akliah sebagai manhaj keilmuan dan inilah yang ingin beliau semaikan atau tegurkan pada golongan ulama merujuk pada makalah yang pernah ditulisnya bertajuk 'Mengubah Minda Melayu'.Beliau tulis,

"Nampaknya teguran-teguran yang terkandung dalam makalah itu dianggap serangan peribadi bukannya teguran membina. Ia juga dianggap terlalu umum kerana tidak dinyatakan secara jelas siapa orang yang dimaksudkan. Bolehlah dianggap sesetengah orang berasa marah terhadap kandungan makalah saya dan perasaan tidak puas hati itu akhirnya sampai ke telinga Perdana Menteri."

"Berikutan penyiaran makalah berkenaan, saya terus-terusan mendakwa bahawa dunia Islam pada umumnya, khususnya mereka yang datang daripada kalangan yang digelar ataupun menobatkan diri mereka sebagai ‘ulama’, yang mendakwa diri mereka pewaris keilmuwan dan kewibawaan, telah memusnahkan epistemologi kaum Muslimin seterusnya bertanggungjawab terhadap kepapaan keilmuwan dan kemunduran akal yang begitu berleluasa hari ini."


Secara ringkasnya Dr Syed Ali mahu mengangkat budaya keilmuan supaya dijunjung oleh institusi ulama dan betapa apa yang beliau lakukan dalam banyak tulisannya adalah teguran membina dan bukan serangan peribadi.

Malangnya, Dr Syed Ali dalam 13 perenggan berikutnya telah mula menyerang peribadi dan bukan teguran membina lagi. Beliau menulis,

"Contohnya baru-baru ini, dalam satu temu ramah yang disiarkan di sebuah akhbar, seorang yang mendakwa sebagai pemilik sah ijazah kedoktoran dianggap pemegang kewibawaan aliran arus akliah Islam dan mendakwa dirinya benteng institusi mufti."

"Inilah rupa sebenar manusia yang mendakwa memahami pemikiran al-Ghazali tetapi dalam perenggan berikutnya bercakap tentang keperluan untuk “kembali kepada paradigma intellectual arus perdana Islam”.

"Jelasnya beliau tidak memahami pemikiran modenis. Tambahan pula beliau mencadangkan pengembalian kepada pemikiran Islam arus perdana. Kembali dari mana? Mungkinkah dari pemikiran modenis semasa tanpa menyedari bahawa beliaulah sebenarnya pencacai pemikiran itu tanpa memahaminya dan dengan tidak mentakrifkan aliran arus akliah yang datang sebelumnya."


Dan tulisan di atas jelas cuba merendahkan peribadi ustaz Uthman yang jika saya orang awam membaca pun sudah dapat menangkap maksud tersiratnya apatah lagi jika Ustaz Uthman membacanya sendiri. Saya benar-benar berdoa agar Ustaz Uthman diberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk terus berpegang pada prinsip ustaz uthman yang ustaz uthman sebutkan dalam wawancara yang dirujuk sendiri oleh dr Syed Ali, ustaz uthman menyebut

"Kita perlu berhenti mengeluarkan komen negatif sesama kita. Jika ada perkara sensitif, bincang secara tertutup. Selepas itu, keputusan yang membantu kita dihebahkan. Perkara negatif, sensitif dan tidak membantu ke arah penyelesaian tidak dihebahkan kerana al-Quran melarang perbuatan itu. Allah tidak suka keburukan dibicarakan secara terang-terangan di depan orang ramai kecuali orang dizalimi. Itu pun jika nak suarakan, dengan cara yang boleh menyelesaikan masalah dan hanya kepada pihak berkenaan."

Saya percaya Dr Syed Ali bukan seorang yang begitu jahil dan sempit tanpa boleh menangkap keseluruhan mesej ustaz Uthman dalam wawancara yang sudah dibantah dan disokong bantahan oleh 3 individu termasuk dr Syed Ali selepas Md Asham dan dr asri.

Pertamanya, Ustaz Uthman tidak menulis artikel atau makalah, akan tetapi telah diwawancara. Oleh itu serangan peribadi tidak boleh ditafsir kepada jawapan Ustaz Uthman yang hanya menjawab soalan wartawan yang sudah pun berbentuk menjurus kepada serangan peribadi , contohnya,

Apakah seorang mufti tidak boleh menzahirkan pandangan berbeza dengan mufti lain.

Kita mesti menghormati mufti lain, terutama mufti yang lebih tua. Bagaimanapun, keadaan sekarang tidak begitu. Kebiadapan mula menonjol. Ada mufti suka mengeluarkan pendapat peribadi dan tidak mahu mengikut arus perdana yang mementingkan musyawarah.

Tertib seorang mufti mesti membuat keputusan berdasarkan kaedah dan prosedur arus perdana. Di Malaysia, kaedah yang berlaku adalah arus perdana. Saya menghadiri banyak persidangan serantau mengenai fatwa dan jelas apa yang berlaku adalah arus perdana.

Bagaimanapun, ada orang yang mahu menunjukkan identiti berbeza. Sebabnya Wallahualam. Adakah berdasarkan alasan intelektual yang hebat atau mengikut agenda pihak lain yang ada kepentingan. Saya bimbang jika membabitkan pihak lain yang memang suka melihat kita berpecah.


lihat kesimpulan yang dibuat oleh Ustaz uthman, beliau tidak menjuruskan kepada kesimpulan atau serangan kepada peribadi sesiapa walaupun difahami Ustaz Uthman merujuk mufti perlis dalam kes tersebut,atas sebab soalan wartawan dari awal sudah dilihat jelas mahu merujuk pada kes tingkah laku mufti perlis. Namun, Ustaz Uthman mengajak dan menasihat kepada akhlak, adab dan tertib, lalu menyatakan kebimbangan beliau akan perpecahan 'kita' yang jelas bukan sekadar merujuk kepada umat islam yang awam malah, dalam golongan ulama dan institusi mufti sendiri. Ini dapat difahami apabila Ustaz Uthman mengajak kepada mematuhi prosedur dan musyawarah. Untuk apa ilmu dan sarjana jika tiada tertib dan adab. Jelas mesej ustaz Uthman bukan serangan peribadi, malah saranan Ustaz Uthmanlah teguran membina!

