|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
MISI MUSTAHAK

Penulis tidak tahu bagaimana pandangan dan matlamat para pejuang bahasa melayu yang lain.Tetapi bagi diri penulis,dengan jatidiri dan kefahaman yang ada pada diri penulis terhadap matlamat sebenar hidup seorang muslim dan bertindak sebagai seorang pejuang islam yang mahu menegakkan kalimah Allah di muka bumi Malaysia,penulis beranggapan memartabatkan bahasa melayu itu merupakan misi mustahak bagi meletakkan batu asas kepada kebangkitan islam di bumi malaysia.

Penulis membawa beberapa idea lain dalam diri penulis,sebahagiannya sudah berakar kukuh dalam sanubari penulis dan tidak akan berubah dan sebahagian yang lain pula masih terus diperkuat dan diperbaiki dari semasa ke semasa.Penulis mengaku bahawa memunculkan idea yang masih belum cukup utuh merupakan suatu risiko yang tinggi. Setelah penulis mendengar dan membaca mengenai pelbagai ancaman demi ancaman yang melanda umat islam khususnya para pemuda dan pemudi,penulis berasa adalah penting untuk penulis bersuara lantang agar pejuang-pejuang hebat islam yang sedang lena sekarang mampu bangun dan bangkit.

Penulis percaya setiap pemuda dan pemudi islam sebenarnya mempunyai idea-idea bernas malah tajam pemikiran mereka.Penulis tampilkan idea penulis hanya sebagai hentakan dan daya kejutan supaya para pejuang muda yang merupakan pejuang islam sebenar dapat melontarkan idea yang benar-benar bernas dan menyelamatkan umat islam.

Mengembalikan bahasa melayu dalam pengajaran sains dan matematik di malaysia perlu bagi membasmi lahirnya para cendikiawan yang tentu sekali akan terjun dalam bidang kritikal tamadun,yang ilmu di dada mereka tiada roh islam.Penulis telah terangkan apa itu tujuan ilmu,dan bagaimana ilmu berada dalam satu-satu bahasa.Bahasa mampu berperanan sebagai alat menyebarkan nilai dan budaya.Sesungguhnya usaha orang melayu untuk bertukar menjadi sebahagian dari umat islam tidak wajar dikorbankan.Usaha para ulama dari arab dan ulama melayu yang lahir yang berusaha keras menyebarkan ilmu tauhid dan wahyu sehingga tertanamnya roh ilmu islam ke dalam dunia melayu tidak wajar dimusnahkan.

Usaha-usaha mereka bagi menjadikan kaum melayu sebagai golongan yang disebut di dalam al quran ,
"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mu`min, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui." (al maidah:54)

mengapa penulis beranggapan bahasa inggeris sebagai elemen yang tidak mampu berperanan sebagai bahasa yang menyebarkan roh islam juga padahal kitab-kitab ulama yang hebat-hebat juga banyak sekali ada di dalam bahasa inggeris dewasa ini?

Penulis bersetuju dengan pendapat di atas,bahawa kitab-kitab ulama dalam bahasa inggeris juga bilangannya boleh dikatakan banyak.NAMUN, hal ini kerana penulis mengambilkira kecenderungan bahasa inggeris di MALAYSIA adalah bahasa inggeris yang menyebarkan nilai yang terpesong dari semangat roh islam.

Oleh itu,penulis menganggap bahaya meletakkan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik yang merupakan bidang kritikal dan teras kepada ilmu teknologi yang akan dimanfaatkan oleh tamadun yang ingin dibina pihak kerajaan di malaysia.

Mari kita renung.

Penutur bahasa inggeris yang ada di kalangan orang melayu memang boleh digolongkan sehingga membentuk satu golongan yang aneh.Mereka orang melayu yang bukan sekadar bercakap bahasa Inggeris tetapi tidak mempamerkan ketaatan dalam ajaran islam.Kita sering keliru dimana mereka letak iman mereka.Golongan inilah yang digelar sebagai golongan liberal dalam komuniti melayu.

Segelintirnya ialah ahli perniagaan atau para pemimpin politik.segelintir yang lain ialah golongan muda mudi yang terjun dalam sekularisme artis dan fahaman hedonisme kritikal.

ada di kalangan mereka yang menjadikan cara hidup barat sebagai rujukan.ada yang sudah biasa dengan hubungan kelamin di luar nikah,minum minuman keras,berpesta di disko-disko,mungkin ada yang tidak sampai ke tahap itu namun sudah mula memandang ajaran islam sebagai kolot,memandang rendah ulama,menjadikan kemajuan material seperti kekayaan harta atau daya kelulusan akademik sebagai kayu pengukur kemuliaan seseorang individu.