Berbeza dengan tulisan Dr Syed Ali yang pada awalnya lagi sudah bersiap untuk menghentam kembali orang yang buat beliau ditegur oleh PM. Namun kes Dr Syed Ali itu sendiri tidak kemas, apabila di awal perenggan sudah membuktikan beliau turut dipengaruhi dari sentimen hasutan dan cakap-cakap orang sekeliling yang sampai dari orang ketiga mahupun keempat. Apa salah Dr Syed Ali sendiri menemui Ustaz Uthman secara peribadi jika benar Ustaz Uthman yang mengadu kepada PM. Mengapa harus memakai kata-kata orang ketiga keempat yang membawa cerita. Mengadu kepada PM itu belum tentu bentuknya mengadudomba, kerana sudah kita maklum PM adalah penguasa tertinggi kerajaan dalam perhimpunan agung UMNO sendiri sudah berjanji ingin memelihara islam dari diserang, oleh itu kebimbangan Ustaz Uthman ada kewajaran jika diadukan kepada PM hal yang dibimbangkan itu. Mufti Perak sendiri selalu menggunakan pendekatan bertemu sendiri dengan Sultan mahupun PM, jika ada kebimbangan akan hal-hal umat Islam. Ini memang kaedah beradab dalam mengajukan laporan dan teguran dari ulama. Sudah lazim ulama menemui penguasa sepertimana Nabi Musa juga menghadap firaun dalam menyampaikan teguran dan bukan mengadakan demonstrasi jalanan mahupun perli-perli dalam artikel ilmiah!

Apa yang ustaz Uthman maksudkan akan arus perdana umat islam adalah kaedah atau manhaj yang disepakati majoriti ulama sedunia dan majoriti umat islam, tentunya dari epistemologi ahlus sunnah wal jamaah sendiri. Dalam wawancara ustaz uthman, bukan kes salafiyyah yang diperjuangkan oleh mufti perlis yang cuba menongkah arus perdana ahlus sunnah sahaja dirujuk, malah disebut degan jelas oleh ustaz uthman akan nama-nama intelektual seperti Prof Nasr Hamid Abu Zayd ,Farid Esack,Amina Wadud,Ignac Goldziher,Joseph Schacht dan Mohammed Arkoun yang sebenarnya antara intelektual yang dijulang oleh kelompok islam liberal di malaysia mahupun Indonesia. Memang diakui ada segelintir pihak IKIM yang cenderung kepada fahaman ini, namun tentunya Dr Syed Ali Tawfik Alattas bukan golongan sebegitu! semoga dr Syed Ali bukan golongan itu hendaknya.

Saya percaya Dr Syed Ali memperjuangkan keilmuan bapanya sendiri Dr Syed Naquib Alattas yang bukan saja tercatat sebagai lagenda cendikiawan ulung malaysia, malah dunia menghormati hasil kajiannya. Dari segi banyak tulisan Dr Syed Ali sendiri sering mengangkat "faham yang bermakna" dilihat sebagai penerus usaha ayahnya dalam mengambangkan "faham Islam" suatu ketika dahulu. Contohnya tulisan beliau betapa 'demokrasi' tidak wajar diperjuangkan melebihi 'maqasid syariah' yang patutnya diangkat sebagai perjuangan utama politik syumul umat Islam. Ini beriringan dengan usaha ayahnya yang menjadi rujukan utama pejuang politik Islam dalam menumbangkan faham sekular dalam karya bertajuk 'Islam and secularism' yang mengangkat Islam mampu menjadi ideologi penggerak tamadun.

Syed Naquib bukan saja menjadi teras kepada kebangkitan mahasiswa untuk memperjuangkan Islam sebagai cara hidup dan pencorak tamadun di Malaysia yang memberi inspirasi kepada PKPIM seterusnya ABIM di bawah pimpinan Anwar Ibrahim, malah turut mengangkat asimilasi budaya nusantara kemelayuan yang patut dipertahankan dan sudah maklum betapa Syed Naquib cenderung mengangkat kesufian sebagai salah satu unsur terhadap perjuangan islam dengan beliau mengangkat tokoh ulama nusantara Hamzah Fansuri.

Dan kita tahu keilmuan Syed Naquib yang dicurahkan ke ISTAC terus diperjuangkan oleh tokoh-tokoh intelektual ISTAC termasuklah Ustaz Uthman elMuhammady yang turut menulis kertas kerja mengenai Hamzah Fansuri dan sudah umum memaklumi Ustaz Uthman juga pejuang kental dalam mempertahan dan memperjuangkan tradisional nusantara yang berpaksikan kepada faham ahlus sunnah untuk mengangkat ketamadunan di Malaysia.

Sepatutnya ketika Dr Syed Ali duduk bersama-sama Ustaz Uthman dalam barisan pemikir Islam Hadhari yang benar-benar sudah mengangkat maqasid syariah dalam intipati dasarnya bergandingbahu bersatupadu dalam perjuangan ini yang sudah lama diidamkan oleh kebanyakan gerakan dakwah Islam di malaysia yang merupakan penerus legasi Dr Syed Naquib bapanya sendiri. IKIM dan ISTAC sudah nampak mampu menemui titik temu walaupun ramai maklum tokoh politik disebalik penubuhan mereka seperti dr Mahathir di sebalik IKIM dan Anwar Ibrahim di sebalik ISTAC adalah individu yang tidak bersetuju dengan jalan Islam Hadhari.

Gagasan Islam Hadhari itu juga disokong oleh dua mufti yang nampak berlaga (dari kacamata penyorak-penyorak tak bertamadun) iaitu Ustaz Harussani dan Dr Asri sendiri yang sudah nampak kemantapan political will golongan ulama dan cendikiawan untuk mendasari kepimpinan negara jika mereka bersatu. Ini merupakan suatu yang amat baik dalam cita-cita gerakan dakwah melihat institusi mufti, IKIM, dan ISTAC bukan saja menyumbang pemikiran, malah wajar mendasari dasar yang PakLah sendiri canang-canangkan sebagai kerjasama ulama dan umara benar-benar tercapai.

Cuma Dr Asri wajar dibawa kepada tertib dan aturan adab, jika tidak mahu berasimilasi dengan budaya penghormatan ilmuwan secara nusantara pun, perlu merujuk kepada konsep musyawarah ulama, iaitu sudah disepakati keputusan adalah dari sokongan majoriti dan bukan minoriti atau kelainan menongkah arus. Tak ada apa nak dibanggakan jika dapat menggerakkan nusantara menuju manhaj gerakan Wahhabiyah, Saudiah, atau salafiyyah modenis manapun, jika keutuhan institusi dan kepaduan yang sudah dibentuk mencanak ke atas dalam dasar-dasar negara yang terbit kini menjadi suatu institusi yang lemah dan sepi jumud kerana diserang dan dipukul dari luar dan dalam, yang akhirnya negara tetap didominasi oleh gerakan kapitalis yang mengongkong politikus hingga menggerakkan rakyat menuju hedonisme, ilmuwan menuju kehancuran dan hinaan, serta ketamadunan hadhari yang dicita-citakan hanya tinggal slogan semata-mata setelah berjaya naik mencanak membentuk intipati meninggalkan sekularisme dan demokrasi kebaratan. Gembiralah freemason dan zionisme. Bertepukanlah kapatalisme dan hedonisme.

Seperti yang saya harapkan peluang naiknya maqasid syariah mendasari pentadbiran perlu terus diperkukuh dengan institusi ulama dan intelektual terutama mufti, IKIM dan ISTAC terus sepakat tidak berselisih secara tak sihat dan ditambah sokongan dari profesionalis dan golongan pejuang budaya dan sastera untuk benar-benar membentuk tamadun Malaysia yang kita cita-citakan selama ini. Oleh itu, jangan lupa menjenguk generasi muda mudi yang sedang tenat, angkat mereka ke arah keilmuan seperti kalian yang dewasa dan tua sudah kecapi itu.










salah sebuah komik usaha mfrstudio


Aku mengakui kecenderungan aku kepada dunia fantasi begitu kuat sejak kecil. Bukan saja aku mengkagumi watak-watak adiwira dari Barat terutama Batman dan Spiderman, malah lebih terutama aku sukakan semangat watak-watak hero alien dan mutant dari Jepun seperti Kamen Rider Black, Flashman, mahupun Ultraman. Bila mana aku berkenalan dengan watak-watak Street Fighter yang mewakili pelbagai bangsa dan negara itu, buat aku benar-benar terpesona. Dalam versi Jepun, hero Street Fighter adalah Ryu dari Jepun yang bersahabat dengan rakannya dari Amerika bernama Ken.

Kalau semasa kecil aku mungkin tidak berapa peduli dengan propaganda di sebalik Street Fighter, namun semakin aku membesar dan mengenali lebih banyak manga-manga Jepun yang dibahasa melayukan terutama DragonBall, ditambah dengan pembelajaran sejarah di sekolah, akhirnya aku dapat menangkap agenda 'pembaratan bertatasusila budaya' yang ingin disampaikan oleh kebanyakan produk-produk manga mahupun anime jepun.

Seperti juga komik, mahupun animasi dari Barat yang mencanangkan akan kehebatan wira-wira tunggal yang mampu menyelamatkan dunia secara perseorangan yang sebenarnya ingin menterjemahkan impian diktator dan unilateral barat, di dunia fantasi jepun berlainan pula bentuknya.

Jepun yang kalah perang pada perang dunia kedua, ingin mencanangkan hasrat 'glokal' mereka, yang memandang untuk hidup dalam dunia global mereka perlu menganjakkan diri kepada dunia asing dan menerima dunia asing terutama barat sebagai sahabat, dalam masa yang sama mereka perlu megah dengan budaya dan kejepunan mereka. Seperti watak Ultraman yang datang dari dunia dan planet asing yang memberikan kuasa kepada individu terpilih di Jepun untuk bertukar menjadi atau memanggil kuasa Ultraman bila-bila masa diperlukan, dan setelah selesai masalah mengalahkan raksasa, boleh kembali menjadi manusia normal semula, begitulah hakikat hidup masyarakat jepun secara realiti.

Orang Jepun sanggup merujuk ilmu dan kepandaian asing untuk diserapkan dalam bidang keilmuan mereka, hingga ada segolongan orang jepun yang begitu berminat mengkaji seni zaman Rom dan Parsi mahupun karya-karya dari tokoh-tokoh barat di zaman Renaissance untuk diterap dalam pengetahuan am orang-orang Jepun. Ilmuwan jepun banyak mengkagumi ilmu-ilmu barat tidak terhad kepada sains dan teknologi malah seni dan budaya juga menjadi sanjungan. Sikap ini juga terdapat hingga ke generasi muda Jepun yang telah diterap untuk memandang tinggi dunia barat, sanggup untuk menerima sub-sub budaya muzik barat hingga akhirnya ada di kalangan mereka dirujuk balik oleh orang barat seakan-akan Jepun pusat inovasi sub-sub budaya tersebut. Budaya Gothic yang berrantaian dari unsur-unsur punk dan deathmetal merujuk kepada zaman gelap eropah, akhirnya diungguli oleh remaja jepun lebih hebat dari remaja barat setelah diadun dengan unsur anime jepun dan budaya meragam fesyen yang memang terkenal di Jepun. Unsur-unsur sukakan kematian dalam budaya jepun samada etika berteras kepada etika kamikaze di zaman perang dahulukala, mahupun fenomena bunuh diri yang tinggi di Jepun menjadikan Gothic budaya agung yang kian berkembang dalam fenomena sub budaya di jepun mahupun dunia.

Begitu juga jika dilihat dalam banyak watak anime jepun yang lebih mengagungkan watak berambut perang atau merah seperti mana hebatnya watak goku dalam dragonball,sakuragi dalam slamdunk, ichigo dalam bleach, mahupun uzumaki naruto dalam naruto. Ichigo sendiri berjuang untuk menguasai tenaga dalam dirinya sebagai shinigami atau dewa kematian untuk bersebati dengan kuasa pedangnya yang berasal dari dunia kematian atau roh. Watak ichigo memperlihatkan bahawa untuk menjadi kuat, orang jepun perlu menggunakan 'senjata' yang bukan berasal dari dunia mereka untuk bersebati dalam perjuangan hidup mereka. Sebab itu sejak jatuhnya jepun setelah kalah perang, jurutera jepun tidak berganjak atau menoleh ke belakang dan sanggup menggunakan senjata 'ilmu teknologi' yang bukan datang dari dunia mereka tetapi dunia barat untuk bersebati dengan perjuangan hidup mereka. Hari ini, bidang kejuruteraan jepun bukan calang-calang walaupun mereka tak keluarkan senjata perang atau nuklear, namun industri pembuatan terutama kenderaan dan jentera merupakan antara yang hebat menyaingi dunia barat. Pernah aku terbaca Toyota di Jepun semakin menguasai pasaran kereta di Amerika.

Begitu juga industri robotik di Jepun, saban tahun perlumbaan saintis jepun untuk mendahului bidang robotik sangat kencang dan sengit, berlumba-lumba mereka untuk meningkatkan prestasi robot hingga pihak Honda sanggup membelanjakan bertrilion yen untuk pembangunan robot di jepun. Walaupun di Amerika juga pembangunan industri robot rancak, namun semangat mencipta robot di Amerika lebih menjurus kepada usaha atau medan peperangan, sementara Jepun ingin membina robot-robot pemudah kehidupan seperti pembantu doktor di hospital, pembantu di dalam rumah, mahupun menjadi bahan mainan dan teman anak-anak kecil. Seperti dalam kisah uzumaki naruto, begitulah impian yang memendam dalam jiwa orang jepun, dalam hati mereka ada semangat membara-bara untuk muncul kembali menjadi bangsa yang ditakuti dan dihormati oleh warga manusia di dunia seperti raksasa yang wujud dalam diri naruto. Namun kalahnya mereka dalam perang dunia kedua mesti mengajar mereka untuk tidak bertindak sia-sia atau lalai supaya tragedi hiroshima dan nagasaki tidak berulang. Raksasa yang ada dalam diri naruto adalah raksasa yang kalah setelah mengganas, dan keganasan raksasa musang itu telah mengorbankan orang-orang kampung konoha dan seorang pemimpin hokage yang mereka sayang. Naruto diasuh untuk hidup berdikari meningkatkan keupayaan diri walaupun sering dipandang hina dan jijik oleh orang kampung atas dosa raksasa yang wujud dalam diri naruto itu seperti juga bangsa jepun merasakan dunia asia terutama negara yang pernah mengalami keganasan tentera jepun memandang keji orang-orang jepun atas dosa tentera-tentera mereka dulu.

Rencana fantasi dalam komik sebenarnya tidak pernah terpisah dari realiti, terutama pengkarya-pengkarya dari Amerika mahupun Jepun, mereka bukan sekadar mencipta dunia fantasi adiwira, akan tetapi mereka mencanangkan propaganda dan mimpi sebuah impian politik tersendiri.

Begitu juga diri aku yang mengkagumi karya-karya komik dan fantasi semasa kecil akhirnya membuatkan diri aku memahami yang aku kejar dan kagum bukan kisah fantasi yang dibawa, tetapi semangat yang ada yang diimpikan dalam komik itu tidak berlaku di dunia realiti. Sepertimana wujudnya adiwira atau hero-hero dalam komik boleh menyelesaikan segala permasalahan atau kezaliman dan kekejaman makhluk raksasa yang mendatangi mereka, begitu juga manusia di alam realiti mahukan hero-hero tertentu untuk datang menyelamatkan mereka samada dari kancah manusia penjenayah, kegilaan godaan hedonis mahupun kezaliman tindakan politikus yang menyalahguna kuasa dan tamak serta rakusnya kapitalis.



Saya sering sedih apabila setiap individu islam semuanya sedar betapa kekuatan kita adalah bersatu, dan betapa bercerai-berai itu boleh melemahkan kita dan akan terperosoklah kita di bawah diskriminasi, kekejaman dan kezaliman musuh, namun dalam keadaan kita sedar itu kita masih lazat dan malas-malas lenguh untuk wujudkan penyatuan dan rasa enak meraikan tradisi sengketa yang entah siapa dulu yang mulakan.

Tak perlu kita faham dalam-dalam masalah hizbi-hizbi atau parti-parti, mahupun jemaah dan organisasi islam yang pakai brand bermacam-macam, cukup kita renung fitnah terbesar dan awal yang menjadi titik mula umat islam tak lagi boleh tarik nafas lega dengan penyatuan yang diwujudkan oleh Rasulullah dulu dengan majlis mempersaudarakan umat islam selepas hijrah, iaitu tragedi perang saudara antara Muawiyah dan Ali.

Bagi ahlus sunnah, saidina Ali itu adalah ahlul bayt yang dituntut untuk dikasihi dan dilayan dengan baik, dan jangan juga lupa di pihak Muawiyah ada Saidatina Aishah yang juga kita angkat sebagai ahlul bayt malah Ummul Mukminun (Ibu orang-orang beriman). Jika hari ini saya bertanya kepada para ulama mahupun majoriti umat Islam yang bermazhab ahlus sunnah, siapakah yang akan kita sokong? adakah parti kerajaan Saidina Ali atau parti yang disertai Saidatina Aishah di bawah Muawiyah? Adakah kita akan menjadi tentera Ali dan memenggal tentera Muawiyah, atau menjadi tentera Muawiyah dan memenggal tentera Ali?

Jawapan kita sebagai ahlus sunnah pastinya menjadi pendamai kedua-dua pihak saudara kita yang bersengketa itulah golongan dan parti yang paling baik dan mulia di sisi Allah s.w.t.

Majoriti gerakan dakwah mahupun ulama non partisan amat memahami prinsip dakwah dan tuntutan penyatuan dan persaudaraan Islam ini. Maka tidak hairan ramai di kalangan tokoh gerakan dakwah mahupun ulama non partisan sering mengajak untuk menundukkan kebencian, tingkatkan kesefahaman, buang keegoan dan sifat sombong, dan bertawaduklah untuk sama-sama renung akan pandangan Allah terhadap diri kita yang berselisih dan masing-masing mendabik dada di pihak yang benar dan mencerca pihak yang bertentangan pula.

Jika kemelut umat hanya terhad kepada individu muslim samada awam mahupun penguasa yang selalu lalai dan tidak keruan atas hasutan nafsu dan syaitan yang sering meningkatkan amarah untuk menghangatkan krisis dan perselisihan, masih boleh kita harapkan para ilmuan yang warak lagi zuhud untuk menunjuk jalan dan hikmah demi perdamaian dan penyatuan. Akan tetapi fenomena serupa berlaku dalam dunia ilmuwan yang anak-anak didik mereka yang muda-muda berapi-api menghangatkan perselisihan kerana norma orang muda sukakan sengketa dan anggapan pertarungan ilmu macam perlawanan bola yang masing-masing suka bersorak dan provokasi pihak lain.

Kita generasi muda mesti hentikan tabiat buruk kita ini.

Sedarlah, bahawa lahirnya kita bukan datang dari awal sengketa para orang tua kita tidak kira orang politik berparti-parti, mahupun sengketa ulama-ulama kita dalam khilaf hingga membawa menolak satu pihak sudah keluar dari islam tulen antara satu sama lain, akan tetapi kita lahir di kemudiannya dalam bentuk kain putih yang segar untuk menjadi pelapis umat.

Umat terdahulu mahupun generasi ibu ayah datuk nenek kita meletakkan harapan buat generasi muda yang dianggap sebagai barisan pelapis benar-benarlah bertindak melapisi rekahan dan kehodohan zaman untuk melapik dengan kebangkitan dan perjuangan yang segar, membaikpulih dan mengukuhkan lapisan benteng umat yang dipersaudarakan oleh Rasulullah menjadi satu tubuh ini.

Amat malang apabila generasi muda yang kononnya mendakwa kelompok sedar, tidak melaksanakan harapan umat, tapi merekalah menjadi penghangat rekahan dan retak belah umat, hingga setiap satu generasi mengukuhkan puak-puak tua masing-masing dan tidak mahu beri muka malah berfikir untuk kekuatan umat sebenar terletak pada penyatuan.

Jangan segan untuk menjadi generasi muda yang bersifat pendamai.

Saya mengakui saya sendiri cenderung pada satu-satu pihak dalam yang bersengketa itu. Walaupun begitu, pihak yang saya cenderung itu juga saya nampak kelemahan malah kesilapannya. Begitujuga pihak yang saya tak cenderung itu tidak pula saya menyalahi keseluruhannya, malah menjumpai banyak kelebihan dan kekuatan. Mengarahkan semua manusia ke satu kelompok yang seragam dalam keadaan Allah sendiri menjadikan sifat manusia yang beragam, merupakan bukan ajaran islam.

Buktinya ahlus sunnah wal jamaah adalah jalan mazhab yang meraikan perbezaan yang beragam namun masing-masing sedar betapa umat yang meyakini Allah itu Tuhan yang Esa dan Muhammad itu pesuruhnya, adalah saudara kita, adalah tubuh kita yang kita kena sayangi dan lembutkan, sedang musuh yang kufur yang memusuhi kita , bersama kita tegas dan keras. Jika ada ulama di satu pihak mengkritik dan mempertikaikan ulama di pihak yang lain, lalu kita pula mengambil jalan untuk meneruskan perselisihan di sebabkan sejarah ulama kita itu terhadap kumpulan lain, maka adakah kita akan menamatkan perselisihan lalu menyatukan umat? Jawapannya tentunya tidak. Bukan suatu tradisi bagi ahlus sunnah wal jamaah untuk meneruskan perbalahan akan tetapi sifat kita adalah suka mencari pertemuan dan perdamaian sesuai dengan makna Islam itu sendiri bererti sejahtera, aman dan damai.

Jika di awal tadi, bila saya bertanya kepada kamu, jika dipilih tentera Ali dan tentera Muawiyah, maka ahlus sunnah cenderung untuk menjadi pihak pendamai, maka begitulah jika ada ulama dalam ahlus sunnah berselisih dan kritik mengkritik, generasi muda dari dua kelompok ulama berselisih itu mestilah menjadi pendamai sengketa maka itulah harapan dan sifat ahlus sunnah buat generasi muda apatah lagi generasi muda yang mendabik dada masing-masing mahu menjadi mujaddid atau pembela tajdid. Bertitik tolak dari itu, jika ada dua kelompok parti dalam barisan umat masing-masing mahu mengangkat pemimpin di kalangan mereka, maka kelompok ahlus sunnah adalah kelompok yang memahami akan tugas khalifah mendamaikan kedua kelompok yang berselisih lalu menawarkan kedua-duanya majlis musyawarah untuk mereka masing-masing berbincang untuk bersepakat memilih yang paling baik dan paling ramai diterimai oleh umat.

Inilah teladan yang ditunjukkan oleh umat salafus soleh di kalangan para sahabat sendiri dalam memilih pemimpin tatkala kewafatan baginda Rasulullah hingga naiknya Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, malah Muawiyah sendiri. Cuma selepas zaman Muawiyah tidak lagi mengamalkan musyawarah dalam memilih pemimpin hingga akhirnya kelompok syiah yang sebelumnya sudah berselisih dengan kelompok penyokong muawiyah sejak zaman Ali, memilih untuk bersengketa hingga akhir kiamat ketika Imam Mahdi muncul nanti menyatukan kembali umat.

Lalu tindakan kelompok syiah itu terus kita kesali, dan sudah sifat ahlus sunnah bukan suka akan persengketaan akan tetapi terus buka dan buka untuk berunding berdamai maka tercatat dalam sejarah betapa ramai tokoh ahlus sunnah mengusahakan perdamaian malah tidak pula mengkafirkan syiah hingga menghalang dari mereka masuk ke Baitullah di Mekah, yang kita tahu kawasan kaabah itu haram bagi manusia kafirun.

Generasi muda ahlus sunnah lah generasi harapan untuk menjadi generasi pendamai dan penyatu umat atas kerana budaya faham ilmu dan adab yang diturunkan buat kita sebegitu bentuknya. Dan kita lihat sendiri dewasa ini, generasi muda itu yang masing-masing mendakwa ahlus sunnah tidak menunjukkan sikap sebenar yang diharapkan, malah ramai di kalangan orang muda cukup yakin hasutan orang-orang tua mahupun dewasa yang belum matang dengan mewarisi tradisi kebudak-budakan zaman berzaman menyesakkan umat.

Lihatlah Ustaz Uthman el Muhammady, walaupun terkenal sebagai pembela keilmuan generasi asyairah, maturidiah mahupun sufi di nusantara, tetap memuji tokoh syed qutb mahupun Hamka dan menyanjung kelimuan dan manfaat ilmu mereka. Kita masih bertuah dalam keadaan ada kelompok orang-orang tua kita yang suka mendabik dada dan mengejek-ejek orang sambil ketawa menghirup kopi, kita masih juga ada kelompok ulama generasi tua yang penuh adab dan fahaman hikmah, zuhud dan berdisiplin tidak pernah berhenti menyeru penyatuan dan perdamaian dan kasih sayang antara umat, mengangkat budaya keilmuan dan sifat dakwah harapan umat sejak mereka muda untuk jadi pelapis umat, hingga mereka tua tidak pernah berhenti. Kita orang muda lah perlu meneruskan misi menyatukan umat, membuangkan amarah dan kebencian jika tidak mampu diusahakan pada generasi tua yang sudah pejal dan keras kerana suka bersengketa dan gelak tawa mencerca, kita usahakanlah sesama kita generasi muda, agar anak-anak kita nanti boleh jadi lapisan tanpa rekah, retak mahupun belah.
Antara harapan saya ketika berdiskusi mengenai isu politik dengan siapapun, akhirnya orang akan nampak bergesel dan bersengketa itu melemahkan, orang akan nampak penyatuan itu satu kekuatan, orang akan nampak masalah yang menghujani umat sudah capai kesuntukan masa untuk duduk bekerja bersama-sama dalam kesepakatan. Sudah sampai masa untuk umat islam yang menyatakan keimanan secara sedar, tegas dan berani menjadi mampu hargai ukhuwwah islamiyah, akan sedar tentang persaudaraan islam, ikhwanul muslimun.

Orang-orang yang kononnya amat matang dalam politik menerjah, "apa kau ingat senang untuk bersatu? apa kau ingat senang untuk islam bersatu dengan sekular? iman bersatu dengan syirik, kafir?". Atau orang-orang yang kononnya mahir dan sarjana serta intelektual dalam hal ilmiah islami menyergah,"apa kau ingat boleh bersatu antara ahli sunnah dan ahli bidaah? antara salafiyyah dan syiah, sufi-syiah?". Ya, benar. Saya juga melihatkan akan prinsip kalian yang tegas untuk kukuh berdiri di tembok masing-masing tatkala perbalahan kalian, tapi malang perjuangan mengukuhkan benteng sebenar tak begitu zahir dalam realiti apabila mahukah kalian menerima, bahawa majoriti orang-orang muda jauh dari perjuangan kalian?

sebab apa saya berani sebut majoriti, kerana lihatlah masjid kalian ketika hari jumaat, cuba bilang berapa ramai anak-anak muda yang bersolat. Tentunya kalian dakwa ramai, bukan? Dan cuba kira berapa ramai anak muda di waktu solat yang lain? Tentunya minoriti bukan? Dan lihatlah setiap kali jomheboh atau apa-apa konsert diadakan di negeri atau bandar kalian, berapa ramai anak muda berpusu-pusu? Ramai,bukan? Bagaimana dengan kadar jenayah, dadah, kes-kes rosak akhlak di kalangan anak-anak muda, meningkat, bukan?

Memang mudah jika kita mahu letakkan salah semua ini terjadi pada pihak lain, terutama pihak kerajaan. Tapi saya nak beritahu di sini, dalam catatan sejarah jelas menunjukkan unsur kerajaan atau penguasa untuk menyekat kemaraan kebenaran dan kekuatan benteng islam adalah begitu lemah sama sekali. Di zaman Rasulullah sendiri menunjukkan betapa di saat penguasa Mekah mengganasi umat Islam, adakah bilangan umat Islam berkurang? Tidak, jawapannya bertambah. Di zaman kini juga punya bukti yang sama. Lihat di dunia Eropah seperti di UK, sebuah tanah pemerintahan kafirun, tetapi umat islam bertambah saban tahun. Di Amerika juga menunjukkan peningkatan penganut islam semakin meningkat.

Bila dihujahkan begitu, orang politik mendakwa, negara eropah mahupun amerika melaksanakan demokrasi yang lebih tinggi berbanding malaysia, sebab itu islam mampu berkembang. Jangan buat lawak wahai saudara, demokrasi itu apa hujahnya? Bukankah islamphobia fenomena yang meningkat di eropah dan amerika hingga umat islam telah didiskriminasi bukan suatu yang tersembunyi lagi. Orang politik membalas pula, bukti demokrasi di eropah dan amerika lebih tinggi daripada di malaysia adalah kerana mereka membenarkan semua parti politik berkempen dalam media arus perdana. Itu juga tidak pernah membuktikan bahawa suara islam diberikan keadilan, tatkala kita sendiri tahu bahawa media barat sering cenderung untuk memaparkan islam adalah agama pengganas dalam setiap berita mereka.Nah, bukankah itu jika ikut logiknya tidak membantu kemaraan islam, namun mengapa penganutnya kian bertambah di bumi sebelah sana?

Jawapannya adalah keperkasaan dakwah.

As Syahid Imam Hassan al Banna adalah tokoh dakwah yang sangat disegani oleh umat islam majoritinya di kurun ini. Hassan alBanna ketika mahu membentuk jemaah tidak pula menamakan jemaahnya jemaah islam seMesir atau kesatuan bangsa arab bersatu. Akan tetapi Hassan al Banna memilih nama jemaah ikhwanul muslimin yang bererti kelompok orang-orang islam yang bersaudara. Tahukah kalian, bahawa umat islam tak perlu lagi menubuh apa-apa bentuk jemaah atau organisasi untuk menyatukan pergerakan umat islam, kerana Allah sudah menyebut orang-orang beriman itu bersaudara dan Rasulullah menyebut orang-orang islam itu umpama satu tubuh. Kesatuan umat islam telah wujud dengan persaudaraan islam yang Rasululllah juga membentuknya dari awal sebelum mentadbir bumi madinah dengan mempersaudarakan aus dan khazraj, muhajirin dan ansar.

Umat islam adalah umat yang bersatu dan sangat mengelak untuk bercerai berai. Bagaimana mungkin seorang islam yang sudah diiktiraf sebagai satu tubuh, boleh mencedera atau menyakiti saudaranya yakni umpama tubuhnya sendiri? Sebab itu para ulama bersepakat bahawa membunuh atau mencederakan umat islam itu satu jenayah bagi mana-mana orang islam, dan akan dijatuhkan hukuman hudud.

Keperkasaan gerakan ikhwanul muslimun diasaskan serupa dengan makna nama jemaah itu sendiri iaitu dengan memperkasakan rasa bersaudara di kalangan ahli jemaah hingga tarbiyah jemaahnya berasaskan sistem usrah atau makna keluarga.Dengan memperkasakan rasa ukhuwwah, kemudiannya disusuli bentuk-bentuk akhlak, apa yang dilaksanakan Imam hassan alBanna adalah mencontohi tradisi dakwah rasulullah yang menekankan rasa ukhuwwah dan akhlak untuk melancarkan kefahaman umat islam tentang ilmu akidah, hukum hakam dan beribadah hingga iman dan taqwa serta rasa berjihad umat berada di paras tertinggi.

Di Malaysia juga gerakan-gerakan dakwah banyak meneladani apa yang diusahakan oleh ikhwanul muslimin di era Imam Hassan al Banna seperti gerakan ABIM mahupun JIM masih mengekalkan program berbentuk usrah walaupun diperbaharui beberapa metod mahupun sillabus. Dan kefahaman gerakan dakwah akan hakikat dakwah itu amat berteraskan dakwah yang meraikan suasana setempat dan memimpin suasana itu ke arah islam dengan penuh lembut dan hikmah, dan menawarkan jalan-jalan ukhuwwah untuk menjadi titik temu dan titik mula penyatuan keperkasaan dakwah antara semua golongan islam.

Sebenarnya sejak dulu lagi di bumi nusantara, aspek-aspek dakwah yang serupa telah digerakkan oleh para ulama kita. Banyak tradisi dan budaya suatu tempat tak dibanteras terus tetapi ada yang masih diraikan sementara memimpin tradisi dan budaya setempat sebelum kedatangan islam ke arah islamisasikannya dengan membuang unsur syirik dan masukkan nilai-nilai islam dari segi tauhid mahupun tasawwuf. Berdakwah dengan solat dan sabar, akhirnya umat melayu yang kuat tradisi hindu, buddha mahupun animisme, akhirnya menjadi kelompok umat islam terbesar di rantau ini.

Begitu juga ketika era PakLah muncul selepas Tun Mahathir, ketika semua memahami islam hadhari diumumkan sebagai landasan manhaj politik, gerakan-gerakan dakwah meraikannya dengan terus membuka tangan untuk bersama-sama perkasakan dalam perlaksanaannya. Begitu juga seluruh mufti dan para ulama non partisan tidak ada masalah dalam menyokong dan turut berbesar hati menawar diri untuk memperkemaskan landasan fikrah dan halatujunya.

Dan saya amat sedih apabila gerakan islam yang mendakwa parti islam seMalaysia tidak memahami uslub dakwah sebagaimana majoriti ulama dan gerakan dakwah faham dengan wujudnya ahli-ahli mereka mencerca siapa saja yang menyokong mahupun menyebut islam hadhari itu suatu yang baik, malah ada cubaan mendakwa akan tercabut akidah, memiliki ciri-ciri kekufuran atau terus wajib untuk dipanggil kafir bagi sesiapa yang berlembut dengan islam hadhari.Seperti kata MSO, barangkali ada orang Pas berasa jijik dengan UMNO (manhaj islam hadhari) seperti najis, tetapi terbuka untuk bersama PKR yang tidak tentu terjamin bersih dari najis "mughalazah" dan "mukhafafah" menurut kamus politik pas.

Saya tidak kisah mereka mahu mengejek-ejek istilah islam hadhari itu, kerana itu bukanlah istilah cadangan majoriti ulama malaysia, sebagaimana mereka gemar dan lazat mengejek-ejek paklah dalam masa yang sama mereka sedar paklah tak pun membalas ejekan mereka dengan mengejek diri mereka semula, namun para ulama tidak terus membantai istilah itu dengan memfatwa haram istilah islam hadhari atau menghukumkan berdosa serta menghina islam bagi sesiapa yang menyebut kalimah islam hadhari tersebut. Benar, dalam satu konteks istilah al islam al hadhari itu seolah-olah punya lawannya iaitu al islam al badawi seperti yang disebut TG Haji Hadi dalam kitabnya "Hadharah Islamiyah bukan Islam Hadhari" itu.Namun konteks yang berbeza juga mengharuskannya apabila Islamphobia melanda dunia dengan mempropagandakan islam adalah agama yang melemahkan manusia, buat manusia jadi jumud dan terkebelakang, dan menukar manusia menjadi pengganas seperti dicanang dengan hebat oleh Barat, yang digambarkan sendiri dalam isu karikatur menghina Rasulullah suatu masa dahulu. Seperti Allah itu Tuhan yang Satu tiada lagi Tuhan yang lain masih kita sebut Allah Ar Rahman Ar Rahim ketika baca basmalah. Adakah Allah Ar Rahman Ar Rahim itu berbeza dengan Allah Al Malik Al Kuddus? Tentunya tidak! al Islam al Hadhari juga pastinya tidak berbeza dengan al islam al muslimun atau al Islam al mukminun.

Aku menarik nafas lega PakLah tidak pula memanggil jemaah menterinya untuk merangka prinsip manhaj politiknya itu tetapi menyerahkan kepada pegawai agama di Jakim yang tentunya mengambil kira pandangan para ulama yang diiktiraf keilmuan mereka seperti ustaz Uthman el Muhammady sendiri turut terlibat dalam jawatankuasa itu, dan membuktikan penyenaraian prinsip Islam Hadhari itu memaparkan keutamaan-keutamaan yang perlu ditimbang oleh kerajaan dalam melaksanakan pembangunan dengan meletakkan prinsip pertama islam hadhari itu adalah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah!

Kisah apabila orang mempersoalkan islam hadhari yang menjadi manifesto tahun 2004 itu tidak memaparkan perlaksanaan yang benar-benar merujuk prinsipnya adalah juga sama dengan kisah para intelektual yang mengaku sarjana cuba membalas teguran ustaz Uthman dalam satu wawancara dengan berita harian perihal institusi mufti. Mungkin medannya berbeza dengan wataknya berbeza, namun sifat dan nilai dakwahnya menuntut hal yang sama seperti yang ditekankan oleh ustaz Uthman, "addinul nasihah", adab, tatatertib dan disiplin!

Md Asham dalam responnya kepada wawancara Ustaz Uthman jelas hanya merujuk pada konflik yang bukan lagi rahsia sejak Ustaz Uthman mendedahkan wahhabi mula menular di kalangan intelektual. Ustaz Uthman sudah memberikan jalan penyelesaian yang cukup lembut dan menafikan dakwaan Md Asham yang dalam artikelnya yang memperlihatkan seolah-olah Md Asham tak menyoroti wawancara itu secara keseluruhan.

Ustaz Uthman ditanya adakah boleh mufti ditegur atau dikritik, Ustaz Uthman tidak menafikan perihal itu tetapi menawarkan jalan yang lebih beradab dari fenomena kenyataan di akhbar mahupun media termasuk laman maya dengan mencadangkan agar pertemuan musyawarah secara tertutup diadakan atau seminar dengan pembentangan kertas kerja lebih menampakkan adab dan disiplin ilmu. Ustaz Uthman tidak menafikan institusi mufti boleh mengalami kelemahan, dan Ustaz Uthman menyeru jalan penyelesaian kepada keperkasaan institusi mufti (barisan depan dakwah islamiyah di Malaysia) untuk diperkuatkan dan diperkasakan dengan menyalurkan ilmu para intelektual dalam bidang mereka kepada para mufti dalam menimbang hukum hakam untuk pengeluaran fatwa.

Hakikatnya apabila Ustaz Uthman menyebut beberapa nama individu yang dirujuk sebagai intelektual itu seperti Prof Nasr Hamid Abu Zayd ,Farid Esack,Amina Wadud,Ignac Goldziher,Joseph Schacht atau Mohammed Arkoun adalah merujuk kepada gerakan Liberal Islam dan antihadis bukannya Salafiyyah Wahhabiyyah. Ini jelas dibuktikan apabila Ustaz Uthman juga menyelar tindakan NGO yang cuba melemahkan institusi mufti boleh kita fahami secara jelas realitinya NGO seperti Sister In Islam yang banyak mempertikaikan keputusan para mufti dan majlis fatwa kebangsaan.

Kes respon Md Asham dalam berita harian disiarkan oleh al ahkam.net atau blog pemuda-pemuda salafi jelas menunjukkan kelompok penyokong Dr Asri secara maya itu ada tidak senang pada Ustaz Uthman mahupun Mufti Perak Ustaz Harussani yang mereka gelar sebagai kelompok Asyairah maturidiyah yang bidaah akidah tidak salafiyyah tidak lama dulu ketika saya berforum di sana.Saya percaya Ustaz harussani memandang tinggi Ustaz Uthman sehingga pernah menyebut Ustaz Uthman sebagai pendakwah ulung, dan kenyataan Ustaz Uthman untuk menjadi pembela institusi mufti memberikan mesej jelas sokongan Ustaz Uthman kepada Ustaz Harussani. Dan kita semua tahu, Ustaz Uthman tegas dalam ratusan kertas kerja akan peri penting maqasid syariah berteraskan epistemologi ahlus sunnah wal jamaah, juga Ustaz harussani yang sering memanggil umat islam bersatu melampaui batasan politik kepartian dan tak pernah gentar dalam mempertahankan ummah dan islam. Saranan lembut Ustaz Uthman tidak disambut tetapi dibalas pula dengan mempertikaikan diri ustaz Uthman sendiri pula yang mahu membela institusi mufti. Sepatutnya pihak salafi juga menyahut lembut sebagaimana mereka dakwa Imam Hassan alBanna adalah bermanhaj salafi patut renung ke arah mana dakwah Imam Hassan alBanna itu. Adakah Imam Hassan alBanna mengambil jalan bersengketa dan berkrisis berlama-lama dengan kelompok ilmuan berlainan manhaj atau mazhab? Tentunya tidak! Kerana Imam Hassan alBanna cukup faham dakwah adalah menyatukan manusia, mendamaikan sengketa, bukan menambah lagi polemik, menghangat lagi krisis!

Dalam konteks pertembungan UMNO-PAS dalam krisis Islam Hadhari VS Hadharah Islamiyah, ABIM sekalilagi menawarkan hujah untuk kedua-dua pihak menyedari kedua-dua pihak punya kelemahan dan kekuatan tersendiri (dahulunya pernah mempertemukan Tun Mahathir dengan Allahyarham Fadzil Noor sendiri) seperti yang disebut oleh Timbalan Presiden ABIM Rumaizuddin dalam tulisannya, mengapa tidak ambil jalan bersatu dan bekerjasama dalam bentuk perlaksanaanya lebih banyak dari masing-masing mahu kredit diberikan pada diri masing-masing dan kutukan serta cercaan diberikan pada pihak yang bertentangan.

Saya masih lihat bahaya politik kepartian yang meneruskan tradisi politik budak-budak mahupun samseng plus kaki carut marut telah diturunkan pula kepada generasi muda yang sedar dan prihatin pada isu semasa. Sudah lah generasi muda majoriti ambil sikap tidakpedulisme itu masih ramai, yang minoriti sikit yang sedar dan prihatin pula lebih cenderung meraikan tradisi politik cercaan dan jahil uslub-uslub dakwah sepertimana para penggerak dakwah yang hebat samada di zaman Rasulullah, di zaman kegemilangan ulama nusantara mahupun di era hassan al banna.

Sebab itu saya tak lihat ada kemustahilan dalam usaha tajdid yang benar-benar mendesak untuk digerakkan iaitu memulihkan ukhuwwah islamiyah di kalangan penggerak dakwah, di kalangan ulama-umara, malah di kalangan sengketa orang-orang muda yang ego tak ubah seperti fenomena di zaman sekolah rendah saya dulu di mana rumah sukan merah takkan beri sikit muka pada rumah sukan hijau. Jangan bermain-main dalam sektor ukhuwwah, dengan gurauan-gurauan provokasi, dengan nama parti-parti, dengan nama mazhab atau manhaj, sebab sekali umat bercerai berai, musuhlah paling untung dan sudah bertahun-tahun musuh untung menjamah anak-anak muda kita dalam sektor hiburan, hedonisme atau kapitalisme.

Oleh itu saya seru pada anak-anak muda yang pro tajdid dengan link ke alahkam.net mahupun pro tajdid segar yang link ke protajdid.blogspot, kita sama-sama berdiri berpeluk merapatkan saff tajdid segar bugar iaitu menciptakan ukhuwwah islamiyah yang paling terhebat pernah muncul di kurun ini, demi harapan untuk orang-orang tua kita juga sama-sama renung untuk bersatu dan muafakat, kerjasama dan sepakat demi perlaksanaan dakwah islam yang lebih teguh dan kukuh dari serangan-serangan musuh samada timur atau barat.