Mereka lupa tentang akhlak,tentang iman,tentang taqwa,tentang roh islam dan semangat kehambaan yang perlu sentiasa ada pada diri seorang islam. Mereka mudah mempersendakan hal-hal agama,tidak berhati-hati dalam soal akhlak sesama saudara sehingga mengeluarkan kata-kata menghina atau kata-kata riyak dan takabbur juga tidak mereka kira kesannya.Mereka beramal dan mengaku islam tetapi mereka beramal tanpa yakin yang Allah melihat mereka.Tiadanya malu pada Allah s.w.t.

Golongan ini semakin melebarkan pengaruh mereka.

Apabila sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris,apa yang ditanam dalam persepsi anak-anak muda islam sejak kecil ialah bahasa Inggeris itu bahasa ilmu.Bahasa yang elit. Bahasa yang agung.Kerana matapelajaran sains dan matematik di sekolah rendah akan mula berpecah kepada bidang yang lebih khusus di peringkat menengah seperti fizik,kimia,biologi,ekonomi,prinsip akaun dan sebagainya.

Bidang-bidang ini akan menjadi lebih khusus dan semuanya merupakan bidang-bidang kritikal yang bakal melahirkan tenaga pakar yang merupakan pemain utama dalam merencana pembangunan dan hidup mati negara.

Mereka akan lahir sebagai doktor,jurutera,arkitek,akauntan,pakar ekonomi,ahli perniagaan,malah para pemimpin juga.Apabila pemikiran mereka sejak kecil telah memandang bahasa inggeris sebagai bahasa yang agung,mereka yang selalu merujuk buku sarjana barat tentunya akan ditanam corak pemikiran dan berfikirnya gaya barat. Mirip apa yang cuba ditanam semasa renassaince dan zaman-zaman perubahan tamadun barat di waktu silam.

Terdedahnya mereka kepada golongan liberal juga adalah besar.Golongan liberal yang akan menjadikan penulisan-penulisan ilmiah dalam bahasa inggeris juga mampu untuk meracun pemikiran anak-anak muda yang bakal menjadi tenaga-tenaga pakar ini untuk bersama-sama mengembangkan pemikiran liberal dalam kehidupan masyarakat.

Tentunya apabila lahir sahaja generasi baru yang seterusnya dari benih-benih kelompok ini,maka generasi baru itu sudah pun jauh dari jalan-jalan perjuangan para ulama.jalan-jalan perjuangan para sahabat dan tabiien.dan lebih penting jauhnya dari jalan-jalan sunnah Rasulullah dan jalan hidayah dan redha Allah.

Dan ketika keadaan itu berlaku,para daie terpaksa untuk menguasai bahasa inggeris sebagai wadah penyebaran dakwah dan seruan untuk kembali pada cara hidup islam.Namun,apabila pertembungan ilmiah antara para daie dan para puak liberal dibuat dalam bahasa inggeris maka, skop pertarungan itu sudah meluas hingga agak mudah untuk pihak luar dari barat yang menjadi musuh islam untuk turut sama menyokong golongan liberal menenggelamkan para daie.Ketika itu para daie dan ulama akan menghadapi zaman sukar untuk mengembalikan maruah dan suara kita umat islam.

perkara ini tidak akan berlaku jika pertembungan minda itu dibuat dalam bahasa melayu.majoriti orang melayu adalah beragama islam jika digabungkan indonesia dan brunei juga.Suara para daie dan ulama adalah lebih kuat.Pihak barat agak sukar untuk bersama-sama menyokong atau bersama-sama terjun dalam pertarungan minda ini,kerana pihak barat perlu mempelajari bahasa melayu dahulu.

usaha para ulama silam dalam menjadikan kaum melayu sebagai kaum beragama islam merupakan satu rahmat bagi umat islam di malaysia.Musuh tidak akan berhenti memberikan ancaman kepada maruah dan hak agama kita mewarisi dunia ini.

Jika usaha mengembalikan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa melayu dapat diusahakan pada 2008 nanti.Maka para pejuang islam bolehlah mengorak langkah dalam mengembalikan tulisan jawi sebagai tulisan bahasa melayu secara berperingkat.

apabila kaum melayu sudah dapat bersebati dengan tulisan jawi semula maka akan terbukalah kembali khazanah agung ilmu para ulama melayu yang tersimpan selama ini.Kemudian,tulisan jawi dalam bahasa melayu juga akan mendekatkan orang melayu dengan bahasa al quran semula.Al quran,hadis,dan pelbagai cabang ilmu islam akan kembali bertapak kukuh dalam masyarakat islam.

Bayangkanlah apabila penuntut-penuntut di kalangan para pejuang kita mula mempelajari sains dan matematik dalam bahasa melayu melalui tulisan jawi.Mereka akan semakin dekat dengan tulisan para ulama.Akan lahirlah nanti pakar-pakar dalam setiap bidang kritikal yang teguh pegangan agamanya dengan roh islam bersemadi dalam jiwa.Maka tamadun yang diusahakan oleh pihak kerajaan akan berjaya dibina atas usaha anak-anak muda para pejuang islam kita yang berjiwa islam yang tulen!

bersambung...

0 komentar: